The Apartment Restaurant & Bar

Sunday, February 07, 2010

The Apartment Restaurant & Bar yang terletak di KLCC. Tanpa mengenepikan fungsi utama sebagai restoran, dekorasi luar dan dalam premis ini menceritakan kehidupan sebenar sebuah apartmen mewah dan sofistikated di tengah-tengah kota metropolitan.

"Disebabkan kita berasa selesa tinggal di rumah, saya memutuskan untuk mencipta ruang dalaman The Apartment berdasarkan hakikat ini," kata Pengarah Seni Chaswood Resources yang mengendalikan rangkaian restoran, Petrina Reddy.

Beliau menarik perhatian mengenai gaya hidup urban orang muda yang mendiami apartmen sebagai inspirasi untuk menghias setiap ruang.

"Mereka bertenaga, semangat membara dan segar dari segi idea, itulah ilham The Apartment yang ingin kami ketengahkan," katanya.

Setiap sudut dipenuhi dengan kerusi dan sofa yang berbeza. Ia bertujuan menggambarkan suasana tersendiri di dalam sebuah apartmen. Setiap bilik dilengkapi perabot yang unik meskipun kelihatan berbeza namun kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

The Apartmen ingin lari daripada suasana konvensional sebuah restoran. Di sini, anda tentu berasa selesa menjamu selera dan tidak kisah menghabiskan masa berbual dengan rakan. Ini kerana suasananya yang santai seperti di rumah.

Menurut Petrina, konsep minimalis menjadi asas utama dalam sentuhannya.

"Golongan muda urban tidak memerlukan perhiasan yang sarat kerana mereka berpegang kepada prinsip less is more (kurang itu lebih)," jelasnya.

Ruang bawah restoran dicipta lebih terbuka, menggambarkan kesibukan kehidupan harian warga kota.

Melangkah ke tingkat atas, privasi menjadi milik anda. Pesan secawan coklat panas, ambil sebuah majalah dan habiskan masa anda di sofa empuk moden yang menawan.

Atau mahukan suasana sebenar sebuah apartmen di tengah kota, jejak ke ruang balkoni yang terbuka dan ringkas. Sambil menikmati panorama Kuala Lumpur bersama teman, hirup segelas jus segar. Pasti terpesona!

Jelas Petrina, penataan The Apartment KLCC lebih kepada gaya sofistikated dan moden, berbanding sebuah lagi cawangan di The Curves, Damansara bak kehidupan apartmen di tepian pantai.

Untuk mereka yang gemar konsep mewah atau berat, dalam masa yang sama mahu apartmen kelihatan cantik, kemas dan selesa

l Gunakan langsir fabrik jarang yang membenarkan cahaya masuk dan membolehkan ruang kecil tampak luas. Juga baik dari aspek pengudaraan. Apa pun bentuk apartmen anda, ia adalah gambaran personaliti anda, bukannya ditiru daripada katalog.

l Sekiranya anda berbajet rendah, gunakan objek di sekitar sebagai hiasan. Contohnya kayu dan bata untuk mencipta rak atau para yang ringkas. Nampak seakan tak siap, tapi itulah kualiti sebuah seni (gaya moden urban) yang semakin diminati.

Gantungkan beberapa mentol lampu, ia boleh menggantikan candelier. Serta-merta ia memberi ruang anda gaya moden urban.

Sekiranya anda mendiami apartmen secara berkeluarga, sofa dan dapur adalah dua tempat di mana banyak aktiviti dilakukan. Jadi, pilih sofa atau meja makan yang baik, saiz yang sesuai untuk anda sekeluarga. Boleh tambah satu atau dua kerusi lengan untuk melengkapkan ruang tamu.

Untuk orang bujang yang ingin mencipta kelainan, gantungkan lampu disko dan warnakan dinding dengan warna hitam. Kemudian letakkan gambar pemandangan hitam dan putih Kuala Lumpur di dinding.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI