Filem Tamil tak cetus keganasan

Saturday, November 20, 2010

Aktor utama Kollywood Kamal Haasan dan pengarah beberapa buah filem box-office Tamil K.S.Ravikumar menafikan bahawa adegan keganasan melampau dalam filem-filem Tamil menyumbang kepada peningkatan kelakuan ganas di kalangan remaja kaum India di Malaysia.


Sambil menyatakan tidak setuju dengan pandangan sesetengah parti politik berasaskan kaum India dan badan bukan kerajaan di negara ini bahawa hubungan seperti itu wujud, Kamal berkata ia sebenarnya persepsi yang salah.


Kamal, 56, berkata apa yang dipaparkan dalam filem-filem Tamil merupakan gambaran umum tentang apa yang berlaku dalam masyarakat itu.


"Kelakuan ganas yang dilaporkan, berlaku dalam kehidupan seharian penduduk Tamil Nadu terutama di kawasan luar bandar dan kita melalui filem cuba untuk menyorot masalah-masalah sosial," katanya di sini.


Kamal dan krew bagi filem terbarunya "Manmadhan Ambu" singgah sehari di Malaysia dan menaiki kapal pelayaran Virgo di terminal Glenn Cruise, Pulau Indah di sini, menunju ke Singapura bagi menghadiri pelancaran besar-besaran audio filem itu yang dijangka dikeluarkan akhir bulan depan. - Bernama


~ Kosmo

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI