Bayi tergigit puting ditikam ibu 90 kali

Saturday, July 13, 2013

Kasihan nasib baik yang tak bersalah dan tak mengerti apa-apa...

Gara-gara bayinya tergigit puting payu daranya ketika dia menyusukan anaknya itu, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan cedera akibat ditikam sebanyak 90 kali oleh ibunya sendiri dengan gunting.

Bayi tersebut bernasib baik kerana masih hidup dan terpaksa menerima 100 jahitan kebanyakan di bahagian muka.

Kejadian itu berlaku di Xuzhou, wilayah timur China, Jiangsu, di mana Xiao Bao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya yang menyara hidup dengan menjual barangan terbuang.

Ketika kejadian seorang daripada bapa saudara Bao menemui bayi itu terbaring dalam keadaan berlumuran darah tidak jauh dari tempat tinggal mereka dan bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Ibu mangsa kemudian mengakui dia menikam anaknya itu menggunakan gunting kerana bayi tersebut telah menggigit puting payu daranya ketika menyusukannya.

Jiran mangsa mendesak kerajaan tempatan menjaga bayi berkenaan, namun pihak berkuasa tidak dapat berbuat demikian, kerana pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak dan bayi terbabit masih boleh dijaga oleh dua bapa saudaranya. - AGENSI

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI