(PRK) Parlimen Bukit Gelugor: Tanpa BN, DAP dijangka menang mudah - penganalisis

Tuesday, May 13, 2014

(PRK) Parlimen Bukit Gelugor: Tanpa BN, DAP dijangka menang mudah - penganalisis

Tanpa penyertaan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, DAP dijangka mampu menang mudah.

Namun, penganalisis politik Khoo Kay Peng mengakui, calon DAP, Ramkarpal Singh yang juga muka baru dijangka ditentang sengit seorang calon Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

“Pada masa ini pengundi-pengundi akan melihat dari segi, pertama beliau bukan diketahui pengundi-pengundi akan memberi peluang kepada Ramkarpal kerana tidak ada saingan sengit dari BN, kedua mereka akan beri peluang kepadanya sebagai anak Karpal Singh untuk mewakili kawasan tersebut dan prestasi beliau akan dapat diukur dalam masa 4 tahun dari sekarang,” ujar Khoo lagi.

Khoo juga percaya tanpa pembabitan wakil BN sama ada MCA atau Gerakan dalam PRK kali ini, isu hukum hudud dibangkitkan PAS yang juga anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, tidak akan mendominasi kempen itu nanti.

“Jadi lebih aktif sekiranya calon MCA bertanding dan membawa isu itu untuk mendesak supaya komponen-komponen Pakatan Rakyat membuat satu pendirian tetapi sekarang kita tidak melihat bahawa calon BN dapat mewakili isu tersebut dan di antara tentangan lain saya tidak dapat merasakan bahawa mereka mampu mengenengahkan isu ini dengan efektif.” tambahnya lagi.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2013 menunjukkan, Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,042 pengundi.

Kawasan itu mempunyai 74.49 peratus atau 61,112 pengundi Cina, 14.48 peratus atau 11,880 pengundi Melayu, 8,660 pengundi India serta 390 pengundi lain-lain kaum. ~ awani

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI