Penipuan di Alibaba.com: Tertipu gara-gara ingin miliki telefon bimbit murah

Tuesday, June 28, 2011

Tertipu gara-gara ingin miliki telefon bimbit murah

Akibat terlalu percaya dengan urus niaga dalam talian di Internet, seorang pemuda berputih mata apabila bayaran sebanyak RM3,700 yang dibuat bagi membeli telefon bimbit melalui urus niaga berkenaan lesap.

Malah disebabkan sikap tidak berhati-hatinya, dia juga terpaksa membayar RM600 kepada tiga rakannya yang menempah telefon berkenaan melaluinya.

Menurut Tonoh Seesaw, 26, dia amat tertarik apabila melihat iklan dalam talian Alibaba.com yang menawarkan telefon Samsung Galaxy Tab dengan harga RM600.

Teruja dengan iklan tersebut, katanya, dia turut mempromosikan kepada rakan-rakannya mengenai produk yang ditawarkan dengan harga yang murah itu.

Seterusnya tanpa melakukan pemeriksaan terperinci, Tonoh berkata, dia terus menelefon nombor telefon yang tertera dalam laman web urus niaga itu bagi memesan lima unit telefon Samsung Galaxy Tab
dan satu iPhone4.

"Namun selepas saya memasukkan duit sebanyak RM3,700 ke dalam akaun itu, saya terkejut kerana diminta membayar baki RM5,800 dengan alasan invois yang saya terima ialah untuk pembelian 12
unit telefon dengan harga RM9,500.

''Setelah berasa ditipu saya telah menelefon nombor berkenaan tetapi tidak dapat dihubungi dan apabila saya membuat aduan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya mendapati syarikat berkenaan iaitu Techcomes Limited tiada dalam pendaftaran SSM,'' katanya.

Justeru, ujar Tonoh, dia telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Presiden TTPM, Pretam Singh Darshan yang mendengar tuntutannya baru-baru ini berkata, pihaknya tidak dapat membuat apa-apa tindakan memandangkan syarikat yang didakwa itu tidak didaftarkan
di negara ini.

Justeru katanya, beliau telah meminta pengadu supaya memfailkan semula tuntutan terhadap penerima wang melalui nama pemilik akaun.

''Saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan sekiranya syarikat tidak wujud dan saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan urus niaga dalam talian,'' ujarnya.


Source:Utusan Malaysia
Date: 28-06-2011

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI