Sinopsis Ringkas Filem Twilight

Tuesday, November 25, 2008


Filem Twilight arahan Catherine Hardwicke akan menemui di pawagam mulai 27 November ini. Filem berbentuk seram dan romantik ini dilakonkan Kristen Stewart, Robert Pattinson, Michael Welch, Peter Facinelli dan Kellan Lutz.

Kisahnya berkisar pada Bella (Kristen Stewart) yang dihantar untuk tinggal bersama bapanya di sebuah pekan kecil di Forks, Washington, apabila ibu gadis itu berkahwin lain.

Di sana dia bertemu seorang jejaka yang amat tampan dan tidak pernah diimpikannya, Edward Cullen (Robert Pattinson). Pemuda itu menarik perhatian Bella dengan kebijaksanaannya.

Bella dan Edward jatuh cinta dalam suasana yang sungguh luar biasa apabila gadis itu mengetahui Edward ialah pontianak.

Namun, dia tidak mempunyai taring serta tidak minum darah manusia kerana Edward dan keluarganya memilih cara hidup yang berbeza.

Bagi Edward, Bella ialah sesuatu yang ditunggu-tunggu selama 90 tahun iaitu pasangan untuk sehidup semati. Namun, semakin mereka rapat, semakin kuat Edward perlu melawan kecenderungannya untuk melakukan sesuatu tidak sepatutnya pada gadis itu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI