Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kpd penjawat awam sempena Hari Raya

Thursday, July 25, 2013

Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan sambutan Aidilfitri tahun ini kepada penjawat awam dalam kelompok Gred 1- Gred 54.

Manakala, bagi 660,000 pesara kerajaan, mereka turut menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 sebagai menghargai jasa golongan berkenaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan di sini, semalam berkata pembayaran kedua-dua bantuan itu dibuat pada 31 Julai ini. Menurutnya, pembayaran bantuan penjawat awam membabitkan peruntukan RM670 juta, manakala bagi pesara kerajaan, ia membabitkan RM165 juta.

Dalam pada itu, Najib berkata, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.

“Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang diterima hari ini, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13,” katanya.

Menurutnya, langkah itu susulan penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini membabitkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

“Faedah ini diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini,” katanya.

Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI