Gugur nama Memey gara-gara kes khalwat

Friday, November 14, 2008


Dah lama Cik Normah tak tulis mengenai pelakon kontroversi Memey yang kini belum keluar lagi daripada 'gua' persembunyiannya. Kenapa Memey tak berani keluar buat kenyataan, takut ke dik? Kenapa tak hubungi Cik Normah pun wahai Memey, kan Cik Normah dah cakap sebelum ini sanggup mengatur pertemuan Memey dengan rakan media yang lain. Tetapi kalau Memey tak sudi, Cik Normah tak boleh berkata apa-apalah.

Bagaimanapun Cik Normah simpati jugalah dengan nasib Memey sebab gara-gara kisah kontroversi yang melandanya ekoran penangkapan khalwat dengan Norman Hakim banyak perkara yang membabitkan kerjaya lakonannya tersekat.

Sebagai contoh drama Issandra yang menggandingkan Memey dan Yatt akhirnya digantikan dengan pelakon Eira Syazira. Iyalah, Cik Normah faham dengan pihak produksi yang kena akur dengan syarat stesen TV.

Ada juga angin sepoi-sepoi bahasa yang singgah kat telinga cantik Cik Normah ini sebuah drama di sebuah stesen TV yang mana Memey juga berlakon walaupun bukan watak utama tidak disiarkan sebab tertentu. Kalau betullah Cik Normah dengar, kasihan pula kepada pelakon utama yang tak sabar menanti siarannya.

Mungkin juga ini pengajaran paling besar untuk dipelajari Memey. Cik Normah kurang pasti apakah yang bakal terjadi kepada kerjaya seni Memey yang baru saja nak bermula namun terbantut rentetan kisah hitam itu.

Ia satu cermin terbaik untuk artis baru seperti Memey untuk sentiasa beringat dan sentiasa berwaspada dalam setiap tingkah dan bicara. Cik Normah sendiri diperhatikan ramai orang, tapi bukan bermaksud nak mendabik dada, Cik Normah kena sentiasa menjaga diri hias peribadi.

Oleh Normah Becok
Berita Harian, Jumaat, 14 November 2008

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI