Ayu Raudhah, Zaquan selamat bernikah

Saturday, January 22, 2011

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bernikah di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ayu Raudhah, 27, dan Mohd. Zaquan, 24, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah. Pada majlis itu Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31.

Majlis akad bermula pada pukul 3.30 petang disaksikan oleh ibu bapa Mohd. Zaquan, Azizah Arshad dan Abd. Razak Abdul Radzak Salleh serta ibu Ayu, Zabedah Saat, anggota keluarga dan rakan kedua-dua mempelai.

Kembar Mohd. Zaquan, Aidil Zafuan serta kakak kepada Ayu yang juga pelakon terkenal, Rozita Che Wan turut menyerikan majlis.

Ayu Raudhah & Zaquan Adha Selamat Diijabkabulkan

Mohd. Zaquan melafazkan sekali akad nikah sebelum menandatangani surat nikah dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Ayu kelihatan berseri-seri mengenakan baju kurung moden berwarna kuning air dan bertudung litup sementara Mohd. Zaquan pula tampan mengenakan baju Melayu warna sedondon serta bersamping.

Mohd. Zaquan yang dilihat mengalirkan air mata sebaik akad nikah selesai memberitahu, beliau bersyukur dan gembira majlis tersebut berjalan lancar.

"Perasaan gembira dan bersyukur ini sangat berbeza ketika di gelanggang. Sangat berdebar-debar tetapi alhamdulillah semuanya lancar.

"Saya berharap ia yang pertama dan terakhir buat kami dengan kasih sayang sepanjang hayat," katanya yang dijangka kembali beraksi untuk skuad Negeri Sembilan pada Mac ini.

Mereka belum membuat sebarang perancangan bulan madu kerana Mohd. Zaquan kini terikat dengan jadual latihan bola sepaknya.

Ayu-Zaquan selamat diijabkabul

Gambar Kahwin Ayu-Zaquan

Pasangan tersebut bertunang pada 17 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya setelah setahun bercinta.



0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI