Nik Abduh menang Timbalan Ketua Pemuda Pas

Thursday, June 02, 2011

Anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz terpilih bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pada pemilihan peringkat tertinggi sayap parti itu di sini hari ini.

Nik Abduh, yang sebelum ini memegang jawatan anggota jawatankuasa sayap parti itu mendapat 260 undi, menewaskan tiga yang lain iaitu penyandang Azman Shapawi (94 undi), Mohd. Firdaus Jaafar (193 undi) dan ketua penerangan pemuda Suhaizan Kaiat (107 undi).

Pengumuman keputusan pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2011-2013 itu dibuat oleh wakil jawatankuasa pemilihan Pas Dr Sufian Husin.

"Mungkin sesetengah perwakilan mereka hendak tunjukkan hormat kepada ayahanda saya sebagai Mursyidul Am, mungkin (sebab itu) saya dapat undi itu,” katanya selepas pengumuman berkenaan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI