Melukut Tepian Gantang kisah wanita teraniaya

Wednesday, December 17, 2008

Wajah dan penampilan pelakon muda yang sedang meningkat, Eira Syazira sering kali menghiasi drama tontonan ramai dengan membawakan watak gadis remaja seusianya. Namun terbaru, pelakon ini muncul dengan membawakan watak wanita bertudung yang teraniaya akibat perbuatan suami sendiri menerusi drama menarik berjudul Melukut Tepian Gantang yang disiarkan dalam Galeri Famili di TV2, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang.

Melukut Tepian Gantang terbitan Televisyen Airtime Services ini selain dibintangi Eira Syazira, turut menyenaraikan Esma Danial, Aznah Hamid, Raja Azrey, Fetty Dzul, Kamarool Yusof, Dian P Ramlee dan Kuswadinata.

Drama 26 episod ini mengisahkan seorang gadis bernama Nabila yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik di sekolahnya. Farid yang menyukai Nabila berasa kecewa kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran bersama-sama Nabila disebabkan gagal dalam peperiksaannya.

Kejayaan Nabila menyambung pelajaran ke universiti tidak langsung menggembirakan hati Farid kerana dia berasakan hubungannya dengan Nabila semakin renggang. Farid cuba ditenteramkan ibunya, Azizah yang menasihatkan Farid agar tidak terus mengharap kasih kepada yang tidak pasti.

Dalam masa yang sama, Hisham, seorang penuntut sering bermimpi wajah Nabila meskipun dia tidak pernah mengenali atau melihatnya. Walaupun dinafikan Kamal dan mengatakan itu hanyalah mainan tidur, Hisham tetap percaya yang mimpinya itu akan menjadi kenyataan dan berusaha menjejaki Nabila melalui sekeping gambar yang dilukisnya. Ikuti kesudahan cerita menarik ini dalam slot Galeri Famili di TV2, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI