2 ahli perniagaan Vietnam disahkan menjadi pemilik baru bandar Buford di Wyoming selepas memenangi bidaan bernilai AS$900,000 (RM2.76 juta) dalam sesi lelongan semalam.
Agensi berita Vietnam melaporkan, bandar terkecil di AS itu memiliki keluasan 40,500 meter persegi dan menempatkan sebuah rumah tiga bilik tidur, sebuah stesen minyak dan beberapa bangunan lama.
Puluhan orang mengambil bahagian dalam lelongan itu yang dibuka dengan harga permulaan AS$100,000. Media melaporkan, kedua-dua pembeli itu terbang dari Vietnam untuk menyertai lelongan berkenaan selepas membaca mengenainya di Internet. Pemilik Buford sebelum ini, Don Sammons, berpindah ke bandar itu pada 1980 bersama isterinya.
Dia membeli Buford sedekad kemudian, tetapi menjadi penghuni tunggal bandar itu selepas isterinya meninggal dunia dan anaknya berpindah. - Bernama
0 Komen:
Post a Comment