Pelakon kontroversi kelahiran Pakistan yang menempa nama di Bollywood, Veena Malik, semalam memutuskan pertunangannya dengan ahli perniagaan dari New York yang juga rakannya sejak kecil, Faisal Akbar Khan.
Veena mengikat tali pertunangan dengan Faisal pada Oktober tahun lalu, selepas memutuskan hubungan dengan pemain kriket Pakistan Muhammad Asif.
Pelakon itu berkata, dia mahu meningkatkan kerjayanya sebagai pelakon dan tidak berasa selesa untuk terikat dengan sesiapa.
Bagaimanapun desas-desus menyatakan pembatalan pertunangan yang dilakukan Veena mempunyai kaitan dengan hubungannya dengan pelakon Bollywood, Ashmit Patel ketika mereka menyertai rancangan Bigg Boss, walaupun dia menafikannya. – Agensi
Tag: Pelakon Bollywood, Veena Malik, Veena Malik sexy pics
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, “Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?”
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, “Susah mencari kereta palsu.”
Pawana ku hadir kini Mendekati batas usang Ku terasa salju cinta lalu Dalam titis-titis hujan Bagaimana aku harus menghalusi jiwa Untuk terus idup dalam nafas suci Terpaksa aku terbang jauh lagi
Terkadang aku jatuh dan menangis Terkadang aku rebah tak daya berdiri Ku gentas bunga di perantauan Membalut luka hati Melindungiku dari resah yang menghujan
Pawana ku hadir kini Mendekati batas usang Ku terasa salju cinta lalu Dalam titis-titis hujan Bagaimana aku harus menghalusi jiwa Untuk terus idup dalam nafas suci Terpaksa aku terbang jauh lagi
Terkadang aku jatuh dan menangis Terkadang aku rebah tak daya berdiri Ku gentas bunga di perantauan Membalut calar luka hati Melindungku dari resah yang menghujan
Di saat pilu lara itu kasih… Aku gagahi melangkah Selagi dirahmati Aku mengorak harapan
Terkadang aku jatuh dan menangis Terkadang aku rebah tak daya berdiri Ku gentas bunga di perantauan Membalut calar luka hati Melindungi dari resah yang menghujan
Memey Suhaiza dan Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung 2011 ini.
Memey dan Norman sudah mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia.
“Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.
“Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
“Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman,” kata Memey Dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.
Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.
“Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.
“Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain,” katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.
Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka adalah pada 26 Februari, dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 6 Mac, umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. – Bernama
Suami Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.
Mokhtar Dahari dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, hasil perkahwinan Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970).
Ketika beliau berusia 15 tahun, Mokhtar telah dihadiahkan sepasang but bola yang hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE pada ketika itu.
Beliau amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.”
Dengan kasut itulah beliau menempa nama sebaris dengan wira-wira bola sepak negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Pada tahun 1971, Mokhtar telah mula mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Burnley. Beliau juga pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco dan Kwong Yik Bank.
Beliau telah berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Salah seorang anaknya, Mohamad Redza, juga mengikuti jejak langkah ayahnya apabila pernah mewakili negeri Selangor.
Mokhtar merupakan pemain yang memiliki bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang beliau mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan ‘SuperMokh’ diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Gelaran ‘SuperMokh’ yang diterimanya itu juga adalah kerana kehebatannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau juga telah mewakili Malaysia selama 13 tahun iaitu dari 1972 hingga 1985.
Kelebihan dimiliki ‘SuperMokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari bekas penjaga gol negara, mendiang R. Arumugam, pernah patah ketika cuba menampannya. Malah penyerang ternama negara ini juga bijak dalam membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari kawalan pertahanan pihak lawan.
Mokhtar telah membuat penampilan di padang bola sebanyak 167 kaps (penampilan), menjaringkan 117 gol dalam saingan Piala Malaysia dan 125 gol antarabangsa.
Mokhtar merupakan seorang pemain yang sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia tidak pernah jemu berlatih sehingga sudah sebati dengan dirinya.
Ketika berada dalam skuad kebangsaan, Mokhtar masih gigih berlatih apabila gemar mengawal bola sambil mengelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah beliau juga tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan beliau seorang idola paling diminati. Perjalanan karier ‘SuperMokh’
Karier Mokhtar sebagai pemain bola sepak bermula pada 1970 di mana ketika itu beliau telah terpilih untuk mewakili Selangor ke pertandingan bola sepak bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Turut bermain bersamanya ketika itu adalah Santokh Singh dan Reduan Abdullah. Mokhtar yang juga dikenali dengan gelaran ‘SuperMokh’ merupakan penyerang yang amat berbahaya apabila melepaskan rembatan.
Pada tahun 1971, Mokhtar telah mewakili Selangor dalam pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak) di Kuching Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
Pada tahun 1972, buat pertama kalinya beliau beraksi untuk pasukan utama Selangor dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Hitachi dari Jepun pada Februari. Pada bulan April beliau turun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pertama dalam kariernya menentang Perak dan bermain di posisi sayap kiri.
Beliau menjaringkan gol pada minit ke-29 hasil umpanan Rahim Abdullah untuk membantu Selangor menang 3-0. Dalam tahun yang sama, beliau telah mewakili Malaysia buat pertama kalinya dalam Piala Jakartaraya (Piala Kemerdekaan Jakarta) pada bulan Jun.
Mokhtar juga telah bermain bersama skuad Malaysia di pra Piala Dunia di Seoul pada tahun 1973. Beliau juga telah bermain dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka menentang Kuwait dan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1. Mokhtar juga telah membantu Selangor mengekalkan Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir.
Pada tahun 1974, Mokhtar telah mencipta rekod peribadinya sebagai penjaring gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol sekaligus ketika menentang Filipina di Sukan Asia di Tehran, Iran sekaligus membantu negara memenangi pingat gangsa.
Karier Mokhtar memuncak pada tahun 1975 apabila beliau mewakili pasukan Malaysia menentang pasukan gergasi England, Arsenal F.C. Dalam perlawanan tersebut Malaysia telah menewaskan Arsenal 2-0 di mana kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Mokhtar. Selepas perlawanan itu, Mokhtar khabarkannya telah menerima tawaran dari pasukan Arsenal untuk bermain dengan mereka.
Mokhtar terus mempamerkan kehebatannya apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Selangor menewaskan Singapura 3-0 dan sekali gus muncul sebagai juara Piala Malaysia bagi kali ke-19. Malah beliau telah mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka. Mokhtar juga telah mendapat kecederaan lutut ketika mewakili PKNS menentang Pemuda Umno di peringkat suku akhir Piala FAM. Beliau terpaksa menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti.
Pada tahun 1977, setelah pulih daripada kecederaan lutut beliau kembali beraksi mewakili PKNS menentang Kilat dalam Liga Perdana Selangor. Beliau juga membantu Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Lebih membanggakan, beliau telah menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir untuk pingat emas Sukan Sea pertama beliau. Mokhtar telah menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976 di atas kejayaannya itu.
Bagaimanapun, aksi ‘SuperMokh’ yang tidak dapat dilupakan oleh para peminatnya ialah apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England B yang pada ketika itu di bawah bimbingan Bobby Robson pada tahun 1978. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1-1.
Jersi asal pemain lagenda, Mokhtar Dahari (10) dipamerkan di Riveira Sports Bar. – foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Pada tahun yang sama juga, beliau telah memenangi Piala FAM pertamanya bersama PKNS malah turut membantu Selangor bangkit dari ketinggalan 2-0 kepada Singapura untuk menang 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Pada tahun 1979, Mokhtar buat pertama kalinya mengetuai barisan Selangor selepas mengambil alih jawatan ketua pasukan daripada Soh Chin Aun lalu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas Singapura. Buat pertama kali juga, rentangan sepanduk tertulis ‘Super Mokhtar’ gelaran yang kekal hingga kini, terpampang di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, Mokhtar telah membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak antarabangsa pada tahun yang sama.
Tetapi, pada tahun berikutnya Mokhtar menarik balik keputusan persaraan antarabangsa untuk beraksi di Pestabola Merdeka di mana Malaysia muncul naib johan selepas tewas kepada Maghribi dalam perlawanan akhir.
Pada tahun 1981, Mokhtar telah menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Kad merah tersebut dilayangkan oleh pengadil Othman Omar. Kegagalan Malaysia di pertandingan pra Piala Dunia di Kuwait mendorong Mokhtar mengumumkan persaraannya pada peringkat antarabangsa buat kali kedua.
Mokhtar telah mengetuai pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai oleh Diego Maradona dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun 1982. Selangor tewas 2-1.
Pada tahun 1985, Mokhtar kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan di mana Malaysia tewas 2-0 dan beliau mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa untuk kali ketiga dan terakhir. Timbalan Menteri Kebudayaan Bulgaria, Ivan Tokadjien teruja melihat lukisan wajah lagenda pemain bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari, ketika melawat ke Galeri Seni Negara, Kuala Lumpur. – foto BERNAMA
Pun begitu, beliau masih meneruskan kariernya dalam pertandingan domestik. Ketika bermain bersama Selangor pada tahun 1986, beliau telah membantu Selangor menjadi juara Piala Malaysia menewaskan Johor 6-1 pada perlawanan akhir. Beliau juga telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir tersebut. Mokhtar akhirnya mengumumkan persaraannya dari bola sepak peringkat negeri dan menghadiahkan jersi nombor 10 miliknya kepada Raja Muda Selangor.
Tetapi, seperti masa-masa yang lalu dan atas desakan peminat, Mokhtar menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi. Pada tahun 1988, Mokhtar telah bersara dari bola sepak peringkat negeri dan menyertai Kwong Yik bank, kehadirannya membawa kelab itu menjadi juara Liga Dunhill Selangor.
Mokhtar disahkan menghidap penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989 dan berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut, namun pulang ke Malaysia tanpa sebarang perubahan.
Pada hari Khamis, 11 Julai 1991, Mokhtar Dahari telah meninggal dunia pada jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya, akibat penyakit yang dihidapinya itu.
6 Progresif mengisahkan tentang perjalanan para pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif. Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.
Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar 'reject' dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.
Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.
Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka.
Album kompilasi The Best Of Shamrin And Fotograf Edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, album pengubat rindu arwah Shamrin itu sudah berada di pasaran sejak 19 Januari lalu. Sebanyak 24 lagu dimuatkan dalam album itu dan pastinya ia menggamit memori lalu yang kini tinggal kenangan.
Sebelum kematiannya Allahyarham ada merakamkan satu single baru, Sekali Rindu Datang untuk peminatnya selepas sekian lama Fotograf menyepi diri. Single istimewa itu kini dimuatkan dalam album kompilasi The Best Of Shamrin And Fotograf ini.
Antara lagu dimuatkan dalam album kompilasi istimewa ini, Janji Kekasih, Keliru Dalam Rindu, Kalimah Cinta, Nyata Kasihku, Pelangi, Di Alam Fana Cinta (duet dengan Datuk Sharifah Aini), Ke Pintu Kasihmu, Terlena Dalam Jaga dan Nafas Kekasih.
Berita Adik muncul di TV9 sebagai berita TV kanak-kanak pertama khususnya untuk tontonan adik-adik. Rancangan yang padat dengan berita terkini dan info sensasi ini akan bersiaran selama dua minit sahaja pada setiap hari jam 2.28 petang dan ulangannya pada 5.28 petang.
Penampilan tiga orang pengacara kanak-kanak iaitu Dayana (juara Idola Kecil Musim Kedua), Fimie (pelakon kanak-kanak terbaik FFM) dan Afiq (pelakon kanak-kanak dalam Mahathir the Musical) menceriakan lagi Berita Adik dengan kepetahan mereka.
Walaupun corak dan konsep yang ditampilkan dalam Berita Adik lebih santai dan tidak begitu forma,l namun ia sarat dengan maklumat dan fakta berguna kepada penonton. Kebanyakan aktiviti dan acara yang berlaku di sekitar bandaraya dan seluruh negara turut dipaparkan dalam rancangan ini yang bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut.
Apa yang lebih menarik lagi, pelbagai informasi terbaru berkaitan gajet-gajet terkini, permainan dan kepelbagaian makanan juga turut diselitkan. Para penonton yang bertuah juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik melalui kuiz-kuiz yang diwar-warkan oleh ketiga-tiga pengacara cilik itu.
Selain itu, Berita Adik akan mengetengahkan program-program yang akan bersiaran di TV9 seperti drama, telefilem, rancangan realiti dan banyak lagi. Di samping itu juga, info berkaitan cuaca, fakta lucu dan trivia serta kuiz mencuri perhatian para penonton khususnya kanak-kanak. Penyampaian berita yang ringkas tetapi penuh dengan informasi dan fakta berguna sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.
Misteri Alam Hitam menyingkap kisah misteri, seram dan juga kisah hantu yang akan memberikan persepsi baru dalam dunia televisyen. Setiap episod mempunyai kisah dan cerita berlainan dan ia juga mempunyai senarai pelakon berbeza untuk setiap cerita.
Pengarahnya, Rashid Sibir berharap, Misteri Alam Hitam yang dihasilkan skripnya oleh panel Opera Klasik dapat menarik lebih ramai penonton mengikutinya kerana memaparkan sesuatu yang menarik dan berbeza berbanding siri drama seram yang pernah dihasilkan.
Katanya, ia juga mengungkap pelbagai kisah pelik yang menakutkan dan lebih menyeramkan di persekitaran kita bukan saja di kampung tetapi juga di bandar. Pelbagai kisah menakutkan dimuatkan selama sejam dalam 13 episod.
Misteri Alam Hitam yang disiarkan melalui Astro Ria setiap Isnin, jam 10 malam sejak 19 November lalu, memaparkan 13 episod bermula dengan Kamera untuk episod 1 diikuti Asrama Misteri, Skrip, Dendam Roh, Penunggu Rimba, Pocong, Polong, Cucuk Sanggul, Banglo Kayu, Batu Akek, Lukisan Antik dan Mak Andam.
Antara episod menarik, Asrama Misteri dijayakan Erin Malek dan Dafi. Ia mengisahkan Dira dan rakannya sering bermain Spirit Of The Coin dan berlagak mengatakan akan membela hantu itu jika benar ia wujud.
Hantu itu datang tanpa disedari dan mengikut segala kata hati Ana. Kawan baiknya, Lia dirasuk dan mati akibat terjun dari bangunan asrama.
Hantu itu terus mengganas dan mengancam sehingga ramai pelajar histeria termasuk beberapa pelajar lelaki.
Episod Dendam Roh mengisahkan TJ bersama kekasihnya diganggu hantu ketika bercuti di chalet. Hantu itu meminta Nita mencari siapakah pembunuhnya. Rupa-rupanya hantu itu dirogol dan dibunuh kawan baik TJ, Musa. Hantu itu mengacau TJ dan Nita mengesyaki TJ terbabit dalam kes pembunuhan itu tetapi akhirnya TJ terbunuh Nita.
Ia dijayakan Kamal Adli, Intan Ladyana, Ameer Sofaz dan Raja Irna.
Episod Penunggu Rimba pula mengenai tiga sahabat yang pergi berkhemah dalam hutan. Mereka terperangkap dalam satu keluarga penuh mistik apabila Nana mengajak tiga sahabat itu bermalam di banglonya serta dihidangkan dengan makan malam. Hidangan yang amat menyelerakan itu rupa-rupanya daging serta tulang manusia. Nana sebenarnya sudah mati tetapi dihidupkan semula oleh ayahnya melalui ilmu hitam. Darah manusia menjadi santapan Nana manakala daging serta tulang menjadi santapan ibu dan ayahnya.
Pelakon ialah Adam, Dafi dan Kefli sebagai tiga sahabat, Jeff, AJ dan Din manakala Wan Sharmila sebagai Nana, Roslan Salleh sebagai ayah dan Mak Jah sebagai ibu.
Polong mengisahkan Nek Tam yang mahu terus kelihatan muda, sanggup menggali kubur bayi untuk mendapatkan minyak dagu bayi tersebut. Cucunya, Ros meminta pertolongan Nek Tam untuk memikat Jali yang juga amat digilai Nek Tam lalu mahu membunuh Ros.
Hanya Nek Siah yang boleh mengalahkan Nek Tam. Pelakon: Mariani Ismail sebagai Nek Tam, Ruminah Sidek (Nek Siah), Elly Mazlein (Ros) dan Zed Zaidi (Jali).
Banglo Kayu mengisahkan rumah yang dibeli dengan simpanan sendiri rupanya berhantu apabila penunggu rumah itu mahu tuan barunya menggadai nyawa supaya dia boleh hidup semula. Kerana sayangkan suami, si isteri sanggup menggadai nyawa dan berganti dengan penunggu tetapi penunggu mendapat semula banglonya dan isteri pula di perangkap di alam hitam
Batu Akek mengenai kesilapan membeli batu akek berpenunggu membuatkan hidup Pak Mat hancur dan penuh malapetaka. Bomoh mahu menghalau penunggu tetapi Pak Mat mahu menjadi hamba kepada penunggu yang cantik jelita itu.
Lukisan Antik mengisahkan Murad membeli lukisan tanpa disedari ia hidup dan mahu keluar dari alam hitam itu. Puteri dalam lukisan itu mahu memiliki Murad dan tidak mahu sesiapa mendekatinya. Idayu tunangan Murad hilang dan wajahnya berdiri di sebelah wajah Puteri dalam lukisan antik itu.
Mak Andam pula mengenai Zamri yang menjadi Mak Andam, sanggup pergi ke kubur mencari cebisan kain kapan dan dimandikan bunga di tengah sungai pada waktu malam supaya rezekinya melimpah ruah sehingga membawa maut kepadanya.
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
KELAB PEMINAT ADI PUTRA: Hotlovers
Peminat boleh mendapatkan perkembangan lanjut menerusi fan page Ady Putra Fanpage, laman sosial facebook Adphotlovers dan twitter @ADPadiputra dan @ADPutrahot.
DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Salam Terakhir, Akukah Tanggang, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Suria Di Cordoba, Tentang Dhia, Maharku Untukmu
FILEM:Anak Halal, Akhirat, Histeria, KL Gangster 1 dan 2, Don2, Hanyut, Ngorat, Aku Terima Nikahnya, Isyarat Cinta (Suhan Movies), Langggar
Song Title: Hold It Against Me Artist: Britney Spears
Hey, over there, please forgive me If I’m coming on too strong Here to stare, but you’re winning And they play my favorite song
So come near, little closer Wanna whisper in your ear Make it clear, little question Wanna know just how you feel
(Chorus) If I said my heart was beating loud If we could escape the crowd somehow If I said I want your body now Would you hold it against me? Cuz you feel like paradise And I need a vacation tonight So if I said I want your body now Would you hold it against me?
Hey, you might think, that I’m crazy But you’re not I’m just your type I might be, little hazy But you just cannot deny
There’s a spark in between us When we’re dancing on the floor I want more, wanna see it So I’m asking you tonight
(Repeat Chorus)
If I said I want your body? Would you hold it against me?
Give me something good Do not want to wait, I want it now Donp it like a hood And show me how you work it out
If I said I want your body now Would you hold it against me?
NAMA PENUH: Zul Huzaimy Marzuki PANGGILAN: Zul Huzaimy TARIKH LAHIR: 12 Disember 1978 USIA: 33 Tahun TEMPAT LAHIR: Grik, Perak KELULUSAN: Diploma Seni Persembahan, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) KERJAYA: Pelakon FILEM: Haq, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Wayang, Senario The Movie: Episode 1, Anak Halal, Impak Maksima, Cinta Yang Satu, Syaitan, Remp-It, KL Menjerit, Lang Buana DRAMA: Antaranya Ombak Laut Cina Selatan, Salam Sakaratul Maut, Kelab Wayang Gambar, Pantang, Salam Terakhir, Cinta Sang Gembala, Semanis Buah Ceri, Pusaraku Pelamin Ayah, 3 Dara, Kau Laksana Bulan, Lembrata Pak Lang Husin, Mentari Jingga, Bukan Aku Tak Cinta, Denai Berbisik TEATER: Hamlet, Alang Rentak Seribu, Tengku Anum, Gedebe PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21
Filem Haq dibintangi Zul Huzaimy, Adi Putra , Nanu, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail, Ammar Adli Mohamed Norin dan Airul Adli Mohamed Norin.
Profil Zul Huzaimy
NAMA PENUH: Zul Huzaimy Marzuki PANGGILAN: Zul Huzaimy TARIKH LAHIR: 12 Disember 1978 USIA: 33 Tahun TEMPAT LAHIR: Grik, Perak KELULUSAN: Diploma Seni Persembahan, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) KERJAYA: Pelakon FILEM: Haq, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Wayang, Senario The Movie: Episode 1, Anak Halal, Impak Maksima, Cinta Yang Satu, Syaitan, Remp-It, KL Menjerit, Lang Buana DRAMA: Antaranya Ombak Laut Cina Selatan, Salam Sakaratul Maut, Kelab Wayang Gambar, Pantang, Salam Terakhir, Cinta Sang Gembala, Semanis Buah Ceri, Pusaraku Pelamin Ayah, 3 Dara, Kau Laksana Bulan, Lembrata Pak Lang Husin, Mentari Jingga, Bukan Aku Tak Cinta, Denai Berbisik TEATER: Hamlet, Alang Rentak Seribu, Tengku Anum, Gedebe PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21
Profil Adi Putra
NAMA PENUH: Mohamed Hadi Putera Halim PANGGILAN: Adi Putra TARIKH LAHIR: 26 Februari 1981 USIA: 31 tahun TEMPAT LAHIR: Singapura KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura KERJAYA: Pelakon, penyanyi DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Akukah Tanggang, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk FILEM: Anak Halal, Akhirat, Histeria, Hanyut, KL Gangster TEATER: Rubiah, Sri Mersing. ALBUM: Kelahiran (2008)
Disuruh diri aku berdiri Disuruh duduk aku pun duduk Setia tunduk pada arah telunjuk...itu aku
Kerana cinta aku menghamba Mengejar hasrat hatimu damba Arahkan saja mengikut kehendakmu...itu kamu Hingga...
Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh Baik telinga dengar saja semua perintah ku junjung Biar hati calar-balar tetap bersabar Ganasnya cintamu
Kau mahu itu aku begitu Kau mahu ini ku pun begini Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung...itu aku
Kerana cinta aku menghamba Mengejar hasrat hatimu damba Arahkan saja mengikut kehendakmu...itu kamu Hingga...
Selalu sungguh hatiku mengeluh Entah kenapa masih setia Tragis oh tragis bertemankan sadis
Mungkin kerana sayang ku tidak menentang Gelengan pun dah menjadi angguk Tragis oh tragis bertemankan sadis
Paris Hilton akan muncul dalam rancangan realiti terbaru,'The World According to Paris'. Paris berjanji tidak akan bersikap keanak-anakan dalam rancangan televisyen terbarunya. Dia berikrar akan menunjukkan siapa sebenarnya Paris Hilton.
Rancangan realiti terbarunya, 'The World According to Paris' akan menerbitkan kehidupan Paris menerusi rangkaian Oxygen TV.
Paris muncul dalam siri realiti 'The Simple Life' pada 2003 hingga 2007.
"Dalam 'The Simple Life,' saya melakonkan satu watak yang saya reka sendiri dan ia bertahan lama. Mungkin orang ramai menganggap watak itu benar-benar saya," kata Paris, dipetik oleh Hollyscoop, Sabtu lalu.
Kehidupan Paris akan dirakam dalam rancangan barunya dan ia dirancang untuk tayangan bermula musim bunga depan.
"Ia akan menunjukkan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Saya membenarkan kamera itu menjelajahi kehidupan saya sebenar," katanya.
Dia juga berkata, 'The World According to Paris' akan berbeza dengan pertunjukan realiti sebelum ini.
"Apabila mereka melihat rancangan ini, mereka akan melihat saya sebenar," katanya. - Agensi
Penyanyi rock Awie watak utama bagi karektor Lat dalam ‘Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal’. Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal bakal dipentaskan di Istana Budaya mulai 16 Mac hingga 3 April 2011 itu merupakan sebuah teater muzikal yang mengupas tentang kehidupan Lat sebagai seorang kartunis yang di segani. Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal milik produksi Tall Order Productions milik pelakon dan penerbit Hans Isaac. Tiket berharga RM 30 hingga RM 230 boleh ditempah melalui laman web Ticket2u.biz atau hubungi 03-414786000.
Sinopsis Kashaf Imani
Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di KL. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma. Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.
Telemovie hebat ini akan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof . Manakala skrip oleh Shahrulezad Mohameddin dan Shahriman Wahap .
Lakonan Beto Kusyairy, Sharifah Armani, Wan Sharmila dan ramai lagi itu bakal menghiasi slot drama terbaik di Astro Ria pada 17 Februari 2011.
Kek hari jadi Umie Aida yang unik berbentuk beg di majlis sambutan hari lahir Umie Aida di Mont Kiara . Antara yang hadir ke majlis sambutan tersebut ialah pengarah Erma Fatima, pelakon Datin Sofea Jane, Maya Karin, Fizz Fairuz, penerbit Ziela Jalil ,Rashidi Ishak,Vanidah dan ramai lagi.
Verse 1 Terkadang ku resah bila tak bersama mu Terkadang ku bingung pabila disisi mu Tetapi bila ku tak melihat wajah mu Aku rindu... Aku rindu...
Verse 2 Bila berjumpa kita selalu bertengkar Membahas persoalan yang tiada ertinya Lalu kau merajuk dan lantas aku memujuk mu Cinta kita gila, cinta kita gila.....
Hari ini tak seindah semalam aku ceria kini bertemankan kecewa malunya nak bersua
Sememangnya aku bersalah ku pertaruhkan percaya yang kau berikan kini dah tercalar tidak aku sengaja mahu mengundang luka
Kasih kita tak terlepas dari gembira dan kecewa sandiwara dunia nanti bila aku hilang punca usah dikau tiada yang pastinya aku bukan mengada
Hidup ini tak semudah seperti yang direncana padan muka bila dah terkena malu untuk bertanya dalam jaga dilena
Kasih kita tak terlepas dari gembira dan kecewa sandiwara dunia nanti bila aku hilang punca usah dikau tiada aku bukan sempurna
Kasih kita tak terlepas dari gembira dan kecewa menjadikan kita lebih dewasa
Tidak aku sengaja maafkanlah segala kasih kita tak terlepas dari gembira dan kecewa sandiwara dunia nanti bila aku hilang punca usah dikau tiada aku bukan sempurna
Kasih kita tak terlepas dari gembira dan kecewa menjadikan kita lebih dewasa
[Noh] Aku melihat dunia pada mengenalMu Namun tak hentikanku untuk terus mencariMu Sampaiku rasa ada suatu yang berbeza Kehampaan di jiwa terjawab sempurna
[Firdaus] Di sini ku temu kan kedamaian Tiada yang lain kan menggoyahkan Ku ikrarkan sungguh sepenuh hatiku Sepenuh hatiku..
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah Penguasa Alam semesta Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya Bagi seluruh manusia di dunia
Keyakinan hati ini membuatku memilih jalan ini Selamanya akan aku pasrahkan Hidup dan mati kepada Mu Tuhan
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Penguasa Alam semesta Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya Bagi seluruh manusia di dunia
Ku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Penguasa Alam semesta Dan Nabi Muhammad utusanNya Bagi seluruh manusia di dunia
Tiada tuhan selain Allah Nabi Muhammad utusanNya [2x]
Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bernikah di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Ayu Raudhah, 27, dan Mohd. Zaquan, 24, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah. Pada majlis itu Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31.
Majlis akad bermula pada pukul 3.30 petang disaksikan oleh ibu bapa Mohd. Zaquan, Azizah Arshad dan Abd. Razak Abdul Radzak Salleh serta ibu Ayu, Zabedah Saat, anggota keluarga dan rakan kedua-dua mempelai.
Kembar Mohd. Zaquan, Aidil Zafuan serta kakak kepada Ayu yang juga pelakon terkenal, Rozita Che Wan turut menyerikan majlis.
Mohd. Zaquan melafazkan sekali akad nikah sebelum menandatangani surat nikah dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.
Ayu kelihatan berseri-seri mengenakan baju kurung moden berwarna kuning air dan bertudung litup sementara Mohd. Zaquan pula tampan mengenakan baju Melayu warna sedondon serta bersamping.
Mohd. Zaquan yang dilihat mengalirkan air mata sebaik akad nikah selesai memberitahu, beliau bersyukur dan gembira majlis tersebut berjalan lancar.
"Perasaan gembira dan bersyukur ini sangat berbeza ketika di gelanggang. Sangat berdebar-debar tetapi alhamdulillah semuanya lancar.
"Saya berharap ia yang pertama dan terakhir buat kami dengan kasih sayang sepanjang hayat," katanya yang dijangka kembali beraksi untuk skuad Negeri Sembilan pada Mac ini.
Mereka belum membuat sebarang perancangan bulan madu kerana Mohd. Zaquan kini terikat dengan jadual latihan bola sepaknya.
Pasangan tersebut bertunang pada 17 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya setelah setahun bercinta.
Miss Universe Kosova 2011 Aferdita Dreshaj was crowned on January 15th, 2011 in Pristina. Aferdita is 23 year old and stands 1.83 m. (6'0?). She will represent Kosovo in Miss Universe 2011 in São Paulo, Brazil.
Black Swan The Fighter Inception The King's Speech PEMENANG: The Social Network
Filem Muzikal / Komedi
Alice in Wonderland Burlesque PEMENANG: The Kids Are All Right Red The Tourist
Pengarah Terbaik:
Darren Aronofsky, Black Swan PEMENANG: David Fincher, The Social Network Tom Hooper, The King's Speech Christopher Nolan, Inception David O. Russell, The Fighter
Pelakon Lelaki Drama Terbaik:
Jesse Eisenberg, The Social Network PEMENANG: Colin Firth, The King's Speech James Franco, 127 Hours Ryan Gosling, Blue Valentine Mark Wahlberg, The Fighter
Pelakon Wanita Drama Terbaik:
Halle Berry, Frankie and Alice Nicole Kidman, Rabbit Hole Jennifer Lawrence, Winter's Bone PEMENANG: Natalie Portman, Black Swan Michelle Williams, Blue Valentine
Pelakon Lelaki Komedi / Muzikal Terbaik
Johnny Depp, Alice in Wonderland Johnny Depp, The Tourist PEMENANG: Paul Giamatti, Barney's Version Jake Gyllenhaal, Love and Other Drugs Kevin Spacey, Casino Jack
Pelakon Wanita Komedi/ Muzikal Terbaik
PEMENANG: Annette Bening, The Kids Are All Right Anne Hathaway, Love and Other Drugs Angelina Jolie, The Tourist Julianne Moore, The Kids Are All Right Emma Stone, Easy A
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
PEMENANG: Christian Bale, The Fighter Michael Douglas, Wall Street 2 Andrew Garfield, The Social Network Jeremy Renner, The Town Geoffrey Rush, The King's Speech
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Amy Adams, The Fighter Helena Bonham Carter, The King's Speech Mila Kunis, Black Swan PEMENANG: Melissa Leo, The Fighter Jacki Weaver, Animal Kingdom
Lakon Layar Terbaik
Danny Boyle and Simon Beaufoy, 127 Hours Lisa Cholodenko and Stuart Blumberg, The Kids Are All Right Christopher Nolan, Inception David Seidler, The King's Speech PEMENANG: Aaron Sorkin, The Social Network
Filem Animasi Terbaik
Despicable Me How To Train Your Dragon The Illusionist Tangled PEMENANG: Toy Story 3
Filem Asing Terbaik
Biutiful The Concert The Edge I Am Love PEMENANG: In A Better World
Skor Muzil Asal Terbaik
Alexandre Desplat, The King's Speech Danny Elfman, Alice in Wonderland A.R. Rahman, 127 Hours PEMENANG: Trent Reznor and Atticus Ross, The Social Network Hans Zimmer, Inception
Lagu Asal Terbaik
"Coming Home," Country Strong "I See the Light," Tangled "There's A Place For Us," Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader PEMENANG: "You Haven't Seen The Last Of Me" - Burlesque
Drama Siri Televisyen Terbaik
PEMENANG: Boardwalk Empire (HBO) Dexter (Showtime) The Good Wife (CBS) Mad Men (AMC) The Walking Dead (AMC)
Aktres Terbaik (Drama Bersiri)
Julianna Margulies - The Good Wife Elisabeth Moss - Mad Men Piper Perabo - Covert Affairs PEMENANG: Katey Sagal - Sons Of Anarchy Kyra Sedgwick - The Closer
Aktor Terbaik (Drama Bersiri)
Bryan Cranston - Breaking Bad PEMENANG: Steve Buscemi - Boardwalk Empire Michael C Hall - Dexter Jon Hamm - Mad Men Hugh Laurie - House
Komedi Siri Terbaik
30 Rock (NBC) The Big Bang Theory (CBS) The Big C (Showtime) PEMENANG: Glee (Fox) Modern Family (ABC) Nurse Jackie (Showtime)
Aktres Terbaik (Siri Komedi)
Toni Collette - United States Of Tara Edie Falco - Nurse Jackie Tina Fey - 30 Rock PEMENANG: Laura Linney - The Big C Lea Michele - Glee
Aktor Terbaik (Siri Komedi)
Alec Baldwin - 30 Rock Steve Carell - The Office Thomas Jane - Hung Matthew Morrison - Glee PEMENANG: Jim Parsons - The Big Bang Theory
Mini Siri/ Telefilem Terbaik
PEMENANG: Carlos (Sundance Channel) The Pacific (HBO) Pillars Of The Earth (Starz) Temple Grandin (HBO) You Don't Know Jack (HBO)
Aktres Mini Siri / Telefilem Terbaik
Hayley Atwell - Pillars Of The Earth PEMENANG: Claire Danes - Temple Grandin Judi Dench - Return To Cranford Romola Garai - Emma Jennifer Love Hewitt - The Client List
Aktor Mini Siri/ Telefilem Terbaik
Idris Elba - Luther Ian McShane - Pillars Of The Earth PEMENANG: Al Pacino - You Don't Know Jack Dennis Quaid - The Special Relationship Edgar Ramirez - Carlos
Aktres Pembantu Terbaik (Mini Siri/ Telefilem)
Hope Davis - The Special Relationship PEMENANG: Jane Lynch - Glee Kelly Macdonald - Boardwalk Empire Julia Stiles - Dexter Sofia Vergara - Modern Family
Aktor Pembantu Terbaik (Mini Siri/ Telefilem)
Scott Caan - Hawaii Five-O PEMENANG: Chris Colfer - Glee Chris Noth - The Good Wife Eric Stonestreet - Modern Family David Strathairn - Temple Grandin
Anugerah Khas
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille: Robert De Niro
Pelakon hebat Zul Huzaimy telah dilantik sebagai pendidik dengan menjadi pengetua sebuah program anjuran Seniman iaitu Rumah Aktor Seniman.
Zul Huzaimy yang bakal muncul dengan filem Haq ini, bakal memulakan tugasan sebagai pengetua Rumah Aktor Seniman bermula 22 Januari ini.
Kursus lakonan yang memakan masa 13 minggu ini pula dikatakan mempunyai persamaan idea dengan beberapa program realiti TV sedia ada seperti Akademi Fantasia, Mari Menari, Mentor dan Satu-Satunya.
Zul berkata, program ini bukanlah diciplak dari mana-mana program realiti TV tetapi dibuat berdasarkan pengalaman dirinya serta tenaga kerja yang lain sebagai penggiat seni terutama sekali pelakon.
“Mungkin angka 13 begitu sinonim dengan program TV. Namun, ia tidak ditiru dari mana-mana rancangan TV. Ia hanyalah tempoh pengajian saja. Dulu masa saya belajar pun, time line ini turut digunakan,” ujarnya.
Zul menjelaskan pemilihan 30 peserta telah pun dibuat dengan mengadakan uji bakat baru-baru ini. Hasil uji bakat itu, Zul memberitahu pelakon baru yang sudah banyak berlakon iaitu Syed Ali turut menjadi salah seorang peserta untuk kursus yang dianjurkan buat julung kalinya ini.
“Dulu, sebelum saya menyertai Akademi Seni Kebangsaan (ASK), saya perlu menjalani uji bakat dan diuji dengan cara monolog 5 rasa. Method inilah yang saja gunakan untuk uji bakat peserta program ini. Pun begitu, saya dapati kebanyakan dari mereka agak malu dan segan-segan.
“Ada juga peserta yang tak perasan bahawa mereka ada sesuatu dan kami mengambilnya untuk mencungkil bakat yang mereka sendiri tidak nampak. Sebagai contoh Syed Ali. Dia banyak berlakon tetapi dia tak perasan bahawa dia ada sesuatu yang menarik perlu dikeluarkan. Kelemahan yang ada pada mereka akan diasah dalam program ini.
“Kebanyakkan mereka dipilih disebabkan bakat, semangat dan kemahuan serta bijak berfikir. Untuk menyertai kursus ini, peserta perlu membayar yuran agar mereka ada komitmen untuk menghadirkan kelas yang diadakan setiap Sabtu di Laman Budaya dan Aswara,” jelasnya.
Bercakap mengenai yuran program ini, Zul turut memperkatakan bahawa pihak penganjur bukan sengaja mahu mengenakan bayaran demi mengaut keuntungan.
“Kami tak buat secara percuma. Yurannya adalah RM550 seorang. Bila kursus dibuat secara percuma, sikap nak tak nak datang kelas mesti ada. Jadi dengan adanya yuran ia sedikit sebanyak membuatkan mereka berfikir dengan komited untuk datang ke kelas.
“Program ini tidak khusus pada setengah peringkat saja. Peserta paling muda yang kami terima berumur 14 tahun dan yang paling senior pula berumur 32 tahun. Anak pelakon Rosnah Johari pun ada menyertainya,” katanya.
Sementara itu, Zul menafikan kursus ini sebagai jaminan untuk mereka menjadi pelakon utama filem atau pun drama. Namun, ia adalah sasaran pihak penganjur ke arah itu.
“Itu target saya. Saya akan mantapkan mereka dengan melakonkan watak dengan lebih berkesan. Nak jadi pelakon utama itu semuanya tertakluk kepada rezeki dan populariti. Saya nak tumpukan mereka menjadi pelakon yang berilmu.
“Sebagi produser filem dan drama, mereka akan memikirkan untung rugi. Kehadiran saya di sini hanya sebagai membuka ruang kepada peserta saja. InsyaAllah, nanti akan ada produksi yang buka mata terhadap mereka.
“Sekali lagi, saya mahu jadikan mereka berilmu. Biarlah populariti datang kemudian.Lakonan bukanlah populiriti saja. Saya akan pastikan mereka bukan menjadi sekadar pelakon tambahan saja,” terang Zul.
Muzikal Terima Kasih Cinta mengisahkan 5 cerita cinta yang digarap dengan kemas untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.
Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah terbaik untuk keluarganya. Baginya keluarga adalah segalanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?
Rubiah seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu dengan seseorang yang dianggapnya sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubat kesepiannya. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?
Memiliki segalanya, tetapi bukan cinta. Itulah Azlan seorang hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?
Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam perangkap pilihan, antara cinta dan pertalian darah?
Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?
Lima kisah cinta yang digabung dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta berkongsi nafas yang sama bagi mengakui kehebatan kuasa cinta yang akan mencetus rasa cinta yang pernah dialami penonton sendiri; yang pastinya pernah bercinta, mencintai dan dicintai.
Dasari kehebatan kuasa cinta dalam Teater Muzikal Terima Kasih Cinta di Istana Budaya, Februari depan.
Sembilan pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, Anding Indrawani, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara AF1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.
Tiket bagi menyaksikan pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta sudah boleh dibeli mulai Isnin lalu. Bagi yang ingin membelinya secara online, boleh layari www.ticket2u.biz atau pun menghubungi talian hotline 03-4147 8600 dengan segera.
Harga tiket untuk menyaksikan pementasan yang diadaptasi dari filem CINTA itu berharga RM30, RM70, RM100, RM150, RM180, RM200, RM250 dan RM300. Diterbitkan The Creative Partnership, pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.
Tarikh : 5 & 6 Februari 2011
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tiket : RM99 hingga RM299
Hotline : +603 4147 8600
Sempena meraikan artis ternama tanahair Francissca Peter yang bertahan sekian lama dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan "Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter". Gelaran "Vokal Terbaik Wanita" 5 tahun berturut-turut serta 20 lagu-lagu No.1 di carta and, konsert ini pasti akan mengingati kita kembali zaman kegemilangan satu-satunya artis bukan Melayu yang telah berjaya membawa lagu-lagu Melayu ke tahap antarabangsa dan bertahan sehinga kini.
Konsert ini juga bertepatan dengan pengeluaran album kompilasi ‘Keunggulan Francissca Peter’ dan adalah sebahagian daripada aturcara untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan. Terbitan album kompilasi ini sinonim dengan kempen Perdana Menteri kita, 1 Malaysia.
Artis-artis undangan yang akan turut menjayakan konsert ini adalah Royston Sta Maria dan Imran Ajmain.
Ali (Christina Aguilera) is a small-town girl with a big voice who escapes hardship and an uncertain future to follow her dreams to LA. After stumbling upon The Burlesque Lounge, a majestic but ailing theater that is home to an inspired musical revue, Ali lands a job as a cocktail waitress from Tess (Cher), the club's proprietor and headliner. Burlesque's outrageous costumes and bold choreography enrapture the young ingenue, who vows to perform there one day.
Soon enough, Ali builds a friendship with a featured dancer (Julianne Hough), finds an enemy in a troubled, jealous performer (Kristen Bell), and garners the affection of Jack (Cam Gigandet), a bartender and fellow musician. With the help of a sharp-witted stage manager (Stanley Tucci) and gender-bending host (Alan Cumming), Ali makes her way from the bar to the stage. Her spectacular voice restores The Burlesque Lounge to its former glory, though not before a charismatic entrepreneur (Eric Dane) arrives with an enticing proposal…
Hmm, two of the biggest names in Tinseltown – Cher and Christina Aguilera in the same movie? With dancing and singing? Sign me up! Wootz! If you're a big fan of musicals, Burlesque is definitely not to be missed :)
Barisan penaja bagi ABPBH 2010 telah diumumkan. Bintang Paling Popular ABPBH 2010 akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay. Artis dan personaliti yang memenangi setiap kategori pula akan mendapat barangan kemas Rafflesia bernilai RM10,000.
Bagi menghargai kesudian peminat yang tidak jemu-jemu memberi sokongan, Berita Harian juga akan memberi pelbagai hadiah menarik bagi mereka yang berjaya membuat pilihan tepat menerusi borang pencalonan akhir ABPBH 2010 akan yang mula dikeluarkan pada 17 Januari sehingga 17 Mac ini.
Hadiah utama bagi kategori pembaca ialah kereta Grand Livina 1.6 A bernilai RM86,000 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd, set barangan kemas tajaan Rafflesia Mandalay dan pakej percutian tujuh hari enam malam ke Beijing bernilai RM10,000 dan pakej percutian empat tiga malam ke Vietnam bernilai RM15,000 tajaan Poto Travel.
ABPBH 2010 akan diadakan di Arena All Stars, Genting Highland pada 3 April hadapan. Anugerah ini akan disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 9.00 malam.
Aishah Sinclair sebelum dan selepas menggunakan produk Marie France Bodyline
Duta terbaru Marie France Bodyline, Aishah mendedahkan bahawa berat badan beliau bertambah sebanyak 20 kilogram semasa mengandung. Selepas 44 hari berpantang, beliau membuat keputusan yang beliau memerlukan bantuan profesional dari pakar pelangsingan badan dalam usaha beliau untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang menggiurkan seperti sebelum mengandung.
"Marie France Bodyline telah bersama saya sepanjang usaha saya untuk menjadi lebih langsing. Saya kagum dengan lebih 60 rawatan yang boleh dilanggani! Oleh kerana setiap daripada kita dicipta dengan bentuk dan susuk tubuh yang berbeza, saya amat menghargai kerana diberi program pelangsingan badan yang khusus dimana ia penting untuk mengurangkan berat badan dan memperoleh susuk tubuh menggiurkan dalam cara yang paling selamat dan berkesan.
"Rawatan yang amat berkesan pada saya adalah VS3 Radio Wave Body Perfector," kata Aishah yang hilang sebanyak 27 inci dan 18 kilogram dalam tempoh dua bulan setengah mencuba rawatan ini.
VS3 Radio Wave Body Perfector adalah satu alatan yang tidak memerlukan pembedahan yang menggunakan teknologi Elos* (Electro Optical Synergy) yang digunakan secara meluas dalam perubatan, pembedahan dan aestetik di seluruh dunia. Bukti klinikal telah menunjukkan bahawa VS3 Radio Wave Body Perfector adalah berkesan serta selamat dalam rawatan selulit dan lemak untuk lelaki dan wanita.
"Saya mendapati sesi-sesi rawatan yang saya lalui selesa dan relaks, dan saya memperoleh susuk tubuh di bahagian yang tidak pernah saya sangka saya boleh perolehi. Suami saya kagum melihat saya menjadi langsing dengan begitu pantas, tetapi yang paling penting, Marie France Bodyline membantu mendapatkan kembali keyakinan saya supaya saya boleh menjadi ibu yang sihat dan ceria untuk anak perempuan saya. Saya juga diajar tentang kepentingan sarapan!" kongsi beliau.
Sejak 1986, Marie France Bodyline terus-menerus memperkembangkan formula yang 100% semulajadi dan selamat, menggunakan sebatian aktif yang berkuasa serta teknologi dan produk pengurusan berat badan yang maju dalam menyelesaikan pelbagai isu yang menghantui wanita masa kini, seperti tisu lemak berlebihan, selulit dan masalah kulit yang kurang anjal.
Ini dibantu dengan pendekatan mereka secara menyeluruh dalam mengurangkan serta mengekalkan berat badan dalam cara yang sihat serta selamat dan sesuai untuk pelbagai kecenderungan gaya hidup setiap individu.
Gambar-gambar Lisa Surihani di AJL25 yang sangat cute dan cantik. Pelbagai posing dan aksi Lisa Surihani termasuk gelagat belakang tabir semasa acara majlis gilang-gemilang Anugerah Juara Lagu 25 yang kontroversi.