Tip Memilih Kata Laluan (Password)

Wednesday, September 30, 2009

PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN KETIKA MEMILIH KATALALUAN

1. Jangan menggunakan user id atau username sebagai katalaluan walaupun dengan menambahkan beberapa patah perkataan lain. Pengguna gemar menggunakan katalaluan yang hampir-hampir sama dengan user id atau username kerana ia mudah diingat. Sebenarnya ia akan memudahkan lagi orang lain meneka katalaluan anda.

2. Jangan menggunakan perkataan yang diambil dari kamus dalam Bahasa Inggeris atau apa bahasa sekalipun. Program pemecah katalaluan seperti L0phtCrack, CrackerJack dan John the Ripper mempunyai keupayaan untuk meneka katalaluan dengan pantas.

3. Jangan membina katalaluan yang terdiri hanya huruf-huruf atau angka-angka sahaja atau huruf-huruf yang sama contohnya "ssssss". Ini akan memudahkan lagi orang lain memecah katalaluan dengan mengambil masa yang singkat.

4. Jangan menggunakan perkataan yang mudah diteka atau yang selalu digunakan seperti memilih perkataan "Sayang" atau "LoveYou".

5. Jangan menggunakan perkataan yang ada kaitan dengan anda contohnya tarikh harijadi, nama ahli keluarga atau nombor pendaftaran kereta.



6. Jangan menggunakan huruf-huruf dari corak (paterns) keyboard seperti "qwerty" atau huruf-huruf yang berganda seperti "aaabbbcc" .

TIPS KETIKA MEMILIH KATALALUAN


1. Gunakan 6 hingga 8 huruf sebagai katalaluan. Jumlah huruf yang sedikit memudahkan lagi katalaluan dipecah (cracked).

2. Gunakan campuran huruf kecil, huruf besar dan angka sebagai katalaluan.


3. Tukarkan katalaluan setiap 3 bulan atau kurang. Jadikan ia sebagai satu tabiat.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI