Cara terbaik bina keinsafan diri

Sunday, April 22, 2012

Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.

Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.

Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.

“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri.
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.

Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.

Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI