Rumah paling mahal di Amerika Syarikat dibeli waris Formula 1

Friday, June 17, 2011

Rumah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) telah dijual kepada waris perempuan Formula 1, lapor The Wall Street Journal hari ini.

Rumah yang terletak di Holmby Hills, Los Angeles itu telah dijual oleh balu penerbit Hollywood legenda, Aaron Spelling lebih dua tahun lalu.

Rumah paling mahal di Amerika Syarikat



Candy Spelling membelanjakan sebanyak AS$150 juta (RM454 juta) untuk memiliki rumah yang berkeluasan 5,700 meter persegi ini.

Rumah itu turut memiliki lorong boling, sebuah salun kecantikan dan tempat meletak kereta untuk 100 buah kereta.

Petra Ecclestone, 22, anak perempuan kepada ketua Formula 1, Bernard Ecclestone yang membeli rumah itu merancang untuk membahagikan masa antara rumah agam tersebut dengan rumahnya di London yang bernilai AS$90 juta (RM272 juta).

Aaron Spelling dikenali sebagai orang yang menerbitkan rancangan televisyen yang terkenal seperti Charlie's Angels, Dynasty dan Beverly Hills 90210. - dpa

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI