Twilight - Pontianak kacak bernama Edward Cullen

Tuesday, November 25, 2008

Membawakan watak pontianak kacak bernama Edward Cullen, Robert Pattinson memberitahu ia bukan cabaran besar baginya kerana sebagai pelakon, dia sentiasa mahukan karakter baru yang menarik.

Dalam filem ini, dia terpaksa berusaha keras memberi kelainan kerana watak yang dilakonkannya kali ini berbeza berbanding sebelumnya.

Dalam filem ini, dia terpaksa berusaha keras memberi kelainan kerana watak yang dilakonkannya kali ini berbeza berbanding sebelumnya.

"Saya tidak melihat Edward sebagai pontianak semata-mata dalam Twilight. Apa yang saya lihat, Edward seorang lelaki yang berpegang kuat dengan prinsip dirinya. Dia sangat meminati apa yang dilakukannya dan mempunyai keyakinan diri. Tetapi dia berdepan konflik apabila tidak dapat berhubung secara fizikal dengan wanita yang dicintainya.

"Mengenai watak pontianak, saya pernah melihat lakonan orang lain beberapa kali sebelum ini. Tetapi sejujurnya saya bukanlah peminat setia filem pontianak. Saya pernah menonton filem Nosferatu, tetapi wataknya bukan seperti yang saya kehendaki.

"Apa yang saya lakukan hanya sekadar persediaan kecil seperti tidak bercakap dengan sesiapa pun dalam masa beberapa waktu. Ini kerana Edward dalam Twilight seorang yang bosan sebab sudah lama tidak berinteraksi dengan manusia.

"Malah dia sendiri berasakan bukan lagi sebahagian daripada dunia ini kerana tiada siapa pun mengambil berat mengenainya," katanya.

Kata Pattinson, pada mulanya dia tidak tahu apa yang akan berlaku dalam cerita pontianak ini sehinggalah mendapat skrip tulen. Malah dia sendiri tidak menyangka pontianak yang ditonjolkan dalam cerita ini mempunyai beberapa elemen positif.

Apa yang menarik lagi, dia ditampilkan sebagai pontianak kacak yang hidup sendirian dan mengharapkan kasih daripada wanita idaman yang tidak pernah kesampaian. Ketika ditanya adakah dia layak digelar lelaki seksi yang dapat menarik perhatian wanita, Pattinson memberi perumpaannya seperti sebuah kereta.

"Pada awalnya, saya fikir 95 peratus wanita di dunia terpikat dengan lelaki yang memandu kereta Volvo. Bagaimanapun, saya sendiri tidak tahu Volvo adalah sebuah kereta seksi dan orang ramai mengetahui bahawa Edward dalam cerita ini memandu Volvo.

"Dari sudut persediaan diri pula, saya membaca beberapa buku lima bulan sebelum berlakon bagi mendapatkan tip menjadi lelaki menarik yang mampu memberikan impak maksimum kepada penonton. Bagi saya, Edward suatu karakter menarik dan terbukti dia pontianak yang disukai ramai disebabkan rupa paras dan perwatakannya," katanya.

NAMA SEBENAR: Robert Thomas-Pattinson

NAMA KOMERSIAL: Robert Pattinson

TEMPAT LAHIR: London, England

TARIKH LAHIR: 13 Mei 1986

KERJAYA: Pelakon, Pemuzik dan Model

STATUS: Bujang

PENCAPAIAN: Aktor Terbaik 2008 (Anugerah Juri) di Festival Filem Strasbourg menerusi filem How To Be dan Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hollywood (2008)

FILEM: Vanity Fair, Ring Of The Nibelungs, Harry Potter And The Goblet Of Fire, The Haunted Airman, The Bad Mother's Handbook, Harry Potter And The Order Of The Phoenix, How To Be Art, Twilight, The Summer House

DRAMA: Ring Of The Nibelungs, Royal Court Theatre, The Haunted Airman, The Bad Mother's Handbook

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI