Malaysia menang 2-1 ke atas Lebanon pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik

Friday, June 24, 2011

Malaysia tumpaskan Lebanon 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Separuh masa kedua pasukan Lebanon menjaring satu gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 dan selepas itu Malaysia terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Situasi itu memaksa pasukan kebangsaan bertahan sehingga ke wisel penamat.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.

- Utusan

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI