Aiesya Academy tawar kursus kemahiran belia di Melaka,yuran serendah RM100

Tuesday, July 02, 2013

Golongan belia di Melaka berpeluang mengubah kehidupan dengan mengusahakan perniagaan sendiri menerusi kursus kemahiran yang ditawarkan Aiesya Academy.

Pengasasnya, Aisya Zulaikha Has Tuah, berkata sebanyak 30 kursus ditawarkan dengan bayaran serendah RM100 sebulan tanpa mengira peringkat usia dan jantina.

Akademi yang mula dibuka awal Mei 2013 kini mempunyai seramai 30 peserta terdiri daripada golongan bekerja dan pelajar.

"Di akademi ini saya menawarkan kursus tidak berasaskan pengajian atas kertas semata-mata, tetapi memberi pengetahuan kemahiran serta pengalaman amat berguna kepada peserta.Apabila tamat kursus mereka bakal mempunyai kekuatan dan keyakinan sendiri dalam mengendalikan perniagaan masing-masing.Saya juga menawarkan peluang perniagaan dengan membantu menyalurkan bantuan kelengkapan perniagaan kepada mereka yang sudah tamat kursus dan mereka perlu mencari lokasi sesuai," katanya.

Antara kursus ditawarkan ialah teknik solekan, dandanan rambut, rawatan muka, pelansingan badan, rawatan urutan badan, gubahan bunga, gubahan hantaran dan pemasangan pelamin. Selain itu, kursus jahitan manik, jahitan pakaian, masakan, keusahawanan, rawatan kuku, refleksologi, fotografi, videografi, pengucapan awam dan bahasa Cina.

Katanya, beliau turut mempunyai empat rakan kongsi bagi menguruskan akademi iaitu Azrin Ibrahim, 43; Siti Hajar Zakariah, 24; Siti Aisyah Mahyuddin, 23, dan Siti Waheeda Salman, 22.

"Saya mempunyai sasaran untuk melahirkan seramai mungkin lepasan akademi yang berjaya menjadi usahawan termasuk golongan muda.

"Kalau boleh di setiap negeri di negara ini saya mahu lahirkan peserta yang berjaya mempunyai perniagaan sendiri berdasarkan kursus yang mereka ikuti di Aiesya Academy," katanya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus yang ditawarkan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 06-3122562, 019-5903310 dan 013-4643586 atau emel kepada aiesyaacademy@gmail.com.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI