Kajian: Jurang kaya-miskin makin luas di dunia

Friday, June 03, 2011

Kira-kira satu peratus daripada isi rumah memiliki 39 peratus daripada kekayaan dunia, menurut satu kajian yang disiarkan.

Kajian itu menonjolkan pemilikan kekayaan yang semakin tidak sama rata berikutan kemelesetan ekonomi global baru-baru ini.

Bilangan isi rumah jutawan di seluruh dunia bertambah 12 peratus pada 2010, meningkatkan peratusan kekayaan milik jutawan kepada 39 peratus daripada 37 peratus pada 2009.

Walaupun menjadi punca krisis kewangan dunia, Amerika Syarikat (AS) mempunyai paling ramai jutawan pada tahun lepas, dengan 5.2 juta isi rumah jutawan, peningkatan 1.3 peratus berbanding 2009.

Jepun di tangga kedua dengan 1.53 juta isu rumah jutawan dan China di tempat ketiga dengan 1.11 juta.

Namun negara-negara yang pesat membangun di Asia yang boleh berharap untuk menyaksikan pertumbuhan terbesar, dengan meningkatkan peratusan kekayaan mereka sebanyak 2.9 peratus pada 2010.

Kuasa ekonomi Asia, Singapura mencatatkan peningkatan terbesar bilangan isi rumah yang mengurus aset melebihi AS$1 juta (RM3 juta).

Lebih 15 peratus daripada isi rumah di republik itu memiliki aset melebihi AS$1 juta (RM3 juta) yang diurus, jauh mengatasi Switzerland dan negara-negara Teluk yang kaya dengan minyak. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI