Etiqa Takaful dapat anugerah Institusi Takaful Terbaik

Friday, July 12, 2013

Etiqa Takaful Bhd menerima anugerah Institusi Takaful Terbaik pada Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2013 yang berprestij di sini baru-baru ini.

Anugerah itu adalah pengiktirafan kecemerlangan di dalam sektor kewangan global yang paling pesat berkembang di Asia.

"Memenangi anugerah ini adalah satu lagi bukti mengenai sejauh mana Etiqa Takaful telah mengembangkan kekuatan kewangannya di dalam industri itu." "Kami berbangga dengan apa yang telah kami capai sejak sekian lama dan akan terus berusaha ke arah mencapai pencapaian pertumbuhan yang Lebih besar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful, Ahmad Rizlan Azman dalam satu kenyataan.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pengarang The Asset, Daniel Yu.

Etiqa Takaful berupaya mendapat empat anugerah tahun ini, di mana dua daripadanya diterima dari International Takaful Summit di Cairo, awal tahun ini.

- BERNAMA

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI