Sarung tangan Jacko dijual RM173,000

Wednesday, September 09, 2009

Sepasang sarung tangan putih dipakai penyanyi Michael Jackson atau Jacko dijual dalam satu lelongan dengan harga A$57,600 (RM173,000) di Australia kelmarin, hampir dua kali ganda berbanding yang dijangka pembida, kata rumah lelongan terbabit.

Sarung tangan putih dihiasi batu permata itu adalah tanda pengenalan penyanyi Amerika Syarikat itu dan menurut rumah lelongan Bonhams and Goodman, ini adalah sarung tangan pertama Jackson dijual sejak Raja Pop itu meninggal dunia Jun lalu ketika berusia 50 tahun.

Sarung tangan putih yang dijual di sini kelmarin dipakai Jackson ketika berada di Sydney pada 1996, pada hari beliau berkahwin dengan Debbie Rowe, ibu dua anak pertamanya, kata rumah lelongan itu.

Selepas perang bidaan antara pengumpul di Australia dan Amerika, ia dibeli Warwick Stone bagi pihak Hard Rock Hotel and Casino di Las Vegas.

"Banyak pihak berminat seminggu sebelum ia dijual. Kami masih terkejut dengan harganya," kata Charlotte Stanes dari rumah lelongan.

Pada November 1996, Jackson berada di Sydney ketika jelajah HIStory dan menghadiri satu tayangan perdana filem Ghosts di sana yang dibintanginya. Terdahulu pada hari itu, penyanyi itu mengahwini Rowe. � Reuters

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI