Aidil-Rita Rudaini nikah di Thailand
Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak berkata anaknya itu sudah bernikah dengan pelakon, Rita Rudaini, Februari lalu tanpa pengetahuannya.
Abdul Razak Salim berkata, keluarganya amat terkejut dan kesal dengan pernikahan yang disembunyikan itu yang didakwanya berlangsung di Thailand pada 23 Februari lalu.
Beliau berkata, rahsia itu terbongkar apabila anak perempuannya yang juga anak sulungnya mendakwa bahawa perkara itu diberitahu Aidil sendiri, Ahad lalu.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan perkara itu, di sini, petang ini.
Abdul Razak berkata, mereka setakat ini gagal menghubungi Aidil untuk mendapatkan pengesahannya.
Aidil - Rita Rudaini nikah di Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Komen:
inilah penangan "DEMI CINTAKU PADAMU"!
dibius cinta la tu....
Post a Comment