BR1M 2.0 dibayar mulai Februari 2013

Monday, December 31, 2012 0 Komen

Bayaran BR1M 2.0 mulai Februari 2013

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. 

Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sempena tahun baru 2012

Monday, December 31, 2012 0 Komen

Najib Ajak Rakyat Bersama-sama Beliau Corak Masa Depan Depan Lebih Cerah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Isnin mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

"Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

"Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

"Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya.

Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakalmendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya.

-- BERNAMA
 

RapidKuantan tambang percuma sehingga 30 April

Monday, December 31, 2012 0 Komen

RapidKuantan tambang percuma Perkhidmatan bas RapidKuantan yang dikendalikan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan tambang bas percuma perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 30 April 2013. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, atas permintaan rakyat dan sambutan menggalakkan, perkhidmatan percuma itu akan dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 30 April 2013. Perkhidmatan RapidKuantan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 November lepas, telah dijalankan secara percuma selama sebulan sehingga hari ini. Ia menyediakan 32 bas untuk tiga laluan dan sehingga hari ini, seramai 274,000 penumpang telah menggunakannya. Dalam satu kenyataan, Syed Hamid berkata selepas 30 April, kadar tambang yang ditetapkan ialah RM2 bagi jarak perjalanan di bawah 20 kilometer dan tambahan RM2 bagi jarak perjalanan melebihi 20 kilometer. Ini bermakna bagi Laluan 200 (antara Bandar Indera Mahkota 1 dan Teluk Cempedak) dan Laluan 300 (antara Kompleks Mahkamah dan Polisas Semambu), tambangnya ialah RM2 sehala dan bagi Laluan 100 (Gambang dan Terminal Makmur), tambangnya ialah RM4 sehala. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121231/dn_42/Tambang-percuma-RapidKuantan-sehingga-30-April#ixzz2GdeVWiKl © Utusan Melayu (M) Bhd

Komuter beroperasi 24 jam utk sambutan tahun baru 2013

Sunday, December 30, 2012 0 Komen

Komuter beroperasi 24 jam sempena sambutan tahun baru

Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi mulai 6 pagi pada 31 Disember sehingga 6 pagi keesokannya sempena sambutan Tahun Baru 2013.

Pengarah Urusan Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Hider Yusoff berkata, lanjutan masa itu bertujuan memudahkan perjalanan pulang orang ramai yang meraikan sambutan itu.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, KTMB melanjutkan operasi komuter sehingga 2 pagi. Bagaimanapun, kita dapati masih ada penumpang yang memerlukan perkhidmatan komuter untuk pulang selepas waktu itu," katanya kepada pemberita sebelum majlis Persandingan Pengantin di Stesen Komuter Sentul di sini hari ini. - BERNAMA
 

Bedah batin sihir khayalan

Sunday, December 30, 2012 0 Komen

Bedah batin sihir khayalan

Orang ramai diberi amaran supaya tidak tertipu dengan pusat perubatan yang menawarkan khidmat pembedahan batin kerana rawatan tersebut dilakukan secara sihir.

Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam (Gappima) Mohd. Fauzi Mustaffa berkata, mana-mana individu yang mendakwa mampu melakukan pembedahan dengan menggunakan tangan kosong adalah pengamal sihir.

Beliau berkata, kelebihan luar biasa membedah dan mengeluarkan organ dalaman itu tidak terdapat di dalam ajaran Islam sebaliknya dilakukan dengan bantuan jin dan syaitan.

"Bedah batin adalah salah satu cabang sihir yang dipanggil sihir khayalan di mana pandangan manusia ditipu dengan sesuatu yang tidak berlaku.

"Amalan menggunakan jin dan syaitan seperti ini sebenarnya sudah wujud sejak dari zaman Nabi Musa, sekarang ia digunakan untuk menipu melalui sebagai kaedah perubatan," katanya ketika dihubungi S2.

Mohd. Fauzi berkata, walaupun ada yang mendakwa dapat melihat ahli keluarga dibedah di depan mata mereka, sebenarnya pembedahan itu tidak berlaku.

Katanya, bagi pesakit yang mengaku sembuh atau mendapati ketumbuhan yang dibuang ketika 'dibedah' hilang selepas melakukan x-ray, semua itu bersifat sementara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pusat rawatan atau individu yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit dengan cara berkenaan.

PRINZPARK Terengganu

Sunday, December 30, 2012 0 Komen

PRINZPARK Terengganu, kewujudannya bagaikan bersatu dengan alam. Bukan sahaja diselimuti bayu Laut China Selatan yang terhampar di depan mata tetapi lagun yang dipenuhi keindahan semula jadi termasuk pohon-pohon bakau dan ru menambahkan lagi kedamaian.

Pulau Kapas yang sayup-sayup kelihatan di gigi langit menambahkan lagi penyatuan resort terbaharu di Kuala Terengganu itu dengan alam.

Hotel itu bukan sahaja menyajikan keunikan pemandangan tetapi pelbagai tarikan lain bagi memenuhi semua cita rasa tetamu sama ada datang bersendirian, berteman atau berkeluarga serta bagi mengisi percutian atau tuntutan tugasan.

Kedudukannya di dalam kompleks Terengganu Equestrian Resort (TER) menjadikan Prinzpark hampir dengan mercu tanda terkenal lain seperti masjid terapung, Masjid Tengku Intan Zaharah yang menjadi tumpuan ramai untuk singgah bersolat sambil merehatkan lelah dalam perjalanan.

Ia juga terletak tidak jauh dari Kompleks Budaya yang kerap mengatur persembahan secara percuma dan memberikan kesempatan menjengah seni budaya negeri.

Kelebihan itu menjadikan Prinzpark sukar ditandingi. Tidak keterlaluan dikatakan semua tarikan utama pelancongan di Kuala Terengganu bagaikan bersatu di Prinzpark.


Ini sekali gus menjadikan ia lokasi paling ideal bersantai, mencari ketenangan dengan alam sekitar, riadah, memancing, berenang, bersukan, bersiar-siar atau membeli-belah dan beribadah.

Dibangunkan dengan kos RM48 juta oleh syarikat bumiputera, Marina Point Sdn. Bhd, Prinzpark yang bertaraf resort mewah empat bintang akan mula beroperasi secara rasmi pada ambang tahun baru 2013 serentak dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013.

Biarpun sudah memulakan operasi di peringkat prapembukaan dua minggu lalu, sambutan cukup memberangsangkan malah pertanyaan dan tempahan mula banyak diterima termasuk dari luar negara.

Situasi itu membuktikan tengkujuh bukan lagi musim yang menjauhkan pelancong untuk menjengah negeri ini.

Kewujudan Prinzpark, kira-kira 15 minit pemanduan dari pusat bandar raya mengukuhkan nama Kuala Ibai, sebagai satu lagi lokasi pelancongan mesti dilawati ketika Terengganu terus menggerakkan usaha menjadikan pelancongan sebagai tunjang ekonominya.

Pengarah Urusan Prinzpark, Mohd. Fuzai Mohd. Rahim berkata, Prinzpark merupakan satu-satu resort di negara ini yang mempunyai semua keunikan di dalam satu lokasi.

''Menjelang operasi penuhnya kelak, kita merancang untuk menyiapkan jambatan gantung, taman tema air, aktiviti sukan air tidak bermotor, pusat selam dan pusat hiburan keluarga manakala di dalam premis hotel pula dilengkapi spa tradisional Melayu," ujarnya.

Resort setinggi enam tingkat dengan bumbung terbuka ini yang memberi ruang kepada anda untuk bersantai dalam elus angin sambil bebas menatap pandangan langit tanpa sebarang hadangan.

Prinzpark muncul dengan pilihan terbaru, menawarkan 207 bilik luas dan selesa berkonsep moden terdiri daripada 162 bilik deluxe, 30 bilik premier, sembilan suite bulan madu dan enam bilik eksekutif.

''Keselesaan dalam bilik dapat dipastikan dengan perhiasan yang direka khas di samping kelengkapan wi-fi dalam setiap bilik serta bilik khas untuk perokok.

''Untuk menjamu selera, restoran terapung yang dinamakan resortan Santai dengan pandangan 180 darjah sekitar lagun menyajikan masakan tempatan, Continental dan Asia di samping kafe pastri," ujar Fuzai.

Prinzpark juga mempunyai satu dewan yang dinamakan Prinz Hall boleh menampung sehingga 300 orang dan empat bilik persidangan yang boleh menampung 80 orang setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan audio visual.

Kemudahan ini memberikan kesenangan kepada penganjur menjalankan majlis keraian, seminar, mesyuarat, persembahan dan juga upacara perkahwinan melalui pakej menarik yang disediakan oleh Prinzpark bagi memeriahkan detik bersejarah dalam kehidupan itu.

Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi meninggal dunia

Sunday, December 30, 2012 0 Komen

Pelahar India mangsa rogol beramai-ramai di Delhi meninggal dunia

SINGAPURA 29 Dis. - Seorang pelajar India berusia 23 tahun yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke sini untuk rawatan, meninggal dunia hari ini.

Wanita itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis.

"Kami sangat sedih untuk melaporkan bahawa pesakit itu meninggal dunia pada 4.45 pagi hari ini. Ahli keluarga dan para pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India berada di sampingnya. Pasukan doktor, jururawat dan petugas Hospital Mount Elizabeth menyertai anggota keluarganya berkabung atas kematiannya," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Hospital Mount Elizabeth Dr Kelvin Loh dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Rancangan progran TV3 menjelang sambutan tahun baru 2013

Wednesday, December 26, 2012 0 Komen

Rancangan progran TV3 menjelang sambutan tahun baru 2013

TV3 menyajikan program istimewa bermula hari ini sehingga 1 Januari depan. Saksikan filem hebat tempatan dan antarabangsa, antaranya Hantu Kak Limah Balik Rumah, Chori Chori Chupke Chupke, I Am Legend, Kung Fu Hustle, The Karate Kid dan rancangan hiburan popular seperti Vokal 2 - Akhir dan Konsert Jom Heboh Bukit Jalil.

TV3 turut menyajikan telefilem terbaru iaitu Ady Valentino menampilkan Hazama, Eina Azman, Bella Daly, Zachery Francis dan Taiyuddin Bakar. Ia mengisahkan seorang pemuda berusia awal 20-an, Ady seorang 'mat-despatch', tetapi mempunyai impian untuk berkahwin wanita berpangkat tinggi.

Sementara itu, penonton turut berpeluang memenangi hadiah hebat melalui Peraduan Terbaik Akhir Tahun. Caranya, selepas menonton setiap rancangan, hantarkan SMS Terbaik ke 33399 dan jawab tiga soalan mudah. Setiap jawapan yang betul mendapat lima markah. Penonton yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi membawa pulang gajet terkini.

Hantu Kak Limah Balik Rumah akan disiarkan pada jam 10 malam ini lakonan Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja dan Nadia Mustafar.

Vokal 2 - Akhir pula akan disiarkan esok, jam 9 malam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Dua finalis iaitu Mar dan Uchop berentap bagi menentukan suara siapa paling layak membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000. Vokal 2 menampilkan Datuk Hattan dan Ziana Zain sebagai juri tetap serta Faizal Ismail sebagai pengacara.

I Am Legend menemui penonton pada 28 Disember jam 10 malam. Ia mengisahkan pada 2009, satu virus menyerang dan meragut nyawa penduduk di seluruh dunia. Asalnya, ia dicipta Dr Alice Krippin untuk menjadi penawar penyakit kanser sebelum berubah menjadi virus 'pembunuh'.

Leftenan Robert Neville, seorang pakar virologi, mempercayai masih ada lagi manusia yang terselamat daripada virus itu. Namun, dia terperangkap di bandar New York. Setiap langkah dan gerak geri Neville diperhatikan oleh kumpulan mutan (manusia yang mati dijangkiti virus berkenaan) di situ. Neville adalah harapan terakhir mencari imun bagi virus ini, tetapi dia menyedari masa semakin suntuk. Filem ini dijayakan oleh Will Smith, Alice Braga, Charlie Tahan, Salli Richardson-Whitfield, Willow Smith dan Darrell Foster.

Chori Chori Chupke Chupke akan disiarkan 29 Disember jam 2 petang. Filem ini menceritakan Raj dan Priya Malhotra sudahpun berkahwin selama beberapa tahun dan hidup dalam keluarga yang kaya serta harmoni. Malangnya, mereka mempunyai satu masalah di mana Priya tidak boleh hamil.

Apabila usaha mengambil anak angkat gagal, Raj dan Priya menawarkan seorang pelacur iaitu Madhubala supaya menjadi 'ibu tumpang' bagi pasangan ini. Madhu bersetuju kerana pada waktu yang sama, dia sangat memerlukan wang. Namun, keadaan menjadi rumit apabila Madhu jatuh cinta terhadap Raj. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Filem menarik ini membariskan lakonan berkesan Preity Zinta, Salman Khan, Rani Mukerji, Amrish Puri dan Dalip Tahil.

Ady Valentino disiarkan pada 29 Disember jam 10 malam, Konsert Jom Heboh Bukit Jalil pada 30 Disember jam 9 malam, diikuti oleh filem Kung Fu Hustle pada 31 Disember jam 10 malam dan The Karate Kid pada 1 Januari 2013, jam 10 malam.

Gamad Bermadu rawat resdung

Wednesday, December 26, 2012 0 Komen

Gamad Bermadu
Penghidap penyakit resdung boleh mencuba produk Gamad Bermadu yang dijual sempena penganjuran Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2012) di sini.

Jurujual, Azmee Maslan, 22, berkata, khasiat produk itu dihasilkan khusus untuk merawat penyakit resdung yang diperbuat campuran madu bersama gamat dan akar kayu.

"Pengambilannya cukup mudah iaitu boleh dibancuh bersama apa saja jenis air sama ada minuman panas atau sejuk. Malah, ia boleh disapu pada roti dan dimakan untuk kesihatan badan," katanya.

Menurutnya, produk keluaran syarikat Bumiputera, A Bidadari Enterprise ini turut boleh digunakan untuk merawat 28 penyakit lain seperti ulser, apendiks, gastrik, buasir, sembelit, batuk kering, migrain, jantung berlubang dan paru-paru berair.

"Bagi mereka yang menghidap resdung, produk ini memang sesuai diminum atau dimakan. Rasanya manis seperti madu dan tidak pahit seperti ubat," katanya.

 
 RM 15.00 ( 350 ml ) 

 Di hasilkan dari gel gamad dan madu yang terpilih lagi bermutu tinggi. Mampu melegakan keletihan, panas badan dan dahaga selepas bersukan atau melakukan kerja berat. Baik untuk mereka yang mengidap Ulser, Appendik, Gastrik dan Buasir. Ia boleh dijadikan penawar bisa apa terkena ampai-ampai laut.

Cara Guna:
Satu sudu besar gamad bermadu dibancuh debngan secawan air suam atau ais batu. Untuk berpanyakit, amalkanminum dengan air suam lebih sekali dalam sehari. Untuk memasak atau memanggang, guna mengikut citarasa dan sapukan pada roti atau sebarang kuih-muih. Untuk yang batuk, ambil terus dengan sudu.

12 sorotan teknologi anda tertinggal

Wednesday, December 19, 2012 0 Komen

12 sorotan teknologi anda tertinggal

Tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi dengan meninggalkan kita 1,001 memori berkaitan teknologi yang berlaku di seluruh dunia.

Tidak dinafikan, perkembangan pantas teknologi dari hari ke hari mengakibatkan 2012 berlalu pantas tanpa disedari meskipun mungkin ada sesetengah kita merasai Januari tahun ini seakan baru saja berlalu.

Disebabkan 2012 berlalu pantas, mungkin ada di kalangan pembaca yang ketinggalan mengikuti sorotan teknologi sepanjang tahun. Oleh itu, kami di it@Metro sediakan 12 sorotan teknologi untuk anda.

WINDOWS 8

MICROSOFT sudah lama tidak mengemaskini sistem operasinya selepas pelancaran Windows 7 iaitu kira-kira tiga tahun lalu.

Malah, disebabkan persaingan yang sengit, syarikat itu akhirnya melancarkan sistem operasi Windows 8 yang mesra dua peranti iaitu komputer peribadi (PC) dan tablet sekali gus menggembirakan kebanyakan pengguna walaupun ia hanya sampai di Malaysia pada Oktober lalu.

Tablet Android seakan 'memerintah' pada 2011 tapi tahun ini ia mungkin lonjakan Windows 8 dan Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2012 Januari lalu menjadi platform untuk memaklumkan kepada pengguna kesediaannya dipadankan bersama pasaran tablet.

TELEFON QUAD CORE

PENGGUNA perlu bersedia mengenai teknologi baru telefon dengan kuasa Quad Core yang bermakna, kelajuan telefon akan bertambah untuk memproses kerja dilakukan.

Buat pertama kali, telefon berkuasa Quad Core akan ditampilkan dengan pemampatan pemprosesan seperti nVIDIA Tegra 3 dan Qualcomm Snapdragon S4.

Pasaran pertama telefon pintar berasaskan Quad Core akan mula melihat model dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2012 dan ramai pemerhati teknologi menjangka ia masa depan mudah alih di dunia.

SYARIKAT MALAYSIA TEMBUSI LEMBAH SILIKON

SYARIKAT teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) berjaya menyusup ke Lembah Silikon di San Francisco, Amerika Syarikat dalam usahanya mengembangkan operasi syarikat ke negara berkenaan.

Ia sekali gus menjadikan Terato sebaris dengan syarikat antarabangsa yang bertapak di hab ICT dunia itu seperti facebook, Intel, Google, twitter, Yahoo!, eBay dan banyak lagi.

Pengarah Urusannya, Reza Razali (gambar) patut berbangga dapat membawa masuk nama Malaysia di persada antarabangsa terutama berkaitan industri pembangunan aplikasi.

Antara tujuan utama Terato bertapak di sana adalah disebabkan pembangunan dan pelancaran beberapa produk yang lebih fokus kepada pengguna di Amerika Syarikat selain langkah penting untuk mengglobalkan syarikat terbabit

Reza yang baru berusia 28 tahun menumpukan operasi pemasaran di pejabat baru dalam usaha menaikkan jenama produk dan syarikat.

KEBANGKITAN DIABLO

SUDAH lama game terkemuka, Diablo menemui pengguna dengan versi barunya tetapi tidak diketahui punca pengeluarnya tiba-tiba memilih 2012 yang mengejutkan pemain tegar game itu.

Penerbit game terkemuka, Blizzard Entertainment melancarkan versi ketiga Diablo iaitu permainan aksi moden antara terbaik yang menjanjikan kehebatan dengan banyak ciri tambahan.

Diablo III bakal menyambung kisah asal permainan ini, membawa kita dari kawasan fantasi jauh ke ruang pertempuran maya yang dijangka mengambil masa berjam-jam pada tahap kesukaran paling tinggi untuk dihabiskan.

Antara tambahan menarik ialah set kemahiran perang menggunakan api dan ais, fungsi Auction House baru serta pertempuran Sanctuary Dark World dalam usaha membantu menyelamatkan kemusnahan besar terhadap kumpulan musuh melalui serangan yang meningkatkan kuasa senjata asas.

E-DAGANG

BILANGAN usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memiliki laman web sendiri masih rendah meskipun anggaran nilai dagangan menerusi e-dagang global dijangka mencecah RM3 trilion tahun ini.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, ketika ini kira-kira 700,000 syarikat PKS berdaftar di negara ini, tetapi jumlah yang mempunyai laman web sendiri amat mengecewakan iaitu hanya kira-kira 100,000 syarikat PKS.

Menurutnya, industri e-dagang tempatan menawarkan potensi besar kepada syarikat PKS susulan jumlah pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang kerana mengikut rekod, Malaysia mencatatkan 17.5 juta pengguna Internet.

Beliau berkata, angka terbabit sepatutnya dimanfaatkan PKS termasuk perniagaan mikro dengan membangunkan laman web perniagaan masing-masing.

Menurutnya, jumlah pengguna Internet di Malaysia akan terus meningkat, disokong inovasi dalam teknologi atas talian yang akan mengubah landskap hubungan pembeli dan penjual malah Matrade turut menyasarkan peningkatan 15 peratus syarikat PKS berdaftar online menjelang akhir tahun ini.

Pertumbuhan laman PKS turut didorong aktiviti yang disokong industri seperti program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diterajui Google Malaysia dan Matrade. GMBO mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MyDomain Registry menawarkan program itu kepada 800,000 usahawan PKS seluruh negara.

KEBANGKITAN SYARIKAT CHINA, ZTE DAN HUAWEI

RAMAI yang menjangkakan teknologi di sebelah Barat bakal menghangatkan suasana tetapi dalam diam, dua syarikat China iaitu ZTE dan Huawei berjaya menembusi pasaran sehingga ada di kalangan mereka menjadi pelopor beberapa teknologi di dunia.

Malah, menurut sumber beberapa penyelidik, ZTE kini diiktiraf pembuat telefon bimbit keempat terbesar di dunia yang mempunyai pasaran meluas di China dan Amerika Syarikat.

Menurut tiga penyelidik pasaran iaitu IDC, ABI Research dan Strategy Analytics, ZTE adalah pembuat telefon bimbit keempat terbesar tapi laporan firma Gartner menunjukkan ZTE berada di kedudukan kelima di belakang Nokia, Samsung, LG dan Apple.

Huawei pula mengejutkan dunia dengan memperkenalkan tablet saiz 10 inci berkuasakan quad core pertama di dunia pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2012 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Tablet dinamakan MediaPad 10 FHD terbabit lengkap dengan ciri hiburan yang tiada tandingannya termasuk audio visual serta pemprosesan Huawei 1.5GHz quad core, sistem operasi Google Android 4.0 dan skrin paparan definisi tinggi 10 inci.

Selain mampu memainkan permainan jenis tiga dimensi (3D), tablet terbabit turut membolehkan akses tanpa wayar berkelajuan tinggi sehingga 84Mbps (HSPA + 21/42/84Mbps) serta menyokong piawaian rangkaian LTE.

KERETA BERINTERNET

PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama negara muncul syarikat kenderaan pertama di Malaysia yang melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.

Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).

Pengarah Urusan Kumpulan Proton ketika itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sedia memberi nilai tambah dalam kenderaan keluaran mereka pada masa depan bagi memenuhi permintaan pengguna kerana industri automotif bukan lagi tertumpu pada rekaan semata-mata, tetapi mahukan nilai tambah.

Proton bekerjasama dengan YTL Communications selama setahun bagi membangunkan teknologi dalam kenderaan yang mengandungi modem jenis Huddle dan tiga slot bagi peranti mudah alih, iPad.

Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

FACEBOOK BELI INSTAGRAM

FACEBOOK memeterai perjanjian untuk memperoleh syarikat yang mengeluarkan aplikasi terkenal, Instagram bernilai kira-kira RM3 bilion.

Walau bagaimanapun, Facebook menjamin, Instagram akan kekal sebagai aplikasi berasingan dari Facebook tetapi hubungan perkhidmatan itu akan dipertingkatkan antara satu sama lain.

Dengan 27 juta pengguna yang berdaftar pada platform iOS saja, Instagram semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian sosial dalam cara sendiri, bukan hanya aplikasi perkongsian foto tapi ia mampu melakukan lebih banyak aktiviti dengan pelbagai perkongsian harian.

Dalam kenyataannya di Timeline Facebook, Mark Zuckerberg berkata, beliau teruja untuk berkongsi berita gembira terbabit dan mengesahkan Facebook bersetuju untuk memperoleh Instagram dan pasukan kerja yang berbakat mereka akan menyertai Facebook.

SURFACE SAINGI IPAD

SYARIKAT perisian terkemuka, Microsoft mendedahkan tablet pertama mereka iaitu Surface dalam usaha menyaingi iPad yang popular di pasaran.

Ketua Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, tablet yang direka dengan penyelidikan terperinci dan lengkap itu disifatkan sebagai pencabar Apple paling dekat.

Menurutnya, Surface dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci bermakna tablet terbabit bakal berfungsi untuk tujuan kerja dan bermain-main.

"Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain," katanya.

Produk Surface dibangunkan berdasarkan dua jenis tablet iaitu Windows 8 RT beroperasi pada pemprosesan ARM NVidia dan Windows 8 Pro dengan kekuatan Intel Ivy Bridge (cip i5).

Windows 8 RT seberat 676 gram, setebal 9.3 milimeter (mm) berbeza dengan iPad seberat 652 gram dan tebal 9.4mm.

Ia menggunakan paparan ClearType HD 10.6 inci di samping kelengkapan port USB 2.0, MicroHD, dan microSD untuk pilihan penyambungan.

Manakala antena 2×2 MIMO memberikan keupayaan WiFi yang kuat berbanding tablet lain.

Menurut Ketua Windowsnya pula, Steve Sinofsky, Surface Windows 8 Pro mempunyai berat 903 gram dan setebal 13.5mm.

"Ia juga memiliki paparan ClearType 10.6 inci tetapi spesifikasinya adalah HD Penuh di samping ciri lain ditonjolkan termasuk USB 3.0 bersama-sama slot microSD dan mini DisplayPort Video, jadi pengguna boleh menghantar video ke skrin penuh atau paparan serasi yang lain," katanya.

Paparannya menggunakan Gorilla Corning Glass dengan kelengkapan kamera bersudut 22 darjah yang dikatakan Sinofsky sebagai kemudahan individu di meja dimuatkan dalam skrin tablet ketika sidang video dilaksanakan.

ASTRO ON THE GO, CARA BARU MENONTON TV

ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) merealisasikan hiburan mudah alih dengan membolehkan pengguna menonton salurannya di telefon atau tablet sempena Piala UEFA 2012 yang berlangsung Jun lalu.

Astro On The Go boleh diakses menggunakan laptop menerusi laman web www.astro.com.my atau iPad yang perlu dipasang dengan aplikasi terlebih dulu dan perlu dipindah turun dari Apps Store Apple.

Sebanyak 11 saluran ditawarkan secara percuma hingga 31 Ogos ini manakala perkhidmatan sama turut menawarkan video atas permintaan (VOD) serta TV Ulangan (Catch Up TV).

Perkhidmatan diperkenalkan secara berfasa dengan fasa pertama bermula Jun manakala fasa kedua bermula pada 1 September membabitkan pelanggan B.yond IPTV serta pengenalan platform Android.

Kini, fasa ketiga pula disasarkan kepada semua pelanggan Astro sedia ada dan baru.

APLIKASI DRAW SOMETHING CETUS FENOMENA

APLIKASI lukis dan teka, Draw Something mencetuskan fenomena baru dalam dunia aplikasi sehingga mencatatkan dua juta pindah turun hanya dalam masa beberapa jam.

Disebabkan kepopularan mereka, pembuat aplikasi game yang popular dengan Words With Friends dan Farmville, Zynga membeli satu lagi syarikat yang mengeluarkan aplikasi hangat sekarang, Draw Something daripada syarikat OMGPOP.

Perjanjian itu tidak mendedahkan nilai perjanjian terbabit.

Namun ada laporan mengatakan Zynga membayar sehingga RM540 juta untuk OMGPOP ditambah RM120 juta lagi untuk mengekalkan lebih 40 pekerja OMGPOP.

"OMGPOP ini mencipta satu permainan yang menyeronokkan, ekspresif dan berinteraksi pada dunia sosial sebenar," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zynga, Mark Pincus.

Zynga adalah studio yang membangunkan game hits seperti Farmville dan Cityville yang menarik 60 juta pengguna setiap hari dan lebih 230 juta pengguna sebulan di seluruh dunia.

PERANG PATEN APPLE-SAMSUNG

PERANG paten antara dua gergasi elektronik popular, Apple dan Samsung berakhir dengan keputusan yang memihak syarikat dari Cupertino, Amerika Syarikat itu apabila menerima ganti rugi lebih RM3 bilion selepas menang dalam kes pelanggaran hak cipta menentang Samsung.

Sembilan juri memutuskan kebanyakan ciri telefon pintar dan peranti mudah alih seperti tablet Samsung melanggar hak cipta rekaan Apple seperti inovasi paparan yang membolehkan pengguna memfokus dekat dan jauh apabila menyentuh skrin.

Selain itu, juri juga memutuskan pelanggaran paten oleh Samsung yang dikatakan sengaja dilakukan dan mereka memaklumkan saman balas yang dikemukakan syarikat Korea sebanyak RM1 bilion itu disifatkan tanpa merit.

Kes terbabit bermula apabila Apple mendakwa Samsung menciplak telefon mereka dengan pengeluaran Galaxy.

Ia menyaksikan Apple dengan nama rasmi syarikat, Apple Corp memfailkan saman pada April 2011 dan membabitkan peguam hak cipta paling mahal untuk menuntut RM8 bilion daripada pesaingnya yang biasa dengan sistem operasi Android.

Apple mendakwa Samsung mengakibatkan syarikat Cupertino kerugian jualan apabila pasarannya terpecah kepada dua dengan inovasi Apple.

Tindakan itu juga mendorong Samsung di bawah Samsung Electronics Co bertindak balas dengan mengemukakan saman balas.

Namun, pertembungan paten itu dijangka tidak akan berakhir dalam hanya selepas Samsung membayar jumlah yang ditetapkan apabila kes terbabit hanya disebut di satu mahkamah di Amerika Syarikat.

Oleh Afiq Hanif

Mini Karnival Usahawan Muslim,22 dan 23 Disember 2012

Wednesday, December 19, 2012 0 Komen

Jom ke Karnival Usahawan Muslim
Jawatankuasa Surau Luqman Al-Hakim, Kementerian Pertahanan, akan menganjurkan Mini Karnival Usahawan Muslim, pada 22 dan 23 Disember 2012.

Karnival dua hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam akan diadakan di pekarangan surau, Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa, Kementerian Pertahanan, Kem Kementah, di sini.

Selain memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan, penganjurannya diharap dapat mengeratkan hubungan antara warga kementerian itu dan masyarakat awam.

Ia juga untuk mengumpul dana kewangan surau berkenaan bagi penganjuran pelbagai aktiviti berkaitan keagamaan.

Pelbagai acara menarik akan diadakan, termasuk pameran daripada agensi awam dan swasta seperti Baitulmal, Pusat Pungutan Zakat serta Tabung Haji, jualan amal, forum mini oleh penceramah terkemuka serta persembahan personaliti.

Pelbagai pertandingan turut diadakan, termasuk pertandingan bilal muda, pertandingan hafazan, pertandingan bercerita kisah Nabi bagi kanakkanak dan remaja berusia antara tujuh tahun dan 15 tahun.

Sebarang pertanyaan, hubungi Lt Kol Noor Khairuddin Abdul Manaf (0123991812) atau Lt Kol Salawati Yahaya (0192355873).

Mini Karnival Usahawan Muslim

* Tarikh: 22 dan 23 Disember

* Waktu: 10 pagi hingga 10 malam

* Tempat: Surau Luqman Al-Hakim, Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa, Kementerian Pertahanan, Kem Kementah


Jom kita meriahkan Mini Karnival Usahawan Muslim

Tipu guna nasi lemak,ragut warga emas

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Zaman sekarang ni macam-macam idea orang untuk menipu dan memperdaya orang, tambah2 insan yang lemah macam warga tua.

Kini nak tipu warga emas pakai modal nasi lemak pulak...

Muslihat nasi lemak

Individu tertentu dikesan menggunakan ‘modal’ nasi lemak kononnya disedekah bapanya bagi mendekati mangsa terutama warga emas, sebelum meragut barang kemas mangsa yang sudah dijadikan sasaran.

Taktik terbaru itu dikesan di Taman Sri Skudai, di sini, Jumaat lalu, apabila seorang warga emas dihampiri lelaki tidak dikenali yang menyamar penduduk perumahan sama.

Mangsa yang mahu dikenali Halimah, 60, mendakwa, ketika kejadian jam 10 pagi itu, dia berada di luar rumah di Taman Sri Skudai, di sini, selepas berbual dengan seorang jiran.

Katanya, tiba-tiba Proton Waja putih menghampirinya dan pemandu berkenaan menurunkan tingkap sambil memberikan salam.

“Lelaki lingkungan 20-an itu memperkenalkan diri sebagai anak Man dan memberitahu bapanya ingin sedekahkan nasi lemak kepada saya.

“Saya terkejut kerana tidak mengenali Man yang dimaksudkan, namun lelaki berkenaan meyakinkan bapanya penduduk perumahan itu dan mahu bersedekah.

“Melihat kejujurannya itu, saya mengambil empat bungkus nasi lemak yang diberikannya selain melihat ada banyak nasi lemak diletak di tempat duduk penumpang depan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sebelum beredar lelaki berkenaan menghulurkan tangan kononnya untuk bersalam dan tunduk sedikit.

“Sebaik tunduk, lelaki terbabit terus merentap rantai emas saya menyebabkannya terputus.

“Walaupun saya cuba berpaut pada pintu keretanya, namun lelaki itu terus memecut laju keretanya,” katanya. Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini dan berharap pihak berkuasa menahan lelaki terbabit secepat mungkin.

Katanya, dia kemudian ke alamat yang tertera di bungkusan nasi lemak berkenaan, namun pemilik syarikat berkenaan di Skudai mendakwa tidak mengetahui mengenai kejadian itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya kerugian RM1,000,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, pihaknya menjalankan siasatan bagi memberkas suspek.

Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan individu tidak dikenali.

Selain itu, katanya, mana-mana penduduk yang melihat individu mencurigakan di kawasan perumahan mereka perlu memaklumkan kepada polis. ~ metro

6 IPTS saja dibenar tawar program pengajian jarak jauh

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Hanya enam institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dibenar menawarkan program pengajian jarak jauh sehingga 31 Okt lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu, hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata IPTS itu ialah Al-Madinah International University, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Terbuka Malaysia, Asia e University dan Internatonal Centre for Education in Islamic Finance.

Katanya kurikulum kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh IPT hendaklah dibentuk supaya mencapai hasil yang dinyatakan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Bagi memastikan pengawalan kualiti IPTS termasuk dalam aspek kurikulum dan pengajian jarak jauh, kementerian sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke atas IPTS dari semasa ke semasa," katanya menjawab soalan Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Dr Johari ingin tahu pemantauan kementerian terhadap program pengajian jarak jauh yang ditawarkan IPT.

Saifuddin berkata satu jawatankuasa pendidikan tinggi telah diwujudkan bagi melulus dan memantau program pengajian yang ditawarkan di IPT awam termasuk program pengajian jarak jauh.

Katanya, MQA juga telah membangunkan Kod Amalan Open and Distance Learning untuk membantu IPT memastikan kualiti program pengajian jarak jauh setanding dengan program yang dilaksanakan secara konvensional.

Sementara itu, Saifuddin juga berkata tahun lepas, dua IPTS dibatalkan kelulusan penubuhannya dan dua lagi dibatalkan pendaftaran di bawah Akta IPTS 1996.

"Pada 2012 pula hanya sebuah IPTS dibatalkan kelulusan penubuhan," katanya. - Bernama

Mualaf tak wajib tukar kad pengenalan

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Mualaf tak wajib tukar kad pengenalan
Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan mualaf untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baru, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau bagaimanapun berkata individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya.

"Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara," katanya menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Syed Ibrahim ingin tahu tindakan kerajaan untuk menggalakkan penukaran kad pengenalan golongan mualaf supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Mashitah berkata terdapat segelintir mualaf yang mahu berbuat demikian tetapi terhalang oleh beberapa sebab tertentu seperti soal keselamatan atau tidak mahu diketahui keluarga.

Beliau bagaimanapun meminta golongan itu memaklumkan status agama mereka kepada saudara terdekat agar tidak berlaku pertikaian seperti perkahwinan atau perebutan jenazah apabila mereka meninggal dunia. - Bernama

Lelaki terselamat dari jatuh gaung,berpaut pada tali

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Selepas lima jam tergantung pada tali, seorang lelaki yang terjatuh ke dalam gaung terselamat daripada maut apabila diselamatkan seorang pendaki profesional ketika mangsa mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati, di sini, bersama lima rakannya, pagi semalam.

Kira-kira jam 9 pagi, iaitu dua jam selepas mereka mula mendaki, Chun Wing Sing, 28, terjatuh ke dalam gaung dan tersangkut pada tumbuhan, tetapi tidak boleh mendaki semula.

Rakannya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak membawa peralatan mendaki secukupnya, namun mangsa bernasib baik kerana seorang pendaki profesional kebetulan melalui laluan itu dan mencampakkan tali ke bawah untuk dipaut Chun bagi mengelaknya terus jatuh ke dalam gaung.

Sumber berkata, mangsa berpaut pada tali berkenaan selama hampir lima jam sebelum sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba dengan peralatan mendaki, menyelamatkannya.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari bukit berkenaan kira-kira jam 3 petang," katanya.

Difahamkan, Chun yang cedera di muka, badan dan terseliuh kaki kanan, dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.43 pagi dan tiba di lokasi 40 minit kemudian.

Menurutnya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dihantar ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima pegawai dan anggota bomba bagi membantu menyelamatkan mangsa.

Ibu Pembantu Menteri Kewangan Sabah Meninggal Dunia

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Ibu Pembantu Menteri Kewangan Sabah Meninggal Dunia

Ibu kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datin Kee Hafsah Kee Sulaiman, 82, meninggal dunia di Hospital Tawau awal hari ini.

Tawfiq ketika dihubungi Bernama di sini, berkata Allahyarham ibunya meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara, katanya.

Menurut Tawfiq, Allahyarham ibunya dimasukkan ke hospital itu sejak beberapa hari lepas.

-- BERNAMA

SKM Kelantan Sasar Buka 10 COOP1Malaysia Pada 2013

Monday, December 17, 2012 0 Komen

COOP1Malaysia

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan menyasarkan pembukaan kira-kira 10 kedai COOP1Malaysia di negeri ini tahun depan.

Pengarahnya, Wan Muhamad Sabri Wan Harun berkata sejak COOP1Malaysia diperkenal pada 2011, 21 koperasi di Kelantan menceburi bidang peruncitan melalui pembukaan kedai runcit.

"Kita akan beri bantuan berjumlah RM30,000 hingga RM60,000 kepada koperasi yang berminat untuk membuka kedai runcit itu selain pinjaman tambahan bernilai RM50,000 sebagai modal pusingan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

COOP1Malaysia dicetuskan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan isu menangani kos sara hidup.

Produk COOP1Malaysia ialah barangan kegunaan harian yang kebanyakannya keluaran koperasi serta usahawan kecil dan sederhana tempatan, yang dikumpul serta dibungkus semula sebelum diedar oleh Felda Trading Sdn Bhd (FTSB), syarikat subsidiari milik penuh Koperasi Permodalan Felda Berhad.

-- BERNAMA

Biodata Ringkas Rasulullah

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Biodata Ringkas Tokoh Agung Dunia dan Akhirat, Muhammad Rasulillah Sallallahu alaihi waalihi wasahbihi wasallam
- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)

- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

- Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. - Hamba perempuan bapa Rasulullah SAWAS)

- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab LA)

- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah.)


Lelaki mati dikelar sepupu sendiri

Monday, December 17, 2012 0 Komen

Minta air sebelum di sembelih sepupu

Sekarang makin ramai orang yg alami gangguan jiwa atau sakit mental. Mungkin sebab tekanan hidup yg hebat menyebabkan gejala agresif menjadi-jadi oleh individu jiwa kacau.


Dipetik dari Metro:

"Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku," kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.

Bagaimanapun, ibarat bom jangka, sepupu Mantang itu tiba-tiba bertindak agresif menyerangnya sebelum mengelar leher mangsa menggunakan pisau buatan sendiri.

Menurut Senab, dia terjaga dari tidur selepas terdengar suaminya menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat Mantang berlumuran darah terbaring mengerang kesakitan.

Katanya, ketika itu dia melihat suspek memegang pisau dan cuba merampasnya namun gagal, malah menyebabkannya hampir menerima nasib sama apabila diserang suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.

"Ketika itu, saya melihat suami yang berlumuran darah mengerang kesakitan serta memegang lehernya yang cedera sebelum rebah ke lantai.

"Usaha saya untuk menghalang pendarahan pada leher suami dengan sehelai tuala gagal sebelum dia tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, suspek yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran bertandang ke rumahnya petang kelmarin dan menyatakan hasrat untuk bermalam di situ.

"Ketika itu, saya benar-benar bimbang dan menyuarakan perkara itu kepada suami selepas melihat perangai pelik sepupunya yang sering bercakap seorang diri namun tidak dihiraukan suami.

"Malah, saya dan suami serta anak perempuan berusia tiga tahun tidur di luar kerana bilik tidur kami dikunci lelaki itu dari dalam beberapa jam sebelum kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika mengesahkan kejadian itu berkata, gerakan mencari suspek dilakukan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Oleh Abd Rahman Adam ~ Metro

Lelaki menyamar anak Datuk Dr Haron Din dicekup polis

Sunday, December 16, 2012 0 Komen


Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.


Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.

Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan 'batu petir'.

Tina yang juga pengusaha produk kecantikan terkenal berkata, suspek memberitahunya 'batu petir' itu boleh digunakan untuk memagar rumah mangsa bagi mengelak terkena ilmu sihir.

"Untuk memiliki batu petir itu, dia meminta bayaran RM4,400 dengan alasan RM4,000 akan disedekahkan kepada anak yatim manakala baki RM400 lagi untuk diberi kepada Haron Din sebagai upah," katanya kepada Harian Metro.

Curiga dengan arahan pembayaran itu, Tina mengajak tiga individu yang juga pernah berurusan dan menjadi mangsa suspek supaya datang ke rumahnya, selain membuat aduan kepada polis untuk menahan suspek.

Tina berkata, dia dan keluarganya baru mengenali suspek dalam tempoh sebulan lalu selepas diperkenalkan rakan anaknya yang memaklumkan suspek mahir ilmu perubatan Islam.

"Dia (suspek) memberitahu keluarga saya sudah disihir pihak yang iri hati dan akibat sihir itu anak lelaki yang berusia 18 tahun akan meninggal dunia apabila usianya mencecah 25 tahun.

"Walaupun curiga dengan dakwaan itu, tapi saya tetap mahu menghindarkan sihir yang kononnya ditujukan kepada kami. Lagipun, kami terpengaruh dengan tutur katanya yang lembut selain bijak berhujah mengenai agama.

"Apabila dia mendakwa sebagai anak kepada Haron Din, kami terus percaya, tambahan pula selepas dia memaklumkan Haron Din yang dipanggilnya abah akan merawat kami sekeluarga," katanya.

Bagaimanapun, kata Tina, dia mula curiga apabila suspek mengenakan syarat iaitu dia perlu membeli 'batu petir' terlebih dulu agar sihir yang ditujukan kepada keluarganya dapat dimatikan.

Tina berkata, dia semakin curiga apabila beberapa fakta yang dikemukakan lelaki itu mengenai Haron Din tidak tepat, menyebabkan dia menghubungi Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') untuk mendapatkan pengesahan.

"Saya terkejut apabila diberitahu ada dua lagi individu yang turut ditipu suspek menggunakan taktik sama iaitu mendakwa terkena sihir sebelum menjual batu azimat untuk membolehkan rawatan dilakukan.

"Saya menghubungi individu terbabit sebelum kami berpakat untuk membuat laporan polis," katanya.

Menurut Tina, dia dimaklumkan kesnya kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan kerana suspek sebelum ini pernah disiasat kerana disyaki melakukan penipuan di daerah Klang.

Berdasarkan maklumat mangsa lain, Tina berkata, harga batu azimat yang dijual suspek berbeza mengikut tahap kekayaan mangsanya, semakin kaya mangsa semakin mahal harga yang dikenakan.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 18, berkata, hubungannya dengan suspek sudah seperti kawan rapat dan dia langsung tidak menduga lelaki berperwatakan alim sebenarnya penipu.

"Saya mengenalinya melalui seorang rakan sejak tiga bulan lalu dan tidak pernah curiga terhadapnya kerana dia kerap bercerita mengenai agama, selain mengajak saya berbuat baik.

"Tapi memang dia ada meminta keluarga saya membeli batu cincin dan loket berharga RM2,000 untuk dijadikan pendinding kerana keluarga saya sudah terkena sihir," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

"Suspek direman sehingga perbicaraannya bersabit kes penipuan di Mahkamah Majistret Klang selesai," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara dan sebatan serta boleh didenda.

Oleh Riadz Radzi; Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque (Metro)

Harga tiket istimewa Grand Prix Malaysia Petronas 2013

Friday, December 14, 2012 0 Komen

PEMINAT yang membeli tiket awal untuk menyaksikan Grand Prix Malaysia Petronas 2013 di Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC), pada Mac akan diberikan potongan harga istimewa hingga 50 peratus atau serendah RM33.

Mereka bagaimanapun perlu membeli tiket segera kerana tawaran hangat itu akan berakhir pada hujung tahun ini.

"Berikutan tinggal beberapa hari lagi sebelum 2012 berakhir, saya ingin mengingatkan peminat supaya mendapatkan tiket mereka sekarang untuk diskaun istimewa 50 peratus. Tawaran berakhir pada 31 Disember sebelum tiket kembali dijual dengan harga normal pada Tahun Baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

"Dengan diskaun itu, tiket yang kami jual kini serendah RM33. Harga itu paling murah berbanding dengan venue F1 lain. Ia selari dengan objektif kami untuk menjadikan tiket Grand Prix Formula 1 Malaysia Petronas 2013 sebagai mampu dibeli."

Harga tiket RM33 itu akan membenarkan peminat memiliki akses tiga hari penuh bagi tempat duduk berumput tanpa bumbung, Hillstands di K2, yang menghadap tiga selekoh pertama atau C1, berdepan dengan Selekoh 8 dan 9 atau C3 sekali gus memberikan pandangan jelas terhadap Selekoh 11, 12, 13 dan 14.

SIC selaku promoter dan penganjur acara akan mengendalikan Pusingan 2 Kejohanan Dunia Formula 1 FIA dari 22 hingga 24 Mac. Musim baru dibuka dengan Grand Prix Australia di Albert Park, Melbourne pada minggu sebelum itu.

Menurut Razlan, tawaran diskaun 50 peratus itu ditawarkan untuk semua tiket kecuali bagi tiga zon, iaitu Diamond, Sapphire dan Emerald.

Berikutan potongan harga itu, tempat duduk di F Grandstand yang memberikan pandangan jelas terhadap Selekoh 6, 7 dan 8 kini dijual dengan harga RM223 manakala tempat duduk di K1 Grandstand yang terletak di atas selekoh pertama, ditawarkan pada harga RM333 berbanding biasa, RM663.

Tempat duduk Main Grandstand di North Lower Tier yang berdepan garaj pit pasukan F1 turut dijual pada harga rendah dengan tempat duduk di Crystal ditawarkan pada harga RM608, Turquoise (RM498), Jade (RM443) dan Garnet (RM388).

Dua jenis tempat duduk di bahagian Selatan yang memberikan gambaran jelas terhadap aksi getir di Selekoh 9, 10, 11, 12, 13, 14 serta laluan terus, dijual pada harga RM388 untuk Topaz yang terletak di bahagian atas dan RM278 bagi Citrine, di bawah.

Bahaya cinta kampus (budaya couple IPT)

Thursday, December 13, 2012 0 Komen

Penuntut baru di institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya 'berpasangan' di kampus kerana jika tersilap langkah, mereka bakal berdepan pelbagai gejala negatif.

Penceramah bebas, Nasaruddin Samsudeng berkata, cinta kampus sangat popular dalam kalangan penuntut yang mana mereka sering kali berkepit dengan pasangan masing-masing sekali gus membawa kepada masalah sosial.

Menurutnya, budaya ini terjadi kerana kebanyakan anak muda mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan rakan serta perasaan ingin mencuba.

“Cinta kampus seperti satu perkara biasa pada masa sekarang sehingga ada yang mengabaikan pelajaran disebabkan terlalu asyik bercinta.

“Mereka lupa tujuan sebenar berada di kampus sehinggakan keputusan terjejas kerana tidak tumpu pada pengajian dan kerap ponteng kuliah,” katanya pada program Bicara Cinta Kampus anjuran Kolej Antarabangsa Ikip, di sini.

Nasaruddin berkata, cinta kampus akan memberi kesan buruk sekiranya golongan terbabit gagal mengawal diri masing-masing.

“Justeru, saya berharap agar remaja tidak terburu-buru untuk  bercinta, sebaliknya fokus kepada pengajian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Ikip, Wan Kalsom Wan Abdul Munim berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada penuntut baru supaya tidak lalai dengan budaya baru di kampus.

Katanya, cinta kampus bukan perkara baru malah timbul pelbagai masalah menyebabkan ada dalam kalangan penuntut yang gagal mengawal perasaan apabila berdepan dengan masalah cinta.

“Justeru, kita mengadakan program ini untuk memberi kesedaran kepada penuntut mengenai bahaya cinta kampus.

“Kita mahu mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran sebelum terjebak dalam soal cinta,” katanya.

Bagi penuntut tahun satu Ikip, Nur Eliyana Mohd Basar, 18, menyifatkan program itu memberi manfaat terutama kepada penuntut baru sepertinya sebagai motivasi dan peringatan agar tidak mudah hanyut dengan keseronokan bercinta.

Isu medan minyak Bertam: Hormati keputusan kerajaan

Thursday, December 13, 2012 0 Komen

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak di Blok PM307 Bertam.

Baginda juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.

“Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini.

“Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada ALLAH SWT dengan kurniaan itu,” titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai status kawasan minyak itu.

Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM Kampus Kuantan, di sini semalam.

Ahmad Said dalam kenyataannya berkata, kawasan medan minyak di luar pantai semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik Terengganu.

Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu juga sudah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok tersebut.

Beliau turut menerima surat daripada Syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja carigali di kawasan berkenaan mengesahkan bahawa ia adalah di perairan Terengganu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  pula minta Najib jelaskan kedudukan sebenar kawasan minyak itu.

Singa lahir 8 ekor anak walau makan pil perancang

Thursday, December 13, 2012 0 Komen

Seekor singa betina di Zimbabwe mencipta keajaiban, sekali gus memecahkan rekod dunia dengan melahirkan sebanyak lapan ekor anak pada bulan lalu, walaupun ia telah diberi pil perancang.

Singa yang diberi nama Pasha itu melahirkan sebanyak lapan ekor anaknya itu pada 4 November lalu di Taman Singa dan Cheetah di pinggir ibu negara ini.




Ketua Perkhidmatan Saintifik Pihak Pengurusan Taman Negara dan Hidupan Liar Zimbabwe, Dr. Hillary Madzikanda berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku dalam sejarah singa, malah ia merupakan satu rekod dunia.

Jurucakap taman itu hanya mengumumkan kelahiran luar biasa itu pada minggu ini.

Pasha pada awal tahun ini telah melahirkan dua ekor anak dan terus diberi makan pil perancang bagi mengawal pembiakannya.

Kelahiran itu, sekali gus memberi kejutan kepada kakitangan taman berkenaan memandangkan singa diketahui hanya melahirkan dua hingga empat ekor anak.

Malah doktor haiwan turut beranggapan pemberian pil perancang itu telah ‘memakan diri’.

Pasha kini diberi pemakanan tambahan bagi meningkatkan kesihatannya, manakala anaknya dipantau rapi oleh kakitangan taman itu. - AGENSI

Human Rights Watch biadab

Friday, December 07, 2012 0 Komen

Human Rights Watch biadab
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa iaitu Human Rights Watch (HRW) yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepemimpinan negara mengkaji semula dasar perundangan Artikel 377 Kanun Keseksaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan kurang ajar HRW tersebut adalah ibarat 'cacing naik ke mata'.

Katanya, perbuatan itu jelas menunjukkan HRW menyokong amalan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta langsung tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kesucian agama lain.

Menurutnya, rakyat perlu bangkit dan bersatu dalam mempertahankan kesucian norma-norma masyarakat dan membantah tindakan tidak bertanggungjawab NGO antarabangsa itu yang cuba mencampuri urusan perundangan negara.

"HRW ini memang tidak senonoh dan saya fikir dianggotai oleh orang yang tidak mempunyai agama dan kita perlu bangkit menentang sebarang anasir luar yang cuba memporakperandakan pemikiran serta norma masyarakat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan portal The Mole di www.mole.my semalam yang mendedahkan HRW mengutus surat bertarikh 4 Disember lalu kepada Najib bagi meminta Perdana Menteri tidak 'mendiskriminasi' golongan LGBT dan memansuhkan Artikel 377 Kanun Keseksaan berkaitan amalan songsang itu.

Menerusi surat itu juga, HRW mendakwa undang- undang tersebut bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang ditandatangani Malaysia dan menegaskan orang dewasa di Malaysia perlu bebas memilih pasangan masing-masing.

Najib pada 25 Jun lalu menegaskan, kerajaan akan memastikan sebarang budaya songsang seperti perilaku LGBT serta pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat sebarang tempat di negara ini.

Ibrahim menambah, beliau memuji ketegasan Najib dalam hal itu dan berharap Perdana Menteri serta kepimpinan negara tidak goyah serta terus mempertahankan pendirian tersebut.

"Amalan LGBT jelas salah seperti dijelaskan dalam al-Quran dan pada zaman moden terbukti menyebabkan penyakit AIDS, membawa kehancuran rumah tangga dan melupuskan keturunan manusia di muka bumi.

"Individu yang mengamalkan atau menyokong budaya LGBT mempunyai masalah mental seperti dijelaskan dalam kajian psikologi antarabangsa dan sudah tentu tidak layak dijadikan pemimpin," katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut menyifatkan pergaduhan di antara dua kumpulan Melayu dari dua parti politik berhampiran masjid di Gombak Utara dekat sini sehingga mengakibatkan kecederaan di kalangan mereka terlibat adalah satu perkara yang amat memalukan.

Katanya, insiden itu membuktikan ada pihak yang sanggup mengamalkan budaya politik ganas demi nafsu mengejar kuasa.

Apatah lagi, katanya, kejadian itu akibat amalan ceramah berbentuk provokasi yang diamalkan oleh sesetengah parti politik.

"Dewan Rakyat belum dibubar tetapi ceramah provokasi dijadikan amalan sepanjang masa dan ini pasti mencetuskan pergaduhan.

"Inikah yang dikatakan masyarakat madani yang hendak ditegakkan. Inikah yang dikatakan mahu menegakkan keadilan walhal perasaan diri sendiri saja yang dipentingkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR (Utusan)

Perak Police Station Hotline (Nombor telefon balai polis Perak)

Thursday, December 06, 2012 0 Komen

Perak Police Station Hotline

* Perak Headquarter 05 - 245 1222
* Ipoh Headquarter 05 - 242 4222
* Ampang Baru 05 - 546 7005
* Batu Gajah 05 - 366 2222
* Bercham 05 - 547 7363
* Bukit Merah (Ipoh) 05 - 321 0925
* Chemor 05 - 201 2222
* Gunung Rapat 05 - 312 6327
* Jelapang 05 - 526 1226
* Kg. Baru Buntung 05 - 254 2226
* Kg. Manjoi 05 - 526 4700
* Kg. Simee 05 - 547 7321
* Kg. Tawas 05 - 547 7324
* Khantan Baru 05 - 201 2422
* Lahat 05 - 321 8622
* Menglembu 05 - 281 2232
* Pasir Pinji 05 - 321 0478
* Pasir Puteh 05 - 321 2222
* Pekan Baru 05 - 254 9255
* Pusing 05 - 288 2222
* Simpang Pulai 05 - 357 1222
* Sungai Senam 05 - 547 7322
* Tambun 05 - 547 7332
* Tg. Rambutan 05 - 533 1222
* Papan 05 - 288 3122
* Siputeh 05 - 288 1322

Persatuan Budak Bas Stand Ipoh (PBBSI)

Thursday, December 06, 2012 0 Komen

Persatuan Budak Bas Stand Ipoh (PBBSI)
16A, Jalan Tun Abdul Razak,
30100, Ipoh, Perak

Persatuan Budak-Budak Bus Stand Ipoh

Tidak ramai yang menyangka kumpulan remaja nakal atau 'kutu lepak' yang sering berkumpul di Perhentian Bas Ipoh, di sini, kira-kira 30 tahun lalu, kini bergelar artis dan pengarah filem terkenal.

Kumpulan yang mendapat jolokan 'Geng Budak Bus Stand' berjaya melahirkan penyanyi terkenal seperti Mus May, Aris Ariwatan, Akil Hayy, Jamal Abdillah, Rosli Muhalim iaitu pemain gitar kumpulan Sweet Charity serta pengarah filem terkenal, Mamat Khalid.


Kebanyakan kumpulan remaja yang melepak di perhentian bas itu akhirnya bersatu dan mewujudkan beberapa kumpulan rock terkenal seperti kumpulan Teja, Sniper dan SYJ.

Tujuan PBBSI diwujudkan untuk mengeratkan silaturahim yang menjadi asas utama keamanan dan keharmonian. PBSSI yakin boleh memupuk masyarakat penyayang hingga generasi akan datang dan pada masa sama adalah wadah seni dan sejarah Perak.

Persatuan Budak Bus-Stand Ipoh,
16A, Jalan Tun Abdul Razak
 30100, Ipoh, Perak

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak

Wednesday, December 05, 2012 0 Komen

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999.



Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar.

Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman .


Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.

Ketenangan Hidup Membaca Al-Quran

Wednesday, December 05, 2012 0 Komen

97% Ketenangan Hidup adalah dengan membaca Al-Quran


Hasil kajian Sains...

Penelitian ilmiah pengaruh bacaan al Qur’an pada syaraf, otak dan organ tubuh lainnya. Subhanallah, menakjubkan! —”Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur’an…”.

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Serikat, berhasil membuktikan hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Alquran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab maupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologis yang sangat besar.Penurunan depresi, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek penelitiannya. Penemuan sang dokter ahli jiwa ini tidak serampangan.

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mendeteksi tekanan darah, detak jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran listrik. Dari hasil uji cobanya ia berkesimpulan, bacaan Alquran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Penelitian Dr. Al Qadhi ini diperkuat pula oleh penelitian lainnya yang dilakukan oleh dokter yang berbeda. Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam Konferensi Kedokteran Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil uji coba tersebut diperkuat lagi oleh penelitian Muhammad Salim yang dipublikasikan Universitas Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 pria dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mengerti bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahwa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur’an.

Penelitian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengarkan bacaan Al-Qur’an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengarkan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.

Al-Qur’an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penelitiannya, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita memiliki Al-Qur’an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika mendengarkan musik klasik dapat memengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur’an lebih dari itu. Selain memengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur’an memengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Mahabenar Allah yang telah berfirman, “Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” (Q.S. 7: 204).

(zilzaal/arrahmah.com)

La Hot Spring, Hulu Besut tumpuan rawatan alternatif

Monday, December 03, 2012 0 Komen

Kolam air panas La Hot Spring jadi tumpuan jalani rawatan alternatif
Air Panas La atau lebih dikenali La Hot Spring dekat Hulu Besut kini bukan sahaja terkenal sebagai pusat rekreasi terkemuka, tetapi didakwa menjadi tumpuan orang ramai menjalani pelbagai rawatan alternatif.

Pengurus Resort Air Panas La, Abdul Rani Ibrahim mendakwa air panas tersebut menjadi pilihan orang ramai menjalani rawatan alternatif.


Menurutnya, dahulu Air Panas La hanya dikatakan amat berkesan untuk merawat masalah kulit tetapi sekarang dikatakan dapat membantu merawat beberapa penyakit kronik yang lain.

“Keberkesanan rawatan adalah melalui kaedah mandi atau berendam dan minum air kolam air panas itu, selain kaedah lain termasuk solat hajat yang saya sendiri lakukan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Pak Din.


Abdul Rani mendakwa, dia telah menjalankan rawatan penyakit kronik melalui terapi air panas semula jadi di situ sejak 1996 selepas mendapat petua rawatan melalui ‘makhluk ghaib’ di situ.

Katanya, dahulu tidak ramai mengetahui rawatan yang dijalankan di situ, namun sejak kebelakangan ini dia tidak menang tangan kerana boleh dikatakan setiap masa ada pesakit yang datang.

“Saya menjalankan rawatan hanya pada sebelah malam hari Isnin, Selasa dan Rabu termasuk pesakit perlu mandi dalam kolam air panas tersebut.

“Sebelum rawatan dijalankan, air takungan sedia ada dibuang terlebih dahulu untuk mengisi air baru yang keluar dari tiga mata air celah batu yang mengambil masa dua jam sebelum kolam dipenuhi air semula.

“Rawatan hanya berkesan dalam takungan air panas yang bersih dengan petua tertentu dilakukan," katanya yang juga Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM) Hulu Besut.

Dakwanya, sehingga kini lebih 50 pesakit terutama pesakit jantung memaklumkan mereka telah pulih.

Abdul Rani berkata, air panas di situ juga selamat diminum, malah dikatakan lebih bersih daripada air galian berdasarkan kajian pensyarah sebuah universiti.

Wang palsu: Wang kertas siri baru turut dipalsukan

Monday, December 03, 2012 0 Komen

Berbelanja guna wang palsu
Sama tapi tidak serupa. Itulah yang dapat dilihat pada mata kasar wang kertas negara ini apabila dipalsukan untuk digunakan. Dari segi dasarnya, wang kertas yang dipalsukan dilihat seakan serupa dan sukar untuk dikenal pasti sebagai palsu.

Wang kertas siri baru yang dilancarkan pada akhir tahun lalu juga turut dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya, ramai yang tertipu dan menanggung kerugian akibat perbuatan mereka yang menggunakan wang palsu dalam urusan pembelian.

Modus Operandi kali ini menyelami masalah mangsa terutamanya peniaga kecil-kecilan yang menjadi sasaran kepada penggunaan wang palsu.

Aktiviti berniaga makanan di Kampung Muhibah, Bukit Jalil berjalan seperti biasa. Namun, pada 20 November lalu, seorang peniaga warung, Zuriah Yaacob, 43, menerima tiga keping wang palsu RM10 daripada anaknya, Mohd Hazuri Roshideen, 17.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk memasukkan wang keuntungan ke dalam bank di sebuah mesin deposit bank. Tetapi, tiga keping wang baru RM10 yang diterimanya sebelum ini gagal didepositkan.

“Mulanya, saya sangka ada masalah dengan duit itu. Tapi bila seorang pengawal keselamatan yang ada di bank memberi penjelasan, barulah saya tahu itu adalah wang palsu.

“Kerana terkejut, saya terus tanya anak saya,” katanya.

Anak Zuriah memberitahu bahawa dia tidak menyedari wang tersebut adalah palsu kerana menerima daripada seorang pelanggan dalam keadaan warung penuh dengan pelanggan.

Menurutnya, melalui pemerhatian, wang kertas baru itu sebenarnya menggunakan cetakan biasa. Melalui saranan daripada rakan bagi mengetahui keaslian wang tersebut, dia membasahkan wang itu dan mendapati dakwatnya cair dan benang keselamatan putus-putus tertanggal.

Sejak tiga tahun menjalankan perniagaan di kawasan tersebut, dia tidak pernah mengalami kejadian itu. Dia berkata, sejak kejadian itu menimpa dirinya, 20 peniaga menjalankan perniagaan di situ berhati-hati apabila menerima wang baru daripada pelanggan.

Zuriah berkata, dua daripada wang palsu yang diterimanya masih dalam simpanan dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat untuk tindakan.

Buku The Magical Four Seasons dan Be Healthy and Stay Fit

Monday, December 03, 2012 0 Komen

Buku The Magical Four Seasons dan Be Healthy and Stay Fit. Naskhah kedua-dua buku ini hasil karya Datin Seri Shuryani Shuaib.

The Magical Four Seasons menceritakan pengalaman Shuryani ketika menuntut di England pada 1980, manakala Be Healthy and Stay Fit pula mengisahkan pengalamannya bersama pesakit yang memerlukan perhatian khas. Kedua-dua buku itu dihasilkan bagi mengumpul dana untuk tabung Yayasan Semporna, Sabah. Ia akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebanyak 500 naskhah The Magical Four Seasons dan 500 naskhah Be Healthy and Stay Fit diterbitkan setakat ini. Kedua-duanya dijual pada harga RM100 di kedai buku Borders dan MPH.

Barisan Nasional (BN) perlu majoriti dua pertiga

Monday, December 03, 2012 0 Komen

Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membentuk kerajaan yang mantap dan kuat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan yang mantap dan kuat akan membolehkan pelaksanaan dasar dan hala tuju negara dirancang sempurna.

"Pengalaman beberapa negara diterajui kerajaan yang dipilih tanpa mandat kukuh, menunjukkan keupayaan negara terbabit untuk maju terjejas.

"Yang akan terima padah bukan setakat negara itu sahaja, tetapi juga rakyat. Memenangi pilihan raya kali ini boleh menentukan nasib negara, ke arah mana kita akan tuju, pembangunan corak macam mana, adakah yang mundur, terbantut atau yang meningkat," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sambil menambah, keadaan itu bukan saja menjejaskan pertumbuhan negara tetapi juga rakyatnya.




Oleh Lum Chee Hong

Senarai Perkampungan Orang Asli Negeri Perak

Friday, November 30, 2012 0 Komen

Antara Senarai PERKAMPUNGAN ORANG ASLI di Negeri Perak

Kampung Orang Asli Sungai Chenein , Behrang Stesen 35950 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Lembing , Behrang Stesen 35950 Perak
Kampung Kuala Senta , Bidor 35500 Perak
Ulu Bidor , Bidor 35000 Perak
Kampung Kinyang Lama , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Bilek , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Landor , Chenderiang 35300 Perak
Sungai Milu , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Raba , Gerik 33300 Perak
Kampung Orang Asli Temin , Gerik 33300 Perak
RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Sungai Tekam , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Kampung Sungai Malela , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
Kampung Sarok , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
Kampung Akei , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Bal , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Cuwau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Jarau Baru , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Katong , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Rantau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Tiang , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Kampung Ulu Geruntum , Gopeng 31600 Perak
Kampung Ulu Groh , Gopeng 31600 Perak
Kampung Ulu Kampar , Gopeng 31600 Perak
Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh , Gopeng 31600 Perak
Kampung Orang Asli Batu Berangkai , Kampar 31900 Perak
Kampung Sungai Peria , Sungai Siput , Kampar 31920 Perak
Kampung Batu 7 sahom Sungai Siput selatan Kampar 31920 Perak
Sungai Sinju , Kampung Kepayang 31300 Perak
Kampung Orang Asli Kampung Pawong , Pos Slim , Kampung Kepayang 31300 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Raya , Keramat Pulai , Kampung Kepayang 31300 Perak
Sungai Pelawan]] , Langkap 36700 Perak
Kampung Orang Asli Redang Punggor , Langkap 36700 Perak
Kampung Orang Asli Air Bah , Lenggong 33410 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Perah , Parit 32800 Perak
Kampung Tibang Slim Village Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kampung Pisang Rasau , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kuala Bil , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kuala Keding , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Pos Bersih , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Pos Tenau , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Ulu Rasau Slim village Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Gesau Ulu slim Slim River 35800 Perak
Kampung Kelah , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Kenang Baru , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Langkor , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Landap , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Ganteh , Pos Piah , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Menderang , Sungkai 35600 Perak
Kampung Sat , RPS Jernang , Sungkai 35600 Perak
Chenderong Kelubi]] , Changkat Pinggan , Air Kuning , Tanjong Tualang 31920 Perak
Kampung Orang Asli Chinggong , Behrang Ulu Bt 8 Tanjung Malim 35950 Perak
Kampung Sungai Tunggang , Tanjung Rambutan 31250 Perak
Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Sungai Chedok]] Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Kuala Telum Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 19 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 5 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 17 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 3 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 8 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 14 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Orang Asli Pos Woh , Kuala Woh , Tapah 35000 Perak
Kampung Orang Asli Temoh 35350 Perak
Kampung Air Denak , Teronoh 31750 Perak
Kampung Orang Asli Bukit Ganggai , Trolak Timur , Trolak 35700 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Jentong , Trolak 35700 Perak
Kampung Changkat Kereta , Erong , Ulu Bernam 35650 Perak
Kampung Orang Asli Makmur , Kinta Intake , Ulu Kinta 31150 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Chadak , Ulu Kinta 31150 Perak

Orang Asli

Mati Kena Tembak Kerana Degil Perlahankan Muzik

Thursday, November 29, 2012 0 Komen

Seorang remaja Florida mati selepas ditembak oleh seorang lelaki yang pada awal meminta mangsa dan kawan-kawannya untuk memperlahankan bunyi muzik dari dalam kereta remaja tersebut.

Jordan Davis, 17, ditembak sekurang-kurangnya dua kali oleh Michael Dunn seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun yang bertanggungjawab atas insiden yang berlaku di Jacksonville itu, kata Sheriff Leftenan Rob Schoonover.

Mangsa remaja kulit hitam itu dikatakan enggan memperlahankan bunyi muzik tersebut dan berlaku perbalahan antara mereka.

"Jordan dan Dunn bertukar-tukar perkataan, dan Dunn menarik pistol dan menembak lapan atau sembilan kali dan ke arah Jordan dua kali. Namun tiada orang lain yang tercedera," kata Schoonover.

Dunn, yang teman wanitanya sedang membeli-belah di kedai berhampiran apabila kejadian itu berlaku, berkata, dia berada di bandar itu kerana majlis perkahwinan anaknya.

Dunn meninggalkan tempat kejadian dan kembali ke hotel tetapi dia kemudiannya dikenalpasti daripada rakaman televisyen litar tertutup.- AFP

Pelik Tapi Benar: Taman tema tandas pertama di dunia

Wednesday, November 28, 2012 0 Komen

Pelik Tapi Benar: Taman tema tandas pertama di dunia

Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.

Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.

Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.




Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.

Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.

Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.




Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. - Agensi 

Tip Memandu: Pastikan lampu, brek berfungsi

Wednesday, November 28, 2012 0 Komen

Pastikan lampu, brek berfungsi

Keadaan cuaca tidak menentu terutama jika ditambah jerebu sekali sekala pastinya menyukarkan pemanduan kerana jarak penglihatan terhad terutama jika memandu pada kelajuan tinggi.

Jarak penglihatan terhad bukan saja menyukarkan pemandu, tetapi boleh mengundang masalah besar hingga berlakunya kemalangan.

Anda sebagai pengguna lalu lintas perlulah memastikan beberapa komponen penting kenderaan terutama lampu dan brek berada dalam keadaan sempurna.

Komponen lampu sama ada depan atau belakang amat penting bagi membolehkan anda melihat dengan jelas terutama pada waktu malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat anda.

Ramai pemandu tidak sedar pentingnya lampu pada kenderaan mereka dan proses menguji komponen itu hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit saja.

Setiap lampu hadapan kenderaan adalah berpasangan dan mempunyai penutup yang sama. Jika satu daripada lampu tidak berfungsi, 'pasangannya' pasti turut mengalami masalah.

Periksa setiap penutup lampu pada kenderaan untuk memastikan tidak ada keretakan yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

Perlu juga memeriksa pemantul cahaya yang kebiasaannya bersalut aluminium bagi memastikan ia tidak terguris atau karat.

Jika didapati ia tercalar atau terkeluar, seluruh pemantul perlu diganti segera kerana ia menjejaskan kuantiti pancaran.

Bagaimanapun, ia boleh dibersihkan dengan kain bersih, sabun dan air. Jangan menggunakan penanggal karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana bakal merosakkan salutan aluminium.

Bagi membaiki atau mengesan kerosakan komponen itu di bahagian belakang, pemilik kenderaan perlu ke belakang kenderaan dan minta seorang pembantu menghidupkan enjin serta menyuruhnya memasang suis lampu itu atau menekan brek (bagi mengesan kerosakan lampu brek).

Jika lampu masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal brek mengalami kerosakan.

Jika lampu brek tidak menyala, periksa lampu, pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat membelok dan lampu kabus.

Selain itu, kerosakan itu boleh dirujuk kepada mekanik atau pusat servis untuk membuat pemeriksaan terhadap lampu dan brek atau melakukannya di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Bagaimanapun, anda masih perlu membawa kenderaan anda ke bengkel atau pusat servis untuk dibaiki selepas Puspakom mengesan kerosakan pada kereta.




Sirah Sahabat : Abdullah Bin Salam

Wednesday, November 28, 2012 0 Komen

Sirah Sahabat : Abdullah Bin Salam

Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang paling tidak boleh dipercayai di dunia. Ramai para rasul diutuskan oleh Allah SWT adalah berasal daripada Bani Israel iaitu bermula daripada Nabi Ishak a.s dan Nabi Yakub a.s.

Tujuan dan hikmah Allah SWT mengutus ramai para rasul dari kalangan mereka adalah kerana bangsa Yahudi atau Bani Israel adalah bangsa yang paling degil, jahat, suka mukir janji dan suka membuat khianat di atas suatu perjanjian yang mereka setujui bersama. Mereka juga terkenal sebagai umat yang suka membunuh para rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.

Kisah Abdullah bin Salam adalah satu contoh yang nyata bahawa bangsa Yahudi ini boleh berubah dengan sekelip mata apabila ada sesuatu yang mereka tidak suka. Buku sirah nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.

Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda. Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.

Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.

Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.

Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.

Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"

Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."

Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"

Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"

Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"

Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"

Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Daripada sirah di atas sebagai pengajaran untuk kita semua sebagai umat Islam bahawa bangsa Yahudi laknatullah sebenarnya satu bangsa yang tidak boleh diajak berunding dan berbincang. Pasti dalam masa yang singkat mereka akan melanggar perjanjian dan melakukan kezaliman terhadap umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

Pemimpin umat Islam wajib menjauhkan diri daripada pengaruh Yahudi laknatullah ini samaada melantik mereka menjadi penasihat atau konsultan dalam urusan keselamatan atau perniagaan di negara kita. Tidak menjual saham-saham syarikat kerajaan kepada ahli perniagaan mereka kerana hasil keuntungan tersebut pasti akan dihulurkannya kepada negara haram Israel.

Umat Islam juga patut memboikot semua barang-barang keluaran Israel atau sekutu-sekutu mereka dan syarikat antarabangsa yang memberikan sumbangan dana kepada Yahudi laknatullah.

Dikongsi daripada sumber di sini

 

ZONFINITI