Bekas pelakon puntianak True Blood bertunang

Monday, November 01, 2010

Bintang True Blood, Mariana Klaveno bertunang dengan teman lelakinya yang merupakan seorang penerbit, Luis Patino setelah menjalin hubungan selama tiga tahun.



Aktres itu yang melakonkan watak Lorena Ball dalam siri HBO itu mendedahkan, dia dan teman lelakinya, Patino mengambil keputusan untuk melangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan mereka.

"Minta maaf, saya tidak mengemaskinikan sebarang komen selama beberapa hari kerana sibuk dengan majlis pertunangan," kata Klaveno dalam komen di laman Twitter miliknya.



Klaveno yang membawa watak jahat yang ditamatkan dalam siri terakhir drama itu juga mengesahkan berita tersebut di laman facebook miliknya.

Rakannya yang merupakan bintang sama True Blood, Anna Paquin dan Stephen Moyer yang masing-masingnya membawa watak Sookie Stackhouse dan puntianak, Bill Compton, berkahwin pada Ogos lalu di kediaman pantai peribadi di California dan menurut rakan-rakan pasangan berkenaan, mereka 'tidak pernah sebahagia itu'.

"Mereka sangat secocok dan benar-benar sepadan. Anna berkatam dia tidak pernah sebahagia itu. Ia sangat indah," kata seorang lagi pelakon True Blood, Carrie Preston baru-baru ini. - AGENSI

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI