Keselamatan Jalanraya: 10% saja pakai tali pinggang belakang

Thursday, June 02, 2011

Hanya 10 peratus penumpang kereta yang memakai tali pinggang tempat duduk belakang sejak peraturan itu diperkenalkan dua tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, ini menunjukkan orang ramai masih tidak menyedari bahawa tanpa memakai tali pinggang belakang, peluang untuk mereka mendapat kecederaan parah atau kematian dalam satu-satu kemalangan meningkat kepada 50 peratus.

Pada masa yang sama beliau kesal kerana hampir setengah juta pemilik kereta buatan tempatan seperti Proton dan Perodua masih tidak memasang tali pinggang belakang di kereta mereka. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI