Mahkamah putus tiada penceraian antara Nash-Sosilawati

Wednesday, November 12, 2008

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini memutuskan tiada penceraian antara bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash, dengan Sosilawati Lawiya berikutan isterinya itu gagal membuktikan lafaz cerai yang diucapkan penyanyi itu kepadanya.

Sosilawati, 44, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47 melafazkan perkataan cerai melalui telefon bimbitnya.

Berita Harian Rabu, 12 November 2008

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI