Clint Eastwood
Hotel Mission Ranch
Carmel, California
Pada 1986, cetusan idea Eastwood merubah tanah seluas 22 ekar menjadi sebuah hotel 31 bilik. Eastwood menetap di sebuah rumah berhampiran dan kerap melawat hotelnya itu.
Pemandangan daripada hotel yang terletak di Semenanjung Monterey ini amat menarik, padang yang hijau ke selatan dan bersambung dengan Pantai Sungai Carmel dan kawasan paya. Point Lobos turut boleh dilihat di seberang teluk semenanjung itu.
Eastwood menyelamatkan ladang itu daripada menjadi tapak pembinaan projek kondominium dan beliau mendapatkan khidmat tukang kayu mahir yang meniru kembali reka bentuk asal bangunan. Binaan bangunan asal menyebabkan pengunjung berada pada era 1850-an.
Selain idea lama, lanskap baru di sekitar hotel ini menjadikan ia lebih menarik lagi.
Robert Redford
Resort Sundance
Utah
HOTEL ini terletak di kaki Gunung Timpanagos dan sesuai untuk pencinta ski dan kegiatan luar. Bandar Park City ini turut menjadi penganjur Festival Filem Sundance diadakan setiap dan diasas pada 1978 dengan sokongan Robert Redford.
Sundance turut memikat pengunjung luar musim ski terutama pada musim luruh.
Robert Redford membeli tapak tanah hotel ini pada 1969 dan kemudian mendirikan Sundance. Beliau menolak nasihat pelabur New York untuk membina pelbagai hotel mewah dan kondominium di jurang itu kerana berasa tanah barunya itu sesuai untuk mewujudkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Hakikatnya, selepas pelbagai eksperimen dilaksanakan, Sundance kini menjadi pusat ski, memiliki pemandangan mengkagumkan dan penginapan yang selesa untuk semua peringkat usia. Majoriti pengunjung Sundance adalah pencinta alam yang berasa bertanggungjawab melindungi keindahannya.
Robert De Niro
Hotel Greenwich
New York
AKTOR Robert De Niro memiliki pelbagai hartanah, termasuk Hotel Greenwich yang terletak di kawasan kediaman TriBeCa di Lower Manhattan. Hotel ini memiliki 88 kamar dan tiada satupun daripadanya yang serupa, sebuah kolam dalam bangunan dan taman botani Jepun berusia 250 tahun.
Rekaan dalamannya diambil daripada pelbagai pengaruh budaya, daripada Tibet hinggalah Inggeris. Semua katil adalah jenama Duxiana dari Sweden. Lantai kamar pula menggunakan jubin keluaran Maghribi atau Carrera, Itali.
Teknologi moden melengkapkan setiap kamar dengan televisyen definisi tinggi, stesen iPod dan Internet boleh diguna percuma. Pemain DVD, komputer riba, mesin faks dan iPod turut boleh dipinjam daripada pengurusan hotel.
Bono dan The Edge
Hotel Clarence
Dublin
HOTEL yang terletak berhampiran Temple Bar ini dibeli penyanyi dan pemain gitar U2, Bono dan The Edge pada 1992.
Bar Octagon di tingkat atas hotel ini amat popular di kalangan penduduk kelas atasan Dublin.
Hotel dibina pada 1852 ini pernah diubah suai mengikut pelan asal pada lewat 1930-an. Bagaimanapun, menjelang 1970-an, ia mula terpinggir dan senarai pelangganya turut berubah, daripada golongan bangsawan kepada pengunjung seni seperti pemuzik, penulis, artis dan pereka.
Kenangan manis Bono dan The Edge di premis hotel itu menyebabkan mereka mengumpul kumpulan pelabur Ireland dan membeli hotel ini pada 1992 dengan niat mengembalikannya ke era gemilang pernah dikecapinya.
Ubah suai diwajibkan menurut warisan dan karektor bangsa Ireland dan hasilnya, hotel itu yang kini lebih moden masih mengekalkan ciri-ciri kebangsaan bangsa Ireland.
Gloria Estefan
Hotel Resort Costa d'Este
Vero Beach, Florida
BUKAN pengunjung sahaja yang gemar bersantai di hotel ini kerana pemiliknya, penyanyi Gloria Estefan turut kerap mengunjunginya kerana jaraknya yang dekat dengan pantai, keenakan masakan di restoran Cuba dan juga keselesaan diperoleh di spa dan kolam renangnya.
Hotel ini terletak sejam perjalanan ke utara Palm Beach di persisiran pantai timur Florida. Hotel berhampiran pantai ini memiliki 94 bilik dan ia adalah satu daripada hartanah milik Gloria dan suaminya, Emilio.
Mereka turut memiliki empat restoran, termasuk Larios and Oriente di South Beach dan Hotel Cardozo di Miami Beach.
Dengan pantai eksklusif dan kawasan persekitaran menarik, hotel bertaraf empat bintang menyediakan suasana tenang dan keselesaan untuk pengunjung.
5 hotel terbaik milik selebriti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment