"Saya dan Abby tiada hubungan cinta,'' kata pelakon baru, Zulkifli Ariffin yang menepis desas-desus menyatakan dia kini merupakan teman lelaki aktres yang baru bergelar janda, Abby Abadi.
Zulkifli, 22, juga berkata: "Saya (hanya) bekerja dengannya."
Pelakon kacak itu dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini bersama Abby ketika prosiding penceraian Abby dengan bekas suaminya, Norman Hakim kelmarin.
Kata Zulkifli, hubungannya dengan Abby, 32, hanya sekadar teman dan rakan sekerja.
"Semalam ramai yang tertanya-tanya tujuan saya datang ke prosiding cerai Abby. Bagi saya, perkara ini tidak ada apa-apa pun untuk dihebohkan.
"Bukan saya seorang sahaja datang. Kawan-kawan Abby yang lain pun datang memberi sokongan kepadanya. Sama juga seperti mereka, saya hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.
"Perlu diingat, saya bekerja dengannya dan dibayar untuk membantu Abby menguruskan hal-hal berkaitan dengan penggambaran drama. Tidak ada salahnya kalau saya berada di mahkamah pada waktu itu,'' katanya kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! semalam melaporkan tindakan Zulkifli yang menemani Abby pada prosiding perceraiannya dengan Norman di mahkamah tersebut telah menimbulkan tanda tanya tentang bentuk hubungan mereka.
Zulkifli, pendatang baru dalam siri drama Gerak Khas, sebelum ini dikaitkan antara punca keretakan rumah tangga Abby dan Norman. Pelakon kacak itu bakal menggantikan Norman dalam drama kepolisan bersiri itu bermula Januari ini.
Abby akan digandingkan dengan Zulkifli sebagai pasangan barunya dalam drama bersiri itu. Abby juga pernah memberitahu bahawa Zulkifli hanya kawan dan tidak ada apa-apa yang istimewa antara mereka.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Zul perjelas gosip hubungan cinta dengan Abby
Entri Lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment