Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing mati dibunuh

Saturday, July 31, 2010 0 Komen

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Wajah Dua - Black

Saturday, July 31, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Wajah Dua - Black

Segala telah berlaku
Hancur satu demi satu
Peristiwa kenangan itu
Merubah satu arah perjalanan
Kau buka pintu hati
Buatku sekali lagi
Dan terakhir

Engkau berwajah dua
Disini kau hadir
Disana kau juga
Kembalikan saktimu yang kau suka
Bermula sandiwara
Mandian sengsara

Lirik Lagu Langgar Lari - Monoloque

Saturday, July 31, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Langgar Lari - Monoloque

Bidan terjun, tersohor lagi, ke mana selepas ini,
samseng kerajaan, gergasi dunia. lepak skali ,minum kopi,

Malam masih muda, hisap darah muda,
bidadari kota,

tepat 12 malam,telah pun tiba,
pelesit2 pun keluar.

terima kasih kerana memberi perhatian, semasa aku menyanyi,
dengan penuh perasaan,dan jiwa raga.

walaubagaimanapun saya,
tetap saya,
walau berjuta kali paksa,
untuk berubah.

ikan duyung, jumpa nenek kebayan,
takkan lari gunung dikejar,
anak toyol, kembali dari kota,
mengadap sultan bunian,

malam masih muda, hisap darah muda,
bidadari kota,

oh ramai hantu!
duduk bawah lampu,
itu kehidupan Hutan Batu;

Langgar Lari:
dikarang/digubah oleh ProloQue.
lirik oleh Loque.

Biodata Jue Aziz

Saturday, July 31, 2010 0 Komen

Biodata Jue Aziz



NAMA PENUH: Zuliana Ab Aziz
TARIKH LAHIR: 18 Februari 1983
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
DARAH CAMPURAN: Mamak dan Bugis (ayah), Cina dan Belanda (ibu)
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan, Kolej Stamford
PENCAPAIAN: Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006
DRAMA: Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Kala Hati, Orang Minyak Naik Minyak, Janji Kekasih (setiap Jumaat, jam 9 malam, TV3, slot Zehra, 13 episod) dan Lagenda Budak Setan The Series (belum disiarkan)
FILEM: Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu
TEATER: Naga Chini
PENGACARA: e@9 (TV9) dan Gedik Samba (TV3).

Biodata Profil Erry Putra

Saturday, July 31, 2010 0 Komen

Biodata Profil Erry Putra



NAMA SEBENAR: Mohd Razlan Hamzah@Ahmad
NAMA KOMERSIAL: Erry Putra
TARIKH LAHIR: 3 Januari 1978
KELUARGA: Anak keempat daripada lapan beradik
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
KERJAYA AWAL: Kumpulan Boyz ‘r’ Us (1999), namun berpecah pada 2002
LAGU POPULAR: Kasihku Abadi dan Baby Amely
FILEM: Bicara Hati dan Selamat Pagi Cinta!
DRAMA: Anak Teruna, Manjalara, Sutera Maya, Saka, Arjuna, Janji Kekasih, Si Capik, Suriacasandra, Ular Emas (akan disiarkan) dan Putera Siput (akan disiarkan)
SINGLE TERBARU: Jangan Kau Pergi
RESTORAN: Cafe EP Ayam Penyek di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Biodata Profil Ana Dahlia

Saturday, July 31, 2010 0 Komen

Biodata Profil Ana Dahlia



NAMA : Diyana Mastura Jaafar
NAMA KOMERSIAL: Ana Dahlia
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1983
KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik
ASAL: Taiping, Perak
PENCAPAIAN: Peserta program realiti, Pilih Kasih musim pertama (2009), namun tersingkir pada minggu ketiga
KERJAYA AWAL: Pramugari AirAsia (2005 hingga 2009)
DRAMA: Bonda, Delima, Loga Maya, Hati Lia, Salam Terakhir, Hadi, Orang Luar, Arjuna, 3 Serumah (akan disiarkan) dan Pulangnya Karina (akan disiarkan)
FILEM: Mantra.

Rahsia Kejayaan Jho Low - Jutawan Pulau Pinang

Friday, July 30, 2010 0 Komen


Dalam temuramah eksklusif bersama The Star, Jho Low - jutawan muda dari Pulau Pinang yang menjadi terkenal kerana berpacaran dengan artis-artis Hollywood dan anak-anak Pak Arab yang kaya raya, telah menceritakan serba sedikit rahsia tentang dirinya. Ikuti temubual bersamanya;

STAR (S): Anda mengambil A-Level di Harrow (sebuah sekolah swasta berprestij di UK). Bagaimanakah pentingnya perkara itu kepada anda kini?

JHO LOW (JL): Terdapat beberapa perkara penting terutamanya dalam soal membina hubungan ketika saya berada di sana. Harrow menempatkan ramai anak-anak daripada keluarga berpengaruh dari Eropah, Asia dan Asia Barat. Di situlah saya bertemu dengan anak bekas Raja Jordan, antara lainnya.

Waktu itu juga penting bagi saya. Ketika itulah saya berjaya membina asas perhubungan penting demi masa depan. Itu amat penting, kerana saat itulah kita kenali mereka sebagai sahabat dan memupuk kepercayaan untuk masa hadapan, berbanding berjumpa seseorang sewaktu perjalanan kerjaya perniagaan anda.

Selepas Harrow saya melanjutkan pengajian di Wharton untuk memperluaskan jaringan. Sepanjang pengajian dari 1998 hingga 2005, ia menjadi tempoh perkembangan paling utama bagi saya. Saya percaya pada kerja keras dan ketekunan.

Tapi saya akui, kejayaan juga bergantung kepada berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat dan berjumpa dengan orang yang betul digandingkan dengan perhubungan yang bersandarkan kepada kepercayaan.

S: Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Kumpulan Wynton yang anda bina.

JL: Saya mengambil cuti selama satu semester sewaktu di Wharton untuk menubuhkan syarikat pelaburan dikenali sebagai The Wynton Group. Kami mempunyai modal awal sebanyak AS$25 juta (RM79.8 juta) kebanyakannya hasil pelaburan ahli-ahli keluarga saya dan rakan-rakan baik saya dari Asia Barat dan Asia Tenggara.

Kami bermula dengan banyak portfolio pelaburan dari seluruh dunia. Kemudian, kami mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan dari membeli dan menjual saham awam kepada ekuiti persendirian.

Hari ini, pelaburan Wynton bernilai lebih AS$1 bilion. Apabila saya memulakan syarikat itu ketika masih menuntut di universiti, saya bermula dengan konsep SOHO iaitu kediaman berkonsepkan rumah dan pejabat. Tidak lama selepas itu, ia dijadikan satu entiti rasmi dan kami mempunyai pejabat di Malaysia, Singapura dengan berpangkalan di British Virgin Island.

S: Apakah saham terbaik yang pernah anda laburkan?

JL: Yang kelakarnya, ketika di universiti, saya menulis beberapa artikel untuk jurnal Wharton. Beberapa cadangan saya menjadi, tetapi sesetengahnya memang cukup teruk. Wharton mendidik kita melihat kepada pelbagai portfolio. Pada akhirnya, yang penting adalah pulangan dari hasil pelaburan kita dan juga kepelbagaian.

S: Di Asia Barat, di negara mana paling banyak anda luangkan masa?

JL: Saya bermula dengan hubungan yang dibina ketika saya menghabiskan banyak masa saya di London, khususnya dengan rakan baik di Kuwait, Abu Dhabi dan Arab Saudi.

Saya lihat begitu banyak peluang untuk rakyat Malaysia, terutama di Asia Barat kerana mereka memiliki aliran modal yang besar dan begitu juga sebaliknya dari Asia Barat ke Malaysia, di situlah terletaknya minat saya.

Walau apa pun, saya rakyat Malaysia. Saya seorang individu yang tidak melupakan negara asal saya dan percaya banyak yang boleh dilakukan untuk Malaysia. Tetapi bila anda sudah membina kepercayaan pelabur, anda perlu tunaikan apa yang telah dijanjikan.

S: Jadi siapakah yang anda kenali di Abu Dhabi?

JL: Saya mempunyai ramai kawan rapat dan kenalan baik di Abu Dhabi. Khususnya, saya bersahabat baik dengan Yousef Al Otaiba, bekas pengarah perhubungan antarabangsa di Pejabat Putera Mahkota dan kini duta Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat (AS) dan Mexico. Yousef adalah anak kepada Dr Mana Al Otaiba, menteri minyak pertama UAE.

S: Anda kenali beliau ketika di Harrow?

JL: Tidak, beliau dikenalkan kepada saya oleh rakan-rakan. Sudah tentu, saya juga rapat dengan beberapa ahli keluarga diraja Abu Dhabi. Saya fikir perkara hebat tentang hubungan Abu Dhabi dan Malaysia adalah kedua-duanya benar-benar komited terhadap Malaysia dan saya rasa bukan sahaja boleh dilihat menerusi media hubungan baik di tahap kerajaan malah di kalangan sektor perniagaan.

Ada banyak kepercayaan daripada mereka dengan banyak syarikat Malaysia beroperasi di sana terutama dalam sektor pembinaan.

S: Apa hubungan anda dengan Hamad Al-Wazzan pula? (Hamad merupakan pelabur perbankan dan usahawan berjaya).

JL: Beliau rakan dari Wharton School dan muda beberapa tahun dari saya. Beliau merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Al-Wazzan, kerabat berpengaruh di Kuwait. Bapa saudaranya juga merupakan orang penting di sana dan beliau adalah sahabat saya yang banyak meluangkan masa bersama sekumpulan rakan kami di New York, yang mungkin menjurus kepada artikel di New York Post, dan saya perlu menjelaskan perkara ini.

Saya banyak menghabiskan masa di New York dan mempunyai ramai kawan yang sama-sama menuntut di Wharton, akhirnya bekerja di Wall Street. Dalam pada mengumpulkan dana untuk pelaburan baru kami, kami percaya bahawa ia harus diperluaskan ke Asia Barat dan melihat kepada institusi pelabur di AS. Jadi kami banyak menghabiskan masa di New York.

Memang benar kami semua tinggal dalam satu apartmen, dipanggil Park Imperial. Tetapi tidak, saya tidak menyewa Park Imperial, tapi saya boleh katakan ia apartmen yang cantik. Kami 12 orang semuanya, jadi ia sebuah kediaman besar kira-kira 5,000 kaki persegi.

S: Jelas sekali ia disewa. Siapa yang membayarnya?

JL: Bukan saya atau Hamad. Ada seorang lagi rakan kami yang menyewa apartmen itu.

S: Adakah benar kadar sewanya AS$100,000 sebulan?

JL: Saya tak pasti tetapi saya boleh katakan bahawa saya menyumbang kepada bajet makanan.

S: Nampaknya macam seperti berkongsi rumah dengan rakan-rakan sekolah?

JL: Ya, semua 12 sahabat berkumpul di satu tempat dan meluangkan masa bersama kerana sudah lama tidak bertemu.

S: Semua pelajar Wharton?

JL: Sebahagian dari Wharton, separuh lagi Harrow. Laporan mengenai perbelanjaan mewah itu ditokok tambah. Sewaktu kami di sana, kami menikmati makan malam di restoran yang baik dan mereka semua datang dari keluarga berada, jadi mereka mempunyai kuasa berbelanja lebih. Dan kadang-kala rakan Wall Street menjemput kami menghadiri acara tertentu. Satu majlis yang dilaporkan New York Post merujuk kepada parti pertunangan seorang rakan.

S: Bagaimana perasaan anda apabila anda yang menjadi tumpuan sedangkan rakan-rakan yang lain berjaya mengelak daripadanya?

JL: Itulah paling menarik. Saya rasa mungkin ada kaitan dengan aspek dan gaya perhubungan kerana sebagai rakyat Malaysia, saya datang dari keluarga boleh dikatakan ok tetapi tidaklah sekaya dan sepengaruh orang-orang yang saya habiskan masa bersama yang juga sahabat baik saya. Secara umum, saya merupakan orang perhubungan yang suka menguruskan segala-galanya, justeru nama saya berada di mana-mana.

S: Jadi anda seolah-olah macam 'mangsa' di sini?

JL: Saya takkan kata begitu. Saya orang yang membuat panggilan, tempahan dan sebagainya. Melainkan jika kami pula dijemput rakan-rakan lain, jadi ada orang lain yang menguruskan perkara itu.

S: Adakah kerana mereka kurang teratur dan anda lebih tersusun?

JL: Tidak, saya rasa kerana kebanyakan keluarga mereka terdiri daripada pelabur saya.

S: Jadi dalam hal ini anda sebenarnya menjaga pelabur anda?

JL: Ya. Saya melakukan segala yang perlu. Saya memikirkan hubungan dengan pelabur bukan sekadar menguruskan duit mereka dengan baik. Walaupun bukan bidang tugas saya, tetapi jika sahabat saya kata dia mahu penerbangan segera atau hendak makan di tempat terkenal, saya akan berusaha mendapatkannya.

S: Betulkah bil di (kelab malam) Avenue mencecah AS$160,000?

JL: Saya rasa faktanya ialah ia adalah sebuah parti yang diadakan untuk meraikan pertunangan seorang kawan yang saya diberitahu mencecah kos sehinggaAS$160,000. Jika diserahkan kepada saya, tidak mungkin saya akan membelanjakan wang itu.

S: Jadi bagaimana dengan parti ulang tahun anda di Las Vegas?

JL: Sebenarnya sekumpulan sahabat rapat saya; sesetengahnya juga pelabur yang mengadakan kejutan parti hari jadi yang akan saya ingati sampai bila-bila dan cukup luar biasa. Saya rasa itulah gunanya sahabat akrab. Ia sempena sambutan ulang tahun ke-28 saya November lalu.

S: Adakah mereka menempah seluruh Ceasar's Palace untuk tujuan itu?

JL: Tidak, parti itu diadakan di tepi kolam renang Ceasar's Palace.

S: Adakah anda menghantar champagne Cristal kepada Lindsay Lohan?

JL: Saya fikir ada paten pihak cuba menggambarkan saya sebagai seseorang yang suka memesan champagne secara berlebihan. Tapi saya rasa fakta di sini, mereka perlu sedar bahawa terdapat beberapa majlis khas diadakan dan kebanyakannya bukan dianjurkan oleh saya.

Satu perkara yang saya mahu jelaskan di sini ialah, bukan saya mahupun abang saya yang membelanjakan AS$2 juta di St Tropez untuk berparti. Itu sama sekali 100 peratus tidak benar dari segi fakta. Ramai di antara kami iaitu antara 40 hingga 50 orang yang memesan minuman dan berehat pada malam itu. Bagi saya, kami semua bekerja keras. Sudah tentu, kami mempunyai kelemahan kerana di usia ini, orang akan mengganggap perkara itu sebagai sesuatu yang berlebihan. Pada akhirnya, saya menguruskan wang pelabur dengan cermat. Saya menjana pulangan untuk mereka. Saya bukan seorang yang boros tetapi saya akui saya memang meluangkan masa berehat bersama rakan-rakan.

S: Jadi anda bukanlah lelaki misteri yang disebut-sebut itu?

JL: Saya rasa mungkin saya dikenali sebagai lelaki misteri kerana orang tidak tahu apa-apa tentang saya. Dan saya harap selepas hari ini, ia menjelaskan banyak perkara.

S: Semua publisiti ini, adakah membantu atau menjadi penghalang kepada anda?

JL: Ramai orang bercakap kepada saya tentang ini dan jika ia boleh menjejaskan perniagaan saya ia adalah kerana ramai pelabur saya datang dari negara Islam.

Pertama sekali, perkara paling utama adalah kepercayaan. Jika anda tidak percayakan saya, anda tidak akan percaya saya melabur wang anda. Keduanya, ia adalah fakta yang diperbesar-besarkan. Ketiga, dengan tumpuan media yang besar, walaupun amat mencabar, saya anggap sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Saya mengambil keputusan sudah tiba masanya untuk saya muncul dan jelaskan fakta-fakta ini.

S: Akhbar berbahasa Cina melaporkan, bapa anda menasihati agar anda tidak menonjolkan diri. Adakah benar dia memberi nasihat demikian?

JL: Saya ada bercakap dengan bapa saya berkaitan hal ini dan saya diberitahu bahawa dia tidak bercakap kepada pihak media. Saya rasa mungkin ia dipetik dari perbualan kasual atau silap petikan, saya tak pasti. Tapi saya telah bercakap dengan ibu bapa dan sudah tentu mereka bimbang dengan semua publisiti ini dan bagaimana ia boleh menjejaskan kami semua. Daripada apa yang saya pelajari di sekolah perniagaan, dalam kehidupan, jika kita tidak menyahut cabaran, kita tidak akan menjadi matang. Saya rasa ini pengalaman penting bagi saya untuk meningkatkan diri.

S: Kami ingin bertanya tentang Paris Hilton. Adakah anda berdua sedang bercinta?

JL: Rick dan Kathy Hilton, ibu bapa kepada Paris dan Nicky, merupakan keluarga paling berpengaruh dalam sektor hartanah di luar kawasan Los Angeles dan saya diperkenalkan kepada keluarga ini oleh seorang kawan baik. Saya sebenarnya sudah lama mengenali keluarga Hilton. Begitulah halnya saya mengenali anak-anak mereka. Gadis-gadis itu sedang melancong dengan sekumpulan 40 orang. Kami mempunyai kawan berpengaruh dan berjaya dari Russia, Kazakhstan dan Asia Barat juga. Kami semua dalam kumpulan yang sama dan berkenalan antara satu sama lain.

S: Sewaktu Piala Dunia di Afrika Selatan, adakah benar anda memiliki sebuah bilik korporat di Johannesburg Soccer Citystadium?

JL: Pertama sekali, ada cakap-cakap tentang saya menyewa pesawat dari London ke Afrika Selatan. Untuk menjelaskannya, saya tidak menyewa pesawat sebaliknya berada dalam penerbangan itu dengan lebih 20-30 orang. Sebahagian besar waktu itu saya luangkan masa bersama anak-anak pelabur atau bersama rakan-rakan yang bekerja keras untuk membina perniagaan masing-masing atau mewarisi perniagaan keluarga. Mereka ada gaya hidup yang tertentu dan saya bertuah kerana dapat bersama-sama menikmati gaya hidup mereka itu. Malang sekali, saya pula digambarkan sebagai menjalani gaya hidup berlebih-lebihan.

S: Ini ada satu lagi cerita mengatakan anda sebenarnya tidak minat pada Paris, tetapi Nicky Hilton.

JL: Itu tidak benar dari segi fakta. Saya mengenali teman lelaki Nicky. Dia adalah David Katzenberg, anak kepada salah seorang pengasas Studio Dreamworks.

Oleh WONG CHUN WAI, WONG SAI WAN & LESTER KONG

Layari : Zonfiniti

Pengguna Twitter tertua meninggal dunia

Friday, July 30, 2010 0 Komen

Ivy Bean yang merupakan selebriti di dalam talian kerana menjadi pengguna tertua laman web rangkaian sosial Twitter meninggal dunia semalam pada usia 104 tahun.



Pat Wright, pengurus rumah kebajikan tempat Bean menetaip di Bradford, utara England berkata, war ga emas itu meninggal dunia dengan tenang semalam.

Menurut Wright, Bean dikenali sebagai seorang yang 'merebut pe luang menggunakan teknologi baru dan mencuba apa sahaja'.

Dia menyertai Twitter pada 2008 dan mengumpulkan lebih 56,000 teman pengikut, termasuklah Sarah Brown, isteri kepada bekas Perdana Menteri Gordon Brown.

Sarah Brown semalam membuat 'tweet' yang meluahkan rasa sedih dengan kematian Bean, seorang yang bersemangat besar, lucu dan sangat dihormati sebagai duta senior kepada Twitter.

Kali terakhir Bean membuat tweet ialah pada 6 Julai lalu dengan berkata, masa untuk makan tengah hari dan akan kembali sebentar lagi.

Wright berkata, Bean meninggalkan seorang anak perempuan. - AP
Layari : Zonfiniti

Kumpulan Pop Punk Paramore

Friday, July 30, 2010 0 Komen

Paramore dibarisi oleh lima anak muda di mana vokalisnya diterajui seorang gadis bernama Hayley Williams, Josh Farro (gitaris utama & suara latar), Jeremy Davis (gitar bass), Zac Farro (drum) & Taylor York (gitar rhythm) merupakan sebuah band rock Amerika. Mungkin ramai yang belum cukup mengenali band genre emo, pop punk & alternatif rock ni, namun KLiK pasti jika lagu Decode dimainkan, rata-ratanya akan memberi respons, "Oh... Lagu filem 'Twilight'!" Jom kenali Paramore dengan lebih dekat!

Menurut peminat-peminat Paramore, suara penyanyi berbadan kecil ni merupakan satu daya tarikan tatkala korang mendengar lagu dorang diputarkan. Mana taknya, suara Hayley Williams amat halus namun nyaring sekali. Salah seorang wartawan di Amerika pernah mengatakan yang band dorang ni bukan hanya sebuah band pop punk dengan seorang gadis berambut merah yang bersikap kasar, malah sebenarnya dorang menggambarkan imej yang seiring dengan muzik. Bahkan, ada kalanya dia sedikit dibayangi oleh Avril Lavigne.

Album
Tatkala mendengar lagu "Decode", barulah band Paramore mula dikenali. Populariti yang datang sebenarnya bukanlah kerana lagu single untuk filem "Twilight" sebaliknya band yang dah ditubuhkan pada tahun 2004 ni dah pun pernah bertukar-tukar ahli. Sebelum ni, Jason Bynum, John Hembree & Hunter Lamb merupakan ahli asal. Album pertama Paramore berjudul "All We Know Is Falling" (2005), "Riot!" (2007) & "Brand New Eyes" (2009) kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga Paramore banyak mendapat pengiktirafan & penghargaan. Nak dinyatakan memang banyak tapi yang terbaru, Paramore mendapat anugerah "Best Alternative" dari "2009 MTV Latin Music Awards". Tahun ni je, Paramore turut dicalonkan sebagai "Favourite Rock Band" oleh "36th Peoples's Choice Awards" & "Best Song Written For Motion Picture" oleh "2010 Grammy Awards".

Pengaruh
Jiwa yang masih muda menampakkan kejujuran Paramore dalam pembawaan lagu. Sebuah artikel di dalam majalah Alternative Press menulis, album pertama Paramore yang berjudul "All We Know Is Falling" amat lebih pada formula pop punk dengan penyampaian suara yang sempurna. Kombinasi kedua-duanya mencipta sebuah album pop rock & punk yang murni. Album kedua yang berjudul "Riot!" dikatakan mengeksplorasi pelbagai gaya namun ia tetap tak lari jauh dari imej & muzik asal Paramore.

Teater Short Eyes

Friday, July 30, 2010 0 Komen

Nam Ron tampil dengan karya terbaru berjudul Short Eyes.

Ia diambil dari karya penulis berasal dari Puerto Rico, Miguel Pinero yang berkisar mengenai kehidupan banduan di sebuah penjara di Amerika Syarikat yang datang dari pelbagai latar belakang dan warna kulit tetapi memegang status sama sebagai penjenayah.

Mereka bersikap prejudis terhadap seorang banduan kulit putih yang terbabit di dalam kes fidofilia yang bernama Clark Davis. Pelbagai konflik timbul apabila Davis ditempatkan di penjara berkenaan.

Teater yang akan dipentaskan dari 4 sehingga 8 Ogos itu menampilkan Nam Ron dan Fared Ayam atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin, sebagai pengarah. Sekali lagi Rumah Anak Teater (RAT) memilih PJ Live Arts Centre sebagai lokasi pementasan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

Nam Ron berkata, mereka kini selesa dengan PJ Live Arts kerana tidak wujud karenah birokrasi seperti yang pernah dilalui ketika pementasan Tanda. Walaupun mungkin kedengaran seperti sebuah lokasi yang mempunyai standard tersendiri bagi sesetengah orang, tetapi mereka tiada pilihan kerana PJ Live Arts memberikan potongan sebanyak 50 peratus untuk menyewa tempat berkenaan.

“Apabila kita menghantar kertas cadangan kepada PJ Live Arts mengenai projek terbaru kami, mereka bersetuju malah sanggup memberi potongan sehingga 50 peratus. Kami ambil atas dasar itu kerana RAT tiada pembiayaan. Semuanya ditanggung oleh kami sendiri, oleh itu kami tidak mahu mempersia-siakan peluang itu.

“Memang kami ada menyimpan hasrat untuk buat pementasan di tempat lain seperti di Lambang Sari, Istana Budaya tetapi selalunya tiada kekosongan. Memandangkan PJ Live Arts sudah memberikan laluan kepada kami, jadi kami tidak mahu melepaskannya. Lagipun lokasi lain selalunya terlalu banyak birokrasi apabila kami mahu memakai tempat mereka dan kami sendiri juga tak mahu insiden dulu daripada berulang,” katanya.

Antara pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Amirul Affendi, Tayanithi, Khairundazwan Rodzy, Khairil Ridzuan, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta dan Xavier Fong.

Walaupun mengambil karya luar untuk pementasan ini, Fared Ayam memberi jaminan penonton akan memahami jalan ceritanya kerana dia sedaya upaya mengolah skrip dan kisah berkenaan bersesuaian dengan gaya tontonan penonton tempatan.

Katanya, dia jatuh cinta kepada karya Pinero kerana kisah mengenai kehidupan banduan yang sedang melalui hukuman di penjara tidak pernah dipapar oleh pengkarya tempatan. Biarpun karyanya agak serius, Fared cuba mengolahnya menjadi sebuah cerita yang mudah difahami.

“Saya mengambil kira-kira dua minggu untuk menterjemah secara langsung dari novel Pinero dan sebulan pula lagi diperuntukkan untuk menterjemah dengan lebih sempurna bagi disesuaikan dengan gaya bahasa di sini. Ada bahagian yang saya tambah bagi mencantikkan lagi cerita ini serta bagi menyesuaikan dengan gaya hidup masyarakat di sini.

“Isu yang dimainkan di dalam Short Eyes mungkin berat tetapi dia ada graf pecahan. Ada elemen komedi dan ada juga unsur pertelingkahan tetapi boleh menimbulkan kelucuan. Mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini memang serius tetapi cara disampaikan tidaklah begitu,” kata Fared.

Short Eyes akan dipentaskan pada 5 hingga 7 Ogos jam 8.30 malam dan pada 8 Ogos pula jam 3 petang tiket berharga RM30 dewasa dan RM15 bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya. Sementara itu pada 4 Ogos jam 8.30 malam pula tiket hanya berharga RM15.

Mereka yang ingin menyaksikan atau membuat tempahan untuk pementasan ini boleh emelkan kepada rumahanakteater@gmail.com.

Layari : Zonfiniti

Gambar Annahita Bakavoli - Datuk Saiful Baha

Friday, July 30, 2010 0 Komen


Bekas Dewi Remaja 2002/2003, Annahita Bakavoli, 28 tahun,  selamat menamatkan zaman bujangnya bersama Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44 tahun, pada 11 Julai lalu.

Majlis akad nikah itu berlangsung selepas solat Asar di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Dalam majlis tersebut Annahita menerima mas kahwin RM 2 ribu dan wang hantaran RM21.212.21.

Gambar kredit: MW

Layari : Zonfiniti

Poster Gambar Zack sebagai Putera Duyung Aridinata

Friday, July 30, 2010 0 Komen


Poster gambar pin up Mangga Zachery sebagai Putera Duyung Aridinata. Zack adalah hero di samping heroin Fasha Sandha (Cleo) dalam drama bersiri Duyung Aridinata.


Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Suratan - Zamani

Friday, July 30, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Suratan - Zamani



Segar di ingatan
sejarah luka yg berlaku
terpahat kenangan
cerita cinta ku padamu
tiada duanya
biar berjuta tidak sama
indahnya cintamu
setulus budi mu pada ku

Telah ku terima
suratan takdir yg esa
cinta manusia
suka dan duka di tangan nya
sedalam renungan
moga terjawab persoalan
apakah salah ku
di mana silap mu

Sudah lumrah kehidupan
tidak lepas kesalahan
cinta yang menjadi korban...kesilapan

Saat yg silih berlalu
masa tak akan kembali
semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang
segala kesilapan ku
tidak terniat sekali melukai dirimu
ku pohonkan doa
semoga kau berbahagia
tempoh hidup ini
jalanan berduri
nama mu biarkan abadi...di sini

Muda-mudahan bersama
keadaan yang berbeza
di alam cinta yang kekal....selamanya

Hubungan Ayu Raudhah - Zaquan direstui

Friday, July 30, 2010 0 Komen

Ayu Raudhah mengesahkan keluarga kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,22, merestui hubungan mereka termasuk membenarkan hasrat pasangan itu untuk berumah tangga.

Ayu berkata dia gembira kerana keluarga kekasihnya itu bersedia menerimanya sebagai menantu

"Alhamdulilah setakat ini semuanya berjalan lancar. Saya beberapa kali menziarahi keluarga dia dan mereka menerima saya dengan baik. Malah mereka langsung tidak menghalang untuk kami meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius.

"Begitu juga keluarga saya, mereka sentiasa menyokong pilihan yang saya buat. Mereka juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Zaquan," katanya.

Jelas Ayu lagi, perancangan untuk mengikat tali pertunangan sudah pun difikirkan dalam masa terdekat ini tetapi kerana kekangan masa, mereka terpaksa menangguhkannya pada tahun hadapan.

"Perancangan awal memang dalam tahun ini, tapi dia sibuk dengan latihan di luar negara dan saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi kami terpaksa menunda dari tarikh yang sepatutnya,” katanya.

Bagaimanapun kata Ayu, dia ada membuat beberapa persiapan sementara menanti tahun hadapan mengikut apa yang mampu.

"Setakat ini sudah 30 peratus persiapan dibuat termasuklah memilih baju yang hendak dipakai pada majlis pertunangan nanti," kata Ayu.

Dalam pada itu, Ayu yang sibuk dengan penggambaran telefilem Nurfansuri untuk siaran Ramadan ini memberitahu rahsia dia mengekalkan hubungan cinta mereka ialah dengan sentiasa berhubung.

"Memang saya aku sukar untuk mencari masa keluar bersama kadang-kadang sebulan sekali baru kami dapat berjumpa. Tapi apa juga yang terjadi saya tetap percayakan dia," katanya .

Ketika ditanya adakah akan mengikut jejak langkah kakaknya aktres Rozita Che Wan yang mahu bersara dalam bidang lakonan, Ayu memberitahu perkara itu belum difikirkan.

"Sekarang saya mahu berlakon sepuas-puasnya sebab selepas bergelar isteri nanti belum tahu lagi sama ada boleh berlakon atau tidak," katanya.

Selain Zaquan, kembarnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan turut memilih artis sebagai isteri.

Bagaimanapun perkahwinan rahsia di antara Aidil Zafuan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar itu pada mulanya mendapat halangan daripada keluarga lelaki.

Sumber: Mstar

Layari : Zonfiniti

Kristen Stewart pelajari tarian lucah

Friday, July 30, 2010 0 Komen

Kristen Stewart semakin mahir menari tarian lucah yang sedang dipelajarinya.

Dia juga dikhabarkan berani menunjukkan aksi tarian tersebut kepada kekasihnya Robert Pattinson.

Menurut sumber majalah OK! Kristen Stewart yang digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan aktor tampan Robert Pattinson sedang berusaha mengikuti kelas tarian lucah untuk filem terbarunya 'Welcome to the Rileys'.

Dalam filem tersebut, Kristen akan melakonkan watak seorang pelacur dan penari lucah.

"Kristen tidak hanya menguasai tarian tersebut, tapi dia juga mahir dalam menggerakan bahagian-bahagian tubuhnya yang seksi," kata seorang sumber, yang dipetik dari Showbizspy.

Pelakon yang memeggang watak Bella Swank dalam filem Twilight ini mengatakan, dia berasa sangat seksi ketika menggerak dan memutar tubuhnya seiring dengan irama yang beralun dalam tarian tersebut.

Tarian seksinya ini juga sudah ditunjukkan di hadapan Robert Pattinson.

"Dari dulu saya sudah terfikir Kristen adalah wanita paling seksi di dunia. Pertama kali melihatnya menari tarian itu, saya merasakan seperti lelaki paling beruntung di dunia," kata Robert Pattinson.

Zedonk haiwan kacukan zebra, keldai

Thursday, July 29, 2010 0 Komen



Seekor haiwan dikenali sebagai zedonk, hasil kacukan zebra jantan dan keldai betina yang dilahirkan kira-kira seminggu lalu berjaya menarik perhatian ramai di Pusat Pemeliharaan Hidupan liar Chestatee, di sini.

Anak zebra itu mempunyai jalur-jalur hitam yang jelas kelihatan pada bahagian kaki dan mukanya.

Pengasas dan pengurus besar pusat pemeliharaan itu, C.W. Wathen berkata, anak zebra itu mempunyai naluri yang cenderung kepada zebra dan lebih suka duduk daripada berbaring, seolah-olah berwaspada dengan musuh.

Kebiasaannya keldai dan zebra tidak mengawan, namun kelahiran zedonk merupakan sesuatu yang muncul sekali-sekala.

Wathen berkata, dalam masa lebih kurang dua minggu, zedonk itu dijangka akan mula merayau di pusat pemeliharaan berkenaan bersama-sama dengan haiwan-haiwan yang lain. - AP


Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Si Dia - Rafeah Buang

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Si Dia - Rafeah Buang

Si dia
Janji berpadu ku berikan
Jangan janji keliru yang jadi
Kenangan

Si dia
Wajahnya umpama rembulan
Yang memancar sinar gemilang
Di alam

Bila
Bulan mengambang di pantai
Ombak
Berderai

Dengan
Itu juga lara datang
Menyerang
Kalbuku

Si dia
Wajahmu tak dapat kulupa
Mungkin kalau ada jodoh kita
Tak ke mana

Si dia
Wajahmu tak dapat kulupa
Mungkin kalau ada jodoh kita
Tak kemana

Lirik Lagu Pemergianmu - Inteam

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Pemergianmu - Inteam

(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Lirik Lagu Mana Oh Mana - Aizat

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Mana Oh Mana - Aizat


Tiada yang sempurna di dunia
Terjatuh panjatlah semula
Tetapi apa gunanya
Jika tiada akhirnya

Ucaplah seindah indahnya
Tapi kelak akan berubah
Nampak ke arah bahagia
Itu semua di dunia

Aku berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali

Korus
Mana oh mana perginya cinta
Masih kau ingatkah
Saat-saat indah
Mana oh mana perginya rasa
Tuk bermesra dan bicara
Katakanlah mimpi ku kau dan aku
Ubah demi masa

Lama tak ku terbuka
Lelah lidah ku berkata
Apakah ini hakikatnya
Di pengakhiran cerita

Kita berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali

(Ulang korus)

Nyatakan mimpiku
Ubah demi masa

Lirik Lagu Putera Duyung (OST Duyong Aridinata)

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Putera Duyung (OST Duyong Aridinata) - Zack X-Factor


Setingginya gunung sedalam lautan
Demi cinta kan ku daki ku selam
Harus ku jagamu siang dan malam
Mencintaimu menyayangi mu
Untuk selamanya

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdirkan untuk bersama

Korus
Aku putera duyung menanti cintamu
Akan ku bawamu ke alam ku
Aku putera duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu

Di bumi yang indah aku berada
Menjelma jadi manusia
Mencari teman sehati sejiwa
Untukku jadikan ratuku

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdir untuk bersama

Aku putera duyung menanti cintamu
Akan ku bawa mu ke alam ku
Aku putera duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu

Lirik Lagu Putera Duyung (OST Duyong Aridinata) - Zack X-Factor

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Putera Duyung (OST Duyung Aridinata) - Zack X-Factor


Setingginya gunung sedalam lautan
Demi cinta kan ku daki ku selam
Harus ku jagamu siang dan malam
Mencintaimu menyayangi mu
Untuk selamanya

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdirkan untuk bersama

Korus
Aku putera duyung menanti cintamu
Akan ku bawamu ke alam ku
Aku putera duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu

Di bumi yang indah aku berada
Menjelma jadi manusia
Mencari teman sehati sejiwa
Untukku jadikan ratuku

Sudikah terima cintaku ini
Walau berbeda namun aku percaya
Kita ditakdir untuk bersama

Aku putera duyung menanti cintamu
Akan ku bawa mu ke alam ku
Aku putera duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu


Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Ku Ukir Indah Namamu - 7 Pelangi

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Ku Ukir Indah Namamu - 7 Pelangi

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku
Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita

Abadi untukmu
Yang ku ukir indah namamu

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Biodata Ainul Aishah

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Biodata Ainul Aishah



NAMA PANGGILAN: Ain/Ainul
LAHIR: 16 April 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKANN: Ijazah Creative Multimedia (Advertising), Multimedia Universiti (MMU)
PENCAPAIAN KERJAYA: Finalis Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia Ke-20
KERJAYA: Pelakon dan model
FILEM: Nana Tanjung 2, Otai, Nana Tanjung 2 dan Skrip 7707
DRAMA: Bong
IKLAN: Hotlink, Maxis, Magie, Bursa Malaysia dan iTalk TM

Anjoulie Lavocah aka Zarina Ann Julie

Thursday, July 29, 2010 0 Komen

Gambar pose menarik dan seksi Anjoulie Lavocah aka Zarina Ann Julie dalam FHM Ogos 2010.

anjoulie lavocah


gambar zarina ann julie anjoulie lavocah

anjoulie lavocah


anjoulie lavocah


Layari : Zonfiniti

Kisah Ariel dan Luna Maya menikah di pusat tahanan tidak benar

Wednesday, July 28, 2010 0 Komen

Kisah Ariel dan Luna Maya menikah di pusat tahanan Ibu Pejabat Polis di sini tersebar luas.
Namun, sama ada benar atau tidak khabar angin itu, polis berkata, mereka tidak membenarkan pasangan itu melangsungkan pernikanan dalam lokap.



“Laporan itu tidak benar. Jika mereka mahu menikah, di sini bukan tempatnya. “Mereka boleh melakukannya di luar saja,” kata Ketua Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis, Marwoto Soeto ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya semalam.

Menurutnya, tumpuan terhadap bekas penyanyi utama kumpulan Peterpan itu ketika ini ialah kes video lucahnya.

“Fokus Ariel ialah menunggu perbicaraan berhubung video seksnya dengan Luna dan Cut Tari.

“Kami berharap tidak ada khabar angin mengenai pernikahannya dengan Luna,” kata Marwoto.

Mengenai Reza Rizaldi atau RJ yang dituduh menjadi orang bertanggungjawab memuat naikkan video itu dan menyebarkannya di Internet, beliau berkata, dia akan mula disoal siasat.

Menurutnya, RJ sudah dibawa ke ibu pejabat polis setelah ditahan beberapa hari di balai polis Jakarta Selatan. - Agensi


Layari : Zonfiniti

Peningkatan Bunuh Diri di Singapura

Wednesday, July 28, 2010 0 Komen

Jumlah kematian akibat bunuh diri di republik ini meningkat tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi.

Seramai 401 rakyat republik itu membunuh diri sepanjang tahun lalu berbanding 364 pada 2008.

Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan semalam oleh Samaritan Singapura (SOS), talian bantuan yang bertujuan menghalang tindakan membunuh diri, kadar itu naik daripada 8.76 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2008 kepada 9.35 tahun lalu ketika Singapura berdepan dengan kemelesetan ekonomi paling buruk.

Yang lebih membimbangkan, statistik itu menunjukkan kadar membunuh diri di kalangan remaja juga semakin meningkat.

Jumlah mereka yang membunuh diri di kalangan penduduk berusia 10 hingga 19 tahun mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh enam tahun pada 2009.

Seramai 19 remaja membunuh diri sepanjang 2009, peningkatan sebanyak 58 peratus berbanding 12 kes pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan statistik 1991 hingga sekarang, kadar tinggi bunuh diri di kalangan remaja di Singapura berlaku pada 1998, 2001 dan 2009, semuanya mempunyai hubungan dengan ketidakstabilan ekonomi.

Ketika krisis kewangan Asia pada 1998, jumlah remaja membunuh diri meningkat kepada 22 daripada 14 pada tahun sebelumnya.

Pembunuhan diri di kalangan remaja Singapura mencatatkan kadar paling tinggi pada 2001, juga ketika ekonomi merudum. - Agensi

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Sekelip Mata One Buck Short

Wednesday, July 28, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Sekelip Mata One Buck Short


Sudah lama
Ku suka duka
Tanpa arah
Abaikan masa

Sukahati ku menjalani hidup
Tiada halangan terbang terbangan

(Masa kan tiba oh sekelip mata)

Tibalah masa ku jatuh
Kerana apa?
Duniaku gelap gelita

Korus
Awanan biru, aku masih tak layak
Masuk duniamu, milik ku banyak dosa

Kejutkan ku kembali semula

(Masa kan tiba oh sekelip mata)

Tibalah masa ku jatuh
Kerana apa?
Hatiku mengata

(korus)
Awanan biru, aku masih tak layak
Masuk duniamu, milik ku banyak dosa
Maafkan aku, hidupku masih palsu
Maafkan segala-galanya, masaku sudah tiba

Maafkan aku (maafkan aku) ampunilah aku
Maafkan aku (maafkan aku) ampunilah aku

Sekelip mata

Gambar Paris Hilton - Jutawan Malaysia

Wednesday, July 28, 2010 0 Komen

Paris Hilton

Paris Hilton dan Jutawan Malaysia





Jutawan misteri yang bersama Paris Hilton dikenali sebagai Taek Jho Low. Mereka dilihat berhibur bersama dalam satu majlis dan kelihatan sangat mesra. Gambar ini sudah tersebar di internet dalam blog-blog hiburan dan gossip.

Sumber gambar: URL


Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Kekanda Adinda Monoloque & Atilia

Wednesday, July 28, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Kekanda Adinda Monoloque & Atilia


Oh Kekanda, jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu?
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya?

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Lihat video di sini

Biodata Remy Ishak

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Biodata Remy Ishak



NAMA SEBENAR: Mohammad Zalimei Ishak
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
ASAL: Masjid Tanah, Melaka
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KERJAYA: Pelakon
DRAMA: Nur Kasih, Arjuna
FILEM: Anak Halal, Evolusi KL Drift 2, Cun, Nur Kasih The Movie
TEATER: Natrah

Lirik Asyik Berlari - Cheerita Band

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Lirik Asyik Berlari - Cheerita Band

Jauh perjalanan ku,....
Dari awan mendung,....
Ke cahya biru,....
Masalah yang timbul,....
Mengusutkan ku dan memeningkanku,....

Korus*
Lariku,....
Dari semua pancaroba,....
Lariku,....
Dari segala masalah yang ada,....
Jauh ku merantau,....
Mencari ketenangan yang tiada,....
Ingin ku menghilang,....
Tak bisa kerna ku hanya mampu berlari,....

Korus*
Lariku,....
Dari semua pancaroba,....
Lariku,....
Dari segala masalah yang ada,....

Lyric:Cheer-Rita Band....
Music:Cheer-Rita Band

Gambar isteri Allahyarham Achik dan anak-anak

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Pemergian Abdillah Murad Md. Shari atau Achik pada 19 April lalu masih lagi dirasai oleh isterinya H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha.


Hari ini genap seratus hari Allahyarham Achik pergi meninggalkan kita.



Achik meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan maut di KM14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban ketika dalam perjalanan pulang selepas menjadi hos rancangan Gah 1 di RTM.




Kehilangan tempat bergantung pastinya meninggalkan kesan dalam hidup Tasha yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka Putri Salfiah,2, dan Putri Nursumaiyyah,10 bulan, seorang diri.

Semoga roh allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah.

Layari : Zonfiniti

Biodata /Profil Tiz Zaqyah

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Biodata /Profil Tiz Zaqyah


NAMA PENUH: Tiz Zaqyah Abdul Razak
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan ceria
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KARIER: Pelakon
MULA BERLAKON: 2006
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
FILEM: Nur Kasih
WATAK IMPIAN: Seram, psiko dan gila

Yassin Senario Ditahan Kes Dadah Lagi

Monday, July 26, 2010 0 Komen


Yassin Yahya  ditahan polis lagi kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.


Yassin Senario ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Gretha – Saatnya Weekend Lirik

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Gretha – Saatnya Weekend Lirik

Pulang, ini saatnya weekend
Bersama denganku
Ingat, it’s time to have a holiday
Berdua denganmu

Hari ini, kau pergi, aku rela
Besok dan lusa, kau pergi lagi, aku pun rela
Jelajahi duniamu arungi mimpimu
Karna itu, untuk kita, untuk kita nanti

Pulang, ini saatnya weekend
Bersama denganku
Ingat, it’s time to have a holiday
Berdua denganmu

Pulang, ini saatnya weekend
Bersama denganku
Ingat, it’s time to have a holiday
Berdua denganmu

Hari ini, kau pergi, aku rela
Besok dan lusa, kau pergi lagi, aku pun rela

Aku di sini dengan duniaku
Melakukan sesuatu untuk kita

Pulang, ini saatnya weekend
Bersama denganku
Ingat, it’s time to have a holiday
Berdua denganmu

Pulang, ini saatnya weekend
Bersama denganku
Ingat, it’s time to have a holiday
Berdua denganmu

Pulang, ini saatnya weekend
Bersama denganku
Ingat, it’s time to have a holiday
Berdua denganmu

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Ya Rasulullah Fazan feat Tompi

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Ya Rasulullah Fazan feat Tompi

Ya Habibi…
Ya Rasulullah…
Ya Habibi…

Ya Rasulullah salamun alaik
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani waddaroji

Ya Rasulullah salamun alaik
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani waddaroji

Engkau cahaya di dalam hidup
Di dalam hidup
Di dalam hidup
Di dalam hidup ya habibi

Ya Rasulullah salamun alaik
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani waddaroji

Engkau mentari yang menyinari
Sungguh syahdunya
Sungguh syahdunya
Sungguh syahdunya ya habibi

Ya Rasulullah salamun alaik
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani waddaroji

Ya Habibi…
Ya Habibi…
Ya Habibi…

Engkau penunjuk jalan bahagi
Sejukkan hati
Sejukkan hati
Sejukkan hati ya habibi

Ya Rasulullah salamun alaik
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani waddaroji

Engkau rembulan digelap malam
Sungguh rindunya
Sungguh rindunya
Sungguh rindunya ya habibi

Ya Rasulullah salamun alaik
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani
Ya rofi’assyani waddaroji


Layari : Zonfiniti

Kalysa - Senyum Lirik

Monday, July 26, 2010 0 Komen


Lirik Lagu Kalysa - Senyum

Kau dan aku
berteman sejak dulu lagi
Dari usia dini
hingga dewasa kini
Bersama kita
harungi dunia
Tanpa ada secebis hati yang terluka

Tawaku adalah tawamu
Tangismu adalah tangisku
Genggam erat tanganku
Pastikan wajah tetap tersenyum

Meskipun kau lelah
aku sentiasa ada
Usah kau bimbang
wahai sahabatku
kita akan tetap
tetap bersama
Melewati batas waktu yang begitu padat

Lagu:Aryan
Lirik:Aryan

Lirik Lagu Senyum - Kalysa

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Kalysa - Senyum Lirik

Kau dan aku
berteman sejak dulu lagi
Dari usia dini
hingga dewasa kini
Bersama kita
harungi dunia
Tanpa ada secebis hati yang terluka

Tawaku adalah tawamu
Tangismu adalah tangisku
Genggam erat tanganku
Pastikan wajah tetap tersenyum

Meskipun kau lelah
aku sentiasa ada
Usah kau bimbang
wahai sahabatku
kita akan tetap
tetap bersama
Melewati batas waktu yang begitu padat

Lagu:Aryan
Lirik:Aryan

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Harum - Roze

Monday, July 26, 2010 0 Komen

Harum - Roze
Lirik Lagu Harum - Roze

Kau membangkitkan naluri
Penuhi rongga
Kehadiranmu pasti
Menembusi jiwa

Bagaikan irama
Atau buahan segar
Kau terangkan gelita
Cahaya sebenar

Namun ku terlewat
Singgahanmu sebentar
Aku ingin mendapat
Nikmat yang terbesar

Ku idamkan lagi
Kau yang ku kasihi
Kau haruman mimpi
Yang lama ku cari

Chorus
Wajahmu bak manisan
Bibir menawan
Belum pun ku cuba
Tapi dicerita

Matamu cahaya
Suara mu irama
Cintamu wangian
Terus berkekalan
(Terus berkekalan, terus berkekalan)

Kau membangkitkan naluri
Penuhi rongga
Kehadiranmu pasti
Menembusi jiwa

Namun ku terlewat
Singgahanmu sebentar
Aku ingin mendapat
Nikmat yang terbesar

Ku idamkan lagi
Kau yang ku kasihi
Kau haruman mimpi
Yang lama ku cari

Cintamu harum………

Composed by: Imran Ajmain/ Alif Abdullah
Written by: Shah Shamshiri
Arranged by: Rafikoncept
Produced by Imran Ajmain

Lirik Lagu Amnesia - Gigi

Saturday, July 24, 2010 0 Komen

Gigi – Amnesia Lirik

Berbuat baik jika kau dilihat orang
Berkata halus jika kau didengar orang
Menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan
Dzolimi orang pun selalu dilakukan

Kadang kau beramal
Kadang kau memfitnah
Padahal Tuhan selalu melihat

Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia

Berbuat baik jika kau dilihat orang
Berkata halus jika kau didengar orang
Menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan
Dzolimi orang pun selalu dilakukan

Kadang kau beramal
Kadang kau memfitnah
Padahal Tuhan selalu melihat

Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Usah Kau Lara Sendiri Katon Bagaskara ft Ruth Sahanaya

Saturday, July 24, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Usah Kau Lara Sendiri Katon Bagaskara ft Ruth Sahanaya

Kulihat Mendung Menghalangi Pancaran Wajahmu
Tak Terbiasa Kudapati Terdiam Mendura
Apa Gerangan Bergemuruh Di Ruang Benakmu
Sekilas Galau Mata Ingin Berbagi Cerita

Kudatang Sahabat Bagi Jiwa Saat Bathin Merintih
Usah Kau Lara Sendiri Masih Ada Asa Tersisa

Letakkanlah Tanganmu Di Atas Bahuku
Biar Terbagi Beban itu dan Tegar Dirimu
Di Depan Samar Cahya Kecil Tuk Memandu
Tak Hilang Arah Kita Berjalan Menghadapinya

Sekali Sempat Kau Mengeluh Kuatkah Bertahan
Satu Persatu Jalinan Kawan Berajak Menjauh
Kudatang Sahabat Bagi Jiwa Saat Bathin Merintih
Usah Kau Lara Sendiri Masih Ada Asa Tersisa

Tak Hilang Arah Kita Berjalan Menghadapinya
Usah Kau Simpan Lara Sendiri

10 pemain remaja termahal

Saturday, July 24, 2010 0 Komen

Connor Wickham adalah bakat terbaru pemain remaja yang menyebabkan kelab Liga Perdana Inggeris berlumba-lumba untuk mendapatkan tandatangannya.
Dua pencabar Utara London, Arsenal dan Tottenham Hotspur sudah bersedia untuk bersaing sesama sendiri dalam usaha untuk memikat bintang harapan Ipswich Town itu, dengan bayaran sekitar £7 juta (RM34 juta) sudah dicanangkan.

Namun di mana letaknya Wickham dalam senarai 10 pemain remaja paling mahal pernah dibeli dalam pasaran bola sepak Inggeris?


1) Wayne Rooney: Everton ke Manchester United - £27 juta (RM132 juta)
Ingat namanya: Wayne Rooney. Pengurus United, Alex Ferguson tidak menunggu lama untuk menyambar pemain itu dengan bayaran £27 juta selepas dia menyinar buat England pada kejohanan Euro 2004. Dia hanya berusia 18 tahun ketika itu dan sudah bermain dua musim bersama pasukan utama Everton. Walaupun kurang menyerlah pada Piala Dunia, dia tetap muncul pemain utama United sejak beberapa musim lalu dan membantu kelab itu memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah.

2) Anderson: Porto ke Manchester United - £18 juta (RM88 juta)
Agak mengagumkan melihat pemain tengah Brazil, yang kurang menyinar dalam kariernya di Old Trafford, lebih mahal daripada Ronaldo, tetapi ia benar. Bekas pemain Porto itu menyebabkan Ferguson terpaksa mengeluarkan belanja besar £18 juta apabila membelinya pada 2007 ketika dia berusia 19 tahun. Sering kali dikaitkan dengan penghijrahan dari United tetapi tidak mungkin mereka boleh mendapatkan kembali wang daripada perjanjian terdahulu.

3) Cristiano Ronaldo: Sporting Lisbon ke Manchester United - £12 juta (RM58 juta)
Kedua-dua Liverpool dan Arsenal cuba memancingnya tetapi Manchester United akhirnya mendapatkan tandatangannya pada 2003 selepas dia bermain menentang Red Devils pada satu perlawanan persahabatan pra-musim. Pemain Ferguson menggesa bosnya untuk mendapatkan khidmatnya dengan bayaran £12 juta ketika Ronnie hanya berusia 18 tahun. Ia satu perniagaan yang berbaloi kerana United berjaya mendapat £80 juta (RM384 juta) tahun lalu selepas enam tahun menabur bakti.

4) Theo Walcott: Southampton ke Arsenal - £9 juta (RM43 juta)

Pemain sayap pantas itu adalah teman sebilik Gareth Bale apabila kedua-dua pemain itu berada di akademi remaja Southampton, tetapi memilih untuk bermain di Utara London apabila dia meninggalkan Saints. Walcott menyertai Arsenal pada 2006 dalam perpindahan membabitkan banyak wang ketika hanya berusia 16 tahun, tetapi dia mungkin boleh memilih sama ada Manchester United, Tottenham, Chelsea atau Liverpool. Mencuri tumpuan apabila pengurus England, Sven-Goran Eriksson membawanya ke Piala Dunia 2006, tetapi dia gagal bermain sebarang perlawanan di Jerman dan kemudian digugurkan daripada skuad Fabio Capello ke Afrika Selatan 2010. Dia baru berusia 21 tahun.

5) Gareth Bale: Southampton ke Tottenham - £5m (RM24 juta) (meningkat ke £10 - RM48 juta)
Pertahanan muda Wales mula menyerlah di Southampton pada 2006, pantas mengambil posisi pertahanan kiri dalam pasukan itu dan muncul sebagai pakar sepakan percuma. Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmatnya, tetapi Bale memilih untuk berhijrah ke London dan menandatangani kontrak bersama Tottenham pada 2007, ketika berusia 17 tahun, dengan bayaran asal £5 juta. Bermula buruk dalam kariernya bersama Spurs kerana mereka tidak pernah memenangi sebarang perlawanan Liga Perdana apabila dia memulakan perlawanan - rekod yang berlarutan hingga 24 perlawanan. Lebih menarik, pembabitannya dalam kemenangan liga tidak hadir hingga lebih dua tahun selepas dia menyertai kelab itu. Kini sudah berjaya mengelakkan badi itu dan bertindak hebat pada hujung musim lalu.

6) Fabian Delph: Leeds United ke Aston Villa - £6 juta (RM29 juta)
Aston Villa mengatasi saingan sengit daripada beberapa kelab Liga Perdana termasuk Tottenham dan Manchester City untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun itu pada 2009. Bekas pemain tengah Leeds itu hanya beraksi lapan perlawanan buat Villa musim lalu tetapi dilihat sebagai pemain harapan oleh Martin O'Neill. Seorang yang percayakan fenomena paranormal, Delph keluar daripada hotelnya hanya 40 minit selepas menandatangani kontrak dengan Villa, mendakwa ia berhantu dan banyak barang bergerak dalam biliknya.

7) Glen Johnson: West Ham ke Chelsea - £6 juta (RM29 juta)
Pertahanan kanan yang berusia 18 tahun ketika itu, hanya tampil dalam 15 perlawanan pasukan utama buat West Ham sebelum Chelsea membelinya pada 203 menjadikannya pemain pertama yang dibeli di bawah era Roman Abramovich di Stamford Bridge. Masih memegang rekod sebagai pemain remaja paling mahal pernah dibeli Chelsea, tetapi Jose Mourinho tidak meminatinya dan dia terpaksa berpindah ke Portsmouth selepas bergelut untuk beraksi dalam pasukan utama.

8) Robbie Keane: Wolverhampton ke Coventry - £6 juta (RM29 juta)
Wolverhampton Wanderers meminta wang besar terhadap penyerang berbangsa Irish mereka dan Coventry membayarnya. £6 juta adalah rekod bagi pemain remaja apabila Sky Blues membawanya ke Highfield Road pada 1999 ketika dia hanya berusia 19 tahun. Ia ternyata menjadi pelaburan berguna buat kelab itu apabila dia berhijrah ke Inter Milan tahun berikutnya dengan bayaran £13 juta (RM62 juta).

9) Aaron Ramsey: Cardiff ke Arsenal - £5 juta (RM24 juta)
Pemain berbakat luar biasa Wales berusia 17 tahun itu menjadi buruan Manchester United dan Everton, namun bintang harapan Cardiff City itu akhirnya memilih Arsenal, mengikat kontrak dengan Gunners pada 2008.

10) James Milner: Leeds ke Newcastle United - £5 juta (RM24 juta)
Produk akademi Leeds United, Milner yang berusia 18 tahun ketika itu dijual ke Newcastle United pada 2004 apabila kelab Elland Road itu menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Kemudian berhijrah ke Aston Villa dengan harga £12 juta (RM58 juta)

Susunan Hamdan Saaid



Layari : Zonfiniti

Kenchana Devi trauma dipukau Pak Arab

Saturday, July 24, 2010 0 Komen

Siapa tahu di sebalik senyuman dan tawa, pelakon komedi, Kenchana Devi, setiap kali muncul di kaca TV, rupanya terselit kejadian yang sangat mendukacitakan.

Insiden dipukau oleh tiga warga Arab baru-baru ini ternyata memberikan kesan kepadanya kerana sehingga hari ini dia berasa trauma untuk keluar rumah.

“Sebelum ini saya hanya mendengar keluhan cerita kawan-kawan dan membaca berita berkaitan kejadian pukau ini tetapi bila sudah terjadi pada diri sendiri, barulah saya tahu betapa seksanya.

“Semasa kejadian itu, saya berada di restoran makanan segera yang terletak di sebuah stesen minyak di Ampang. Ketika itu, saya sudah nampak ada tiga orang Arab, tapi tidak pula menyangka akan berlaku perkara buruk.

“Tapi tiba-tiba air kopi saya menjadi sejuk. Masa itu saya rasa tak sedap hati dan teringat petua orang bahawa itu adalah petanda buruk dan sewaktu itu jugalah beg tangan dan semua barang berharga saya hilang,” katanya yang kerugian hampir RM8,000, termasuk tiga telefon bimbit.

Menurut pelakon sitkom Puteri ini, ada juga beberapa pelanggan yang berada di restoran itu turut melihat kejadian itu namun mereka tidak dapat membantu kerana turut sama dipukau.

“Selepas menyedari saya dipukau, saya cuba mengejar pencuri itu dengan bantuan sebuah lori, tapi tak berjaya. Sudahnya, saya membuat laporan polis dan atas kerjasama mereka, beg tangan saya ditemui di Cheras. Tapi barang berharga semua dah lesap, ” katanya dengan nada terkilan.

Dalam pada itu, Kenchana turut bercerita tentang kejadian misteri yang terkandung di sebalik rakaman litar tertutup di restoran itu. Menurut Kenchana, wajah ketiga-tiga pencuri itu ternyata berbeza daripada yang dilihatnya ketika kejadian.

“Daripada rakaman litar tertutup itu, saya kelihatan tak tentu arah dan ternyata saya memang dipukau. Sampai sekarang, saya masih trauma dengan kejadian ini. Tapi apa pun yang sudah berlaku, saya bersyukur kerana saya selamat,” katanya yang kini lebih berhati-hati.

Layari : Zonfiniti

Daphine Iking ingin lupa kisah lalu

Friday, July 23, 2010 0 Komen


Tidak lama dulu kisah kontroversi rumah tangga model, pengacara dan pelakon jelita ini pernah mendapat liputan meluas media dan hampir saban hari menjadi bualan masyarakat.

Namun, kini segalanya sudah berakhir bagi pemilik nama Daphne Eleanor atau lebih dikenali sebagai Daphine Iking, yang kini dilihat semakin selesa dengan kehidupan barunya. Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking Chong, ini juga dilihat tabah menghadapi semua dugaan yang pernah singgah dalam hidupnya.

Bagi Daphine, apa yang berlaku sebelum ini banyak mengajarnya tentang erti kehidupan dan membuatkannya lebih matang. Tidak mahu terus dibelenggu dengan masa lalu, pengacara yang popular dengan program Explorace dan Breakfast Show ini lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan karier seninya.

"Sudah lumrah dunia, banyak yang akan berlaku apabila sudah menjalani kehidupan sendiri. Pada awalnya memang ia memberi tekanan, tapi saya tidak seharusnya berdiam diri.

“Sekarang saya mula melibatkan diri dengan melakukan banyak aktiviti berkaitan dengan kerja amal. Dalam masa yang sama sebagai selebriti dapat juga membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran program Drive.

Bercerita lebih lanjut tentang kerja-kerja amal yang pernah dilakukannya, Daphine memberitahu, selain pernah membantu anak-anak yatim untuk beberapa buah rumah kebajikan, dia juga cuba membantu meringankan beban orang-orang miskin dengan menghadiahkan mereka makanan.

Daphine berkata, dia pernah membeli hampir 200 bungkus makanan untuk diberikan kepada mereka yang kurang upaya di sekitar Jalan Chow Kit. Melihat kegembiraan di wajah mereka yang menerima sumbangan itu, sudah cukup membuatkan hatinya berasa gembira.

Bagi Daphine, kerja-kerja murni seperti itu kini sudah menjadi sebahagian daripada agenda hidupnya. Namun, dalam misinya untuk membantu golongan ini, ada juga rakan-rakannya membantah kerana khuatir keselamatannya terancam.

“Mereka menganggap saya membuat kerja bahaya kerana ada sebilangan daripada golongan ini adalah penagih dadah. Memang ada pengalaman berdepan dengan mereka. Tapi sebaik saya tiba, mereka lari kerana menyangka saya polis. Peristiwa itu memang saya tak dapat lupakan, tapi syukurlah setakat ini, tidak ada peristiwa buruk yang berlaku.

“Saya sikit pun tidak merasa janggal untuk melakukan perkara sebegini malah amat gembira kerana sikit-sebanyak dapat mengutip pengalaman baru. Malah saya turut mendedahkan aktiviti seperti ini kepada anak saya (Isobel Daniella Iking-Chong). Saya ingin menunjukkan kepadanya bahawa kerja amal dapat memberikan manfaat,” katanya yang bakal menjayakan program mengumpul dana bagi membantu Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah.

Layari : Zonfiniti

Program Menarik Ramadhan di Astro

Friday, July 23, 2010 0 Komen

Astro terus mengekalkan tradisi menyediakan pelbagai program terbaik sepanjang Ramadhan bermula dengan Sinema Sahur dan diakhiri dengan siaran langsung solat sunat Terawikh dari Masjid Nabawi di Madinah.

Bukan sekadar hiburan semata, ilmu agama dan nilai kemanusiaan diterapkan untuk memupuk ikatan sesama manusia di bulan yang mulia.

ASTRO OASIS :

Geng Surau, Para Pencari Tuhan, Flag Of Truth, Tadarus Al-Quran dan Terawih dari Masjid Nabawi.

ASTRO PRIMA

Qalesya, Merisik Khabar, Isteri Buat Ayahku, Mee Janda, Burger Layan Diri, Teh Tarik Kurang Manis dan Anak Rintih.



Terkono dan Alang Menanti Malang (ASTRO WARNA) Suara Generasi (ASTRO AWANI), Ninja Boy Nintama (ASTRO CERIA), Sinema Sahur (30 filem setiap hari) (ASTRO CITRA) dan Uniknya Ramadhan...Shahir (ASTRO RIA).

Layari : Zonfiniti

Gambar Farah Diana Bertudung

Friday, July 23, 2010 1 Komen

Farah Diana

Farah Diana Anuar, 24, kini selesa bertudung.

Penampilan bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 2 (AF2) kini bertudung ketika mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 sejak 11 Julai lalu.


Farah Diana Bertudung

"Memang inilah imej saya sekarang dan semoga ia akan berkekalan.

"Saya sudah mengambil keputusan untuk bertudung apabila muncul di khalayak umum. Peralihan ini tidak didorong oleh mana-mana pihak atau sengaja dirancang, sebaliknya atas kehendak dan kemahuan diri saya sendiri.

"Semuanya berlaku secara kebetulan. Saya membuat keputusan untuk bertudung sehari sebelum sambutan Israk dan Mikraj, baru-baru ini. Kebetulan pula pada hari itu, saya terbabit dengan program NLKO. Memang saya sendiri tidak sangka semuanya berlaku secara kebetulan.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu ayah yang saya mahu bertudung selepas pulang daripada penggambaran program Rasa Halal Orient di Kemboja tahun lalu.

"Ketika di Kemboja, saya melihat dan melalui pengalaman yang amat berharga terutama kanak-kanak kecil yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.

"Cukup terharu saya melihat kanak-kanak itu mampu menghafal al-Quran dalam suasana serba kekurangan. Kehidupan mereka sangat daif dan bergantung harap kepada bantuan orang ramai.

"Sebenarnya, dari kecil lagi saya sudah dilatih keluarga kalau ke mana-mana tempat yang memerlukan saya memakai tudung, saya akan pakai tudung. Saya sudah biasa bertudung, jadi saya tiada masalah untuk terus kekal bertudung, malah rasa lebih selesa pula," jelas Farah.

Tambahnya, memang ramai di kalangan kru dan penerbitan NLKO ketika itu terkejut dengan penampilannya, malah ramai memberi galakan.

Begitu juga keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerjaya seninya.

Bercerita mengenai aktiviti seni, Farah yang pernah popular dengan lagu Antara 2 mengakui karier dalam bidang pengacaraan agak sibuk berbanding nyanyian.

Begitupun ia tidak bermakna dia sudah meninggalkan terus bidang seni suara.

Sebaliknya, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan menjayakan persembahan nyanyian.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang pengacaraan sekarang semakin bertambah. Begitupun, tidak bermakna saya melupakan bidang nyanyian. Mungkin ramai yang tidak tahu saya masih menyanyi kerana kerap menjayakan persembahan pada majlis tertentu.

"Buat masa ini, pembabitan sebagai pengacara dalam NLKO hanya pada Jumaat jam 8 hingga 10 pagi dan kadang kala Sabtu dan Ahad pada waktu yang sama.

"Saya akui sekarang banyak fokus kepada pengacaraan. Tugas sebagai pengacaraan juga bukan mudah. Banyak perkara dan isu semasa yang perlu diketahui.

"Tugas pengacara program itu juga menuntut pengorbanan yang tinggi. Saya terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk ke Sri Pentas kerana menetap di Putrajaya. Apatah lagi mengendalikan program yang disiarkan secara langsung bersama pengacara berpengalaman seperti Aziz Desa.

"Saya berasa bertuah kerana diberi peluang bergandingan dengan Abang Aziz. Sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menimba pengalaman dalam bidang pengacaraan daripada mereka yang mahir," katanya.

Berbicara mengenai album, Farah yang dibantu ahli keluarga di bawah pengurusan dan syarikat sendiri, Farah Diana Entertainment pernah tampil bersama album sulung, Antara 2 dan diikuti album kedua, Fantasia yang berada di pasaran beberapa hari sebelum penutupan syarikat Maestro Talent pertengahan tahun lalu.

Dia juga tidak pernah serik untuk menghasilkan album pada masa akan datang, malah dalam perancangan mencari beberapa single baru.

Ditanya mengenai desas-desus Farah dijangka menamatkan zaman solo tidak lama lagi, dia enggan mengulas lanjut. Begitupun dia mengakui berkawan dengan seseorang yang dianggapnya istimewa.

"Memang saya sedang berkawan dengan seseorang yang di luar dari bidang seni. Soalan lanjut mengenai individu itu biarlah dirahsiakan dahulu. Apabila tiba masa yang kelak saya pasti akan memaklumkan mengenainya. Soal jodoh saya hanya berserah kepada Tuhan," katanya.

PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PROFESION: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Rasa Halal Orient di Astro Oasis musim 1 hingga 5, Generasi Asli @ 1Malaysia, Nasi Lemak Kopi O di TV9
ALBUM: Antara Dua, Fantasia
DRAMA: Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH05


Layari : Zonfiniti

Biodata Farah Diana Anuar

Friday, July 23, 2010 0 Komen

Biodata Farah Diana Anuar

NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PROFESION: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Rasa Halal Orient di Astro Oasis musim 1 hingga 5, Generasi Asli @ 1Malaysia, Nasi Lemak Kopi O di TV9
ALBUM: Antara Dua, Fantasia
DRAMA: Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH05

Gambar Mesra Fasha Sandha dan Jejai (We Love Fasha Sandha)

Friday, July 23, 2010 0 Komen






Gambar Fasha Sandha dan Jejai yang semakin hari semakin mesra. Moga bertemu jodoh.

Layari : Zonfiniti

5 Hackers Sensasi dan Terhebat Dunia

Friday, July 23, 2010 1 Komen

1 - Jonathan James
James adalah seorang hackers muda yang berusia 16 tahun berasal dari Amerika dihukum kerana kesalahnnya didalam cunia cyber.Dia telah dihukum kerana telah menceroboh (hack) jabatan pertahanan Amerika.


Selain itu,James juga telah berjaya mencuri software NASA yang dianggarkan beharga $1.7 juta dollar AS. Akibat dari perbuatan James,NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya.

Akibatnya,James telah dihukum tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.James sekarang sudah berada dijalan yang benar dan telah diberi kepercayaan untuk handle sebuah perusahaan keamanan di dalam bidang komputer.

2 - Adrian Lamo
Andrian merupakan seorang hackers yang telah menceroboh New York Times untuk mendapatkan info personal dan beberapa security number dan turut menceroboh Microsoft.

Akhirnya dia didenda $65.000 dollar US atas kesalahnnya.Tetapi sekarang dia telah menjadi pengacara di beberapa acara seminar yang dianjurkan.

3 - Kevin Mitnick
Korang kenal ke dengan Kebin Mitnick nih?ok untuk pengetahuan semua,dia adalah leganda yang betul2 mantap antara hackers2 yang wujud kat dunia ni.

Antara perbuatan dan kesalahan yang telah dilakukan Kevin adalah :
-Menggunakan Los Angeles bus transfer system untuk mendapatkan maklumat.
-Dia juga telah berjaya mengaburi FBI atas setiap kesalahan yang dilakukannya.
-Kevin juga turut hack DEC system (Digital Equipment Corporation)untuk mendapatkan administrator positon dalam satu komputer IBM untuk berjudi.
-Bukan setakat sistem DEC yang dihack Kevin,dia juga dapat hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems,Fujitsu Siemens systems dan banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa yang dilakukan Kevin.

Kevin telah ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang menjejaki (tracking)melalui rangkaian HP’ yang dibawa Kevin ketika itu.dia sudah insaf dan telah menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pengacara.

4 - Kevin Poulsen
Dikenali sebagai Dark Dante dan dia antara hackers yang berjaya hacking database FBI.Selain tu,dia jua telah berjaya menghack seluruh lines phone station kerana Memang kemahiran dia menghack phone lines.(hebat gila)

Dan kini dia telah menjadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penyamaran sex melalui profile Myspace.

5 - Robert Tappan Moris
Robert yang berasal dari Jerman telah menamakan komputernya sebagai FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer).Dia telah lama berkecipung didalam dunia hackers sejak tahun 1985-1988.

Dia telah berjaya hacking beberapa sistem militer AS dan turut menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hackannya dijual ke KGB (Agen Rahsia Uni Soviet).

Pada tahun 1988,dia telah dikesan dan ditangkap.Menurut info,dia telah membakar tubuhnya sendiri, namun siapa tahu ini merupakan konspirasi tinggi antara US dan Soviet pada perang dingin itu.

Layari : Zonfiniti

Cerita Lawak - Kisah Seorang Negro Yang Haus

Friday, July 23, 2010 0 Komen

Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir.

Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu jadi...............

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


....MANGKUK TANDAS WANITA...!!!

kredit : nurazizul.blogspot.com

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Pangeran Cinta - ST12

Friday, July 23, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Pangeran Cinta - ST12

Biarkan aku malam ini
Sejenak tuk menghayalmu
Aku tlah lama menunggu
Tuk esok bisa bertemu

Biarkan aku malam ini
Mimpikan indah dirimu
Terlena ku dibuatmu
Terlena ku bersamamu

Indahnya aku malam ini
Ingat pertama ku bertemu
Kini ku telah menyedari
Aku telah jatuh cinta

Akulah sang pangeran cintamu
Yang bisa membuatmu hidup
Biarkan aku selalu
Memandang wajahmu
Puaskan diriku

Akulah sang pangeran cintamu
Yang bisa membuatmu hidup
Biarkan aku selalu
Melihat senyummu
Menambah hasratku lagi

Lirik Lagu Aku Padamu - ST12

Friday, July 23, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Aku Padamu - ST12

Ku mencintaimu
Sepenuh hatiku
Cintaku malam ini saying
Begitu indah

I’m still in love with you
I’m crazy over you

Cintaku tulus padamu
Lagi lagi lagi lagi
Sayang ku jujur padamu
Lagi lagi lagi lagi

Biarkanlah saja semua berkata tidak
Yang penting aku padamu

Biarkan ku menjaga mu
Biarkan ku memelukmu
Biarkan ku menggapaimu
Biarkan menyentuhmu

Lirik Lagu Terlalu - ST12

Friday, July 23, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Terlalu - ST12

Aku terasa mati ditinggalkan kekasih
Tak pernah terpikir ini bias terjadi
Aku terasa pilu saat kau berlalu
Hilang semua kisah cinta dalam hatiku

Cintaku padamu tlah setinggi langit
Namun kau tak merasakan
Sayangku padamu kan ku ingat slalu
Biarku bawa sendiri

Aku tak bisa menahan langkah kakimu
Aku tak bisa menahan kepergianmu
Kamu terlalu… telah dengan yang lain untuk hidup mu nanti

Aku tak bisa menahan air mataku
Aku tak bisa menahan kesedihan ku
Aku telah hancur
Hilang semua mimpiku

Aku tak bisa menahan kepedihan ku
Aku tak bisa menahan air mataku
Aku telah hancur
Hilang semua mimpiku


Layari : Zonfiniti

(Gambar) Kaki Katak Dalam Mee Goreng

Thursday, July 22, 2010 0 Komen

Gambar Pelik


Kaki katak dalam sepinggan mee goreng.. Eeeee!! Gelinya.

Layari : Zonfiniti

Gambar Pelik Tapi Benar

Thursday, July 22, 2010 0 Komen


Makan bersama kucing...peliknya!

Layari : Zonfiniti

 

ZONFINITI