Kes cerai Mazidul Januari 2009

Thursday, November 27, 2008

Kes pengesahan lafaz cerai wartawan penyiaran TV3 yang juga pengacara rancangan 360, Mazidul Akmal Sidek yang difailkan isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, 38, akan dibicarakan 14 Januari depan.

Ketika prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad, di Mahkahmah Rendah Syariah, Petaling Jaya semalam, Mazidul memberitahu mahkamah dia menerima dan memahami saman yang diserahkan terhadapnya dengan menjawab: "Saya faham. Sebenarnya..."

Belum pun sempat Mazidul menghabiskan ayatnya, hakim mencelah dan berkata: "Jika ada pembelaan dan apa-apa keterangan, hendaklah dilakukan semasa perbicaraan nanti".

Selepas prosiding selesai, Mazidul yang hadir ke mahkamah dengan isterinya enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya sambil menuju ke keretanya sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah.

Pasangan tersebut telah berkahwin pada 21 Mei 1997 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhamad Afif Faiq, 10, dan Muhamad Azard Faez, 7.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI