Nama anak Diddy Hirdy ialah Nadra Aryssa Jauza

Tuesday, January 04, 2011

Penyanyi Diddy Hirdy tak mampu meluahkan perasaan berbaur antara gembira dan terharu apabila isterinya Allen Nor Azah Musa selamat menimang cahaya mata pertama, Isnin.

Bayi perempuan seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.30 pagi setelah diberitahu berkedudukan songsang.

“Alhamdulilah semuanya selamat walaupun lahir secara pembedahan kerana berkedudukan songsang.

“Susah untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu. Dan selepas selamat perasaan gembira sedih bercampur baur. Memang ini yang saya nantikan selama ini,” ujarnya yang memberi nama Nadra Aryssa Jauza.

Diddy Hirdy

Diddy juga memberitahu berasa tenang setiap kali melihat wajah anaknya.

Selain itu, dia teruja dan bersedia untuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Ini hadiah tahun baru dan semangat baru saya. Dari segi persiapan mental saya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ayah.

“Banyak perkara tentang bayi yang sedikit sebanyak saya belajar daripada anak-anak saudara saya,” katanya.

Selain itu, pasangan yang bernikah pada 6 Februari tahun lalu itu mengakui rezeki semakin bertambah sejak isterinya mengandung lagi.

“Saya akui banyak tawaran yang saya dapat sejak isteri saya mengandung. Saya percaya Allah akan lebih permudahkan jalan terutamanya rezeki bila kita berumah tangga dan berkeluarga,” katanya.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI