Koleksi setem pertama tahun 2013 Burung Belatuk

Saturday, January 12, 2013

Pos Malaysia Berhad (PMB) akan mengeluarkan setem dan filateli terbaharu bertemakan ‘Keunikan Burung Belatuk’ di Malaysia dan Asia yang akan mula dijual Isnin ini.



Ketua Unit Setem dan Filateli PMB, Yasmin Ramli berkata, setem yang memaparkan empat jenis burung belatuk iaitu Belatuk Merah, Belatuk Pinang Muda, Belatuk Kecil Tengkuk Kuning serta Belatuk Gajah merupakan koleksi terhad dan yang pertama kali dikeluarkan.

"Burung belatuk dipilih kerana mempunyai ciri-ciri istimewa seperti jambul yang unik serta paruh tajam dan keluaran ini juga untuk menyedarkan masyarakat tentang keunikan spesies flora dan fauna,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PMB di sini, hari ini.

Yasmin berkata, bagi pejabat pos yang beroperasi pada Ahad seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu, koleksi itu akan mula dijual pada hari berkenaan.

Beliau berkata, setem bersaiz 30mm x 40mm itu dicetak sebanyak 20 setem sehelai pada kertas tera air SPM bersalut fosfor berharga RM12 bagi Belatuk Merah, Belatuk Pinang Muda (RM16), Belatuk Tengkuk Kuning (RM20) dan lembaran mini Belatuk Gajah (RM5).— BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI