Rusdi Ramli nikah Sharon Paul

Monday, November 17, 2008


Setelah 15 tahun menduda akhirnya pelakon popular Rusdi Ramli, 38, memilih seorang komposer, Sharon Anne Paul Abdullah, 32, sebagai isteri.

Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana yang cukup santai dan sederhana di banglo galeri Creative Element di Seksyen 2 di sini malam ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhd. Sujak Dasuki sambil disaksikan oleh ayah Rusdi, Ramli Ismail, 67, pukul 9.25 malam.

Dengan sekali lafaz, Rusdi Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Boy sah menjadi suami kepada Sharon yang lebih dikenali sebagai Sharon Paul. Kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih rekaan Calvin Thoo (Sharon) dan Semendarasa (Rusdi Ramli).

Dihadiri hampir 300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan taulan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800, senaskah al-Quran, sirih junjung beserta sebentuk cincin.

Menurut Pelakon Filem Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-20 ini, tiada kata-kata yang mampu dilafazkan selain memanjatkan rasa syukur atas perkahwinan keduanya itu.

"Saya sangat gembira dengan perkahwinan ini dan berharap ia berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah tersebut.

Menyingkap bibit-bibit percintaan pasangan tersebut bermula sekitar tahun lalu ketika kedua-duanya terlibat dalam pembikinan runut bunyi filem Waris Jari Hantu.

Seperti pasangan pengantin baru yang lain, Rusdi dan Sharon berhasrat untuk berbulan madu di sebuah pulau di luar negara.

Sejurus selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut terus diraikan pada majlis resepsi bertemakan warna serba putih.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI