Senarai Perkampungan Orang Asli Negeri Perak

Friday, November 30, 2012 0 Komen

Antara Senarai PERKAMPUNGAN ORANG ASLI di Negeri Perak

Kampung Orang Asli Sungai Chenein , Behrang Stesen 35950 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Lembing , Behrang Stesen 35950 Perak
Kampung Kuala Senta , Bidor 35500 Perak
Ulu Bidor , Bidor 35000 Perak
Kampung Kinyang Lama , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Bilek , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Landor , Chenderiang 35300 Perak
Sungai Milu , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Raba , Gerik 33300 Perak
Kampung Orang Asli Temin , Gerik 33300 Perak
RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Sungai Tekam , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Kampung Sungai Malela , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
Kampung Sarok , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
Kampung Akei , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Bal , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Cuwau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Jarau Baru , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Katong , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Rantau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Tiang , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Kampung Ulu Geruntum , Gopeng 31600 Perak
Kampung Ulu Groh , Gopeng 31600 Perak
Kampung Ulu Kampar , Gopeng 31600 Perak
Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh , Gopeng 31600 Perak
Kampung Orang Asli Batu Berangkai , Kampar 31900 Perak
Kampung Sungai Peria , Sungai Siput , Kampar 31920 Perak
Kampung Batu 7 sahom Sungai Siput selatan Kampar 31920 Perak
Sungai Sinju , Kampung Kepayang 31300 Perak
Kampung Orang Asli Kampung Pawong , Pos Slim , Kampung Kepayang 31300 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Raya , Keramat Pulai , Kampung Kepayang 31300 Perak
Sungai Pelawan]] , Langkap 36700 Perak
Kampung Orang Asli Redang Punggor , Langkap 36700 Perak
Kampung Orang Asli Air Bah , Lenggong 33410 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Perah , Parit 32800 Perak
Kampung Tibang Slim Village Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kampung Pisang Rasau , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kuala Bil , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kuala Keding , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Pos Bersih , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Pos Tenau , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Ulu Rasau Slim village Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Gesau Ulu slim Slim River 35800 Perak
Kampung Kelah , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Kenang Baru , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Langkor , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Landap , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Ganteh , Pos Piah , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Menderang , Sungkai 35600 Perak
Kampung Sat , RPS Jernang , Sungkai 35600 Perak
Chenderong Kelubi]] , Changkat Pinggan , Air Kuning , Tanjong Tualang 31920 Perak
Kampung Orang Asli Chinggong , Behrang Ulu Bt 8 Tanjung Malim 35950 Perak
Kampung Sungai Tunggang , Tanjung Rambutan 31250 Perak
Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Sungai Chedok]] Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Kuala Telum Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 19 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 5 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 17 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 3 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 8 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 14 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Orang Asli Pos Woh , Kuala Woh , Tapah 35000 Perak
Kampung Orang Asli Temoh 35350 Perak
Kampung Air Denak , Teronoh 31750 Perak
Kampung Orang Asli Bukit Ganggai , Trolak Timur , Trolak 35700 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Jentong , Trolak 35700 Perak
Kampung Changkat Kereta , Erong , Ulu Bernam 35650 Perak
Kampung Orang Asli Makmur , Kinta Intake , Ulu Kinta 31150 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Chadak , Ulu Kinta 31150 Perak

Orang Asli

Mati Kena Tembak Kerana Degil Perlahankan Muzik

Thursday, November 29, 2012 0 Komen

Seorang remaja Florida mati selepas ditembak oleh seorang lelaki yang pada awal meminta mangsa dan kawan-kawannya untuk memperlahankan bunyi muzik dari dalam kereta remaja tersebut.

Jordan Davis, 17, ditembak sekurang-kurangnya dua kali oleh Michael Dunn seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun yang bertanggungjawab atas insiden yang berlaku di Jacksonville itu, kata Sheriff Leftenan Rob Schoonover.

Mangsa remaja kulit hitam itu dikatakan enggan memperlahankan bunyi muzik tersebut dan berlaku perbalahan antara mereka.

"Jordan dan Dunn bertukar-tukar perkataan, dan Dunn menarik pistol dan menembak lapan atau sembilan kali dan ke arah Jordan dua kali. Namun tiada orang lain yang tercedera," kata Schoonover.

Dunn, yang teman wanitanya sedang membeli-belah di kedai berhampiran apabila kejadian itu berlaku, berkata, dia berada di bandar itu kerana majlis perkahwinan anaknya.

Dunn meninggalkan tempat kejadian dan kembali ke hotel tetapi dia kemudiannya dikenalpasti daripada rakaman televisyen litar tertutup.- AFP

Pelik Tapi Benar: Taman tema tandas pertama di dunia

Wednesday, November 28, 2012 0 Komen

Pelik Tapi Benar: Taman tema tandas pertama di dunia

Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.

Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.

Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.




Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.

Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.

Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.




Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. - Agensi 

Tip Memandu: Pastikan lampu, brek berfungsi

Wednesday, November 28, 2012 0 Komen

Pastikan lampu, brek berfungsi

Keadaan cuaca tidak menentu terutama jika ditambah jerebu sekali sekala pastinya menyukarkan pemanduan kerana jarak penglihatan terhad terutama jika memandu pada kelajuan tinggi.

Jarak penglihatan terhad bukan saja menyukarkan pemandu, tetapi boleh mengundang masalah besar hingga berlakunya kemalangan.

Anda sebagai pengguna lalu lintas perlulah memastikan beberapa komponen penting kenderaan terutama lampu dan brek berada dalam keadaan sempurna.

Komponen lampu sama ada depan atau belakang amat penting bagi membolehkan anda melihat dengan jelas terutama pada waktu malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat anda.

Ramai pemandu tidak sedar pentingnya lampu pada kenderaan mereka dan proses menguji komponen itu hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit saja.

Setiap lampu hadapan kenderaan adalah berpasangan dan mempunyai penutup yang sama. Jika satu daripada lampu tidak berfungsi, 'pasangannya' pasti turut mengalami masalah.

Periksa setiap penutup lampu pada kenderaan untuk memastikan tidak ada keretakan yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

Perlu juga memeriksa pemantul cahaya yang kebiasaannya bersalut aluminium bagi memastikan ia tidak terguris atau karat.

Jika didapati ia tercalar atau terkeluar, seluruh pemantul perlu diganti segera kerana ia menjejaskan kuantiti pancaran.

Bagaimanapun, ia boleh dibersihkan dengan kain bersih, sabun dan air. Jangan menggunakan penanggal karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana bakal merosakkan salutan aluminium.

Bagi membaiki atau mengesan kerosakan komponen itu di bahagian belakang, pemilik kenderaan perlu ke belakang kenderaan dan minta seorang pembantu menghidupkan enjin serta menyuruhnya memasang suis lampu itu atau menekan brek (bagi mengesan kerosakan lampu brek).

Jika lampu masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal brek mengalami kerosakan.

Jika lampu brek tidak menyala, periksa lampu, pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat membelok dan lampu kabus.

Selain itu, kerosakan itu boleh dirujuk kepada mekanik atau pusat servis untuk membuat pemeriksaan terhadap lampu dan brek atau melakukannya di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Bagaimanapun, anda masih perlu membawa kenderaan anda ke bengkel atau pusat servis untuk dibaiki selepas Puspakom mengesan kerosakan pada kereta.




Sirah Sahabat : Abdullah Bin Salam

Wednesday, November 28, 2012 0 Komen

Sirah Sahabat : Abdullah Bin Salam

Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang paling tidak boleh dipercayai di dunia. Ramai para rasul diutuskan oleh Allah SWT adalah berasal daripada Bani Israel iaitu bermula daripada Nabi Ishak a.s dan Nabi Yakub a.s.

Tujuan dan hikmah Allah SWT mengutus ramai para rasul dari kalangan mereka adalah kerana bangsa Yahudi atau Bani Israel adalah bangsa yang paling degil, jahat, suka mukir janji dan suka membuat khianat di atas suatu perjanjian yang mereka setujui bersama. Mereka juga terkenal sebagai umat yang suka membunuh para rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.

Kisah Abdullah bin Salam adalah satu contoh yang nyata bahawa bangsa Yahudi ini boleh berubah dengan sekelip mata apabila ada sesuatu yang mereka tidak suka. Buku sirah nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.

Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda. Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.

Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.

Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.

Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.

Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"

Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."

Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"

Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"

Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"

Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"

Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Daripada sirah di atas sebagai pengajaran untuk kita semua sebagai umat Islam bahawa bangsa Yahudi laknatullah sebenarnya satu bangsa yang tidak boleh diajak berunding dan berbincang. Pasti dalam masa yang singkat mereka akan melanggar perjanjian dan melakukan kezaliman terhadap umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

Pemimpin umat Islam wajib menjauhkan diri daripada pengaruh Yahudi laknatullah ini samaada melantik mereka menjadi penasihat atau konsultan dalam urusan keselamatan atau perniagaan di negara kita. Tidak menjual saham-saham syarikat kerajaan kepada ahli perniagaan mereka kerana hasil keuntungan tersebut pasti akan dihulurkannya kepada negara haram Israel.

Umat Islam juga patut memboikot semua barang-barang keluaran Israel atau sekutu-sekutu mereka dan syarikat antarabangsa yang memberikan sumbangan dana kepada Yahudi laknatullah.

Dikongsi daripada sumber di sini

Lelaki taksub pembedahan plastik demi ketampanan

Monday, November 26, 2012 0 Komen

Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.



Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.

Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.




Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. - DM

Terowong SMART ditutup 28 November 2012

Monday, November 26, 2012 0 Komen

Terowong SMART ditutup 28 November 2012

 Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam, 28 November dan dibuka semula 6 pagi keesokannya untuk kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.

SMART dalam kenyataan hari ini berkata pengguna boleh menghubungi SMART di talian 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan tersebut

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP

Monday, November 26, 2012 0 Komen

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP

► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..

Sabda Rasulullah saw " Sebarkan walaupun sepotong ayatku "

Tanda apa lagi yang anda tunggu ?

Kes Jenayah Kejam:Remaja Gothic Bunuh Dan Kerat Mayat

Monday, November 26, 2012 0 Komen

Kes Jenayah Antarabangsa:Remaja Gothic Bunuh Dan Kerat Mayat

“Kita berharap dan berdoa, penangkapan ini dapat mempertegakkan keadilan terhadap tragedi dan kehilangan yang dirasai keluarga mereka (mangsa).”

Begitulah luahan seorang ibu, Mindy Sigg selepas melaporkan jenayah culik dan bunuh yang dilakukan anak lelakinya, Austin Reed Sigg, 17, terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Jessica Ridgeway. “Saya membuat panggilan telefon dan dia (Austin) kemudiannya menyerah diri (pada polis). Hanya itu yang mampu saya katakan,” kata Mindy sambil bergenang air mata kerana berasa pilu dengan pembunuhan dilakukan anaknya itu.


Berdasarkan laporan polis, Mindy memberi keterangan menyatakan anaknya, Austin membuat pengakuan membunuh Jessica pada 5 Oktober lalu, kemudian membuang mayat mangsa di sebuah taman perumahan di Westminster, California, Amerika Syarikat. Polis menahan Austin pada 23 Oktober lalu selepas Mindy membuat panggilan kecemasan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Setakat ini, polis masih tidak mendedahkan motif pembunuhan. Mengimbas hari kejadian, Austin difahamkan menculik Jessica ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah. Pada hari sama, keluarga mangsa membuat laporan kehilangan selepas Jessica tidak muncul-muncul di sekolahnya.


Polis Westminster yang melakukan operasi besar-besaran mencari Jessica dan akhirnya menemui mayat mangsa cilik itu di kawasan perumahan yang terletak tidak jauh dari kediamannya. Mayat Jessica ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan. Tubuhnya dikerat-kerat sehingga polis sukar mengecam mayat mangsa itu. Polis tidak menolak kemungkinan kehormatan mangsa dicabul sebelum nyawanya diragut. Sumber terdekat yang mengenali Austin, Hannah Bane menyatakan suspek seseorang yang berkelakuan pelik dan terpengaruh dengan aliran gotik.

“Dia sangat dipengaruhi (aliran gotik) mengenai idea ‘kematian’,” katanya. Kenyataan Hannah itu disokong seorang remaja yang turut mengenali suspek, Brooke Olds yang berkata, suspek sangat cenderung terhadap pengaruh gotik yang cenderung pada dunia gelap dan kematian. “Dia (suspek) remaja pendiam, pemalu meskipun terhadap dirinya sendiri. Dia seorang gotik,” katanya yang mengenali suspek selama sembilan tahun.

Suspek didakwa melakukan pembunuhan kelas pertama dan menculik. Suspek turut dituduh melakukan cubaan menculik seorang wanita lain sebelum itu. Peguam Daerah, Scott Storey, berkata pihaknya akan melakukan pendakwaan dengan harapan Austin dijatuhi hukuman mati memandangkan jenayah kejam yang dilakukannya itu.

Pendakwaan terhadap suspek dilakukan pada 26 Oktober lalu dan kes ini masih dalam perbicaraan. Ibu bapa mangsa, Jeremiah Bryant dan Sarah Ridgeway yang sudah bercerai masih enggan membuat sebarang kenyataan tetapi mereka mengakui kecewa sekali dengan kematian anak mereka itu. Nenek mangsa, Donna Moss, berkata keluarga mereka amat terasa kehilangan Jessica dan sukar menerima jenayah kejam itu. “Bagaimanapun, kami bersyukur seluruh komuniti (Westminster) bersatu hati dan pihak polis tidak pernah putus asa (memburu suspek),” katanya.

Kami Team Malaysia

Sunday, November 25, 2012 0 Komen



Sempena Kejohanan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2012 yang bakal berlangsung bermula 24 November hingga 22 Disember ini di Kuala Lumpur dan Bangkok, Thailand, TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) sebagai penaja utama bakal mendukung sebuah kempen diberi nama “Kami Team Malaysia” bagi menyokong pasukan kebangsaan dalam mempertahankan kejuaraan yang dirangkul dua tahun lalu di bumi Indonesia.



Atas dasar semangat kesukanan dan maruah negara, ianya dilihat sebagai cetusan untuk menyemarakkan inspirasi dan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan Harimau Malaya. Malaysia diletakkan di dalam kumpulan B bersama Indonesia dan Singapura yang dilihat sebagai “musuh tradisi”, lantaran itu sokongan rakyat Malaysia amat diperlukan. Ini adalah satu platform bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat bersatu padu untuk membakar semangat juang pasukan.

Sebagai tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2012, pasukan Malaysia yang dipimpin oleh Dato’ K. Rajagopal menggalas tanggungjawab yang besar untuk mengulangi kejayaan dua tahun lalu selepas kebangkitan negara-negara Asia Tenggara lain sejak kebelakangan ini. Berbekalkan majoriti pemain yang sama dari edisi lalu dan beraksi di laman sendiri, cabaran Harimau Malaya seharusnya tidak dipandang enteng oleh pasukan lain.

Manakala di kumpulan A, jagoan Asia Tenggara iaitu Thailand diundi bersama Vietnam, Filipina dan Myanmar. Perlawanan akan diadakan di empat lokasi iaitu Stadium Rajamangala dan Stadium Muang Thong di Bangkok serta Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut di sini

Pengagihan pendapatan ASN3 6.3 sen seunit

Sunday, November 25, 2012 0 Komen

ASNB umum pengagihan pendapatan ASN3 6.3 sen seunit

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2012.

Ia adalah peningkatan 0.3 sen seunit berbanding enam sen seunit yang dibayar tahun kewangan sebelumnya.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM8.11 juta yang akan dimanfaatkan 11,652 pelabur yang melanggan 128.81 juta unit dana saham amanah itu.

Beliau berkata, kadar pengagihan pendapatan itu adalah berdaya saing jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain terutama dalam suasana ekonomi yang masih dalam proses pemulihan ketika ini.

Alami peningkatan
Katanya, meskipun pasaran global mengalami penurunan pada awalnya akibat penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang zon euro, indeks utama pasaran saham Asia mengalami peningkatan disokong usaha Bank Pusat Eropah untuk menyelesaikan krisis hutang serta program pengurangan kuantitatif yang dilaksanakan AS yang membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran saham yang bersifat bertahan.

"Sebagai sebuah tabung imbang, portfolio ASN 3 diimbangkan di antara instrumen pelaburan berpendapatan tetap, ekuiti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan instrumen pelaburan lain. Justeru, pelabur boleh membuat perbandingan jumlah pulangan keseluruhan dan hasil pendapatan ASN3 dengan instrumen pelaburan yang mempunyai tahap risiko yang lebih kurang sama," katanya pada sidang media mengumumkan pengagihan pendapatan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pendapatan kasar RM10.74j

Setakat 19 November 2012, ASN 3 meraih pendapatan kasar RM10.74 juta dengan pendapatan daripada dividen menyumbang RM4.11 juta atau 38.27 peratus manakala keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat sebanyak RM4.09 juta atau 38.08 peratus.

Sebanyak RM2.54 juta atau 23.65 peratus pula diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan pegangan unit pada 30 November 2012 yang akan dilaburkan semula dalam bentuk unit secara automatik ke dalam akaun pelabur berdasarkan nilai aset bersih pada hari yang sama. 

Pakai kanta mata lekap boleh sebab buta

Sunday, November 25, 2012 0 Komen

Pengguna yang memakai kanta lekap hanya untuk kecantikan tanpa melakukan pemeriksaan mata terlebih dulu, berisiko menjadi buta akibat jangkitan kuman pada kornea mata.

Berikutan itu, Majlis Optik Malaysia (MOM) menasihatkan pengguna supaya membuat pemeriksaan mata terlebih dulu jika mahu memakai kanta lekap, termasuk kanta lekap berwarna tanpa kuasa.

Menurut majlis berkenaan, pemeriksaan penting bagi memastikan sama ada seseorang pengguna sesuai atau sebaliknya untuk menggunakan kanta lekap kerana pemakaiannya bukan sekadar untuk kecantikan saja.

Kanta lekap hanya sesuai untuk individu yang mempunyai masalah rabun serta masalah mata seperti keratokonus, koloboma iris dan sebagainya selain mereka yang aktif bersukan.

"Kanta lekap juga itu tidak harus dipakai individu yang menghidap masalah mata seperti konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman dan mata kering, selain pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit berjangkit lain di samping individu yang mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah," kata majlis dalam satu kenyataan, semalam.

MOM berkata, sekiranya seseorang itu tidak mematuhi peraturan pemakaian kanta lekap, komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea dan boleh menyebabkan buta.

Pengguna kanta lekap harus segera menghentikan penggunaannya jika mata menjadi merah, berasa sakit serta penglihatan menjadi kabur dan perlu berjumpa doktor mata kerana rawatan segera diperlukan bagi mencegah buta, katanya.

Himpunan Wanita Muda 2012

Sunday, November 25, 2012 0 Komen

Himpunan Wanita Muda 2012

Himpunan Wanita Muda 2012 kali pertama diadakan sebagai satu hari bagi wanita muda untuk mengalamai satu ekplorasi tentang peranan wanita muda dalam arus perubahan. Himpunan ini bukan sekadar himpunan, sebaliknya dirangka bersifat provokatif bagi membuka minda dan menganjak paradigma wanita-wanita muda tentang peranan dan potensi sebenar mereka dalam mencorakkan kemajuan negara.



Terdapat pelbagai bengkel dijalankan sewaktu Himpunan Wanita Muda Negara 2012 seperti Bengkel kesihatan mental dan kawalan stress, bengkel pengurusan kewangan, voice class oleh KRU academy, Tips diet seimbang dan jom kurus oleh kevin zahri, make up class by mary kay dan lain-lain lagi.

Laman Web: http://wanitamuda.my/
Facebook:  https://www.facebook.com/WanitaMudaMY

PELIK TAPI BENAR: Tidur dalam keranda rawat tekanan

Saturday, November 24, 2012 0 Komen

Tidur Dalam Keranda Hilangkan Tekanan

Kalau diberi peluang, mahukah anda tidur dalam keranda gelap dan sunyi demi merawat tekanan?

Lebih 1,000 pesakit di Shenyang, wilayah Liaoning, China menawarkan diri melakukan perkara itu dan dianggap sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi khas.

Perunding pusat psikoterapi, Tang Yulong memberitahu, rawatan simulasi kematian ini sesuai kepada penghidap masalah psikologi khasnya mereka yang mengalami tekanan.



"Pesakit perlu masuk dan tidur di dalam keranda yang disediakan dalam sebuah bilik kecil. Kemudian, mereka akan diselimutkan dan dikehendaki menulis ayat-ayat terakhir sebelum menjalani proses kelahiran semula.

"Lima minit selepas keranda ditutup, pesakit akan dikejutkan dengan suara tangisan bayi menandakan dia telah dilahirkan semula," kata Yulong dan menambah tidak semua pesakit dibenarkan melakukan rawatan seumpama ini. - MailOnline

Noel Cruz membuat anak patung persis artis Hollywood

Saturday, November 24, 2012 0 Komen

Noel Cruz,pelukis potret dari Filipina mencipta satu dimensi terbaik figura sejak lapan tahun lalu, dengan mengubah wajah anak patung biasa menjadi artis Hollywood terkenal.



Cruz menyolek semula beberapa wajah anak patung menyerupai wajah selebriti terkenal seperti pasangan romantik filem sekuel Twilight (Edward Cullen dan Bella Swan), Angelina Jolie, Johnny
Deep (Kapten Jack Sparrow dalam Pirates Of The Caribbean) dan banyak lagi.

Anak kelahiran Manila, Filipina ini berkata, setiap anak patung yang dihasilkan mempunyai nilai berbeza iaitu bermula pada harga £314 (RM1,530) sehingga £2,200 (RM10,723).

"Saya juga pernah mengecat semula wajah anak-anak patung menjadi wajah penyanyi terkenal seperti Cher, pelakon utama filem sekuel Harry Potter dan Orlando Bloom," kata Cruz. - MailOnline

Gencatan Senjata Di Gaza dialukan - Malaysia

Friday, November 23, 2012 0 Komen

Malaysia mengalu-alukan gencatan senjata antara Israel dan Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Khamis.

“Kami menyeru kedua-dua pihak berpegang kepada perjanjian itu dan memastikan bahawa sekatan Gaza ditarik balik dan tiada lagi kemusnahan harta atau kehilangan nyawa,” katanya dalam entri terbaru beliau dalam blog 1Malaysia.

Oleh itu, beliau berkata tumpuan kini harus pada proses perdamaian yang lebih luas di Timur Tengah bagi memastikan rantau itu beralih dari konflik kepada kestabilan supaya rakyatnya menikmati keselamatan dan mengembalikan maruah mereka.

“Semua pihak kini perlu melipatgandakan usaha mereka ke arah mencari penyelesaian dua negara untuk memberikan rakyat Palestin harapan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan mencapai keamanan berkekalan di wilayah itu,” katanya.

Najib juga memberi penghormatan kepada semua pihak yang membantu dalam usaha mencapai gencatan senjata.

“Kami memuji Mesir dan Presiden Morsi (Mohamed Morsi) kerana menunjukkan kepimpinan dalam menaja gencatan senjata itu serta Presiden Obama (Barack Obama), Setiausaha Negara Clinton (Hilary Clinton) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon,” katanya. – BERNAMA

Pengantin budak (remaja) bernikah utk elak maksiat

Friday, November 23, 2012 0 Komen

Mohd Fahmi Alias, 19, berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, pada 17 November 2012.



Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

“Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,”

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.


Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.

Gempa bumi di Malaysia mungkin berlaku

Thursday, November 22, 2012 0 Komen

Malaysia berisiko hadapi gempa bumi sederhana, rendah

Persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Sabah dan Sarawak berisiko menghadapi gempa bumi sederhana manakala Semenanjung Malaysia pula berisiko menghadapi gempa bumi rendah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata perkara itu berdasarkan Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia yang telah dilaksanakan dan disiapkan pada 2009 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, sejak Sept-Nov tahun ini, beberapa gegaran lemah kurang daripada magnitud 4, dirasai di Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Tambunan di Sabah.

"Ini menunjukkan di Malaysia berlaku gempa bumi tapi pada kadar yang sederhana dan rendah," katanya ketika menjawab soalan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin mengetahui kajian terbaru yang dilakukan berkaitan risiko kejadian gempa bumi di Malaysia.

Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM3.378 juta melibatkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JGM), Universiti Putra Malaysia (UPM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Fadillah berkata melalui inisiatif JMM, sebanyak 25 'Strong Motion Sensor' dipasang di seluruh Malaysia termasuk 10 di Lembah Klang di samping 17 unit 'Weak Motion Sensor' bagi memantau segala kejadian gempa bumi.

"Pada 2014, kita mengharapkan akan dapat memasang 20 lagi termasuk membekalkan pemasangan di Sarawak. Dengan adanya peralatan ini, kita harap dapat memantau keseluruhan berlakunya gerak gempa bumi di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak," katanya.

Fadillah berkata lima kumpulan telah diwujudkan terdiri daripada anggota dalam bidang kepakaran masing-masing dengan kerjasama agensi berkaitan antaranya kumpulan kerja pemantauan gempa bumi dan sesar aktif dan kumpulan kerja membangunkan kod reka bentuk bangunan.

Sementara itu, beliau berkata beberapa syor serta pelan tindakan telah digariskan dalam menghadapi kemungkinan risiko gempa bumi, antaranya memasang peralatan seperti 'Global Positioning System' (GPS) dan 'seismic sensors' di sepanjang sesar-sesar aktif dan mempertimbangkan penggunaan 'seismic natural rubber bearings' yang telah hasilkan oleh Institut Getah Malaysia dalam membina projek prasarana penting terutama di zon berisiko tinggi terhadap gempa bumi. - Bernama

Kawasan bebas asap rokok diperluaskan

Thursday, November 22, 2012 0 Komen

Kementerian kesihatan perluas kawasan bebas asap rokok

Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kawasan bebas asap rokok ke beberapa negeri dalam usaha melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok basi khususnya di kawasan tumpuan awam.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata usaha itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui permohonan yang dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkaitan.

Beliau berkata kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri sudah mewujudkan zon bebas asap rokok dan Menteri Kesihatan telah mewartakan enam kawasan bebas rokok di Pulau Pinang, satu di Johor dan lima di Melaka pada tahun 2011.

"Sehingga kini terdapat 12 kawasan bebas merokok diwartakan kerajaan negeri terbabit," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini ingin tahu mengenai langkah inovatif kementerian untuk meningkatkan kesedaran bahaya rokok di kalangan remaja serta kawasan larang merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Menurut Rosnah, kementerian akan meneruskan usaha melaksanakan sepenuhnya peruntukan lain di bawah Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-FCTC) seperti memperluaskannya di tempat dilarang merokok.

Selain itu, beliau berkata kementerian juga akan mewujudkan lebih banyak kawasan bebas asap rokok di peringkat negeri, mengawal kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok dan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengawal rokok tidak sah.

Katanya kementerian telah mewartakan sebanyak 21 kategori tempat awam sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Antara kawasan yang diwartakan termasuk pusat hiburan atau teater, di mana-mana kawasan hospital dan klinik, dalam lif, tandas awam, tempat makan atau kedai makan hawa dingin, kenderaan awam dan bangunan dinyatakan oleh menteri.

"Kawasan warta larangan merokok lain adalah mana-mana kawasan lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pengajian tinggi, taman asuhan, bas sekolah, kaunter bank, kawasan keagamaan, perpustakaan, kafe internet dan tempat kerja berhawa dingin," katanya. - Bernama

Syirik percaya pada objek, batu geliga dll

Wednesday, November 21, 2012 0 Komen

Kepercayaan sesetengah anggota masyarakat kepada sesuatu objek kononnya mampu memberi manfaat atau mudarat sangat bahaya kerana ia boleh mengundang syirik kepada Allah.

Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari berkata, ada di kalangan sesetengah anggota masyarakat begitu percaya kepada kuasa alam sehingga menghabiskan wang bagi mendapatkan objek yang disifatkan pelik.

"Walaupun kita hidup bertamadun dan percaya Allah maha berkuasa namun sikap sedemikian bahaya kerana ia membawa syirik," katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas mengenai masih ada di kalangan anggota masyarakat yang berhabis wang ribuan ringgit bagi mendapatkan objek pelik seperti batu geliga, keris dan minyak tertentu kononnya mampu memberikan manfaat kepada mereka.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan seorang lelaki membelanjakan RM32,000 untuk mendapatkan 'batu geliga' yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter.

Dia bagaimanapun ditimpa padah apabila mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu.

Abdul Malek berkata, setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah, tetapi manusia jangan terlalu percaya kepada perkara itu sehingga mensyirikkan Tuhan.

"Kita boleh katakan sehelai daun yang gugur juga mempunyai hikmah dan hanya Allah yang tahu.

"Setiap ciptaan Allah boleh memberi khasiat dan ia hanya berlaku dengan izin-Nya, tetapi kita tidak boleh percaya benda itu yang mendapatkan manfaat atau kemudaratan," katanya.

Menurutnya, manusia hanya boleh berikhtiar sebaik mungkin dan berdoa kerana segala yang berlaku di atas izin Allah.

Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean diluluskan

Monday, November 19, 2012 0 Komen

Pemimpin Asean lulus deklarasi hak asasi manusia Asean
Pemimpin-pemimpin Asean hari ini meluluskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean sebagai komitmen untuk mempertingkat dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangai deklarasi itu bagi pihak kerajaan Malaysia di Peace Palace, di sini semasa Sidang Kemuncak Asean ke 21. Sembilan pemimpin lain Asean turut menandatangani deklarasi.

Deklarasi itu, antara lain, melindungi hak rakyat di semua bidang kehidupan meliputi kanak-kanak hingga wanita.

Deklarasi itu adalah antara keputusan penting sidang itu ketika 10 negara anggota bergerak ke arah menubuhkan Komuniti Asean menjelang 2015.

Bercakap kepada pemberita kemudian, setiausaha agung Asean Dr Surin Pitsuwan berkata deklarasi itu adalah sebagai komitmen para pemimpin Asean dalam usaha menggalak dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini, yang tidak saja berasaskan cara kita tetapi turut mematuhi standard tertinggi antarabangsa. - BERNAMA 

Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012: Lebih 100,000 resume diterima

Monday, November 19, 2012 0 Komen

Lebih 100,000 resume diterima Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012
Lebih 100,000 resume diterima para majikan hasil kunjungan kira-kira 120,000 pencari kerja ke Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak Jumaat lalu.

Pengerusi karnival berkenaan, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, jumlah resume itu bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan sepanjang karnival tersebut iaitu sebanyak 40,187 kekosongan. - UTUSAN

Apabila antibiotik tidak berkesan

Sunday, November 18, 2012 0 Komen

Apabila antibiotik tidak berkesan

Sudah lapan dekad, antibiotik dan antimikrob digunakan dengan meluas untuk merawat mereka yang menghidap penyakit berjangkit.

Sejak 1940-an, ubat-ubatan ini terbukti berkesan dalam merawat dan mengurangkan dengan ketara kadar kematian akibat penyakit seperti itu.

Bagaimanapun, pengamal perubatan berkata antibiotik hanya berkesan sekiranya diberi preskripsi dan digunakan secara betul.

Namun, oleh kerana digunakan secara meluas sejak sekian lama, mikroorganisme membentuk strain baharu yang mampu merintang kesan antibiotik dan ini menjadikan antibiotik kurang berkesan.

Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Jangkitan) Kementerian Kesihatan, Dr. Suraya Amir Husin berkata, penggunaan antibiotik secara tidak betul dan tidak rasional boleh menyebabkan munculnya mikroorganisme yang kebal.

"Keadaan ini dikenali dalam dunia perubatan sebagai Rintangan Antimikrob (AMR)," katanya.

AMR merujuk kepada kekebalan sesuatu mikroorganisme terhadap sesuatu agen antimikrob yang sebelumnya begitu sensitif terhadap antimikrob berkenaan.

Organisme perintang (bakteria, virus dan sesetengah parasit) mampu bertahan terhadap tindakan antimikrob seperti antibiotik dan antivirus yang menjadikan rawatan standard tidak berkesan.

Natijahnya, jangkitan terus wujud dan boleh merebak kepada orang lain.

Dr. Suraya berkata, AMR wujud akibat penyalahgunaan antimikrob dan keadaan ini berlaku apabila sesuatu mikroorganisme memutat atau menjadi kebal.

Kesedaran

Dr. Mohamed Azmi Hassali dari Universiti Sains Malaysia berkata, mengubah sikap dan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang penggunaan antibiotik merupakan langkah yang boleh memulihara keberkesanan antibiotik.

"Perlu difahami bahawa isu berkaitan AMR tidak hanya terhad kepada penggunaan antibiotik secara tidak rasional untuk rawatan, tetapi lebih jauh daripada itu.

"Sebagai contoh, penggunaan antibiotik secara tidak rasional dalam makanan haiwan turut menyumbang kepada kemunculan patogen dalam ekosistem kita," katanya.

Ketahanan antibiotik perlu dikaji melampaui tempat yang diinstitusikan seperti hospital kerana kebanyakan amalan paling tidak rasional dalam pemberian preskripsi dan antibiotik turut berlaku dalam masyarakat, katanya.

Kesan Jangkitan berpunca daripada mikroorganisme perintang selalunya tidak memberi respons kepada rawatan standard dan ini mengakibatkan kesakitan berpanjangan serta meningkatnya risiko kematian.

AMR mengurangkan keberkesanan rawatan kerana pesakit akan terdedah kepada jangkitan lebih lama dan berpotensi menyebarkan mikroorganisme perintang kepada orang lain. Sekali gus, ia boleh mewujudkan kembali keadaan pra-antibiotik.

Kewujudan AMR menyebabkan kebanyakan risiko jangkitan menjadi tidak boleh dikawal dan boleh memusnahkan kemajuan ke arah mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa Bersatu berkaitan kesihatan menjelang 2015.

Apabila jangkitan menjadi kebal terhadap ubat-ubatan barisan awal, terapi lebih mahal perlu digunakan. Peningkatan tempoh sakit dan rawatan akan meningkatkan kos penjagaan kesihatan dan memberi beban kewangan kepada keluarga terbabit serta masyarakat.

Sesungguhnya, kemunculan AMR mencabar kemajuan dalam bidang perubatan moden.

Tanpa wujudnya antimikrob berkesan dalam pemberian penjagaan kesihatan dan pencegahan jangkitan, kejayaan kaedah rawatan seperti pemindahan organ, kemoterapi kanser dan pembedahan, sudah pasti akan terjejas.

Justeru, satu kaji selidik untuk menilai pengetahuan asas masyarakat tentang antibiotik dijalankan di Jelutong, Pulau Pinang dari 18 hingga 20 Jun tahun ini.

Ia merupakan kerjasama antara Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang (sebuah NGO di daerah Jelutong) dan para penyelidik dari USM yang melibatkan 64 responden.

Hasil kaji selidik ini mendedahkan tahap kesedaran orang ramai tentang antibiotik yang sungguh membimbangkan.

Kekurangan pengetahuan dalam kalangan majoriti responden menunjukkan langkah perlu diambil agar mereka lebih berpengetahuan tentang penggunaan antibiotik.

Kaji selidik itu juga menunjukkan wujudnya kaitan antara tahap pendidikan dan pengetahuan tentang rintangan antibiotik.

Responden yang berpendidikan hingga sekolah menengah nampaknya lebih sedar tentang ketahanan antibiotik dan ini membayangkan bahawa mereka yang mendapat pendidikan tinggi, lebih faham tentang penggunaan antibiotik.

Respons tentang bahaya yang ada kaitan dengan penggunaan antibiotik (rintangan antibiotik, kesan sampingan) didapati mempunyai perbezaan besar antara tahap pendidikan, status pekerjaan dan jumlah lawatan ke klinik atau farmasi.

Data yang dikumpul juga menunjukkan majoriti responden dalam kaji selidik ini memiliki pengetahuan berkadar sederhana tentang antibiotik dan mempunyai sikap yang betul tentang penggunaan antibiotik.

Ini menunjukkan bahawa pendidikan secara terancang tentang penyalahgunaan antibiotik perlu diberi untuk meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat mengenai penggunaan antibiotik secara betul.

Demam campak/ cacar air senang berjangkit

Sunday, November 18, 2012 0 Komen

Demam campak dan cacar air mudah berjangkit

Pernahkah kamu dijangkiti demam campak yang juga dikenali sebagai cacar air?

Jika belum, lebih baik kamu mengambil langkah penjagaan awal terutama pada musim hujan ini kerana kebarangkalian mendapat jangkitan itu adalah sekali dalam seumur hidup.

Jom, kenali jangkitan itu...



Apa itu cacar air?
Demam campak atau cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella.

Cacar air mudah berjangkit daripada seorang individu ke individu lain. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimana cacar air merebak?

Cacar air boleh merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Selain itu, jangkitan itu boleh merebak melalui sentuhan atau pernafasan apabila partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) terkena orang lain .

Apakah tanda dan gejala cacar air?

Bagi kanak-kanak, mereka akan mendapat cacar air dalam masa 10-21 hari selepas terdedah kepada individu yang menghidap cacar air.

Cacar air boleh merebak 1-2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius.

Jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius. - AMIRUL/AGENSI

Konsep pluralisme agama boleh rosakkan akidah-ilmuwan Islam

Sunday, November 18, 2012 0 Komen

Kalangan pemikir Islam hari ini melahirkan kebimbangan terhadap penularan konsep pluralisme agama di negara ini yang menurut mereka sekiranya dibiarkan berleluasa boleh merosakkan akidah umat Islam terutama di kalangan generasi muda. Justeru, mereka berharap semua umat Islam tanpa mengira profesion serta kedudukan dalam masyarakat memainkan peranan bersama-sama pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri memerangi fahaman ini agar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini akan terus terpelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bekas Mufti Kedah Datuk Syeikh Hassbullah Abd Halim yang melahirkan kerisauan itu berkata fahaman pluralisme agama itu menganggap semua agama itu sama nilaiannya di sisi tuhan. - BERNAMA

Kes khalwat: Wanita habis idah dicekup khalwat

Saturday, November 17, 2012 0 Komen

Kes Khalwat Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin. Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan. Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami. Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya. “Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain,” katanya. Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan. Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit. “Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, lelaki terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,” katanya kepada Sinar Harian. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri. “Mereka dibawa ke balai polis di sini, untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama bagi siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya. Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Maut akibat terhidu asap generator beracun

Saturday, November 17, 2012 0 Komen

Empat sekeluarga yang ditemui dalam keadaan sudah berulat dan masing-masing mulut berair di sebuah rumah di Jalan Kolam, Lubuk Chepung, Pusa dekat sini kelmarin dipercayai mati akibat terhidu asap generator yang membekal tenaga elektrik di rumah tersebut.

Mereka yang terkorban ialah Zaidi Pandi, 62; isteri, Tiah Sauti, 53, dan dua anak mereka iaitu Atikah, 27, serta Kazil, 20. Semasa ditemui, keempat-empat mangsa itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada 48 jam.

Atikah dan Kazil merupakan orang kelainan upaya (OKU) iaitu lembam.

Penemuan mayat empat beranak itu terbongkar apabila adik kepada Zaidi, Omar, 39, pergi ke rumah itu pukul 5 petang dan terhidu bau busuk dari arah rumah kayu tersebut.

Keadaan keempat-empat mayat itu amat memilukan dengan Zaidi ditemui dalam keadaan memakai baju Melayu, kain pelekat serta berkopiah terlentang atas sejadah di ruang tamu.

Di sisi mayat pengusaha kantin itu pula, mayat Atikah. Atikah yang memakai baju-T semasa dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kepala di atas bantal. Bersebelahan mayat Atikah ditemui sehelai telekung berwarna putih.

Mayat Kazil yang memakai baju-T dan seluar panjang turut ditemui di ruang tamu dan dalam keadaan terlentang di atas tilam.

Sementara itu, isteri Zaidi, Tiah dijumpai di dalam bilik tidur dengan keadaan terlentang di atas tilam. Tiah semasa itu memakai baju kuning dan berkain batik.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Saifuddin Mustafa berkata, polis percaya kematian keempat-empat mangsa dipercayai berpunca daripada gas karbon monoksida daripada asap generator Motoyama model MPG3800 yang menggunakan minyak tanah.

Menurut beliau, polis menemui generator itu di dapur rumah dan sudah kehabisan minyak.

“Semasa mayat ditemui, pintu dan tingkap rumah mangsa dalam keadaan bertutup rapat. Polis terpaksa memecah pintu dapur untuk masuk ke dalam rumah,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, seluruh badan mayat empat beranak itu semasa ditemui berwarna hijau kehitaman, mulut berair dengan lidah terjelir.

Selain itu, terdapat beberapa tompokan darah dan air berwarna kekuningan berhampiran keempat-empat mayat mangsa.

“Punca sebenar kematian akan diketahui hujung minggu ini selepas keputusan bedah siasat yang dilakukan oleh doktor pakar Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching bermula pagi esok (hari ini) diketahui,” katanya.

Difahamkan generator tersebut kebiasaannya akan diangkat ke belakang rumah menjelang waktu malam namun pada hari kejadian generator itu ditemui masih berada di dalam dapur.

Keluarga itu menggunakan generator itu kerana masih menunggu kelulusan mendapat bekalan elektrik.

Zaidi dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai seorang yang kuat agama dan disenangi oleh masyarakat tempatan.

Kehilangan kandungan secara misteri: Norliana nafi pura-pura mengandung

Saturday, November 17, 2012 0 Komen

Kehilangan kandungan secara misteri

Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu 'ghaib'.

Norliana, 28, seorang pembantu kedai makan memberitahu, dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.

Bagaimanapun katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya kerana tiada sebarang makna jika dia berbohong berhubung perkara itu.

"Saya berbelanja lebih RM500 membeli kelengkapan pakaian bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kembar perempuan, namun sedih apabila ada pihak menyatakan kehamilan saya palsu.

"Buat apa saya berpura-pura mengandung. Selama sembilan bulan saya mengusung perut yang berat tetapi lain pula pandangan orang. Apa pun itu hak mereka, namun tetap dengan pendirian, saya memang hamil," tegasnya ketika ditemui di Kampung Kelut, Jabi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Norliana kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.

Norliana dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mendakwa, kehilangan bayi kembar perempuan itu ketika dia bermimpi dikunjungi lima wanita berjubah semasa tidur di rumah ibunya, Cik Som Endut.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamarulzaman Ali berkata, simptom pseudosiesis itu bukan sahaja membabitkan perubahan fizikal malah gangguan mental serta tekanan perasaan.

Katanya, pesakit akan mengalami pertambahan berat badan khususnya di bahagian perut selain tidak datang haid, rasa mual, muntah dan ketegangan perut.

Norliana memberitahu, ketika hamil berat badannya meningkat kepada lebih 50 kilogram (kg) berbanding sebelum itu 40kg.

Restoran Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 10

Tuesday, November 13, 2012 0 Komen

Restoran Nasi Ayam Pak Mal , Seksyen 10

Sebut sahaja nama restoran ini, pasti ramai yang mengetahuinya kerana ia sudah terkenal sejak 30 tahun lalu. Bermula dari berniaga tepi jalan, kemudiannya ke gerai, kini ia terus mengorak langkah dengan membuka restoran di Seksyen 10 sejak tiga tahun lalu.

Seperti namanya, nasi ayam hasil resipi Kamarul Hilal atau lebih dikenali sebagai Pak Mal terus mendapat sambutan.

Nasi ayam yang ditawarkan di sini cukup berbeza di tempat lain kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, mampu menarik ramai pelanggan sama ada sedia ada mahupun baru.

Restoran Pak Mal Nasi Ayam
Nasi Ayam
Restoran Nasi Ayam Pak Mal di Seksyen 10 ini diuruskan oleh anaknya, Ameerul Izham, 27, yang komited dengan segala urusan berkaitan.

Nasi ayam dihidangkan di dalam pinggan berasingan dengan lauknya bagi membolehkan anda menikmatinya dengan mengikut selera sendiri.

Di dalam pinggang berasingan, potongan ayam diletakkan bersama sos istimewa.

“Resipi Nasi Ayam Pak Mal menggabungkan kicap dan sambal untuk memberi kelainan rasa ketika anda menikmatinya,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sos tambahan juga disediakan di setiap meja.

“Pelanggan sangat menggemari sos ini dan kami sediakan sos tambahan kepada mereka yang inginkannya,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 50 ekor ayam atau 600 pinggan habis dijual setiap hari dan ia akan meningkat jika terdapat tempahan.

“Rata-rata pelanggan yang datang memilih untuk menikmati nasi ayam,” katanya.

Restoran Pak Mal Nasi Ayam mesra pelanggan

Waktu makan tengah hari merupakan masa kemuncak di sini. 42 meja yang disediakan di dalam dan luar dipenuhi pelanggan.

“Kesemua 20 kakitangan restoran ini akan bertugas pada waktu makan tengah hari, termasuk saya kerana kami mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Walaupun sibuk, anda boleh menikmati makanan yang dipesan kurang daripada lima minit.

“Kakitangan di sini dilatih untuk terus melayan pelanggan sebaik memasuki restoran ini,” katanya.

Anda pasti kagum melihat pelayan restoran mampu membawa banyak pesanan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Ini sekali gus mempercepatkan lagi hidangan sampai ke meja pelanggan.

“Nasi ayam dijual pada harga RM4.50 sepinggan atau sebungkus,” katanya.

Selain nasi ayam, Restoran Pak Mal Nasi Ayam turut menawarkan pilihan kegemaran lain seperti nasi kukus, nasi ayam goreng berempah, mi kari, soto dan banyak lagi.

“Menu ini menjadi pilihan kepada pelanggan yang mahu mencuba selera lain,” katanya.

Nasi kukus didatangkan bersama ayam goreng, semangkuk kecil gulai daging, sambal belacan serta sayuran seperti salad menjadikannya hidangan lengkap.

“Selain nasi ayam, nasi kukus ini turut menjadi pilihan pelanggan,” katanya.

Kerja-kerja memasak nasi ayam dimasak secara berperingkat untuk menjamin kualiti setiap hidangan.

“Kami bukan sekadar menghidangkan hidangan, tapi juga kualiti,” katanya.

Sebagai tambahan, pengunjung boleh menikmati hidangan Barat dan tempatan pada sebelah malam.

“Banyak pilihan hidangan Barat seperti steak, chicken chop, fish and fries, nasi goreng dan juga selera Thai seperti tomyam,” katanya.

Francais jenama Restoran Pak Mal Nasi Ayam

Beliau berkata, selain makanan, terdapat beberapa minuman yang menjadi pilihan pelanggannya antaranya sirap bandung, air jagung, air batu campur (ABC).

“Warna merah sirap dan susu diasingkan bagi memberi kelainan dalam food presentation. Bukan sahaja menarik, namun ia juga sedap.

“Kelainan pada air jagung adalah dengan meletakkan bijian jagung bagi menambahkan lagi rasa asli,“ katanya.

Beliau berkata, sewaktu memutuskan untuk membuka restoran ini, beliau dan keluarga bersama-sama membuat kajian mengenai konsep yang ingin diketengahkan.

“Jadi, inilah hasilnya setelah dikaji. Konsep ini lebih santai dan dengan ruang terbuka. Pelanggan boleh menikmati hidangan dengan selesa,” katanya.

Menyentuh mengenai perancangan masa depan Restoran Pak Mal Nasi Ayam, Ameerul Izham berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan restoran ini sebagai francais di seluruh negara dengan konsep centre kitchen.

“Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan bagi memudahkan urusan francais dilaksanakan. Jadi saya sasarkan lima tahun lagi, konsep ini akan diperkenalkan dan dilancarkan,” katanya.

Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) disita JKM

Saturday, November 10, 2012 0 Komen

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu dan menyita sebuah rumah yang dijadikan pusat perlindungan wanita dan remaja di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 24 tahun lalu.

Pengarahnya, Noormah Abdul Rauf berkata, dalam serbuan selama tiga jam bermula pada pukul 10 pagi itu, pusat tersebut didapati menempatkan 69 wanita berumur antara 14 dan 30 tahun termasuk seorang bayi berusia lima bulan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan Akta Pusat Jagaan 1993.

Pusat yang diberi nama Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) itu didapati gagal mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan di bawah akta tersebut.

“Dengan keluasan rumah tersebut, maksimum penghuni yang dibenarkan hanya seramai 28 orang tetapi penjaga pusat itu meletakkan seramai 69 orang di ruang yang sempit. Mana selesa?

“Sedangkan pihak keluarga juga membayar yuran kepada pusat itu sebanyak RM10,000 setahun untuk seorang bagi menjaga ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah sosial atau sedang mengandung,” katanya kepada pemberita selepas serbuan ke pusat itu di sini semalam.

Menurut beliau, antara piawaian yang perlu dipatuhi oleh penjaga pusat tersebut ialah had bilangan penghuni tidak melebihi keluasan ruang lantai yang dibenarkan bagi memastikan keselesaan penghuninya.

Piawaian lain yang perlu dipatuhi ialah nisbah penjaga dengan penghuni perlulah mencukupi, menyediakan modul latihan dan jadual aktiviti harian yang sesuai.

“Hasil siasatan JKM mendapati Kewaja gagal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan walaupun telah diberi nasihat dan panduan sejak tahun 2003,” jelas beliau.

Ketika serbuan itu dibuat, pihak berkuasa mendapati 69 penghuni pusat jagaan tersebut terdiri daripada 42 wanita yang sedang mengandung, 19 orang berada dalam pantang selepas baru melahirkan anak manakala tujuh lagi menghadapi pelbagai masalah sosial yang lain.

Mereka kemudiannya, termasuk seorang bayi yang berusia lima bulan, ditempatkan untuk sementara waktu di Asrama Bahagia, Kampung Pandan di sini untuk tujuan saringan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Menurut Noormah, pihak pengurusan Kewaja perlu mengemukakan perakuan pendaftaran bagi pusat jagaan tersebut kepada JKM untuk mengoperasikan semula tempat tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis ia dikeluarkan.

“Sekiranya Kewaja gagal berbuat demikian, suatu perintah mahkamah akan diperoleh bagi menghalang premis tersebut daripada dijadikan pusat jagaan,” katanya.

Tambah Noormah, sekiranya didapati bersalah, Kewaja boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993.

Dalam pada itu, tinjauan di pusat tersebut mendapati semua penghuninya terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa di rumah itu yang menyediakan sebuah ruang tamu dan dua bilik untuk mereka.

Selain itu, mereka juga terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu yang sempit selain persekitaran yang kurang bersih dan tidak selamat kepada penghuni.



Seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 16, berkata, kehidupan yang beliau impikan untuk berubah apabila memasuki pusat jagaan tersebut selepas terjebak dengan masalah sosial disifatkan ‘tidak seindah yang disangka’.

“Pada mulanya saya ingat saya ingin mendalami ilmu agama tetapi tempat ini tidak menyediakan guru yang mampu untuk mengajar agama, sebaliknya kami hanya belajar sesama sendiri sahaja,” katanya.

Bagi Effa, 19, pula, tindakannya yang pernah melarikan diri akibat tidak tahan dengan kehidupan di pusat itu yang disifatkannya sebagai tempat yang teruk menjadi mimpi ngeri apabila dia ditangkap dan dipukul warden pusat berkenaan.

“Saya memang tidak sangka kehidupan di sini amat teruk, mereka mengenakan yuran tetapi tidak menyediakan keselesaan kepada kami. Bayangkan ibu mengandung, ibu yang baru bersalin disuruh membuat kerja-kerja berat, jadi perkara inilah membuatkan kami ingin memberontak,” katanya.

~ Kosmo

Hantu Lif Dirakam Imej Oleh Jururawat

Thursday, November 08, 2012 0 Komen

Misteri Hantu Lif Perempuan

Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.


Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Bila rakyat kita akan menang Hadiah Nobel?

Wednesday, November 07, 2012 0 Komen

Pada tahun ini Hadiah Nobel dalam kategori Keamanan (Nobel Peace Prize) diberikan kepada Kesatuan Eropah (EU). Jawatankuasa Hadiah Nobel memberikan alasan bahawa 'EU bekerja keras bagi memastikan keamanan dipertahankan di Eropah selama lebih enam dekad.' Sudah pastilah banyak orang mempertikaikan hujah ini. Eropah seluruhnya bertanggungjawab pada apa yang berlaku sewaktu Perang Balkan pada awal tahun-tahun 90-an. Malah bukan rahsia lagi pembunuhan dan penganiayaan terhadap Muslim Bosnia-Herzegovina berleluasa kerana kegagalan Eropah mengambil langkah sewajarnya.

Hadiah Nobel memang tidak lekang dengan kontroversi. Ia memang merupakan hadiah paling besar dan berprestij di dunia. Akademi Hadiah Nobel memberikan penghargaan pada individu dan organisasi yang dianggap berjasa besar pada dunia dan kemanusiaan. Kini terdapat enam hadiah yang dipertimbangkan yakni keamanan, fizik, kimia, kesusasteraan, perubatan dan ekonomi. Selain daripada nilai kewangan (pemenang mendapat RM3.9 juta) hadiah ini juga dianggap mercu tanda kejayaan dan pencapaian individu dan organisasi dalam disiplin tertentu.

Alfred Bernhard Nobel dari Sweden, pengasas hadiah ini merupakan seorang ahli kimia, jurutera dan pencipta. Beliau dikatakan bertanggungjawab mencipta dinamit atau alat peletup. Mungkin kerana kaitan beliau dengan alat membunuh itu, beliau mewasiatkan harta peninggalannya untuk kebaikan. Maka lahirlah Hadiah Nobel yang hadiahnya pertama kali diberikan pada tahun 1901.

Sejak tahun pertama, kontroversi sudah bermula. Pemberian hadiah kesusasteraan pada seorang penyair Perancis bernama Rene Francois Armand Prudhomme dibantah oleh banyak pihak termasuk sasterawan dari Sweden. Ramai yang menjangkakan novelis Leo Tolstoy dari Russia akan menang. Tolstoy, penulis novel seperti War and Peace dan Anna Karenina tidak pernah memenangi hadiah itu, begitu juga penulis terbilang seperti Henrik Ibsen (Norway), Vladimir Nabokov (Russia), James Joyce (Ireland), Emile Zola (Perancis) dan Mark Twain (Amerika Syarikat). Salah seorang calon dari rantau ini yang pernah disebut-sebut sebagai bakal pemenang, Pramoedya Ananta Toer, juga tidak menerimanya. Empat orang Asia telah memenangi kategori sastera bermula dari Rabindranath Tagore (1913) hingga Gao Xingjian (2000).

Buku The Nobel Prize: A History of Genius, Controversy and Prestige oleh Burton Feldman menggariskan sejarah lengkap hadiah tersebut sehingga 2000, bersempena 100 tahun. Sebenarnya bukan kemenangan EU 12 tahun selepas buku itu diterbitkan sahaja yang dipertikaikan dalam konteks hadiah keamanan. Henry Kessinger yang diberikan hadiah itu bersama Le Doc Tho dari Vietnam Utara pada tahun 1973 dikecam kerana beliau dituduh menyebabkan perang Vietnam merebak. Doc Tho menolak hadiah itu. Yasser Arafat, Shimon Peres dan Yitzhak Rabin memenangi hadiah keamanan pada tahun 1994, sampai ke hari ini isu Palestin tidak selesai. Kemenangan Presiden Barack Obama pada tahun 2009 juga banyak dipersoalkan. Dalam pelbagai bidang lain juga kontroversi siapa yang patut menang ditanyakan.

Dalam sejarah Hadiah Nobel, 835 individu dan 21 organisasi telah diberikan penghargaan. Seramai 44 orang wanita telah memenanginya (sebenarnya 43 oleh sebab Marie Currie mememanginya dua kali), paling banyak dalam bidang kesusasteraan (12 orang). Keluarga yang paling bertuah ialah Marie Curie yang menerima hadiah dalam bidang fizik pada tahun 1903 dan kimia pada tahun 1911. Suami beliau Pierre berkongsi hadiah itu dengan beliau pada tahun 1903. Anak perempuan mereka, Irene Joliot-Currie memenangi hadiah dalam bidang kimia pada tahun 1935 bersama suaminya. Anak perempuan kedua Curie dan Pierre, Henry Labouisse memenangi hadiah dalam bidang keamanan pada tahun 1965.

Bangsa Yahudi paling banyak memperoleh kemenangan Hadiah Nobel. Walaupun mereka mewakili 0.2 peratus penduduk dunia tetapi 20 peratus pemenang Hadiah Nobel terdiri daripada orang Yahudi. Mereka merupakan bangsa yang berjaya memenangi kesemua kategori hadiah tersebut. Orang Yahudi yang pertama memenangi Hadiah Nobel ialah Adolf von Baeyer dalam bidang kimia pada tahun 1905. Pada tahun 2012, tiga orang berbangsa Yahudi menang dalam tiga kategori - kimia (Robert Lefkowitz), fizik (Serge Haroche) dan ekonomi (Alvin E. Roth).

Rakyat dari 72 negara telah memperoleh kemenangan, paling banyak datangnya dari AS (337 orang) diikuti oleh United Kingdom (116), Jerman (102) dan Perancis (65). Negara-negara seperti Albania, Faroe Island, Cyprus, Colombia, Azerbaijan, Trinidad & Tobago, Latvia dan Myanmar mempunyai seorang pemenang. Ghana yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama dengan kita patut berbangga kerana salah seorang rakyatnya memenangi Hadiah Nobel. Beliau ialah Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2001.

Setakat ini, 39 orang dari Asia telah memenangi Hadiah Nobel, paling ramai dari Jepun (16) diikuti oleh China (9), India (7) dan Timor-Leste (2).

Bila agaknya salah seorang rakyat kita akan mendapat Hadiah Nobel?


Oleh Johan Jaaffar

Model kereta terkini di COTY2U 2012, MATRADE

Tuesday, November 06, 2012 0 Komen

Pameran kereta Car of The Year 2u (COTY2U) anjuran akhbar NST menerusi sisipan Cars, Bikes and Trucks dan Maybank akan diadakan di Pusat Pameran MATRADE, Jalan Duta, pada 9 hingga 11 November 2012. Orang ramai khususnya peminat automotif berpeluang menyaksikan pelbagai model kenderaan dalam dan luar negara pada pameran NST-Maybank COTY2U 2012.

Pameran tiga hari bermula Jumaat ini, dibuka kepada orang ramai mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.


Bertempat di bangunan MATRADE, di sini, pameran anjuran akhbar New Straits Times (NST) itu menanti pengunjung dengan pelbagai aktiviti berkaitan kepenggunaan automotif termasuk ruang pameran teknologi hijau dan Koridor Inovatif Eco.

Majlis perasmian pameran akan diadakan pada 9 November.

Lancar model Mercedes terbaru

Turut diadakan pada hari sama termasuk pelancaran model terbaru Mercedes-Benz SL dan pameran Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) anjuran Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Hari kedua pameran bakal menyaksikan pelancaran Koridor Inovatif Eco, pameran kenderaan elektrik, hibrid, diesel dan petrol dengan kecekapan tinggi.

Tujuh model kereta klasik yang jarang ditemui bakal dipamerkan pada hari ketiga pameran itu selain seminar pemanduan khas untuk wanita serta penerangan perkembangan semasa kecurian kenderaan oleh polis.

Pengunjung turut berpeluang memandu uji pelbagai jenis model terbaru kenderaan pelbagai jenama sepanjang tiga hari pameran.

Puluhan model kenderaan terbaru yang dicalonkan bagi anugerah NST-Maybak COTY 2012 akan turut dipamerkan mengikut kategori masing-masing untuk dinilai pengunjung bagi anugerah khas 'Pilihanku'.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.bhauto.com.my

Perubatan Islam mampu merawat penyakit

Monday, November 05, 2012 0 Komen

Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-Israa: 82)

Al-Quran merupakan mukjizat umat Islam. Di dalamnya terdapat pelbagai khazanah dan syifa sehingga para pengkaji kitab suci tidak putus asa dan berterusan untuk merungkai rahsia isi kandungannya.

Al-Quran bukan sahaja menjadi rujukan pelbagai bidang, malah panduan utama umat Islam tersebut juga digunakan sebagai perawat kepada penyakit dalaman dan luaran yang sukar dirawat melalui kaedah perubatan moden.

Bukan sahaja ayat-ayat al-Quran tetapi potongan hadis berbentuk doa dan zikir Rasullullah juga digunakan sebagai ayat Ruqyah (pengubat) untuk tujuan seumpama itu.

Maka kaedah perubatan Islam sering digunakan sebagai jalan terakhir selepas para pesakit gagal menemui penawar kepada penyakit yang dihidapi mereka.

Malah para pegawai perubatan yang buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah pesakit mereka akhirnya diserahkan kepada kaedah rawatan Islam sebagai ikhtiar terakhir.

Pengiktirafan perubatan Islam daripada kerajaan Malaysia baru-baru ini dengan amalan perubatan alternatif tersebut dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Tradisional dan Komplementari 2012 menunjukkan kaedah tersebut diterima baik negara ini.

Bagi Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima), Mohd. Fauzi Mustaffa, perjuangan pihaknya memartabatkan perubatan Islam di negara ini telah berjaya.

Langkah itu juga untuk membuktikan bahawa kaedah alternatif mampu menyembuhkan penyakit yang tiada harapan untuk sembuh.

Ujar beliau, dengan sifat Islam yang merupakan agama pembawa rahmat kepada seluruh alam, maka tiba pada masanya perubatan Islam diiktiraf seiring menghormati semangat prinsip agama persekutuan Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Setakat yang kita tahu, Malaysia salah satu yang mengiktiraf perubatan Islam dalam penggubalan undang-undang berbanding negara Islam lain.

"Ini bermaksud kaedah alternatif telah diterima baik. Dalam perkembangan lain, ia dilihat untuk menyekat perkembangan amalan bomoh dan khurafat yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

"Walaupun perubatan Islam telah lama wujud di negara ini, tetapi perjuangan Gappima untuk memartabatkan perkara tersebut hampir berjaya dan banyak tindakan yang perlu dirancang agar ia berada atas sama tahap dengan kaedah rawatan moden," ujar beliau.

Kewajaran perubatan Islam

Dunia sains pernah dikejutkan dengan penemuan seorang saintis dari Jepun, Dr. Masaru Emoto yang mendakwa air yang dibaca dengan bacaan doa membentuk molekul kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan.

Walaupun kajian itu tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, tetapi ia cukup menggambarkan bahawa perubatan Islam mampu merawat khususnya penyakit dalaman.

Menurut Fauzi, prinsip perubatan Islam adalah para pengamal cuma merawat tetapi yang menyembuhkan hanya Allah, sehubungan itu tambah beliau, ketika merawat mereka menanamkan keyakinan untuk sembuh kepada pesakit.

"Ketika merawat, kita tanam keyakinan pada pesakit bahawa penyakit itu boleh diubati. Sebenarnya kita sakit bukannya berpunca daripada virus atau kuman tersebut kuat tetapi antibodi lemah.




"Contohnya bila dimaklumkan oleh doktor bahawa pesakit mempunyai enam bulan untuk hidup, semangat itu telah tiada. Tetapi dalam perubatan Islam, kita berdoa dan berkata insya-Allah penyakit boleh sembuh selain ditambah dengan ketenangan dan kekuatan oleh bacaan al-Quran.

"Secara saintifik, apabila pesakit diberi harapan, ia seolah memberikan mereka keyakinan untuk kuat, maka mereka akan melawan kerana wujud kekuatan," kata beliau.

Jelas Fauzi, kebanyakan doktor yang memahami perubatan Islam akan menyerahkan kepada rawatan alternatif setelah mereka tidak mampu merawat penyakit kritikal dan gangguan dalaman.

Fauzi yang juga merupakan perunding motivasi kemudian menjelaskan bahawa perubatan Islam walaupun selalu digunakan oleh orang ramai sebagai jalan terakhir maka ia dilihat peluang kedua untuk mereka kembali sihat.

"Oleh sebab itu kita perjuangkan agar rawatan Islam dimartabatkan dan diiktiraf agar masyarakat mengetahui bahawa rawatan Islam setaraf dengan kaedah perubatan lain bahkan lebih daripada itu," tambah Fauzi.

~JUANI MUNIR ABU BAKAR (Utusan)

SPM 2012 bermula!

Monday, November 05, 2012 0 Komen

472,541 pelajar mula menduduki SPM hari ini

Cuaca cerah di kebanyakan tempat pada sebelah pagi memudahkan perjalanan 472,541 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk ke dewan peperiksaan di seluruh negara bagi menghadapi hari pertama peperiksaan itu.

Calon-calon mula menduduki peperiksaan SPM itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 6 Disember.

Kertas pertama adalah Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula pada 8 pagi hingga 10.15 pagi hari ini, Pendidikan Seni Visual- Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 (11 pagi hingga 12.15 tengah hari) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (2 petang hingga 4.3-0 petang).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121105/dn_20/472541-pelajar-mula-menduduki-SPM-hari-ini#ixzz2BKDo3jOH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) 4 November 2012

Monday, November 05, 2012 0 Komen

Manchester United berjaya merampas takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalahkan Arsenal 2-1, manakala Chelsea pula sekadar seri 1-1 menentang Swansea City semalam.

Penyerang Belanda, Robin van Persie yang menyertai United dari Arsenal Ogos lalu, hanya memerlukan kurang daripada tiga minit untuk meletakkan pasukan tuan rumah di depan hasil kesilapan Thomas Vermaelan dan Patrice Evra melengkapkan kemenangan melalui jaringan pada minit ke-67.



Santi Cazorla menjaringkan gol pada masa kecederaan, namun ia tidak mampu untuk menutup kekecewaan Arsenal, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas rehat separuh masa pertama apabila pemain tengah, Jack Wilshere dilayangkan kad kuning kedua.

Turut mewarnai perlawanan semalam ialah kegagalan Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti sebelum babak pertama berakhir apabila rembatannya tersasar ke sebelah kanan pintu gol yang dikawal Vito Mannone.

United tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan apabila hantaran silang, Rafael pada minit ketiga gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Vermaelen, membolehkan Van Persie melakukan rembatan dari jarak dekat.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson itu mampu untuk menggandakan jaringan pada minit ke-44 selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila hantaran silang Ashley Young ditampan dengan tangan oleh Cazorla.

Rooney yang ditugaskan untuk mengambil sepakan tersebut gagal menyudahkannya apabila rembatan leret yang dilakukan tersasar keluar namun kesalahan tersebut seakan berjaya ditebus penyerang England itu.

Hantaran silang yang dilakukannya pada minit ke-67 membolehkan Evra menanduk masuk untuk memberikan keselesaan buat United mendahului 2-0 pada separuh masa kedua, menyebabkan pasukan bimbingan Arsene Wenger tertekan.

The Gunners terpaksa menunggu sehingga masa kecederaan untuk memperoleh jaringan sagu hati, apabila Cazorla melakukan rembatan lencong menewaskan David De Gea, namun ia seakan tidak memberi sebarang makna buat mereka. - Reuters

STPM mulai 5 hingga 8 November 2012

Monday, November 05, 2012 0 Komen

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012
Seramai 67,202 orang calon akan menduduki peperiksaan Penggal 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013, iaitu peperiksaan berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM di 771 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 5 hingga 8 November 2012.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), daripada jumlah itu, 66,465 orang adalah calon sekolah kerajaan, 658 calon sekolah swasta, 69 calon persendirian individu dan 10 calon sekolah kerajaan negeri.

"Mereka ini merupakan calon kohort pertama yang menduduki peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM yang mengikuti pengajian tingkatan enam bawah mulai Mei 2012," kata MPM dalam satu kenyataan.

Kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Calon juga boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM di http://www.mpm.du.my.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir semasa peperiksaan berlangsung, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666 dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Talian lain yang boleh dihubungi ialah 03-61369663 (am), 03-61302664/03-61302646. - BERNAMA

Datuk Lee Chong Wei ikhlas - Wong Mew Choo

Saturday, November 03, 2012 0 Komen

Saya dapat rasai keikhlasannya,". Itu kata bakal pengantin baru, Wong Mew Choo ketika ditanya mengapa dia memilih Datuk Lee Chong Wei sebagai pasangan hidupnya.

Tambah Mew Choo: “Tiada siapa lagi melainkan dia (Chong Wei), lelaki yang saya penuh yakin dan percaya dapat memberikan perkahwinan impian dan kehidupan sempurna untuk saya."

Bekas pemain wanita No.1 negara ditemui pada sidang akhbar sempena perkahwinan mereka di rumah pengantin D&L Couture yang menaja hampir RM1.25 juta, merangkumi sut dan gaun pengantin, fotografi, gambar dan video perkahwinan, penghiasan majlis sehinggalah pakaian ahli keluarga, pengapit dan kenalan rapat.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah tajaan kasut Mew Choo yang bernilai RM7,000.

Ditanya pandangannya terhadap Chong Wei, yang biasanya lebih sinonim dengan pakaian sukan, apabila memakai sut tuxedo: “Ya. Dia handsome, tapi sama ada dia memakai sut atau berpakaian sukan, dia sentiasa kacak dan istimewa dalam hati saya."

Sementara itu, Chong Wei memberitahu, bakal isterinya meluahkan hasrat untuk berbulan madu di Kepulauan Maldives, New Zealand Amerika Syarikat, namun memandangkan dia masih aktif bermain badminton, rancangan itu ditangguhkan dan akan dilakukan secara berperingkat.

“Dia ada beritahu hasratnya untuk melawat New Zealand, Maldives dan Amerika, tetapi terpaksalah saya ‘hutang’ dengan dia dulu... dia faham akan rancangan dua tahun saya iaitu terus bermain sehingga Sukan Asia (Incheon 2014).

“Jika kecergasan saya mengizinkan, saya mungkin lanjut persaraan sehingga Olimpik (Rio 2016).

“Selepas kahwin, saya rasa dia tidak akan jadi suri rumah yang duduk di rumah, dia akan bantu saya menguruskan perniagaan-perniagaan saya," jelas Chong Wei.

Dalam pada itu, Chong Wei sendiri mengesahkan seteru utama tetapi juga sahabat rapatnya, Lin Dan, tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya kerana perlu beraksi pada Terbuka China di Shanghai, minggu depan.

 

ZONFINITI