Memey-Norman bakal bernikah hujung tahun 2011

Saturday, January 29, 2011

Memey Suhaiza dan Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung 2011 ini.

Memey dan Norman sudah mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia.

“Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.

“Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

“Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.

Memey-Norman

“Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman,” kata Memey Dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.

Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.

“Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.

“Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain,” katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Mereka bertunang pada 13 September 2010 .



0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI