Pejuang Kemerdekaan Abdullah Salleh meninggal dunia

Wednesday, September 30, 2009

Bekas Ahli Dewan Negara dan pejuang kemerdekaan, Abdullah Salleh, 89, meninggal dunia di rumahnya di Taman Fauziah di sini malam tadi kerana sakit tua.

Anaknya, Jasmi, 58, berkata Allahyarham yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kangar menghembus nafas terakhir di hadapan anak-anak dan kaum keluarga terdekat jam 10.05 malam dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Sena, Jalan Kaki Bukit, tengah hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Aishah Ahmad, 67, serta lima anak lelaki dan dua perempuan di samping 32 cucu dan 18 cicit.

Abdullah, guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, yang menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Beseri sebelum bersara, adalah antara tokoh yang terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan setelah menyertai Umno sejak parti itu ditubuhkan pada 1946.

Allahyarham dilantik sebagai senator pertengahan 1970-an selama satu penggal. - Bernama

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI