Michael Jackson terus diingati

Sunday, June 26, 2011

Peminat Michael Jackson di seluruh dunia mengadakan pelbagai majlis dan acara termasuk persembahan tarian bagi memperingati ulang tahun kedua kematian Raja Pop itu hari ini.


Di Los Angeles, majlis memperingati penghibur itu akan disertai perarakan konvoi motosikal di Forrest Lawn Memorial Park, lokasi Jackson disemadikan.

Idea konvoi motosikal yang akan membawa gambar dan imej Raja Pop itu dicetuskan rakan keluarganya, Marcell 'Porkchop' Miller.

Penduduk di bandar Gary, Indiana yang merupakan tempat tinggal Jackson bersama keluarganya sehingga 1969 juga merancang mengadakan majlis bagi memperingati penyanyi itu.

"Kami akan mengadakan Majlis Peringatan Jacksonl pada Jun setiap tahun di Gary, Indiana. Semua orang dijemput hadir,'' kata Datuk Bandar, Rudy Clay yang dipetik laman web selebriti femalefirst.co.uk.

Di Korea Selatan, sekumpulan peminat mengadakan persembahan tarian di Dataran Gwanghwamoon hari ini.

Mereka mempersembahkan beberapa tarian termasuk Moonwalk yang dipopularkan oleh penghibur tersebut.

Penyanyi terkenal itu meninggal dunia dua tahun lepas akibat pengambilan dadah berlebihan ketika berumur 50 tahun. - Reuters/ Agensi

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI