Album Kompilasi The Best Of Shamrin And Fotograf

Friday, January 28, 2011

Album kompilasi The Best Of Shamrin And Fotograf Edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, album pengubat rindu arwah Shamrin itu sudah berada di pasaran sejak 19 Januari lalu. Sebanyak 24 lagu dimuatkan dalam album itu dan pastinya ia menggamit memori lalu yang kini tinggal kenangan.

Sebelum kematiannya Allahyarham ada merakamkan satu single baru, Sekali Rindu Datang untuk peminatnya selepas sekian lama Fotograf menyepi diri. Single istimewa itu kini dimuatkan dalam album kompilasi The Best Of Shamrin And Fotograf ini.

Antara lagu dimuatkan dalam album kompilasi istimewa ini, Janji Kekasih, Keliru Dalam Rindu, Kalimah Cinta, Nyata Kasihku, Pelangi, Di Alam Fana Cinta (duet dengan Datuk Sharifah Aini), Ke Pintu Kasihmu, Terlena Dalam Jaga dan Nafas Kekasih.



0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI