Koala maskot Australia makin pupus di dunia

Monday, April 30, 2012

Anda suka koala, maskot Australia yang comel itu? Berita buruk bagi anda kerana Koala kini di ambanng kepupusan.

Haiwan herbivor, koala, disenaraikan sebagai spesis terancam selepas bilangannya semakin berkurangan berikutan kemusnahan habitatnya dan juga perubahan iklim kawasan setempat.

Koala

Beberapa kajian di Sydney menunjukkan, bilangan haiwan itu kini kurang 80,000 ekor, turun 75 peratus sejak 1993.

Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke menjangka, habitat koala di Queensland, tenggara Australia berada dalam keadaan 'terancam' manakala haiwan itu yang berada di timur New South Wales pula terdedah kepada kepupusan.

Ketua Eksekutif Yayasan Koala Australia, Deborah Tabart memberitahu Australia Broadcasting Corp, Burke sudah membayangkan bahawa beliau tidak mampu untuk menyelamatkan koala di habitat tersebut.

Sementara itu, pakar ekologi, David Paull yang menjalankan penyelidikan di sebuah lagi habitat koala, Gunnedah, kira-kira 400 kilometer di barat laut Australia menyatakan, kepupusan habitat tersebut berpunca daripada kemarau dan cuaca panas yang berlaku sejak sedekad lalu.

"Banyak koala mengalami kekurangan air dan saya fikir ia petanda awal kepada perubahan iklim.

"Koala di kawasan-kawasan lain di Australia juga hilang habitat, berpunca daripada pembangunan perumahan, kemalangan jalan raya dan juga serangan anjing,'' ujar Paull.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI