10 bintang paling membazir

Tuesday, November 24, 2009




Jika dilihat kepada konsepnya, memang tiada yang salah pada filem Land of the Lost - jalan cerita menarik, plot yang baik dan pelakon terkenal.

Masalahnya, filem itu gagal menarik minat penonton dan pelaburan kira-kira RM340 juta terbuang begitu saja apabila hanya RM227 juta dipungut hasil jualan tiket di seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, Pengerusi Universal Studio Marc Shmuger dan David Linde dipecat walaupun kontrak mereka bersama syarikat itu hanya berakhir pada 2013.

Sebaliknya, Land of the Lost membantu bintang utamanya, Will Ferrell, memperoleh laba besar.


Hasil semakan majalah Forbes mendapati, Ferrell adalah pelakon menerima lebihan bayaran tertinggi pada tahun ini.

Terbukti nama Ferrell bukan taruhan pasti untuk menjana keuntungan bagi sesebuah filem seperti pernah dilakukannya melalui Elf (RM748 juta) dan Talladega Nights (RM550.8 juta).

Tahun lalu, filem lakonan Ferrell, Semi-Pro hanya memperoleh RM146.2 juta.
Ferrell memang diketahui menuntut bayaran besar bagi setiap lakonannya - kebanyakan dalam genre komedi.

Bagi setiap AS$1 (RM3.40) dibayar kepada Ferrell, filemnya mendapat pulangan purata AS$3.29 (RM11.19) berbanding Shia LaBeouf AS$160 (RM544).
LaBeouf pula disenarai sebagai pelakon paling berbaloi dibayar penerbit.

Pelakon kedua paling gagal selepas Ferrell adalah Ewan McGregor.
Aktor Scotland itu banyak dikenali sebagai pelakon aksi, menjayakan Trainspotting dan Star Wars.

Walaupun perolehannya tidak setinggi sesetengah aktor popular lain, filem terbaru McGregor gagal menyinar seperti sepatutnya menjadikan dia sebagai pelaburan merugikan untuk penerbit.

Bagi setiap RM3.40 bayaran kepada McGregor, filemnya hanya memperoleh pendapatan purata RM12.75.

Untuk menyiapkan senarai itu, Forbes mengkaji 100 pelakon paling popular di Hollywood dan setiap seorang mestilah membintangi filem sejak lima tahun lalu dan sekurang-kurangnya tiga daripada filem itu ditayangkan di 500 pawagam.

Filem animasi tidak disenaraikan kerana pelakon sekadar menggunakan suara, malah bayaran dikeluarkan lebih rendah.


1. Will Ferrell

Kejayaan filem komedi seperti Elf dan Talladega Nights. melonjakkan nama Ferrell di persada seni. Bagaimanapun, kini dia dianggap aktor paling tidak berbaloi digaji berdasarkan kegagalan filemnya, Land of the Lost.

Bagi setiap RM3.40 dibayar kepadanya, penerbit filem hanya memperoleh pulangan kira-kira RM11.16.


2. Ewan McGregor

Walaupun muncul sebagai Obi-Wan Kenobi dalam tiga siri filem Star Wars, McGregor bukanlah aktor yang mendapat bayaran lumayan.

Malangnya, upah rendah gagal menghalang McGregor diletak di tempat kedua berdasarkan kegagalan beberapa filem terbarunya.

Bagi setiap RM3.40 dibelanjakan kepada McGregor, penerbit hanya mendapat pulangan RM12.75


3. Billy Bob Thornton

Seperti McGregor, Thornton adalah seorang daripada aktor mendapat bayaran murah dalam senarai Forbes. Filemnya juga tidak bernasib baik. Mr Woodcock (terbitan 2007) hanya memperoleh pulangan RM115.6 juta. Filem Astronaut Farmer pula menjana hanya Rm37.4 juta.

Bagi setiap RM3.40 dibelanjakan untuk Thornton, penerbit hanya mendapat pulangan purata RMRM13.60.


4. Eddie Murphy

Untuk seketika, Murphy sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada mana-mana penerbit filem bajet sederhana. Bagi lakonannya dalam Dr Doolittle dan The Nutty Professor, penerbit mendapat pulangan RM1 bilion.

Namun, akhir-akhir ini keajaiban Murphy semakin pudar.

Bagi setiap RM3.40 belanja dibayar untuk Murphy, penerbit hanya mendapat pulangan kira-kira RM15.


5. Ice Cube

Bintang hip-hop ini menjadikan lakonan sebagai kerjaya kedua melalui filem seperti Are We There Yet? dan Barbershop. Mengikut standard Hollywood, dia beri bayaran sederhana, tetapi lakonan terbarunya tidak begitu berjaya.

The Longshots, misalnya, hanya mencatat kutipan sebanyak RM40.8 juta.
Bagi setiap RM3.40 dibayar kepadanya, pulangan diperoleh hanya RM16.20.


6. Tom Cruise

Untuk tempoh yang lama, Cruise adalah antara pertaruhan terbaik dapat dibuat penerbit filem Hollywood.

Ganjaran diberi kepadanya hampir-hampir tidak dapat dicabar sesiapa.

Walaupun populariti Cruise memberi banyak faedah kepadanya, keadaan sebaliknya berlaku terhadap penerbit.

Kadang-kadang Cruise memperoleh pendapatan lumayan tetapi penerbit menanggung kerugian.

Bagi setiap RM3.40 dibayar, filem lakonannya hanya mencatat pungutan purata RM24.41.


7. Drew Barrymore

Akhir-akhir ini, tuah Drew lebih kepada aktiviti menerbitkan filem berbanding berlakon.

Filem He's Just Not That Into You yang diterbitkannya (dan dia hanya muncul sebagai pelakon pembantu) mencatat pungutan bernilai RM605.2 juta.

Kemunculan Drew dalam filem Lucky You pada 2007 sekadar mencatat jualan tiket bernilai RM27.2 juta di seluruh dunia.

Bagi setiap RM3.40 dibayar kepadanya, pulangan bagi filem lakonan Drew hanya sebanyak RM25.30.


8. Leonardo DiCaprio

Aktor muda ini diberi upah lumayan bagi filem serius dibintanginya walaupun pulangan tidak seberapa.

Revolutionary Road yang diterbitkan tahun lalu sekadar mendapat sambutan sederhana - RM255 juta - berbanding kos pembikinan RM119 juta.

Bagaimanapun, ia tidak berbaloi bagi sesebuah filem dibintangi nama sehebar DiCaprio.

Bagi setiap RM3.40 upah untuk DiCaprio, purata pulangan dijana daripada filemnya sebanyak RM25.57.


9. Samuel L Jackson

Nama Jackson memang bersinar sebagai pelakon pembantu. Namun aktor prolifik ini - yang muncul dalam tujuh filem bagi tempoh dua tahun - gagal mendapat tempat sebagai pelakon utama.

Lakonan terbarunya seperti dalam filem Soul Man dan Lakeview Terrace gagal mencapai taraf box office.

Bagi setiap RM3.40 dibelanjakan untuknya, penerbit mendapat pulangan purata RM29.20.


10. Jim Carrey

Pelakon komedi ini mencapai persetujuan radikal melalui Yes Man dengan membolehkannya melabur dalam filem itu.

Dia juga mendapat pulangan memberangsangkan.

Bagi setiap RM3.40 dibayar kepadanya, penerbit mendapat pulangan RM29.30.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI