A.D.A.M ajak penonton berkongsi cerita lelaki

Friday, November 21, 2008

A.D.A.M kini memasuki siri ketiga siarannya mengajak penonton terutama peminat drama santai berkongsi cerita golongan Adam yang pelbagai namun disatukan menerusi drama bersiri 13 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini.

Pastinya A.D.A.M siri tiga yang menjengah siarannya setiap Sabtu, jam 9.00 malam mengisi slot Istimewa Hujung Minggu di RTM 2 ini mampu mencetuskan kepuasan kepada penonton yang inginkan drama menghiburkan pada malam hujung minggu mereka.

Kisah ini diteruskan dengan watak Fadil yang juga sepupu kepada Madi dan Azli datang ke Kuala Lumpur. Kehadiran Fadil begitu disenangi Madi yang terhutang budi dengan Pak Utihnya, ayah kepada Fadil. Dia berjanji mahu membantu Fadil sepanjang berada di ibu kota. Tetapi sebaliknya bagi Azli yang sejak awal lagi beranggapan buruk terhadap niat Fadil yang mahu tinggal bersama mereka.

Sementara itu Rina pula mendapati Akmal memiliki teman rapat dari kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur bernama Shikin. Fadil yang menyedari kesilapannya mula menyimpang daripada niat sebenarnya berhijrah ke ibu kota memohon maaf. Darwis pula mula menegur Hazlin yang mengambil masa lama untuk menghias diri sehingga menyebabkannya selalu terlambat dalam temu janji mereka. Pada masa sama Darwis mengingatkan Fadil mengenai pentingnya ilmu dan kelulusan untuk memohon sebarang pekerjaan di Kuala Lumpur.

Azli pula rasa malu apabila Yani sering kali merendah-rendahkan dirinya. Fadil memutuskan untuk melanjutkan pengajiannya. Azli dapat merasakan hubungannya dengan Yani bakal menimbulkan masalah apatah lagi apabila temannya, Arif menggunakan peluang hubungan anak majikannya itu dengan Azli untuk selalu ponteng kerja.

Sementara itu, Akmal membawa Shikin bekerja di pusat futsal tempatnya bekerja. Secara tidak sengaja Madi pula terkejut melihat kelibat teman wanitanya, Maznah keluar dengan lelaki lain di pusat beli-belah.

Yadi, teman baik Azli memintanya menjaga anak saudaranya berusia 6 tahun dipanggil Imad. Pada mulanya Madi kurang menyenangi kehadiran Imad namun lama-kelamaan dia mula menjalin hubungan yang rapat dengan kanak-kanak itu.

Oleh Zaidi Mohamad

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI