Belayar bersama Aznil Nawawi - Star Cruises Superstar Libra

Monday, July 01, 2013

Belayar bersama Aznil Nawawi 10 November 2013

Datuk Aznil Nawawi dipilih oleh Malaysian Harmony Travel & Tours untuk program belayar bersama personaliti popular dengan menaiki Star Cruises Superstar Libra dari Pulau Pinang, Phuket dan Krabi, Thailand yang dijadualkan pada 10 November 2013.

Berkonsepkan percutian Muslim, peminat yang ingin bercuti di atas kapal mewah bersama Aznil itu hanya perlu membayar harga kira-kira RM1,099 seorang.



"Bila disapa oleh Malaysian Harmony Travel & Tours untuk menjayakan promosi pakej percutian Muslim, saya fikir mengapa tidak lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang Star Cruises Superstar Libra baru saja menerima status sijil Halal oleh JAKIM menerusi restoran Spices. Saya pula belum pernah seumur hidup menaiki kapal persiaran ini dan pertama kali berlayar, Alhamdulillah saya dapat menikmati keseronokan belayar di atas kapal" katanya.

Ditanya apakah antara agenda yang ingin difokuskan bersama-sama peminat nanti, Aznil menjangkakan yang percutian itu nanti bersifat kekeluargaan kerana peminatnya terdiri dari pelbagai peringkat umur.

"Kalau ada golongan ibu yang mahu ikut, anaknya juga pasti akan mahu ikut sama, mungkin suami juga tidak mahu ketinggalan. Saya dah bayangkan meriahnya percutian itu nanti.

"Saya juga sudah merancang untuk mengaturkan program khusus untuk kanak- kanak, remaja dan orang dewasa," katanya yang sengaja memilih November kerana ingin turut meraikan ulang tahun kelahirannya.

Untuk pertanyaan dan membuat tempahan boleh hubungi MHTT di talian 03- 2142 9266 atau e-mel kepada muslim@mysharmony.com.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI