Album: Dunia Baru – Duta

Sunday, November 23, 2008


Ditubuhkan dua tahun lalu, Duta yang dianggotai oleh Juril sebagai vokal, Pit (gitar utama), Mee (gitar kedua) dan Teh (deram) beroleh peluang memperkenalkan diri dalam industri arus perdana menerusi album sulung yang juga merupakan album runut bunyi bagi Dunia Baru The Movie.

Muncul dengan 10 buah lagu, selain lagu-lagu Dunia Baru dan Cinta Antara Kita, turut dimuatkan adalah lagu-lagu Terpatri Cinta, Milikku, Biarlah Aku Pergi (Jantra) dan Satu Pesta.

Tidak ketinggalan dimuatkan adalah lagu-lagu Satu Pesta, Yang baru, Cintaku Terakhir dan Tiada Kata.

Kumpulan Duta turut merakamkan lagu Cinta Antara Kita dalam dua versi yang salah satunya adalah berkolaborasi bersama pelakon Baizura Kahar.

Album: Dunia Baru – Duta

Edaran: New Southern RECords Sdn. Bhd. (NSR)

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI