Muzikal Terima Kasih Cinta,17 Februari 2011,Istana Budaya

Tuesday, January 18, 2011

Muzikal Terima Kasih Cinta mengisahkan 5 cerita cinta yang digarap dengan kemas untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.


Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah terbaik untuk keluarganya. Baginya keluarga adalah segalanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?


Rubiah seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu dengan seseorang yang dianggapnya sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubat kesepiannya. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?


Memiliki segalanya, tetapi bukan cinta. Itulah Azlan seorang hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?



Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam perangkap pilihan, antara cinta dan pertalian darah?


Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?


Lima kisah cinta yang digabung dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta berkongsi nafas yang sama bagi mengakui kehebatan kuasa cinta yang akan mencetus rasa cinta yang pernah dialami penonton sendiri; yang pastinya pernah bercinta, mencintai dan dicintai.


Dasari kehebatan kuasa cinta dalam Teater Muzikal Terima Kasih Cinta di Istana Budaya, Februari depan.


Sembilan pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, Anding Indrawani, penyanyi Deja MossFaradhiyaShajiryNadia Aqilah, bekas juara AF1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.


Tiket bagi menyaksikan pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta sudah boleh dibeli mulai Isnin lalu. Bagi yang ingin membelinya secara online, boleh layari www.ticket2u.biz atau pun menghubungi talian hotline 03-4147 8600 dengan segera.


Harga tiket untuk menyaksikan pementasan yang diadaptasi dari filem CINTA itu berharga RM30, RM70, RM100, RM150, RM180, RM200, RM250 dan RM300. Diterbitkan The Creative Partnership, pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.



0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI