Rampasan dadah dipercayai motif pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam

Saturday, April 27, 2013 0 Komen

Rampasan dadah dipercayai motif pembunuhan

 Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Pekastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharudin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di sini, jam 8.15 pagi semalam.

Mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa menghala ke Lebuh Wawasan di sini.



Kejadian berlaku ketika kereta mangsa yang dibawa pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

Mangsa yang cedera parah di leher dan kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya (HPJ) jam 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik melihat mangsa cedera parah ditembak, pemandunya membawanya terus ke Unit Kecemasan HPJ tetapi disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Chin Wah berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumah anaknya di Dengkil menuju ke pejabat beliau di Putrajaya.

Beliau berkata, siasatan mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik dan polis masih menyiasat punca dan motif sebenar kejadian selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasat.

Sementara itu, sumber memberitahu BH, pembunuhan Shaharuddin dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes rampasan dadah oleh KDRM sejak awal tahun ini antaranya 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India pada 15 Mac lalu.

Katanya, mangsa yang disifatkan pegawai yang jujur, amanah dan beretika dianggap ancaman besar oleh sindiket penyeludupan bahan larangan ke negara ini.

Menurutnya, sebaik mengetuai Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) import/eksport dalam Perkhidmatan Teknik (PERTEK), Shaharuddin menerima pelbagai ancaman termasuk ugutan bunuh.

“Berikutan penguatkuasaan undang-undang yang begitu ketat, kumpulan atau sindiket tempatan dan antarabangsa yang menyeludup dadah, rokok, mercun, minuman keras dan senjata api mulai berasa terancam.

“Bukan hanya ancaman daripada sindiket, kumpulan yang cuba menyeludup masuk barang yang tidak diisytiharkan atau lari dari cukai turut mengancam nyawa setiap kakitangan KDRM,” katanya semalam.

Sebelum dilantik Timbalan Ketua Pengarah KDRM pada 18 Ogos 2011, Allahyarham yang juga anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan adalah Pengarah KDRM Kelantan.  ~ BH

Masjid Fittja pertama laung azan di Sweden

Saturday, April 27, 2013 0 Komen

Masjid Fittja pertama laung azan di Sweden
Sebuah masjid di pinggir bandar ini muncul sebagai masjid pertama di Sweden melaungkan azan daripada menara bangunan itu semalam.

Laungan azan yang mengambil masa selama tiga minit itu bergema dari Masjid Fittja, selatan Stockholm.

"Ia adalah satu hari yang amat penting bagi kami," kata Ismail Okur, pengerusi persatuan kebudayaan Islam yang memfailkan permohonan tahun lalu.

Ahli lembaga polis daerah Stockholm meluluskan permohonan masjid itu bahawa azan boleh dilaungkan pada setiap hari Jumaat bagi tempoh tiga hingga lima minit pada waktu tengah hari atau pukul 1 petang. - DPA

Mohd Zubir Embong tak gentar Raja Bahrin

Wednesday, April 24, 2013 0 Komen

Kuala Terengganu: "Saya menghormati beliau (calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad) sebagai seorang arkitek bina bangunan, tetapi saya adalah guru yang membina insan dan itu tentunya lebih penting."

Demikian reaksi calon baru Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu Mohd Zubir Embong mengenai lawannya untuk merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei ini.

Menurut Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu itu, walaupun diumumkan sebagai calon baru, namanya sudah dikenali dalam bidang politik lebih 15 tahun lalu.

"Saya bertuah dipilih bertanding di kerusi mentor saya, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan akan meneruskan legasi beliau memperkasakan bidang pendidikan jika menang PRU kali ini.

"Itulah janji saya kerana saya percaya sifat penyayang kaum guru dapat membantu insan berilmu, bukan dengan cara menyerang penuh hasad dengki," katanya.

Sementara itu, calon baru bagi kerusi panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang Nik Dir Nik Wan Ku berkata, beliau tidak gentar berdepan penyandang kerusi itu yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Dengan pengalaman selama 38 tahun dalam bidang politik, saya rasa tiada apa yang hendak ditakutkan kerana saya juga berpengalaman luas sejak berumur 18 tahun lagi.

"DUN Ru Rendang mempunyai 22,800 pengundi dan sejak lima tahun lalu, sebagai Pegawai Pembangunan DUN saya sudah berjumpa lebih 18,000 pengundi sehingga masyarakat setempat mengenali saya dengan panggilan Ayah Nik," katanya.

Keahlian Kamilia gugur serta-merta

Sunday, April 21, 2013 0 Komen

Keahlian Kamilia gugur serta-merta

Pagoh: Keahlian Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim gugur serta-merta selepas beliau bertanding sebagai calon bebas untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak.

Pada hari penamaan calon semalam, Kamilia membuat keputusan mengejutkan banyak pihak apabila memutuskan bertanding sebagai calon Bebas merebut kerusi Parlimen berkenaan.

Tindakan itu sekali gus menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara beliau, Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad daripada Barisan Nasional (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah yang mewakili PAS.

Dalam sidang media selepas proses penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Kamilia yang dihormati dalam BN.

"Keputusan itu jelas mengecewakan parti dan tidak seharusnya dilakukan seorang pemimpin yang memegang jawatan tinggi di dalam UMNO.

"Kamilia dianggap sebagai belot pada perjuangan parti dan beliau harus menanggung natijah di atas tindakan itu," katanya.

Menurut beliau, Kamilia memegang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO iaitu jawatan kedua tertinggi tetapi beliau sudah melakukan sesuatu yang tentunya bertentangan dengan perlembagaan, perjuangan serta semangat parti sendiri.

"Sesuatu yang pada saya amat mengecewakan (apabila terpaksa bertindak memecat Kamilia) tetapi (ia perlu) untuk menunjukkan parti bertindak tegas.

"Kita tidak mahu ada yang belot apa lagi dalam situasi pilihan raya yang begitu penting. Anggota parti yang keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas adalah bertentangan dengan prinsip parti," katanya. ~mA

Shahrizat kesal tindakan Kamilia

Sunday, April 21, 2013 0 Komen

Shahrizat kesal tindakan Kamilia   

Berikut ialah kenyataan akhbar Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai tindakan Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar.

Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Wanita UMNO, serta semua ahli rasa teramat kesal dan kecewa atas tindakan Datuk Kamilia bertanding tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau menolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18 April 2013.

Datuk Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri, sekaligus melanggar peraturan disiplin UMNO serta BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.

Kemas kini sistem

Selama empat tahun, saya telah tentukan dan mengemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuk untuk menghadapi apa juga situasi yang luar biasa.

Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran, termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri dan sabar dalam perjuangan.

Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati parti kerana kepentingan diri sendiri.

Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepemimpinan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian, yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepemimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Kuala Kangsar kerana pada saat mereka diduga, mereka menunjukkan semangat kesetiaan tidak berbelah bagi kepada UMNO dan BN, terutama ketika sibuk buat persediaan hadapi PRU-13 ini.

25 ahli parti komponen, UMNO tanding Bebas bakal pecat

Sunday, April 21, 2013 0 Komen

25 ahli parti komponen, UMNO tanding Bebas bakal pecat
Seramai 25 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) berdepan hukuman dipecat daripada parti masing-masing kerana bertanding atas tiket Bebas di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia termasuk 22 ahli UMNO, dua daripada Gerakan dan seorang daripada MCA.

Antara pemimpin UMNO yang akan berdepan tindakan itu termasuk Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan bekas Timbalan Menteri Pertanian yang juga bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua, Pulau Pinang.

Di Selangor, Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali dan Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed bertanding di Parlimen Sepang.

Selain itu, Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin dan Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, manakala ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Dua lagi ialah ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah yang bertanding di DUN Kota Damansara dan Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib di DUN Batang Kali.

Di Kedah, ahli UMNO yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi bertanding di DUN Alor Mengkudu, sementara seorang lagi ahli UMNO, Sobri Ahmad bertanding di DUN Sungai Limau.

Di Johor, AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun bertanding di DUN Bukit Naning, manakala Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari di Parlimen Pengerang.

Selain itu, AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu dan Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim turut bertanding di DUN Gambir.

Di Terengganu, ahli UMNO cawangan Kampung Banggol dan bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid bertanding di DUN Permaisuri dan

Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh di DUN Kemasek.

Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad bertanding di DUN Ajil dan ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja'afar Jambol di DUN Alur Limbat.

Di Negeri Sembilan, ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding di DUN Seri Menanti, manakala di Sabah, Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini bertanding di DUN Kuala Penyu dan ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul di DUN Sungai Sibugah.

Dua pemimpin GERAKAN yang bertanding Bebas ialah Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan di Parlimen Batu Kawan dan DUN Bukit Tengah manakala bekas Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dan Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook yang bertanding di DUN Kuala Kubu Bharu.

Kontroversi mewarnai PRU-13

Sunday, April 21, 2013 0 Komen

Kejutan, kontroversi mewarnai PRU-13

Seperti dijangkakan, hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam, diwarnai pelbagai kejutan dan kontroversi, sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Secara keseluruhannya, selepas hari penamaan calon ditutup, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 579 calon layak bertanding bagi kerusi Parlimen.

Seramai 221 calon itu mewakili BN, Parti Keadilan Rakyat atau PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), Parti Reformasi Negeri atau STAR (28), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau BERJASA (sembilan), Parti Maju Sabah atau SAPP (lapan) dan Parti Pekerja Sarawak atau SWP (enam).

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), masing-masing bertanding dua kerusi Parlimen, manakala Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) satu kerusi Parlimen.

Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding merangkumi calon BN seramai 505 calon, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), BERJASA (lima), KITA (11), BERSAMA (empat), PCM (tiga) dan Parti Sosialis Malaysia atau PSM (dua).

Calon paling ramai

Angka itu menjadikannya jumlah calon paling ramai akan bertanding dalam sejarah PRU negara sejak 1959.

Antara calon yang bertanding ialah Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan. Beliau akan ditentang Ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Fariz Musa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penyandang Parlimen Permatang Pauh, akan ditentang bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail (BN) dan calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin, 45.

Sementara itu, pelbagai kejutan dan kontroversi timbul pada hari penamaan calon semalam. Antara yang menarik perhatian ialah tindakan beberapa pemimpin atau ahli BN dan pembangkang bertanding atas tiket Bebas.

Ia ditambah pula dengan keterujaan individu, sama ada orang itu ahli biasa atau penyokong parti, termasuk mereka yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti, mencuba nasib bertanding dalam PRU kali ini.

Ia termasuk tiga artis yang disahkan bertanding, iaitu Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah di Parlimen Jempol, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid (Parlimen Pengerang, Kota Tinggi) dan Masrun Tamsi atau Herman Tino (Parlimen Tanjong Karang).

Calon paling tua di Terengganu dan mungkin di seluruh negara pada PRU-13, Maimun Yusof, 93, sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Tindakan cetus kontroversi

Turut mewarnai hari penamaan calon ialah ada calon menarik diri, pertembungan sesama komponen pembangkang dan pertandingan melebihi lima penjuru di sesebuah kerusi, sama ada peringkat DUN atau Parlimen.

Sudah semestinya, kontroversi yang menjadi bualan seluruh negara sepanjang tempoh kempen ini ialah keputusan bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar bertanding atas tiket Bebas.

Tindakan kontroversi Kamilia itu dipercayai pertama kali berlaku dalam sejarah penubuhan UMNO dan BN sekali gus mencatat sejarah Naib Ketua Wanita UMNO pertama menentang keputusan pucuk pimpinan parti.

Namun, pepatah ada menyebut 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.' Kamilia akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS, Dr Khalil Idham Lim Abdullah.

Di Parlimen Pasir Mas, tindakan kontroversi calon BN, Che Johan Che Pa menarik diri pada saat akhir dengan tidak menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon juga menjadi kejutan.

Penganalisis berpendapat, tindakan Che Johan itu memang sudah dijangka sebagai strategi untuk membolehkan penyandang Parlimen itu, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali untuk terus mempertahankan kerusi itu dalam menghadapi tentangan anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz dalam pertandingan satu lawan satu.

Namun, kontroversi sama dan lebih hebat daripada itu turut melanda komponen pakatan pembangkang kerana apa yang pasti, ada parti pembangkang bertanding sesama sendiri, sama ada di kerusi Parlimen atau DUN.

Dalam pada itu, calon DAP pula terpaksa membawa dua surat watikah daripada parti itu dan PAS ketika penamaan calon kerana bimbang pencalonan ditolak berikutan krisis pentadbiran parti itu.

Sementara itu, berdasarkan maklumat SPR, pertembungan sesama komponen pakatan pembangkang berlaku di Parlimen Labuan apabila calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin akan menentang calon PAS, Hadnan Mohamad. Calon BN di situ ialah Rozman Isli (BN).

Bagi kerusi DUN pula, DUN Kota Damansara, yang berlaku pertandingan enam penjuru menyaksikan PAS dan PKR bertembung bersama empat lagi calon, termasuk dari BN. Calon PAS di kerusi DUN berkenaan ialah Ridzuan Ismail manakala Mohd Nasir Hashim mewakili PKR.

Turut berlaku pertembungan sesama pembangkang ialah di DUN Sungai Acheh, menyaksikan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard (PKR) bertembung calon PAS, Mohd Yusni Mat Piah. Kedua-duanya akan menentang calon BN, Mahmud Zakaria.

Situasi sama juga turut berlaku di tiga DUN di Terengganu iaitu Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi. Turut berlaku pertembungan sesama pembangkang ialah di DUN Panti, Kota Tinggi, Johor membabitkan calon PAS, Azlisham Azahar dan calon PKR, yang juga bekas Ketua Perhubungan PKR Negeri Johor, Mohd Annuar Mohd Salleh menentang calon BN, Datuk Baderi Dasuki.

Terima surat pemecatan

Bagi BN, ahli yang membuat keputusan bertanding atas tiket Bebas akan menerima surat pemecatan pada Isnin ini, seperti ditegaskan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak.

Selain BN, DAP juga bertegas akan memecat mana-mana ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas pada PRU-13, seperti diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai.

PAS juga akan merujuk ahli atau pemimpin mereka yang bertanding sebagai calon Bebas kepada Jawatankuasa Disiplin parti sebelum tindakan tegas dikenakan, termasuk melucutkan keahlian.

Walaupun begitu, peningkatan jumlah calon bertanding, termasuk Bebas dalam PRU-13 menunjukkan sistem demokrasi berpolitik di negara sentiasa subur dan diterima masyarakat.

Di sebalik kisah ahli BN dan pakatan pembangkang bertanding atas tiket Bebas, turut mencuri perhatian ialah tiada kerusi Parlimen atau DUN yang dimenangi tanpa bertanding oleh mana-mana parti yang bertanding.

Lebih lima penjuru

Ada beberapa kerusi yang menyaksikan berlaku pertandingan melebihi lima penjuru seperti di DUN Sulabayan dan Parlimen Kalabakan, Sabah, yang bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.

Sementara itu, sembilan kerusi DUN dan satu Parlimen menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu lima di Sabah, Selangor (dua) dan masing-masing satu di Pulau Pinang (DUN Machang Bubuk) serta Kedah (DUN Sidam).

Berdasarkan pencalonan disahkan SPR, sekurang-kurangnya 35 kerusi Parlimen dan lapan kawasan DUN di Semenanjung dijangka menjadi tumpuan pada PRU kali ini.

Apa yang diharapkan, setiap parti dan calon yang bertanding akan berkempen secara sihat dan matang, manakala pengundi berfikir secara rasional dalam memilih calon pada hari mengundi 5 Mei ini.

Oleh Anwar Patho Rohman

Lelaki Bunuh Diri Kerana Hidup Tertekan

Friday, April 19, 2013 0 Komen

Lelaki gantung diri tak tahan tekanan

Akibat tekanan perasaan, seorang lelaki nekad menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri pada sebatang pokok rhu menggunakan tali nilon, kira-kira 50 meter dari Pantai Kuala Pahang, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, nelayan yang memeriksa pukat menemui mayat mangsa tersangkut pada pokok berkenaan dengan ketinggian kira-kira dua meter.

Mangsa berusia 30 tahun dan tinggal di Kuala Pahang, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, terkejut dengan penemuan itu, nelayan terbabit bergegas pulang ke rumah sebelum menceritakan kepada penduduk kampung serta menghubungi Balai Polis Pekan.

Menurutnya, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang tiba di tempat kejadian menurunkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Pekan (HP) untuk bedah siasat dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang berstatus duda dan mempunyai seorang anak lelaki dipercayai mengalami tekanan perasaan sejak kebelakangan ini dikatakan keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.


Bahaya Ubat Tiruan : Membunuh Dalam Senyap

Thursday, April 18, 2013 0 Komen

Ubat tiruan pembunuh senyap

Ubat-ubatan tiruan semakin berlambak di pasaran kerana ia mampu memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada penjenayah terancang ini.

Dengan kos yang sangat kecil untuk pengeluaran ubat tiruan atau palsu, perdagangannya sangatlah menarik dan menguntungkan. Di sebalik keuntungan sesetengah pihak, kegiatan ini sebenarnya memudaratkan kesihatan pengguna ubat tiruan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta pemalsuan pembungkusan.

WHO menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35 bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia.

Statistik rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.

Melalui pengalaman bahagian Penguatkuasa Farmasi, jenis ubat tiruan yang popular ialah ubat perangsang seks, ubat menguruskan badan, ubat sakit sendi, ubat mengurangkan lemak, ubat untuk mengawal alahan, gatal-gatal dan ubat selesema serta batuk.

Ketua Penolong Pengarah Farmasi (Kuatkuasa), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail memberitahu, pemalsuan dilakukan apabila produk tiruan itu menggunakan jenama dan produk yang sama dan menjualnya dengan nama produk tulen atau asal tanpa pengetahuan pengeluar produk tulen. Ubat tiruan ini menyerupai ubat tulen yang sememangnya telah diuji serta diluluskan untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.

" Ubat tiruan tersebut boleh dianggap sebagai parasit kerana menggunakan label serta nama dagangan yang sama dengan penyediaan tulen tetapi dikilangkan di premis yang tidak diluluskan serta menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti," jelasnya

Risiko penyakit Menurut Mazlan, ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan tercemar.

Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh.

Ini kerana ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang pengguna.

"Walau bagaimanapun, organ ini tidak akan menunjukkan sebarang masalah atau kemerosotan sehinggalah hanya tinggal sebahagian kecil sahaja yang masih berfungsi. Sekiranya ini terjadi, kemungkinan besar organ tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

Lebih teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak. Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan yang kecil seperti menulis.

Ubat -ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah tinggi.



Berdaftar

Mazlan seterusnya menjelaskan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bertanggungjawab melalui peruntukan undang-undang mendaftar semua produk farmaseutikal yang ingin dipasarkan.

"Pada dasarnya semua produk farmaseutikal yang didaftarkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Sikap tamak haloba serta tidak bertanggungjawab di kalangan segelintir masyarakat ini boleh menyebabkan kesihatan pengguna terjejas atau pengguna menghadapi risiko maut," jelasnya.

Abang cabul adik dipenjara dan disebat

Wednesday, April 17, 2013 0 Komen

Abang cabul adik dipenjara setahun, satu sebatan
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul adik kandungnya minggu lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan lelaki berusia 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap 10 April lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Erry Shahriman sempat menasihatkan tertuduh supaya menjadi orang berguna yang dapat membantu keluarga.

"Sebagai abang sulung, kamu patut membantu keluarga dan menjaga adik-beradik dengan baik...kamu muda lagi dan adik kamu pun baru berusia 17 tahun dan dia juga ada masa depan.

Saya harap kamu dapat kotakan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama," kata Erry Shahriman.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17 tahun 10 bulan dengan niat hendak mencabul kehormatannya di dalam bilik rumah mereka di Salak Selatan, Cheras di sini pada 3 petang, 9 April lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa tidur di dalam bilik, tertuduh telah mengetuk pintu dan apabila pintu bilik dibuka, tertuduh terus masuk dan menolak mangsa sehingga terbaring di atas katil sebelum menindih dan mencabulnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon. - Bernama

PRU13: Senarai Calon Pilihanraya Barisan Nasional (BN) Kedah

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

Berikut Senarai Calon Barisan Nasional PRU 13 di Kedah

Parlimen:
P.004 Langkawi – Datuk Nawawi Ahmad
P.005 Jerlun – Datuk Othman Aziz
P.006 Kubang Pasu – Datuk Mohd Johari Baharom
P.007 Padang Terap – Datuk Seri Mahdzir Khalid
P.008 Pokok Sena – Datuk Sahlan Ismail
P.009 Alor Setar – Datuk Seri Chor Chee Heung
P.010 Kuala Kedah – Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid
P.011 Pendang – Datuk Othman Abdul
P.012 Jerai – Datuk Seri Jamil Khir Baharom
P.013 Sik – Dr. Mansor Abdul Rahman
P.014 Merbok – Prof. Dr. Ismail Daud
P.015 Sungai Petani – Dr. Shamsul Anuar Ismail
P.016 Baling – Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
P.017 Padang Serai – Datuk Heng Seai Kie
P.018 Kulim Bandar Baharu – Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
Dewan Undangan Negeri (DUN)
N.01 Ayer Hangat – Mohd. Rawi Abdul Hamid
N.02 Kuah – Nor Saidi Nayan
N.03 Kota Siputeh – Datuk Abu Hasan Sharif
N.04 Ayer Hitam – Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
N.05 Bukit Kayu Hitam – Datuk Ahmad Zaini Japar
N.06 Jitra – Aminuddin Omar
N.07 Kuala Nerang – Badrol Hisham Hashim
N.08 Pedu – Kama Nooriah Ibrahim
N.09 Bukit Lada – Ahmad Lebai Sudin
N.10 Bukit Pinang – Mohd. Mukhtar Noor
N.11 Derga – Dr. Cheah Soon Hai
N.12 Bakar Bata – Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah
N.13 Kota Darul Aman – Loh Gim Hooi
N.14 Alor Mengkudu – Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
N.15 Anak Bukit – Datuk Hashim Jahaya
N.16 Kubang Rotan – Datuk Latt Shariman Abdullah
N.17 Pengkalan Kundor – Norhasnita Md Isa
N.18 Tokai – Najmuddin Darus
N.19 Sungai Tiang – Datuk Suraya Yaacob
N.20 Sungai Limau – Fadzilah Mohd. Ali
N.21 Guar Chempedak – Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail
N.22 Gurun – Dr. Leong Yong Kong
N.23 Belantek – Datuk Mohd. Tajudin Abdullah
N.24 Jeneri – Mahadzir Abdul Hamid
N.25 Bukit Selambau – M.L. Maran
N.26 Tanjong Dawai – Datuk Tajul Urus Mat Zain
N.27 Pantai Merdeka – Ali Yahya
N.28 Bakar Arang – Lee Yean Wang
N.29 Sidam – Bee Sieong Heng
N.30 Bayu – Datuk Azmi Che Husain
N.31 Kupang – Harun Abdul Aziz
N.32 Kuala Ketil – Mohd. Khairul Azhar Abdullah
N.33 Merbau Pulas – Datuk Marlia Abdul Latif
N.34 Lunas – S. Ananthan
N.35 Kulim – Chua Thiong Gee
N.36 Bandar Baharu – Nor Sabrina Mohd Noor
 

PRU13: Senarai Calon BN Johor

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

Butiran senarai Calon BN PRU13 di Johor

Parlimen
1. Segamat: Datuk S. Subramaniam
2. Sekijang: Anwar Abd. Manap
3. Labis: Datuk Chua Tee Yong
4. Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin
5. Ledang: Ir. Hamid Samuri
6. Bakri: Lee Ching Yong
7. Muar: Datuk Razali Ibrahim
8. Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad
9. Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong
10. Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi
11. Batu Pahat: Mohd. Puad Zarkashi
12. Simpang Renggam: Liang Tik Ming
13. Kluang: Hoo Kok Chung
14. Sembrong: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
15. Mersing: Datuk Abd. Latif Ahmad
16. Tenggara: Datuk Halimah Sadique
17. Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin
18. Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman
19. Tebrau: Khoo Soo Seang
20. Pasir Gudang: Normala Abd. Samad
21. Johor Bahru: Tan Sri Sharir Samad
22. Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamad
23. Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman
24. Kulai: Teh Chi Ziang
25. Pontian: Datuk Ahmad Maslan
26. Tanjung Piai: Belum diumumkan

DUN
1. Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim
2. Jementah: Ling Ong Tee
3. Pemanis: Low Ching Hoon
4. Kemelah: Datuk Ayub Rahmat
5. Tenang: Azhar Ibrahim
6. Bekok: Tan Chong
7. Bukit Serampang : Ismail Mohamad
8. Jorak: Datuk Dr. Mohd. Sharudin Mohd. Saleh
9. Gambir: M. Asojan
10. Tangkak: Goh Tee Tee
11. Serong: Abang Razak Baru
12. Bentayan: Foh Soh Lan
13. Sungai Abong: Datuk Aris Mohd. Salleh
14. Bukit Naning: Datuk Saiful Bahri
15. Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad
16. Sungai Balang: Zaiton Ismail
17. Semerah: Mohd. Ismail Roslan
18. Seri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan
19. Yong Peng: Lim Kee Moi
20. Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali
21. Parit Yaani : Tiow Yew Chuan
22. Parit Raja: Datin Azizah Zakaria
23. Penggaram: Ting Bang Siong
24. Senggarang: Abd. Aziz Ismail
25. Rengit: Ayub Jabil
26. Machap: Taib Abu Bakar
27. Layang Layang: Abd. Mutalib Abd. Rahim
28. Mengkibol: Chai Kee Yaw
29. Mahkota: Jais Sarday
30. Paloh: Tioh Yap Kun
31. Kahang: Vidyanathan
32. Endau: Latif Bardi
33. Tenggaroh: K. Raven Kumar
34. Panti: Datuk Baderi Dasuki
35. Pasir Raja: Dr. Adham Baba
36. Sedeli: Rasman Isnin
37. Johor Lama: Asiah Mohd. Aris
38. Penawar: Hamimah Mansor
39. Tanjong Surat: Syed Sis Syed Abd.Rahman
40. Tiram: Datuk Maulizan Bujang
41. Puteri Wangsa: M. Surinarayan
42. Johor Jaya: Tan Cher Puk
43. Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
44. Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru
45. Stulang: Chong See Chiong
46. Pengkalan Rinting : Chang Mei Kee
47. Kempas: Tengku Putera Harun Aminurashid Hamid Jumat
48. Skudai: Ling Ah Chai
49. Nusajaya: Datuk Dr. Zaini Abu Bakar
50. Bukit Permai: Mazlan Salleh
51. Bukit Batu: Chia Chin Liang
52. Benut: Datuk Hasni Mohamad
53. Pulai Sebatang: Datuk Tee Siew Tiang
54. Kukup: Suhaili Saleh
55. Pekan Nenas: Belum diumumkan
56. Senai: Belum diumumkan

PRU13: Senarai Calon Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

Senarai Calon Barisan Nasional PRU 13 di Wilayah Persekutuan

1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)
13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)

PRU13: Senarai Calon BN Selangor

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

Senarai Calon BN PRU13 di Selangor

Calon Parlimen:
1. Sabak Bernam: Mohd. Fasia Mohd. Fakeh
2. Sungai Besar: Datuk Noriah Kasnon
3. Hulu Selangor: P. Kamalanathan
4. Tanjong Karang: Datuk Seri Noh Omar
5. Kuala Selangor: Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Selayang: Datuk Donald Lim Siang Chai
7. Gombak: Datuk Rahman Ismail
8. Ampang : Dr. Rozaida Talib
9. Pandan: Lim Chin Yee
10.Hulu Langat: Azfarizal Mohd. Nor
11.Serdang : Yap Pian Hon
12.Puchong: A. Kohilan Pillay
13.Kelana Jaya: Loh Seng Kok
14.Petaling Jaya Selatan: Sheah Kok Fah
15.PJ Utara: Datuk Chew Hoong Ling
16.Subang: Prakash Rao
17.Shah Alam: Datuk Zulkifli Nordin
18.Kapar: A. Sakhtivel
19.Klang : Teh Khim Poo
20.Kota Raja: Datuk S. Murugesan
21.Kuala Langat: Shahrudin Omar
22.Sepang : Datuk Mohd. Zin Mohamed

Calon DUN
1. Sungai Air Tawar: Kamarul Zaki Abd. Malek
2. Sabak: Abdul Halim Udin
3. Sungai Panjang: Budiman Mohd. Zohdi
4. Sekinchan: Kek Seng Hooi
5. Ulu Bernam: Datuk Rosni Sohar
6. Kuala Kubu Baharu: Jessie Ooi
7. Batang Kali: Mat Nadzari Ahmad Dahlan
8. Sungai Burong: Datuk Mohd. Shamsudin Lias
9. Permatang: Sulaiman Razak
10. Bukit Melawati: Jakiran Jacomah
11. Ijok: K. Parthiban
12. Jeram: Amiruddin Setro
13. Kuang: Datuk Abdul Shukor Idrus
14. Rawang: Lee Li Yew
15. Taman Templer: Datuk Subahan Kamal
16. Batu Caves: N. Ravichandran
17. Gombak Setia: Syed Anuar Syed Ahmad
18. Hulu Klang: Abdul Rahim Pandak Kamarudin
19. Bukit Antarabangsa: Mohd. Nazim Ibrahim
20. Lembah Jaya : Baderisham Joned
21. Cempaka: Mohd. Faizal Sufar
22. Teratai: Liew Pok Boon
23. Dusun Tua : Ismail Sani
24. Semenyih : Datuk Johan Abdul Aziz
25. Kajang: Lee Ban Seng
26. Bangi: Datuk Mohd. Zaidi Md. Zin
27. Balakong : Lai Kwong Choy
28. Seri Kembangan: Chin Toong Kang
29. Seri Serdang: Mohamad Yusof Mohamed Yassin
30. Kinrara: Wong Hock Aun
31. Subang Jaya: Gan Meng Foo
32. Seri Setia: Tengku Rethwan Tengku Mansor
33. Taman Medan: Ab. Wahab Ibrahim
34. Bukit Gasing: Juan Sei Chang
35. Kampung Tunku: Chong Seng Foo
36. Damansara Utama: Lim Choon Kin
37. Bukit Lanjan: Francis Chong Tuck Chew
38. Paya Jaras: Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor
39. Kota Damansara: Halimaton Saadiah Bohan
40. Kota Anggerik: Mohd. Yusuf Din
41. Batu Tiga : Datuk Ahmad Nawawi Md. Zain
42. Meru: Sukaiman Ahmad
43. Sementa : Md. Ghazali Md. Amin
44. Sungai Pinang : Ivy Lee Siew Chee
45. Selat Klang : Faisal Yahya
46. Pelabuhan Klang: Nasarudin Md. Zin
47. Pandamaran: Chin Eu Boon
48. Kota Alam Shah: Datuk Maglin Dennis D Cruz
49. Andalas: T. Mohan
50. Seri Muda: Mohd. Raof Abdul Mokhtar
51. Sijangkang: Zurihan Yusuf
52. Telok Datuk: Tan Cheng Chai
53. Morib: Hasiman Sidom
54. Tanjong Sepat: Nisman Yusuf
55. Dengkil: Shahrum Mohd. Sharif
56. Sungai Pelek: Ng Chok Ching

PRU13: Senarai calon BN negeri Sabah

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

PRU13: Senarai calon BN negeri Sabah

PARLIMEN:
P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)
P168 Kota Marudu – Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)
P169 Kota Belud – Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)
P170 Tuaran – Madius Tangau (penampilan semula)
P171 Sepanggar – Datuk Jumat Idris (baharu)
P172 Kota Kinabalu – Chin Tek Ming
P173 Putatan – Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)
P174 Penampang – Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)
P175 Papar – Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)
P176 Kimanis – Datuk Anifah Aman (penyandang)
P177 Beaufort – Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)
P179 Ranau – Ewon Ebin (pertukaran kawasan)
P178 Sipiting – Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)
P180 Keningau – Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
P181 Tenom – belum diumumkan (kuota UMNO)
P182 Pensiangan – belum diumumkan (kuota PBRS)
P183 Beluran – Datuk Ronald Kiandee (penyandang)
P184 Libaran – Datuk Juslie Ajirol (penyandang)
P185 Batu Sapi – Linda Tsen Thau Lin (penyandang)
P186 Sandakan – belum diumum (kuota LDP)
P187 Kinabatangan – Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
P188 Silam – Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)
P189 Semporna – Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)
P190 Tawau – Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)
P191 Kalabakan – Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N1 Banggi – Abdul Mijul Unaini (penyandang)
N2 Tanjong Kapor – belum diumum (kuota LDP)
N3 Pitas – Bolkiah Ismail (penyandang)
N4 Matunggong – Sarapin Magana (penyandang)
N5 Tandek – Lasiah Baranting@Anita (penyandang)
N6 Tempasuk – Musbah Jamli (penyandang)
N7 Kadamaian – Herbert Timbon Lagadan (penyandang)
N8 Usukan – Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)
N9 Tamparuli – Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)
N10 Sulaman – Datuk Hajiji Noor (penyandang)
N11 Kiulu – Datuk Lovis Rampas (penyandang)
N12 Karambunai – Jainab Ahmad (penyandang)
N13 Inanam – Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)
N14 Likas – belum diumum (kuota LDP)
N15 Api-api – Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)
N16 Luyang – Agnes Sim (baharu)
N17 Tanjong Aru – Edward Yong Oui Fah (penyandang)
N18 Petagas – Datuk Yahya Hussin (penyandang)
N19 Kapayan – Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)
N20 Moyog – Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)
N21 Kawang – Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)
N22 Pantai Manis – Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)
N23 Bongawan – Mohamad Alamin (baharu)
N24 Membakut – Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)
N25 Klias – Isnin Aliasnih (baharu)
N26 Kuala Penyu – Limus Jury (baharu)
N27 Lumadan – Kamarlin Ombi (penyandang)
N28 Sindumin – Ahmad Bujang (penyandang)
N29 Kundasang – Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)
N30 Karanaan – Datuk Masidi Manjun (penyandang)
N31 Paginatan – Siringan Gubat (pertukaran kawasan)
N32 Tambunan – Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
N33 Bingkor – Kennedy Jie John@Kenn (baharu)
N34 Liawan – Datuk Sairin Karno (penyandang)
N35 Melalap – Datuk Radin Malleh (penyandang)
N36 Kemabong – Datuk Rubin Balang (penyandang)
N37 Sook – belum diumumkan (kuota PBRS)
N38 Nabawan – Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)
N39 Sugut – Datuk James Ratib (baharu)
N40 Labuk – Datuk Micheal Asang (penyandang)
N41 Gum-gum – Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)
N42 Sungai SIbuga – Datuk Seri Musa Aman (penyandang)
N43 Sekong – Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)
N44 Karamunting – belum diumum (kuota LDP)
N45 Elopura – Au Kam Wah (penyandang)
N46 Tanjong Papat – Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)
N47 Kuamut – Masiung Banah (penyandang)
N48 Sukau – Saddi Abdul Rahman (penyandang)
N49 Tungku – Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)
N50 Lahad Datu – Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)
N51 Kunak – Nilwan Kaban (penyandang)
N52 Sulabayan – Datuk Jaujan Sambakong (baharu)
N53 Senallang – Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)
N54 Bugaya – Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)
N55 Balung – Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)
N56 Apas – Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)
N57 Sri Tanjong – Fung Len Fui (baharu)
N58 Merotai – belum diumum (kuota LDP)
N59 Tanjung Batu – Datuk Hamisah Samat (penyandang)
N60 Sebatik – Abd Muis Picho (penyandang)

PRU13: BN Perak kemuka 11 calon muda

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

BN Perak kemuka 11 calon muda
IPOH: Barisan Nasional Perak mengemukakan 11 calon muda untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum 5 Mei ini dalam langkah yang disebut sebagai usaha meremajakan parti.

Mereka adalah antara 35 calon muka baru yang ditampilkan oleh BN Perak untuk menggalas harapan parti mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan negeri.

BN Perak turut menampilkan 10 calon wanita — 8 bagi kerusi DUN dan dua bagi kerusi Parlimen.

"Calon-calon yang diketengahkan ini terdiri daripada gandingan pelbagai latar belakang golongan profesional seperti doktor perubatan, peguam, ahli akademik termasuk pemegang PhD., guru, pentadbir, golongan agama, pemimpin NGO, golongan muda serta kepimpinan wanita dan tidak ketinggalan pemimpin akar umbi," kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman calon BN negeri itu, di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Zambry akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkor dan seterusnya mengetuai cabaran mengekalkan kedudukan Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri di Perak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. Beliau dijangka ditentang oleh calon muda wakil Parti Keadilan Rakyat, Saifullah Mohd. Zulkifli, 27 tahun.

Dalam pada itu, empat menteri kabinet dalam kerajaan yang lalu kekal dalam senarai calon BN di Perak.

Calon BN Perak

Antara calon muda yang ditampilkan ialah Jawatankuasa Pemuda MCA Kampar Daniel Wa Wai How, 25, yang bertanding di kawasan DUN Keranji, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin bagi kerusi Parlimen Parit Buntar, Ketua Puteri Umno Perak Salbiah Mohamed (DUN Temengor) dan pegawai khas Menteri Pengangkutan Ting Tai Fook (DUN Sitiawan).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin kekal mempertahan kerusi Parlimen Larut manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berpindah ke Parlimen Taiping dari Gerik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany pula berpindah kerusi dari Parlimen Cameron Highlands ke Parlimen Sungai Siput, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong kekal di kerusi Kampar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan di kawasan Parlimen Tapah.

Selain itu, Zambry berkata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas diminta oleh pucuk pimpinan pada saat akhir untuk bertanding di DUN Pasir Bedamar berikutan calon yang disenarai pendek tidak menepati kriteria yang ditetapkan parti.

Zambry berkata Kayveas yang sebelum ini bertanding bagi kerusi Parlimen Taiping membuat pengorbanan memenuhi permintaan pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi DUN bagi membantu kemenangan BN di Perak.

Selain Salbiah, antara calon wanita yang membawa cabaran BN di peringkat DUN ialah Exco kanan negeri Datuk Hamidah Osman (Sungai Rapat), Ketua Pergerakan Wanita Umno negeri Datuk Rusnah Kassim (Behrang), Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Rengas Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubuk Merbau), Exco Puteri Umno Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), Ketua Wanita Gerakan Ipoh Timor Ceylyn Tay Wei Lung (Canning) dan anggota Jawatankuasa MCA di Pantai Remis Koh Ser Yun (Pantai Remis).

Pengumuman itu turut menyaksikan kesemua anggota Exco kerajaan negeri sebelum DUN dibubar, kekal bertanding kecuali Datuk Ramly Zahari.

Penyandang kerusi DUN yang digugurkan termasuk Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah), Datuk Ahamed Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu), Datuk Nadzri Ismail (Manjoi) dan Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah).

Zambry berkata parti amat memahami ada nama yang dikehendaki tidak senaraikan sebagai calon BN namun mereka juga perlu ingat bahawa tidak semua yang dihajati dapat dipenuhi.

"Kita selesaikan semua dengan semangat musyawarah dalam BN, kita tidak umumkan nama-nama calon menggunakan pentas-pentas ceramah dan kita berjaya selesaikannya dengan baik sekali," katanya.

Dengan penampilan gabungan pelbagai latar belakang dan calon muka baharu terutama daripada golongan belia serta wanita, beliau berkata BN Perak bertekad melaksanakan aku janji serta tidak akan mengulangi peristiwa pahit pada tahun (PRU) 2008.

BN membentuk kerajaan negeri di Perak selepas krisis perlembagaan yang menyaksikan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya bertahan selama 11 bulan selepas tiga ADUN Pakatan Rakyat — dua daripada PKR dan seorang DAP, bertindak keluar parti jadi wakil rakyat Bebas.

Episod itu berlarutan turun naik mahkamah sehinggalah Mahkamah Persekutuan dalam keputusan sebulat suara pada 10 Mei 2010 memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional sebagai Menteri Besar yang sah.

PRU13: BN Pahang tampilkan 12 muka baru

Tuesday, April 16, 2013 0 Komen

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, penyandang kerusi Parlimen Rompin pula akan bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini, yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi DUN.

Adnan ketika mengumum dan menyampaikan watikah kepada calon-calon BN Pahang di Bangunan Yayasan Pahang di sini berkata 12 muka baru ditampilkan untuk DUN bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Muka baru itu akan bertanding di DUN Tras, Beserah, Tanjung Lumpur, Peramu Jaya, Luit, Chenor, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai, Triang dan Bukit Ibam.

Bagi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan Parlimen Pekan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dicalon untuk kawasan Cameron Highlands, Parlimen Raub, yang sebelum ini disandang Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen, akan ditandingi Timbalan Pengerusi
MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN
Bilut.

Kerusi Parlimen Jerantut akan ditandingi muka baru, Ahmad Nazlan Idris menggantikan penyandang, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Datuk Wan Adnan Wan Mamat, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur.

Bagi kerusi Parlimen Kuantan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Suffian Awang akan mewakili BN bagi merampas semula kerusi yang dimenangi calon PKR Fuziah Salleh pada pilihan raya umum 2008.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen Bera.

Selain lima kerusi parlimen berkenaan, sembilan lagi kerusi parlimen akan ditandingi penyandang bagi kerusi parlimen itu.

Dua exco kerajaan negeri Pahang digugurkan daripada senarai calon BN ialah Datuk Ishak Mohamed (penyandang DUN Bebar) dan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz (penyandang DUN Bukit Ibam).

Tiga calon wanita akan bertanding mewakili BN ialah Datuk Maznah Mazlan yang juga penyandang kerusi DUN Muadzam Shah, Datuk Shahaniza Shamsuddin (penyandang DUN Kuala Sentul) dan muka baru,
Nurhidayah Mohamad Shahaimi (DUN Luit).

Sebanyak 14 kerusi parlimen di Pahang dan 42 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti.

Calon, manifesto memikat tentukan kemenangan

Saturday, April 13, 2013 0 Komen

Calon, manifesto memikat tentukan kemenangan

Gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah dipalu apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei pula hari mengundi. Walaupun tempoh berkempen belum bermula secara rasmi, jentera semua parti politik telah digerakkan ke arah satu matlamat iaitu untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Sekiranya dilihat daripada strategi kempen, ia telah bermula seawal 2011 lagi kerana wujud khabar angin PRU-13 akan diadakan pada ketika itu. Tidak hairanlah rakyat Malaysia disajikan dengan konfrontasi politik khususnya antara dua parti terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang. Kini apabila semakin dekat dengan tarikh pilihan raya, rakyat telah didedahkan dengan manifesto parti yang bertanding khususnya dari BN dan pakatan.

Seperkara yang menarik tentang PRU-13 berbanding PRU sebelumnya apabila manifesto dibentangkan secara komprehensif kepada umum dan secara berkonvensyen untuk parti masing-masing menunjukkan kekuatan dan kemampuan mereka mentadbir negara melalui mandat baru nanti.

Rakyat mahu fahami isi kandungan manifesto

Perhatian rakyat sebenarnya terarah untuk memahami isi kandungan manifesto berkenaan. BN dan pakatan pembangkang saling menuduh antara satu sama lain dengan berhujah parti mereka mengemukakan manifesto yang terbaik, praktikal dan realistik. BN misalnya menuduh pakatan menciplak dasar yang dirancang BN malah beranggapan agenda pakatan khususnya penghapusan tol dan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan menggantikan sejuta pekerja asing di Malaysia sebagai tidak realistik dan praktikal.

Pakatan pula menuduh BN menciplak manifesto mereka dan meragui hasrat BN mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan, bantuan kos hidup melalui BR1M dan menurunkan harga kenderaan. Sikap tuduh menuduh ini sudah dijangka di dalam ruang awam ini kerana setiap parti ingin menunjukkan kelebihan masing-masing dan kelemahan lawan.

Agenda basmi kemiskinan

Melihat strategi manifesto, BN dan pembangkang menyedari bahawa faktor ekonomi dan sosial memainkan faktor utama menentukan sokongan rakyat ke atas sesebuah parti. Banyak agenda pembasmian kemiskinan, menurunkan kos hidup, meningkatkan mutu dan peluang pendidikan dan menambah baik perkhidmatan kesihatan. Cuma pendekatan yang dibawa BN dan pakatan adalah berlainan dengan BN mempunyai kelebihan kerana sebagai pemerintah, mereka seharusnya lebih memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang harus ditangani oleh pemerintah.

Perbezaan yang nyata antara kedua-duanya ialah BN ingin meneruskan agenda transformasi politik, ekonomi dan kerajaan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Matlamat seterusnya adalah melakukan penambahbaikan dan meningkatkan ketelusan di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Pembangkang pula ingin melakukan reformasi politik membabitkan rombakan besar kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Jadi rakyat harus bijak menilai mana pendekatan yang lebih realistik dan praktikal serta tidak membebankan kewangan dan pengurusan negara.

Isu pemilihan calon

Sebelum bermulanya kempen rasmi PRU-13 sebaik saja proses penamaan calon dilakukan, parti politik harus menyediakan calon terbaik dan mampu menang. Isu calon ini dilihat menjadi isu duri dalam daging. Pakatan pembangkang dilihat menghadapi masalah yang tidak berkesudahan walaupun pembangkang dilihat lebih awal mengumumkan calon mereka khususnya di kerusi Parlimen.

PAS, DAP dan PKR dilihat masih bercakaran untuk merebut kerusi yang ingin ditandingi seperti yang berlaku di Perlis, Johor, Sabah, Perak dan Kedah. Terbaru, mungkin PAS dan PKR akan meletakkan calon masing-masing di tempat yang sama di DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang. Sekiranya mereka gagal berkompromi, maka ini akan dijadikan bahan kempen BN mengkritik bagaimana pakatan ingin mentadbir negara dan negeri sekiranya isu calon atau pertandingan tiga penjuru pun mereka tidak dapat selesaikan.

Sekiranya nama calon dapat dimuktamadkan ketika tarikh penamaan calon, maka tempoh berkempen selama 15 hari akan dimanfaatkan untuk memperkenalkan calon, dasar parti dan agenda masa depan negara berasaskan manifesto yang telah dibentangkan. Yang pasti, strategi kempen politik telah semakin rancak dijalankan di seluruh negara.

Oleh Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
* Penulis ialah Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

~ BH

Jangan Mencuba Dadah

Saturday, April 13, 2013 0 Komen

Getir hamba dadah

"APABILA dos hampir habis, saya akan selalu rasa tak keruan. Setiap kali tak dapat benda itu, seluruh tubuh, setiap ruang sendi dan tulang dan isi daging dalam badan akan berasa dicucuk-cucuk. Saya rasa kesakitan yang teramat hinggakan saya tidak lalu makan. Saya jadi tidak fokus kepada apa yang saya lakukan dan bayangkan, saya amat benci melihat diri sendiri dalam cermin!

"Itulah antara kesannya apabila sudah terjebak dengan dadah. Saya berani katakan, sekali cuba, pasti nak lagi. Akhirnya benda itu merosakkan diri, malah boleh dibuang keluarga. Kita juga sukar mendapatkan semula kepercayaan daripada insan yang kita sayang," itulah luahan hati bekas penagih dadah, Edwin Ponniah, 51.

Riak wajahnya nampak sayu dan kesal ketika menceritakan pengalamannya selama lebih kurang 15 tahun terjebak dalam kancah dadah. Edwin akui ia adalah pengalaman paling buruk dalam hidupnya. Dia merasakan mengabaikan diri dan perlu menebus kembali `dosa' lama dengan mendapatkan rawatan yang sama lama tempoh ketika mengambil dadah.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, mengabaikan masa selama 15 tahun itu dan perlu mendapatkan tempoh rawatan sama lama supaya dapat menyeimbangi semula kehidupan lebih sempurna dan terus berjuang memperbaiki kehidupan yang disia-siakan selama ini.

Jangan mencuba


Edwin berkali-kali menasihati supaya jangan ambil tahu apa itu heroin yang tergolong dalam kategori dadah.

Katanya, sungguhpun ganja dikatakan sebagai tumbuhan herba, tetapi jangan mencubanya.

"Jika naluri hati kecil ingin tahu, tidak mustahil akan tergerak hati untuk mencuba. Bermula detik selepas tamat persekolahan, saya gemar bermain muzik dan sering bersama sekumpulan rakan bermain muzik dan membuat persembahan di gig serta kelab malam.

"Salah seorang menawarkan bahan itu dan mendakwa ia untuk menambahkan lagi perasaan khusyuk ketika bermain muzik. Lalu, saya mencuba. Ketika mengambilnya, saya rasakan benda itu memberikan keselesaan, mudah melakukan apa saja, malah setiap gerak langkah menjadi laju dan sentiasa gembira.

Saya rasa khusyuk dan khayal selepas menghisapnya," katanya menceritakan kisah lampau kepada wakil media, selepas majlis sidang media Medication-Assisted Treatment (MAT) atau Rawatan Bantuan Perubatan di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, keseronokan itu hanya sementara untuk lima tahun pertama. Pada lima tahun kedua, ia bukan lagi seronok, tetapi ia sudah menjadi keperluannya. Malah, Edwin menambah pengambilan yang terlalu maksimum hinggakan ia menjadi makanan untuknya setiap hari.

"Setiap dos yang diambil hanya mampu bertahan selama kira-kira 10 jam. Apabila waktu hampir tamat, saya akan menjadi tidak keruan dan tidak tentu arah kerana waktu yang paling menyenangkan itu akan berakhir. Ketika itu saya perlukan dos tambahan untuk menjadi normal," katanya sambil menasihati pemilihan rakan amat penting dalam gaya hidup baik dulu dan sekarang kerana ia akan mengundang pengaruh tidak baik apabila ada antaranya yang sudah pun mencuba dadah.

Jadi pengajaran

Edwin bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang dan penyabar terutama kakaknya yang sentiasa memberi sokongan supaya Edwin bebas gejala dadah.

"Kakak saya insan paling mulia. Walaupun saya sudah menghancurkan hati keluarga, tetapi kakak beri semangat untuk saya terus mendapatkan MAT atau Rawatan Bantuan Perubatan di klinik selama mana yang saya mahukan. Rawatan selama dua tahun saja tidak cukup walaupun saya sudah pulih sepenuhnya.

"Saya rasa tidak adil kerana tubuh yang disia-siakan lama memerlukan rawatan sama tempohnya supaya saya terus sihat seperti orang lain," katanya.

Rawatan, kaunseling elak ketagih semula

Sekali terjebak dalam najis dadah, impaknya begitu hebat dan rawatan perubatan adalah langkah penting ke arah pemulihan.

Presiden Persatuan Perubatan Ketagihan Malaysia, Dr Steven Chow, berkata persepsi negatif yang dikaitkan dengan ketagihan dadah sering menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan rawatan.

"Kita perlu memberi tumpuan mengintegrasikan semula pesakit dan bukan sekadar memberi rawatan perubatan dan kaunseling semata-mata supaya pesakit tidak berasa hampa selepas rawatan dan mengelak mereka ketagih semula.

"Buprenorphine-naloxone satu daripada farmakoterapi paling berjaya dalam merawat ketagihan dadah. Ia berfungsi membantu ketagihan dan mengelak mengambil semula dadah, selain rawatan lebih selamat berbanding penggunaan methadone," katanya pada sidang media memperkenalkan semua rawatan MAT di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Turut hadir, Pakar Perubatan Ketagihan dari North Sydney Local Health Network, Dr Mark Hardy dan Pakar merawat dadah, Dr Balaeswaran.

Rawatan MAT

Bagi membantu merawat penagih dadah, MAT adalah rawatan yang saling melengkapi dan memahami keperluan penagih dadah. MAT diiktiraf pakar perubatan ketagihan sebagai kaedah penting dalam rawatan ketagihan dadah.

"Menurut kajian yang dibentangkan pada mesyuarat tahunan Pertubuhan Perubatan Ketagihan Antarabangsa, rawatan jangka panjang seperti MAT meningkatkan peluang pesakit untuk pulih daripada ketagihan dadah. Kira-kira 50 peratus daripada pesakitnya hidup bebas tanpa dadah .

"Keputusan positif itu dapat dilihat apabila sekurang-kurangnya 11.2 peratus daripada pesakit yang mendapatkan rawatan MAT dapat bekerja semula berbanding 5.4 peratus pesakit menjalani rawatan lain," katanya.

Untuk meningkatkan keyakinan masyarakat, kempen Jiwa Baru dilancarkan pada 2008 bagi meningkatkan kefahaman mengenai ketagihan dadah dan terapinya. Hubungi talian bebas tol 1300-80-7777 untuk maklumat lanjut.

Datuk Mohamed Idris Abu Bakar tak pertahan DUN Hulu Bernam

Friday, April 12, 2013 0 Komen

Hulu Selangor: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar mengesahkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam yang dimenanginya sepanjang tiga penggal berturut-turut sebelum ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil bertujuan memberi peluang kepada muka baru bertanding sekali gus membawa nafas baru kepada kawasan itu.

Katanya, misinya kini hanya untuk memenangkan BN tidak kira siapa pun calon dipilih kerana perpaduan menjadi asas penting kemenangan sesebuah parti.

Menurutnya, hasratnya mengundur diri bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi atas keinginan sendiri.

"Cukuplah tiga penggal, bagi peluang orang lain pula kerana tempoh tiga penggal sudah agak lama, namun saya sentiasa berada di belakang calon yang akan dipilih nanti.

"Pengunduran ini bukan bermaksud saya berundur terus daripada politik kerana perjuangan saya dalam BN tidak akan berhenti kerana cinta dan sayang kepada parti," katanya.

Mohamed Idris berkata, bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, persiapan jentera BN sudah siap sepenuhnya dan akan mula digerakkan selepas hari penamaan calon.

Katanya, BN akan sedaya upaya mempertahankan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dimenangi sebelum ini. ~ HM

Angkara cinta hampa

Friday, April 12, 2013 0 Komen

Gombak: Kecewa akibat putus cinta, seorang lelaki berusia 28 tahun bertindak nekad memanjat tangki air setinggi 10 meter berhampiran rumahnya, di sini, dan melilit tali di leher untuk cuba membunuh diri, awal pagi semalam.

Namun tindakannya itu gagal selepas berjaya diselamatkan bomba dan polis.

Malah, pihak berkuasa terpaksa memujuk lelaki itu lebih dua jam selepas dia enggan turun.

Tindakan berani pasukan bomba dan polis memanjat tangki berkenaan akhirnya berjaya menyelamatkan lelaki itu walaupun berlaku sedikit pergelutan dalam usaha menghalangnya terjun.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang tidak dapat menerima hakikat hubungan cintanya bersama teman wanita putus bertindak memanjat tangki air berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa tali.

"Bagaimanapun, tindakannya itu disedari rakannya sebaik melihat lelaki terbabit sedang memanjat tangki air.

"Bimbang dengan keselamatan rakannya itu, dia (rakan lelaki terbabit) terus menghubungi polis meminta bantuan," katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang menyedari kehadiran anggota bomba dan polis bagaimanapun enggan mengikut arahan pihak berkuasa yang memujuknya supaya turun.

"Malah rundingan memujuknya mengambil masa lebih dua jam sebelum dia berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.50 pagi.

"Bagaimanapun, berlaku sedikit pergelutan apabila lelaki terbabit tetap berkeras enggan turun sebelum akhirnya dia berjaya ditenangkan pasukan penyelamat," katanya.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut dan buat sementara waktu ditahan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan kejadian berkenaan.

~ HM

Buta tiba-tiba, lelaki terpaksa berhenti kerja

Friday, April 12, 2013 0 Komen

Sejak mengalami masalah penglihatan kira-kira 16 tahun lalu, seorang bapa tunggal dekat sini, tidak lagi mampu untuk bekerja sekaligus menyara hidupnya sekeluarga.

Hamim Hasan, 46, berkata, masalah penglihatan yang dihadapi membataskan pergerakannya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dengan bantuan bulanan pencen sebanyak RM300 yang diterima daripada Perkeso, dia kini tinggal menumpang di kediaman bapanya, Hasan Bani, 83.

“Saya mengalami masalah penglihatan sejak anak kedua saya dilahirkan. Malah sejak dari itu saya yang dulunya bekerja kilang terpaksa berhenti kerja.

“Saya juga tak tahu macam mana saya boleh mengalami masalah penglihatan ini kerana ia menyerang secara tiba-tiba. Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mengalami masalah tersebut dan tidak dapat melihat lagi,” katanya.


Dia berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan Unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri dan juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara, di rumahnya di Felda Bukit Ramun di sini, semalam.

Pada kunjungan itu, Hamim menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenggara, Datuk Dr Adham Baba.

Hadir sama, Ketua Seranta Wilayah Johor Bahru, Hazman Ismail, Pengurus Felda Bukit Ramun, Latif Abdul Kahar, Ketua Kampung Felda Bukit Ramun, Mohd Saahat Abd Hamid dan wakil Baitulmal, Mohd Norhisham Samsudin.

Hamim berkata, setelah berpisah dengan isterinya, seorang daripada anaknya tinggal bersamanya, manakala dua yang lain mengikut bekas isteri.

Sementara itu, Adham berkata, beliau sudah merujuk masalah yang dihadapi Hamim kepada wakil baitulmal bagi mendapatkan bantuan lanjut untuk meringankan bebannya.

“Oleh sebab itu kita bersama-sama bawa wakil daripada baitulmal pada hari ini. Wakil baitulmal akan mengambil tindakan bagi membantu Hamim untuk mendapatkan bantuan sara hidup,” katanya.

Sinar/-

Datuk Husam Musa yakin dengan warga Putrajaya

Friday, April 12, 2013 0 Komen

Datuk Husam Musa berkata, beliau menyambut baik keputusan PAS Pusat yang menetapkan beliau bertanding di Putrajaya dan menyifatkan ianya sebagai peluang terbaik untuk beliau memperjuangkan agenda negara yang berpusat di sini.

Naib Presiden PAS itu yang ditemui dalam ceramahnya di Presint 18 malam tadi menjelaskan, beliau akan memberi fokus kepada isu-isu, dasar dan polisi negara yang perlu diubah bagi mewakili hasrat rakyat jelata khususnya penduduk Putrajaya.

"Saya tidak mahu bertembung dengan mana-mana tokoh hebat-hebat di sini. Saya hormat mereka dan saya memang bimbang dengan pengaruh mereka.

"Tetapi agenda negara perlu diperjuankan dan pusatnya adalah Putrajaya, ada kebaikan Putrajaya boleh bagi kebaikan kepada seluruh negara," katanya.

Malah beliau tidak menafikan, semua calon BN adalah hebat-hebat belaka tetapi baginya penduduk Putrajaya adalah kakitangan dan pegawai kerajaan yang dikira inti masyarakat (cream of society).

Di mana jelasnya, penduduk Putrajaya mampu menimbang dengan saksama apa-apa perkara untuk kebaikan negara.

"Perjuangan kita bukan peribadi tetapi untuk rakyat semua," katanya.

Semalam, penyandang kerusi P125 Putrajaya Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin dua pertiga akan menolak Husam di Putrajaya.

Jelas Tengku Adnan, rakyat akan memilih wakil rakyat dikenali dan dapat memenuhi keperluan mereka.

Progam malam tadi merupakan ceramah yang pertama Husam selepas diumumkan sebagai calon Putrajaya.

Majlis yang dimulakan dengan zikir dan ucapan beliau yang bertajuk Kota dan Peradaban Islam turut dihadiri anak-anak yatim dari Mahaad Tahfiz Darul Fuqaha.

Untuk pusingan pertama hari ini beliau dijadualkan akan turun berjumpa penduduk Putrajaya bermula solat subuh di Surau Al-Furqan di Presint 11, kemudian sarapan pagi di kawasan pejabat kerajaan di Presint 2 dan 3 sambil meninjau masalah serta mendengar rungutan kakitangan awam di sini, dan solat jumaat di Masjid Putra bersebelahan Jabatan Perdana Menteri.

harakahdaily/-

PRU13: Calon Pakatan di Perak sudah muktamad

Thursday, April 11, 2013 0 Komen

Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) peringkat negeri secara rasmi pada 15 April ini.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Riverfront, Ipoh jam 10 pagi.

Katanya, majlis itu akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menurutnya, manifesto yang akan dilancarkan ini adalah sangat menarik dengan pelbagai tawaran yang diberikan rakyat setelah melihat kemampuan hasil negeri ini.

Khairuddin berkata, pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang lama dengan mendengar idea daripada pelbagai pihak untuk mencipta satu manifesto yang terbaik untuk rakyat di negeri Perak.

“Kami akan melancarkan satu manifesto terbaik peringkat negeri Perak 15 April ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat,” Katanya dalam sidang media di Bilik Media Pakatan Rakyat, Ipoh di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Naib Pengerusi PKR Perak, Chan Ming Kai, AJK PAS Perak, Zainuddin Mohd Yusof, Bendahari DAP Perak, Lim Pek Har, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Safarizal Saleh dan Exconya, Hafez Sabri.

Dalam majlis yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan semua calon yang akan bertanding pada PRU13.

Jelasnya, semua calon tersebut akan melafazkan ikrar bersama tanda kesepakatan ketiga-tiga parti itu.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, pembahagian kerusi ketiga-tiga parti sudah selesai 100 peratus dan calon-calon sudah muktamad, hanya menunggu pengisytiharan secara rasmi.

“Pembahagian kerusi setakat ini sudah selesai semuanya, dan parti komponen sudah memutuskan siapa yang akan bertanding,” jelasnya lagi.

~ harakahdaily

Wanita lebih tertekan dan bimbang semakin tua

Wednesday, April 10, 2013 0 Komen

Penuaan menjadi satu kebimbangan kepada ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) terutama kesannya terhadap kesihatan. Namun golongan lelaki pula seolah-olah lebih mudah menerima hakikat ketika menempuh fasa berkenaan berbanding wanita, menurut satu kajian terbaru.

Bancian peringkat kebangsaan membabitkan 2,000 individu dewasa di AS mendapati, hampir 90 peratus daripada mereka berpendapat wanita lebih rasa tertekan untuk terus kelihatan muda berbanding lelaki.

Kajian itu juga mendapati, biarpun lelaki dan wanita berkenaan sama usia, si lelaki hanya dianggap lima tahun lebih muda malah lelaki juga dikatakan mempunyai penampilan lebih menarik seiring usia yang meningkat.

Editor Eksekutif Allure (majalah yang ditauliahkan untuk membuat bancian itu) Kristin Perrotta berkata, walaupun uban di kepala dianggap mampu membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih bergaya, kehadiran uban pada wanita pula membuatkan golongan itu dikatakan kelihatan lebih tua.

Pada masa sama, kajian itu mendapati wanita dikatakan kelihatan paling menarik pada usia mencecah 30 tahun berbanding lelaki pada usia 34 tahun.

"Kaji selidik itu menunjukkan dengan jelas bahawa penuaan (membabitkan penampilan) memberi kesan sebenar pada emosi lelaki dan wanita, tidak kira sama ada mereka berumur 20, 40 atau 60 tahun.

"Ramai orang berkata, mereka bimbang mengenai kesan penuaan. Mereka bimbang ia akan menjejaskan daya tarikan mereka kepada jantina berlawanan. Wanita terutamanya bimbang penuaan akan menjejaskan kerjaya mereka," katanya.

Seramai 42 peratus daripada golongan wanita berusia antara 50 hingga 59 tahun berkata, mereka perlu kelihatan muda untuk berjaya dalam kerjaya dan jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding lelaki.

Namun secara keseluruhan, lelaki dan wanita samasama berpendapat faktor jantina memainkan peranan besar dalam diskriminasi di tempat kerja berbanding usia.

Walaupun penuaan satu kebimbangan kepada kedua-dua jantina, kira-kira 60 peratus daripada lelaki dan wanita berpendapat mereka kelihatan lebih muda daripada orang lain dalam lingkungan usia yang sama umur.

Malah sebilangan lelaki dan wanita mendakwa hubungan intim mereka dengan pasangan bertambah baik seiring pertambahan usia.

Hampir 70 peratus wanita AS berbangsa Afrika berkata, mereka tidak bimbang langsung mengenai tanda penuaan yang dialami dan keadaan itu sangat berbeza berbanding kaum lain.

"Selain itu, ramai orang yang mempunyai pandangan positif mengenai penuaan dan mempunyai pendapat yang baik mengenai diri dan penampilan mereka sendiri seiring pertambahan usia," kata Perotta.

Apabila diminta menamakan selebriti yang kelihatan menarik pada usia tua, ramai lelaki dan wanita dalam kumpulan etnik berlainan sama-sama memilih pelakon terkenal, George Clooney sebagai pilihan pertama diikuti pelakon Sean Connery, mantan Presiden AS, Bill Clinton serta pelakon Brad Pitt dan Richard Gere.

Biarpun pemilihan bagi wanita menarik seiring usia dilihat kurang menyengat, pelakon Meryl Streep, Jamie Lee Curtis dan Julia Roberts masing-masing menduduki tiga tempat teratas.

Pelakon lelaki terkenal di Hollywood digambarkan sebagai simbol seks biarpun sudah memasuki usia 70-an dan Sean Connery adalah contoh yang sempurna.

"Malangnya, biarpun kita mempunyai bintang wanita yang ramai berjaya merebut peranan utama walaupun berusia emas, mereka kurang digambarkan sebagai simbol seks," katanya.

Lima peratus daripada individu yang ditanya dalam pengundian itu berkata, mereka menjalani pembedahan plastik atau suntikan kecantikan seperti botoks untuk melawan tanda penuaan manakala 42 peratus wanita dan 18 peratus lelaki mengakui mereka mungkin tidak menolak untuk melakukan prosedur sama pada masa hadapan.

"Satu daripada tiga orang yang melakukan suntikan atau pembedahan plastik merahsiakan perbuatan mereka. Walaupun pembedahan plastik sudah menjadi sebahagian budaya kita, secara peribadi ia masih dianggap rahsia," katanya.

Kebanyakan individu mengambil suntikan botoks atau pembedahan plastik berkata, mereka mungkin tidak akan memberitahu pasangan, kekasih atau kawan baik mereka.

Susunan Faizatul Farlin Farush Khan

Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tinggalkan Anwar kejutkan ahli PKR

Thursday, April 04, 2013 0 Komen

Keputusan tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga rakan baik beliau, disifatkan sebagai satu kejutan buat penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, hubungan erat antara Sidek dan Anwar dilihat begitu istimewa dan mempunyai persefahaman.

Namun menurut bekas Ketua Penerangan Pemuda PKR itu, sifat berhati-hati tokoh akademik tersebut menjadi faktor penarikan diri beliau daripada agenda peribadi Anwar.

''Saya sendiri kenal Sidek dan sepanjang bersama Anwar, beliau merupakan seorang tokoh yang berpendirian teguh dan berwaspada dengan maklumat yang diterima.

''Jadi saya yakin keputusan Sidek meninggalkan Anwar itu berdasarkan pengalaman beliau sendiri selama hampir 40 tahun berjuang bersama Ketua Pembangkang itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam, yang menyifatkan tindakan Sidek meninggalkan Anwar berasaskan pemerhatian mendalam terhadap PKR.

Bagi bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad pula, beliau yakin akan lebih ramai 'orang kuat' Anwar akan turut mengikuti jejak langkah Sidek untuk meninggalkan pemimpin pembangkang itu.

Dakwanya, setiap individu dan pihak yang rapat dengan Anwar termasuk pemimpin pembangkang yang lain turut sedar dan mengetahui sikap sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

"Buat masa ini, mereka yang masih berdiri di sebelah Anwar adalah kerana menjaga kepentingan diri sendiri berikutan 'kejayaan' besar Anwar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan memilih jalan selamat untuk terus berjuang bersama sekiranya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri.

"Namun jika Anwar kalah pada pilihan raya akan datang, lebih ramai pihak akan mengikuti jejak langkah Sidek, malah segala rahsia berkaitan salah lakunya bakal didedahkan satu persatu," ujarnya.

Nordin turut yakin karier politik Anwar dan keluarganya akan turut berakhir sekiranya beliau gagal menang pada pilihan raya umum tidak lama lagi sekali gus misi menjadi Perdana Menteri bakal berkubur.

Kedua-dua bekas aktivis PKR itu juga menasihatkan rakyat tidak memilih pemimpin yang boleh memudaratkan kestabilan dan keharmonian negara.

PRU13 - Ketepikan cita-cita peribadi

Thursday, April 04, 2013 0 Komen

Ketepikan cita-cita peribadi

Nama Tan Sri Rafidah Aziz, bukan asing lagi sama ada di dalam atau luar negara. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengambil keputusan untuk tidak bertanding setelah mula menyandang kerusi Parlimen sejak 1974. Ikuti temubual wartawan BH, NORFATIMAH AHMAD dengan bekas Ketua Wanita UMNO itu mengenai strategi dan pendekatan yang perlu diambil BN menjelang PRU-13, selain peranan kepemimpinan di peringkat akar umbi bagi menjamin kemenangan majoriti dua pertiga.

S: Setiap kali pilihan raya, kemenangan majoriti besar menjadi impian setiap parti politik dan BN. Pada pandangan Tan Sri, bagaimana kedudukan BN ketika ini dan apakah pendekatan yang perlu diberi penekanan serta peranan kepemimpinan semua peringkat untuk merealisasikan hasrat itu.

J: Jentera pilihan raya BN akar umbi sudah lama bergerak, oleh itu ada masa untuk kita perbaiki sebarang kelemahan yang dikenal pasti sebelum tibanya hari mengundi PRU-13. Jika itu asasnya, tentu semua akan berjalan lancar kerana yang penting adalah untuk kita menang banyak dan mencapai majoriti dua pertiga. Strategi untuk menang besar pada PRU kali ini tidak lain ialah memastikan kita dapat menang (semula) semua kerusi yang kita kalah pada 2008, sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika ia berlaku, baru kita dapat dua pertiga Parlimen, sekali gus dapat menubuhkan kerajaan yang kukuh. Jadi bagi yang bertanggungjawab menjaga kawasan masing-masing, laksanakanlah tugas dengan sepenuh hati. Jika sebelum ini kita kalah 45 undi, pastikan kali ini kita menang majoriti lebih 100 undi. Pada masa sama, bagi kawasan yang sudah lama kita kalah seperti di Kelantan, seboleh-bolehnya kita kurangkan majoriti, begitu juga di Kedah.

S: Selepas menempuhi 12 pilihan raya umum, pada pemerhatian Tan Sri apakah cabaran dihadapi BN kali ini.

J: Pengundi baru dan muda yang majoritinya menggunakan media sosial, itulah yang saya lihat cabaran masa kini. Jangan lupa kaedah interaksi menggunakan media sosial ini walaupun ia cara terkini, tetapi ia tidak dapat menandingi kaedah bersemuka yang diamalkan sejak sekian lama. Perlu diingat, komunikasi empat mata dengan rakyat ada kesan lebih mendalam sebab ada masanya rakyat nak tengok mata kita bila bercakap, cara bercakap dan gerak tubuh kita. Mendekati rakyat terutama pengundi muda dan baru ini secara bersemuka memang tidak dapat dinafikan adalah sentuhan peribadi paling berkesan dan penting diterapkan dalam gerak kerja jentera PRU BN. Walaupun anak muda dekat dengan twitter atau tweet, jika PM yang tweet tentunya ia sesuatu yang dinanti-nantikan sesiapa saja kerana beliau pemimpin tertinggi dan terkenal.

S: Setiap kali pilihan raya, pasti berlaku tindakan mensabotaj parti dan dalangnya sering kali dalam kalangan pemimpin yang gagal dipilih sebagai calon juga penyokong mereka. Malah, sejarah membuktikan tindakan sabotaj itu menjadi punca kekalahan BN.

J: Memang la, walaupun sering ucapkan nak berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara, selain taat kepada parti, tetapi semuanya bagaikan tidak lagi penting apabila gagal terpilih sebagai calon hingga mendorong untuk mensabotaj parti. Semuanya kerana menganggap diri mereka masih layak walaupun sebenarnya pucuk kepemimpinan parti lebih arif kriteria calon yang diinginkan untuk menjamin kemenangan. Oleh itu, penting setiap individu yang tidak disenaraikan sebagai calon menolak perasaan dan cita-cita besar peribadi, sebaliknya menyokong parti. Kalau tak sokong sekali pun, jangan sabotaj, kalau tak mahu ke ceramah, duduk saja kat rumah tetapi jangan sekali-kali sabotaj parti dan bila tiba hari mengundi, undilah BN. Perlu diingat, perbuatan mensabotaj lebih teruk daripada tidak mengundi, jadi janganlah bertindak mengikut perasaan.

S: Rekod pencapaian BN memang diketahui terutama menerusi pembentangan Dasar Transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Apakah ia juga dilihat sebagai senjata berkesan untuk BN menghalang kemaraan pembangkang.

J: Kita menanam hasrat untuk mendirikan Kerajaan Pusat dan mentadbir negara dengan berkesan dan cekap terutama daripada segi ekonomi, politik, pentadbiran dan pengurusan negara walaupun dalam keadaan dunia yang mencabar. Ini menunjukkan iltizam BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Oleh itu, rakyat perlu jelas bagaimana di negeri yang pembangkang menang, pentadbirannya tidak dapat dijalankan dengan baik. Malah, masih kurang kemampuan dari segi pentadbiran dan di sini, rakyat perlu sedar supaya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kuasa politik kepada pihak yang tidak berkemampuan dalam pelbagai aspek ini. Sudah sekian lama BN bina negara ini, sejak merdeka lagi selain mengharungi krisis ekonomi dan kini kita di landasan yang betul. Jangan pula biarkan pencapaian baik negara ini dibiarkan musnah begitu saja kerana alasan remeh nak tukar selera.

Kesinambungan kepemimpinan kerajaan BN penting untuk menyambung pembangunan negara bagi jangka panjang. Hakikatnya, pencapaian negara dan kerajaan menerusi dasar transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah yang paling berkesan untuk menyedarkan rakyat mengenai manfaat yang diperoleh daripada perancangan itu. Setiap dasar dirangka, ada sasarannya dan itulah tugas yang perlu dijalankan `gurkha' BN dalam kalangan pemimpin akar umbi untuk menerangkan pencapaian dan sasaran yang perlu dicapai bagi memastikan rakyat terus menikmati manfaat. Memang PM akan cakap mengenai hal sama tetapi `gurkha' perlu terangkan apa sebenarnya transformasi dan bagaimana ia dapat beri kesan kepada kehidupan rakyat di kawasan masingmasing terutama rakyat yang tidak mempunyai akses kepada media massa. Dasar kerajaan BN selama ini perlu berulang kali diterangkan kepada rakyat supaya mereka jelas dengan menterjemahkan pencapaian negara secara realiti, apa sebenarnya GTP, ETP, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan bagaimana semua itu membawa kebaikan kepada rakyat, selain mendekati rakyat supaya lebih faham dan terus menerima BN.

S: Berdasarkan pengalaman politik Tan Sri yang tidak ternilai selama ini, apakah mesej yang boleh disampaikan kepada kepemimpinan negara dan pengundi keseluruhannya.

J: Pada saat ini selepas Parlimen dibubarkan, kepada pemimpin ingin saya ingatkan bahawa ketika ini bukan lagi masa nak berucap, jangan banyak berucap tetapi apabila ceramah, yang penting terangkan kepada rakyat apa yang mereka musykil selama ini, jelaskan isu yang timbul sepanjang PRU. Kebiasaannya, semakin hampir PRU, pelbagai fitnah akan dilemparkan, semuanya kerja orang bacul. Jadi perlu dijelaskan dengan sebaiknya kepada rakyat, tetapi jangan pula kutuk orang tetapi terangkan saja apa yang kita buat selama ini berulang kali kerana kekuatan BN terletak pada fakta dan rekod pencapaian selama ini. Kepada pengundi pula, ingatlah dan fikirkan masa depan anak cucu. Jangan tersinggung dan hanya kerana tidak puas hati kepada pihak tertentu terus bertindak menukar kerajaan kerana keputusan itu boleh memberi kesan jangka panjang untuk semua.

TAN SRI RAFIDAH AZIZ
Bekas Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

~ BH

Parlimen Dibubar Hari Ini, Musim Pilihanraya Bermula!

Wednesday, April 03, 2013 0 Komen

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya.

Menurut Najib, pembubaran berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda awal pagi Rabu.

 

ZONFINITI