Pengumuman Keputusan Muet November 2012 ,Selasa

Friday, January 04, 2013

Keputusan Muet November 2012
Keputusan ujian Malaysian University English Test (Muet) bagi sesi November 2012 akan dikeluarkan 8 Januari depan, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.     

Seramai 75,634 orang menduduki ujian itu.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapat keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUETRESULT dan dihantar ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 8 Januari atau melalui online dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Bagi calon yang mahu membuat semakan semula keputusan mereka, boleh berbuat demikian dengan membuat bayaran sebanyak RM70 yang tarikh tutup rayuan ialah pada 14 Januari.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM di www.mpm.edu.my.

Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan, mereka boleh membuat pendaftaran untuk sesi Mac 2013 secara online melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI