Britney Spears akui silap kahwini Federline

Saturday, November 22, 2008


LOS ANGELES: Dua tahun selepas perceraian perkahwinan singkatnya dengan Kevin Federline, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Britney Spears mengakui beliau berkahwin atas 'sebab yang salah.'

Bintang pop berusia 26 tahun itu bercakap kali pertama mengenai kegagalan perkahwinannya dengan penari bertukar penyanyi rap dalam dokumentari akan datangnya, For The Record.

Britney berkahwin dengan Federline pada September 2004, lima bulan selepas mereka bertemu sebelum melahirkan anak lelaki pertama, Sean Preston, setahun selepas itu.

Dalam dokumentari itu, Britney membincangkan kehidupannya selepas kehidupan geloranya dan mengakui beliau melakukan kesilapan mengahwini Federline.

Beliau berkata: "Saya fikir saya berkahwin atas alasan yang salah. Saya tidak mengikut kata hati dan tidak melakukan sesuatu yang menjadikan saya gembira."

Ketika kali pertama bertemu Federline, bekas teman wanita penari itu, Shar Jackson sedang hamil tujuh bulan dengan anak kedua mereka.

Perkahwinan Britney bertahan sembilan bulan selepas perkahwinan pertamanya dengan rakan masa kecil, Jason Alexander, dibatalkan selepas 55 jam berkahwin.

Pada November 2006, hanya dua bulan selepas melahirkan anak kedua mereka, Jayden James, Britney mengejutkan Kevin apabila beliau memfailkan perceraian.

Dua tahun selepas itu, penyanyi itu bertukar kepada seorang yang kerap berparti sehingga menghadiri sesi pemulihan, membotakkan kepalanya dan dimasukkan ke hospital dua kali bagi penilaian psikiatri awal tahun ini.

Britney merakamkan dokumentari selama 90 minit awal tahun ini ketika berusaha kembali selepas menghadapi masa sukar dua tahun. � Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI