Najwa Latiff - Si Gadis Youtube

Tuesday, June 07, 2011


Youtube Najwa Latiff

Nama Imratul Najwa Bt Abdul Latiff atau lebih dikenali dengan nama Najwa Latiff semakin mendapat tempat di hati peminat lagu-lagu ‘indie’ melalui laman youtube peribadi Najwa sendiri.

Dilayari sebanyak 2,342,351 jumlah lawatan, ternyata lagu ‘Cinta Muka Buku’ dan ‘Carta Hati’ ciptaan gadis berusia 16 tahun ini benar-benar mendapat respon yang sangat memberangsangkan serta mengangkat nama Najwa sekaligus.

Bermula dengan minat yang mendalam dalam bidang muzik sejak kecil lagi, kini gadis muda ini melangkah setapak lagi dengan merakamkan single pertama beliau. Bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd, Najwa merasa bertuah mendapat khidmat produser berpengalaman, Eddie Marzuki selaku penerbit untuk single pertamanya berjudul “Cinta Muka Buku”.

Sila layari laman youtube beliau di http://www.youtube.com/user/najwa595

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI