Wanita hamil kembar lima cara semulajadi

Friday, May 31, 2013 0 Komen

Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang un-tuk menyusukan semua anak-anaknya itu. - Agensi

Kronologi kes pembunuhan Sosilawati

Friday, May 24, 2013 0 Komen

Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat danmendapat liputan meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba dipenghujung.

Mahkamah Tinggi telah  menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mendapati mereka bersalah melakukan perbuatan itu.
 
Pathmanabhan bersama T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
  
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Kronologi kes pembunuhan Sosilawati

Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa membacakan keputusannya, menyifatkansiasatan polis dalam kes itu 'bertaraf dunia', dan kejayaan menyelesaikan kesberkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun adalah hasil kerjasama baik yangditerima daripada pendakwaan serta pembelaan yang turut disifatkan beliausebagai 'bertaraf dunia'.     

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu yang menjadi tumpuan masyarakat:  

30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddindilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.  

6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakanSosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak keretaflat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam bernomborpendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan teres duatingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.  

9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.  

11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorangpeguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.  

12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri MohdBakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejamsebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalamsungai berhampiran.   

13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayandihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuhSosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.  

15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjaratujuh tahun terhadap U.Suresh dan K.Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskanbahan bukti dalam pembunuhan itu.  

21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjarakepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalampembunuhan itu.  

4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  

3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah dari JabatanPerubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkanbahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai dan ladang diBanting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individuberkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia.    Beliau juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran ataupendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjahcelcius ke atas.     

10 Nov 2011: Dr Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan PerubatanForensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yangditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.  

31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberiketerangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah padakayu kriket. Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamildiperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapasawit Sungai Arak, Banting.  

30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matandan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham,Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie.  

23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke ataskeempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati,Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - Bernama

Kes Khalwat: Pengarah Tabung Haji mengaku tidak bersalah tuduhan khalwat

Friday, May 24, 2013 0 Komen

Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed  Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.
  
Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.
  
Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
  
Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.
  
Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.  - Bernama

Erni Dekritawati puas hati keputusan mahkamah setelah 3 tahun menunggu

Friday, May 24, 2013 0 Komen

Selepas menunggu hampir tiga tahun, Erni Dekritawati Yuliana Buhari (Rita), 28, amat berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas empat orang termasuk bekas peguam N.Pathmanabhan yang didapati bersalah membunuh ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Kini dalam tangis di hati, Rita mampu mengukir senyum penuh puas. Keputusan mahkamah membela kematian ibunya.

    *******
Sudah terlalu kerap air mata ini menitis. Tak terhitung, Tak terkira.

Kematian ibu tiga tahun lalu benar-benar meruntun sukma. Jika tanpa iman di hati kami sekeluarga boleh hanyut dengan kesedihan. Tenggelam bersama kedukaan.

Namun qada dan qadar Tuhan kami lalui dengan tabah. Walau kalbu kami hancur akibat kehilangan ibu yang diragut nyawanya oleh si durjana-durjana hina itu, kami teruskan hidup dengan tabah. Kami rawat hati kami yang remuk redam dengan mengembalikan segalanya kepada takdir yang ditentukan ALLAH.

Ibu...
Tiga tahun ini hati Rita sering berteka-teki. Apa kesudahan di hujung perbicaraan di mahkamah? Terbelakah kematian ibu? Atau manusia berhati setan yang sanggup membunuh dan membakar mayat ibu tanpa dapat kami membelai, menyentuh dan mengucup pipi ibu sebelum ibu pergi selama-lamanya meninggalkan kami, akan mendapat balasan setimpalnya?

Kejam sungguh mereka pada ibu!

Kejam sungguh mereka pada kami!

Langsung mereka tidak mengizinkan kami untuk memandi, mengkafan dan menyemadikan jenazah ibu dengan sempurna!

Alhamdulillah ibu....

Hanya padaNYA kami semua mengucap syukur atas apa yang diputuskan mahkamah.

Ya ibu...mahkamah berpihak kepada kita sekeluarga.

Seperti terbalas segala air mata yang gugur ke bumi selama tiga tahun ini bila mendengar keputusan itu.

Ibu tahu...

Rita lewat hadir di Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini. Walau prosiding bermula jam 8 pagi, Rita hanya menjejakkan diri di sini sekitar jam 11.

Bukan Rita tidak mahu mendengar keputusan hakim. Tapi Rita terlalu takut. Rita bimbang, mereka yang menyakiti tubuh ibu itu terlepas bebas...

Kalau itulah keputusannya, Rita mungkin sukar untuk menerimanya. Semakin redamlah jiwa Rita jika berita itu yang masuk ke telinga.

Rita tiada kekuatan mendengar keputusan itu dibicarakan.

Ibu tahu... Selepas mendapat tahu keputusan memihak kepada kita, baru Rita bernadi 'mengeluarkan diri dari tempat bersembunyi!'

Syukur ibu, ALLAH lebih mengetahui perasaan kami semua. ALLAH lebih memahami penderitaan kami tanpa kasih sayang ibu sepanjang tiga tahun ini.

Selain memanjatkan syukur kepada ALLAH, tiada kata yang dapat Rita ungkap untuk menggambarkan kegembiraan di hati ini mendengar keputusan mahkamah memihak kepada kita.

Insya-ALLAH ibu. Dengan izinNYA dan semangat baru yang Rita dan adik-adik dapat daripada keputusan mahkamah hari ini kami bertekad untuk meneruskan legasi perniagaan yang sudah ibu bina dengan kukuh.

Terima kasih mahkamah. Terima kasih media. Terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada keluarga Rita selama ini.

Apa Nombor Plat Selepas WYY?

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan berikutan penamatan siri "WYY" tidak lama lagi.

Sehingga pukul 5 petang Selasa, nombor plat atau bilangan terkini untuk pendaftaran kenderaan Kuala Lumpur adalah WYK 4720.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata nombor pendaftaran kenderaan "WYY 9999" dijangka datang dalam masa kira-kira dua bulan lagi.

"Jabatan ini telah membuat pertimbangan mengenai pilihan terbaik untuk memperkenalkan urutan penomboran baru, termasuk mengambil kira pelbagai cadangan.

"Pengumuman nombor plat kenderaan baru itu akan diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) apabila beliau melawat ibu pejabat JPJ lewat minggu ini," katanya, Rabu.

Ditanya sama ada sistem baru ini akan menggabungkan sama ada huruf tambahan atau digit, seperti apa yang telah dilakukan untuk kenderaan yang berdaftar di Langkawi dan kenderaan untuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, Ismail berkata ini juga sedang dipertimbangkan.

Di bawah sistem ini, pendaftaran nombor plat kenderaan bagi Kuala Lumpur akan berakhir dengan "WYY 9999".

Kira-kira 1.3 juta kenderaan baru didaftarkan dengan jabatan itu pada tahun lepas, dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan baru berjumlah 359,239, diikuti oleh Johor dengan 172,608 dan Pulau Pinang dengan 113,340.

Kuala Lumpur juga mempunyai jumlah tertinggi kenderaan berdaftar dengan 5.3 juta diikuti Johor dengan tiga juta kenderaan dan Selangor 2.4 juta kenderaan.

Secara purata, kira-kira 1,100 pendaftaran kenderaan baru direkodkan setiap hari di Kuala Lumpur, berbanding dengan kira-kira 500 di Johor dan 300 di Selangor.

Sementara itu, peniaga kereta Toyota Kenny Lee berkata pelangganya terganggu dengan penamatan tempoh siri plat Wilayah Persekutuanm yang akan berlaku.

Beliau juga menafikan tanggapan bahawa nilai kenderaan itu akan lebih baik jika didaftarkan di bawah Selangor berbanding Wilayah Persekutuan yang mana turutannya cepat berubah-ubah.

Beliau mendakwa nilai kenderaan adalah bergantung kepada tarikh sebenar pendaftaran dan bukannya pada plat nombor pendaftaran kereta itu.

Iskandar Johor Mega Ride 2013 di Dataran Mahkota

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Iskandar Johor Mega Ride 2013

Lebih 4,000 peserta, termasuk dari luar negara dijangka menyertai Iskandar Johor Mega Ride 2013 di Dataran Mahkota, di sini, pada 6 Julai ini yang turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana penyertaan ramai.

Program itu anjuran Mercu Etika Sdn Bhd (Mercu Etika) dengan kerjasama pasukan Ronda Riadah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Pengerusi Ronda Riadah IPD JBS, Inspektor Hasbullah Noor, berkata program itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM25,000 bagi kategori Road Bike, Fixie, Mountain Bike, Fun Ride dan Children Ride.

Dijangka disertai 36 negara

Katanya, pertandingan kali ini dijangka disertai 36 negara, termasuk Singapura, Indonesia, Australia, China, Thailand, Kanada, Hong Kong, Austria, Filipina, Jerman dan England, selain membabitkan peserta tempatan.

Bagi kami, hadiah yang ditawarkan hanyalah sebagai bonus. Apa yang penting, kita mahu menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat menerusi aktiviti berbasikal.

Rapat hubungan polis dan masyarakat

Bukan itu sahaja, program itu diharap mampu merapatkan lagi hubungan polis dan masyarakat, selain mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang selamat, katanya pada majlis pelancaran program itu di Puteri Harbour.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar; Pengarah Tourism Malaysia Johor, Edzuar Zar Ayob Azahari dan Pengarah Urusan Mercu Etika, Sharifah Shaheerin Syed Sheikh.

Hasbullah berkata, program itu juga bertujuan mempromosikan Kota Iskandar, yang menempatkan pusat pentadbiran negeri serta produk pelancongan lain seperti Legoland, Lat's Place dan Hello Kitty.

Pesta Buku Selangor 2013

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Pesta Buku Selangor 2013

Orang ramai dijemput hadir pada Pesta Buku Selangor 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, sehingga 3 Jun.

Pesta buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu, menawarkan jualan buku dan acara mengenai buku seperti bedah dan pelancaran buku.

Ia juga menampilkan Seminar Pembangunan Koleksi Tempatan dan Sejarah Lisan, selain aktiviti PPAS bersama pengguna perpustakaan dan pengunjung pesta buku. Maklumat lanjut hubungi urus setia di talian 03-55197667 atau layari www.pestabukuselangor.my.

Peraduan Penulisan Cerpen 2013 Sabah

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Peraduan Penulisan Cerpen 2013

Peraduan Penulisan Cerpen 2013 anjuran Perpustakaan Negeri Sabah, yang menawarkan hadiah bernilai RM1,000 untuk 10 karya terbaik dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar atau menetap di Sabah dan tarikh akhir penyertaan ialah pada 18 Jun depan.

Kategori Sekolah Menengah Rendah dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3, manakala pemenang 10 cerpen terbaik untuk Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5 serta A Level dan prauniversiti) mendapat RM1,500.

Kategori Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta pula menawarkan hadiah RM2,000 untuk 10 penyertaan terbaik, manakala 10 pemenang kategori umum pula masing-masing menerima RM2,500.

Pertandingan itu mensyaratkan setiap cerpen memiliki mesej yang boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk mendapatkan panduan, pengetahuan dan pengalaman, selain teknik dan gaya bahasa dapat dihayati untuk memberikan pengajaran dan hiburan.

Kembangkan karya kreatif


Karya juga perlu membentuk pemikiran yang positif, manakala persembahan, olahan, susunan peristiwa dan diksi menepati ciri cerpen.

Panjang cerpen untuk kategori pertama ialah tujuh hingga sembilan halaman; kedua (10-12 halaman); ketiga (13-15 halaman) dan keempat (16-20 halaman).

Peraduan Penulisan Cerpen 2013 itu bertujuan mengembangkan karya kreatif di Sabah untuk melahirkan generasi baru yang berpengetahuan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.

Ia juga diharap dapat membina masyarakat berbudaya membaca dan kaya maklumat, selain memperbanyakkan bahan bacaan serta mempertingkatkan penerbitan Perpustakaan Negeri Sabah.

Peraduan itu mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah serta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Maklumat lanjut hubungi Urus Setia Pertandingan Menulis Cerpen 2013, Perpustakaan Negeri Sabah Esther Mobilik dan Aine Naddia Samin di talian 088-231623/214828 atau layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau www.dbp.gov.my.


Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013 berlangsung sehingga 31 Mei dan mereka perlu menghantar karya kepada urus setia di alamat Peraduan Mengarang Pantun Pendidikan 2013, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanakkanak dan Remaja, Tingkat 22, Menara DBP Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Pelajar sekolah menengah dan penjawat awam dijemput menyertai peraduan anjuran Bahagian Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Puspanita DBP dan Puspanita cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Program itu bertujuan memupuk dan menggalakkan pembinaan bakat dalam bidang pengucapan sastera dalam kalangan remaja dan penjawat awam, memandangkan pantun adalah genre sastera yang menjadi lambang kebijaksanaan berfikir dan simbol artistik masyarakat Melayu zamanberzaman.

Maklumat lanjut hubungi 03-21482568 atau 013-360 2180/018-360 4332, faksimile 03-21447269 atau e-mel azimin@dbp.gov.my.

Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013

SEMINAR Kebangsaan Pustakawan Malaysia (SKPM) 2013 akan diadakan di Hotel Mahkota, Melaka, pada 25 hingga 27 Ogos. Mereka yang berminat membentangkan kertas kerja perlu menyerahkan abstrak sebelum 31 Mei dan kertas kerja penuh (1 Ogos).

Seminar bertemakan Transformasi Perpustakaan dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan itu meliputi skop perkhidmatan perpustakaan, penyelidikan, teknologi komputer dan maklumat (ICT) serta inovasi, pentadbiran dan pengurusan, selain turut mengambil kira pengurusan ilmu, rekod dan maklumat.

Dalam konteks perkhidmatan, kertas kerja boleh menjurus kepada dunia perpustakaan abad ke-21, pembudayaan masyarakat, promosi, kempen gerakan membaca, perkhidmatan rujukan dan pendidikan pengguna.

Skop penyelidikan, ICT dan inovasi merangkumi perpustakaan digital, cabaran teknologi maklumat (IT), universiti penyelidikan, transformasi maklumat ke arah elektronik dan kajian bibliometrik, infometrik serta webometrik.

Subtema pentadbiran dan pengurusan mengambil kira penyediaan infrastruktur yang memenuhi kehendak pelanggan, perubahan pada persekitaran dan komunikasi perpustakaan dengan pengguna.

Tema pengurusan ilmu, rekod dan maklumat pula melihat kepada pengumpulan warisan sejarah, maklumat tempatan serta peranan perpustakaan sebagai pusat maklumat setempat.

SKPM 2013 bertujuan menyediakan platform kepada pustakawan dalam penyebaran maklumat, strategi dan pengalaman sekali gus membina, memperluas dan memperkasa jaringan pustakawan serta perpustakaan seluruh negara.

Ia juga menjadi pentas perkongsian amalan terbaik perpustakaan yang boleh dilaksanakan dalam peningkatan mutu perkhidmatan dan pengurusan, selain membudayakan penyelidikan dan inovasi.

Yuran penyertaan kepada ahli Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) ialah RM750; bukan ahli (RM950) dan pelajar (RM500), manakala pembentang dalam kalangan ahli PPM sebanyak RM650; bukan ahli (RM850) dan pelajar (RM500).

SKPM 2013 dianjurkan Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik 2012/2014 dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

Maklumat lanjut, hubungi Ratnawati Sari Mohamad Amin di talian 0379673922.

Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Sarawak 2013 Kategori Cerita Teladan

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Cerita rakyat Sarawak

Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Sarawak 2013 Kategori Cerita Teladan dibuka sehingga 30 Jun ini dan karya mestilah asli dan tidak diciplak daripada cerita yang pernah diterbitkan dalam buku, majalah atau penerbitan lain, selain ditulis dalam bahasa Melayu baku, ditaip jarak langkau dua baris dengan saiz fon 12.

Karya yang dihantar untuk peraduan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) ini mestilah benar-benar wujud dalam masyarakat atau etnik, bukan direka mengikut imaginasi penulis, selain penulisannya memberi kepada mutu penyampaian dan menggunakan gaya bahasa lancar.

Panjang setiap cerita tidak melebihi lapan halaman dan setiap peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu karya, tetapi hanya tiga saja layak dipertimbang untuk penilaian serta perlu menggunakan borang rasmi peraduan yang boleh didapati dalam laman sesawang DBP.

Johan peraduan akan menerima hadiah RM1500, kedua (RM1200), ketiga (RM800), lima hadiah sagu hati (RM350), selain 20 hadiah penyertaan layak menerima sijil dan RM50 setiap seorang.

Keterangan lanjut, hubungi Abdul Rasid Subet atau Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong di talian 082-444711, sambungan 308, faksimile 082-440260 atau emel kepada rassid12@dbp.gov.my. 

Peristiwa Perang Tabuk di bulan Rejab

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Pengajaran peristiwa Perang Tabuk

Bulan Rejab satu daripada empat bulan suci yang membawa makna bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Rasulullah SAW mengharamkan pertumpahan darah dalam bulan Rejab. Terdapat banyak peristiwa penting berlaku dalam bulan Rejab antaranya Perang Tabuk.

Nama Perang Tabuk diambil sempena nama tempat di utara Semenanjung Arab, yang mana Rasulullah SAW dan 30,000 tentera Islam berkumpul. Perang ini juga peperangan terakhir Baginda Rasulullah SAW.

Perang Tabuk tidak berlaku sebarang pertempuran kerana tentera Rom melarikan diri berikutan terlalu takut dan gerun dengan kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran. Hal ini berpunca daripada ketamakan kerajaan Rom untuk memusnahkan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW.

Pengajaran Perang Tabuk
Banyak pengajaran berkaitan peristiwa Perang Tabuk perlu diketahui umat Islam seperti kisah tiga mukmin iaitu Ka'ab bin Malik, Mararah al Rabi' dan Hilal bin Umaiyah, yang enggan turut serta menghadapi musuh Allah sehingga Rasulullah SAW dan sahabat memulau mereka selama 50 hari.

Kisah peperangan ini menjelaskan bahawa umat Islam akan sentiasa berdepan pertembungan antara yang hak dengan batil. Ada kala, jiwa kita yang lemah mudah tergoda dengan ganjaran yang sedikit berbanding ganjaran lebih besar serta kekal di akhirat kelak.

Firman Allah SWT: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang yang didampingi, maka merekalah orang yang zalim. (Surah at-Taubah, ayat 23)

Ketika Rasulullah SAW melancarkan persiapan ke Tabuk, keadaan Madinah sangat meruncing kerana dilanda kemarau, bekalan makanan berkurangan serta risau akan nasib keluarga yang perlu ditinggalkan.

Semua itu benar-benar menguji pertimbangan mukminin dalam mempersiapkan diri untuk pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul kerana pengorbanan besar sangat diperlukan ketika itu.

Pada peristiwa Perang Tabuk, Ka'ab adalah seorang yang telah melanggar bai'ah (perjanjian taat setia) berjihad dengan Allah. Beliau meninggalkan jihad tanpa alasan dan ia satu kesalahan besar.

Ayat bai'ah berjihad terkandung dalam firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil, serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah, ayat 111)

Surat jemputan khas

Antara sebab Ka'ab melanggar bai'ah kerana menerima surat jemputan khas daripada Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di Semenanjung Arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan.

Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf Muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka'ab supaya membelot. Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh.

Ka'ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian istimewa daripada Allah khas untuknya. Kaum Ka'ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka'ab supaya memberi alasan untuk melepaskan diri, sekalipun mereka berniat ikhlas dan sebahagiannya daripada pasukan jihad Islam yang pulang dari Tabuk.

Mereka menasihati Ka'ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa depan. Namun, Ka'ab memilih jalan taubat dan berkata Akulah orang yang paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluarnya ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan.

Ditekankan juga kepentingan berkata benar kepada diri sendiri dan pemimpin. Jawapan Rasulullah SAW selepas Ka'ab akui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: Inilah dia orang yang jujur.

Secara tidak langsung Rasulullah SAW menyangkal perbuatan munafiqin yang cuba memperbodohkan Rasulullah SAW dengan alasan mereka.

Inilah contoh keteguhan peribadi Ka'ab ketika menjalani hukuman walaupun dugaan begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh mukminin, termasuk sahabat paling rapat dengannya serta pemulauan mutlak oleh Rasulullah SAW dan sahabat.

Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka'ab tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya.

Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka'ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu).

Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu, tetapi disuruh oleh Ka'ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya hendaklah cuba sedaya upaya menerima hukuman dan ujian Allah dengan reda serta menjauhi pengaruh emosi berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan.

Oleh Nur Adibah Mohd Din

Boikot AirAsia bukan gimik politik - Cuepacs

Wednesday, May 22, 2013 0 Komen

Boikot AirAsia bukan gimik politik - Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memberitahu gesaannya untuk memboikot syarikat penerbangan AirAsia bukanlah satu gimik politik.

"Tidak, saya bukan orang politik. Saya pejuang pekerja dan bersimpati dengan nasib mereka. Saya ingin pastikan ahli saya dihormati," jelas presidennya Datuk Omar Osman kepada Astro Awani.

Omar hari ini dalam satu kenyataan di Utusan Malaysia menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan penerbangan AirAsia atau pun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Presiden Cuepacs itu memberitahu bahawa kongresnya serius dan tidak memandang enteng isu berkenaan.

"Saya kini di lapangan terbang dan akan menaiki pesawat Firefly dan semalam saya menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kami telah lama menerima aduan berhubung AirAsia. Tidak boleh terlewat mahupun ketinggalan pesawat, maka duit penumpang tidak akan dikembalikan," jelas Omar.

Presiden Kongres itu menyarankan agar kakitangan awam menggunakan kuasa pengguna agar memilih perkhidmatan penerbangan lain.

"1.4 juta penjawat awam dan 700 ribu pesara kerajaan harus memandang serius perkara ini. Sedikit sebanyak usaha mereka mampu memberi kesan kepada syarikat penerbangan tambang murah itu," ujar Omar.

Dalam pada itu Omar turut memberitahu bahawa Cuepacs kini dalam peringkat rundingan dengan pihak MAS, Firefly dan Malindo Air untuk memberi peluang kepada penjawat awam bercuti menggunakan perkhidmatan penerbangan syarikat itu.

"Cuepacs dalam peringkat rundingan bersama syarikat penerbangan itu untuk memperkenalkan pakej penerbangan sewaktu musim perayaan mahupun penjawat awam yang ingin melancong menggunakan perkhidmatan udara.

Sementara itu dalam reaksi beberapa penjawat awam, ramai yang musykil dengan saranan Presiden Cuepacs itu samada ia mampu dilaksanakan.

Zainudin Abu Bakar, 54, berkata "Selain AirAsia, kakitangan kerajaan tidak mampu menaiki pesawat lain kerana kos yang tinggi.

"Sebelum wujudnya AirAsia, tak pernah mendengar kakitangan kerajaan yang melancong pergi ke luar negara bersama keluarga.

"Kita ingin juga bawa keluarga bercuti. Jadi dengan adanya AirAsia barulah penjawat awam mampu berbuat demikian.

"Contoh ketara adalah dengan kosnya yang rendah untuk terbang ke Medan atau Bandung, semua kakitangan awam mampu untuk terbang," jelas Zainudin yang berkhidmat di Jabatan Tenaga Manusia di Pudu Sentral, Kuala Lumpur.

Ahmad Saifullah, 29, pula menegaskan rakyat berhak memilih untuk penerbangan yang mereka percayai.

"Hak rakyat untuk memilih perkhidmatan yang lebih baik sama ada MAS, AirAsia atau Malindo yang terbaru.

"Usaha boikot yang pernah dilakukan oleh badan bukan kerajaan sebelum ini tidak berjaya. Kenyataan boikot mungkin bertujuan untuk mendapatkan publisiti media.

"Tambang AirAsia tidaklah begitu rendah. Tetapi promosi yang ditawarkan dalam jangka masa panjang, memberikan pelanggan pilihan untuk mendapatkan penerbangan yang lebih baik," jelas Saifullah yang berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Saifullah turut mengalu-alukan Mas untuk menawarkan harga penerbangan yang lebih rendah agar perkhidmatan penerbangan itu dapat dinikmati oleh penjawat awam yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat AirAsia Aziz Laikar sewaktu dihubungi Astro Awani enggan mengulas mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Cuepacs itu.

GALAXY S4 roadshow: Samsung Galaxy S4 cukup hangat!

Wednesday, May 22, 2013 0 Komen

Samsung Galaxy S4 cukup hangat!



Pada 4 Mei 2013, telefon pintar keluaran Samsung, Galaxy S4 memasuki pasaran negara ini. Ramai dalam kalangan pengguna setia telefon bimbit keluaran Samsung mahupun Android mula bercakap mengenainya di laman sosial.

Samsung telah membuat siri jelajah "GALAXY S4 roadshow" di lokasi terpilih dengan banyak freebies ditawarkan kepada pengunjung!

Jom datang beramai-ramai lokasi GALAXY S4 roadshow


1. KLCC - Center Court (Kuala Lumpur): 16 May - 22 May
2. Berjaya Megamall - Melor (Kuantan, Pahang): 31 May - 2 June
3. Low Yat Plaza - Center Court (Kuala Lumpur): 10 June - 16 June
4. City Square JB - Center Court (Johor Bahru): 21 June - 23 June
5. 1st Avenue Penang - Main Atrium (Penang): 28 June - 30 June
6. PLaza Merdeka Kuching - Level UG2 (Sarawak): 5 July - 7 July
7. Center Point Mall - Level G-G2 (KK, Sabah): 19 July - 21 July

Facebook Samsung Malaysia: https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia

Jom membeli-belah di HiShop!

Wednesday, May 22, 2013 0 Komen

HiShop - Kedai online kecantikan dan kosmetik
HiShop merupakan kedai kecantikan online yang menawarkan variasi produk kosmetik, penjagaan kulit, aksesori, kelengkapan mandian dan segalanya yang berkaitan dengan kecantikan.

Sudah tentu HiShop amat dekat di hati wanita dan gadis-gadis muda yang suka merias diri dan bergaya!

Semua produk yang dijual dalam gedung online HiShop adalah tulen di mana sebagai pembeli anda  tidak perlu bimbang jika terbeli produk klon, palsu atau tiruan. Segalanya asli di HiShop dan pastilah jaminan ini menenangkan jiwa pembeli.



Anda boleh berjimat jika berbelanja melebihi RM50 di HiShop kerana kedai online ini menawarkan pos percuma kepada pembelian yang melebihi RM50.

HiShop juga telah melantik duta kecantikan mereka sendiri melalui 'HiShop beauty ambassador programme' di kalangan blogger bertuah di mana blogger-blogger ini akan menerima bungkusan misteri setiap bulan yang berisi produk terpilih untuk dicuba. 

Sebagai duta kecantikan HiShop, mereka akan membuat ulasan tentang produk-produk yang telah dicuba dan mewar-warkan di dalam blog masing-masing. Sudah tentu ulasan duta-duta ini mempengaruhi pembaca setia blog mereka untuk membuat pilihan terbaik semasa membeli-belah di HiShop. Menarik bukan?

Jom kita membeli-belah di HiShop!

Layari HiShop Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Layari website HiShop: http://HiShop.my

Maklumat Untuk Dihubungi
Telefon: 03-7725 2170

Kem Remaja Ramadan sempena Festival Ramadan 2013

Wednesday, May 22, 2013 0 Komen

Kem Remaja Ramadan sempena Festival Ramadan 2013

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Festival Ramadan 2013 pada 10 Julai sehingga 4 Ogos 2013 di sekitar Kuala Lumpur. Festival ini bertujuan untuk meningkatkan aspirasi rakyat Malaysia di dalam menghayati dan meningkatkan ketaqwaan di bulan Ramadan di samping memupuk kesedaran nilai-nilai murni melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian berteraskan Islam. Kem Remaja Ramadan merupakan salah satu daripada 10 program yang akan dilaksanakan sepanjang festival tersebut.
 
Kem Remaja Ramadan merupakan program anjuran JKKN dengan kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur. Kem ini akan diadakan pada 26 sehingga 28 Julai 2013. Kem ini akan melibatkan 40 orang remaja yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun. Peserta diwajibkan bermalam di Masjid Negara dengan membawa keperluan masing-masing. Pelaksanaan kem akan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada Masjid Negara. Beberapa aktiviti akan diadakan seperti Tadaraus Al-Quran,ceramah agama, Qiamulail, motivasi dan aktiviti komuniti.

Untuk borang penyertaan dan maklumat lanjut, sila klik sini

MCA Tak Harus Menyertai Kerajaan - Wee

Tuesday, May 21, 2013 0 Komen

MCA Tidak Harus Menyertai Kerajaan - Wee

Ahli-ahli MCA yang masih terus memegang atau mengambil jawatan dalam kerajaan perlu dipecat, kata Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata keputusan parti untuk tidak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan perlu dihormati oleh semua kerana ia melibatkan maruah dan kedudukan parti di mata masyarakat Cina.

"Mereka yang masih memegang atau mahu mengambil jawatan dalam kerajaan harus dipecat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sayap, Isnin.

MCA telah terperangkap dengan keputusan untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan berikutan keputusan pilihan raya umum 5 Mei adalah lebih teruk berbanding tahun 2008.

Keputusan itu adalah satu resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung MCA pada 2011 dan 2012.

Walau bagaimanapun, pelantikan Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor telah menimbulkan kontroversi dalam parti.

Tee menyertai Exco mengikut titah khusus Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan wakil Cina.

Dr Wee masih mengelak ketika ditanya sama ada pemecatan itu turut melibatkan Tee.

"Ia melibatkan semua orang, tidak terkecuali. Jika mahu menghormati parti, satu keputusan yang berani perlu dibuat," katanya.

Beliau menegaskan panggilan yang dibuat sayap parti itu tidak mengkhususkan mana-mana individu, tetapi sekadar menghormati ketetapan yang diluluskan oleh perhimpunan.

"Masalah mungkin timbul kemudian jika apa-apa pengecualian dibuat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Wee berkata, had umur untuk ahli-ahli sayap itu yang mahu bertanding dalam pemilihan parti tahun ini akan dikurangkan dari 45 kepada 40 tahun.

Ini adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh sayap lima tahun lalu.

Beliau berkata tentang keperluan wakil belia di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

Exco belia tidak lama lagi akan bertemu Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membantu pasukan petugas dalam menentukan hala tuju parti.

Mereka juga akan bertemu dengan ahli-ahli muda yang membentuk satu pergerakan baru untuk membaik pulih parti.

Masalah Kewangan Punca Jenayah

Tuesday, May 21, 2013 0 Komen

MASALAH KEWANGAN PUNCA JENAYAH
Masalah kewangan adalah antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenayah, termasuk mengambil jalan mudah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata risikan polis menunjukkan ada sesetengah anggota kumpulan kongsi gelap itu pula bersedia menjadi pembunuh upahan, semata-mata mahu melangsaikan hutang.

Siasatan polis dalam kes pembunuh upahan ini termasuk membabitkan penggunaan senjata api, lazimnya akan mendapati suspek ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap selain mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

Menurut Mohd Bakri, pembunuh upahan akan terus wujud selagi ada pihak yang bersedia membayar upah dan kebiasaannya kes sedemikian bermotifkan dendam.

Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar melihat sikap tamak menyebabkan seseorang individu atau kumpulan berani melakukan jenayah menggunakan senjata api. "Selalunya ahli kongsi gelap yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk musuhnya akan bertindak mengupah orang lain untuk membunuh musuhnya tanpa berperikemanusiaan.

"Mereka ini (ahli kongsi gelap) akan melakukan jenayah terancang dengan mengetahui segala butiran mengenai musuhnya bagi memudahkan kerja (bunuh)," katanya kepada Bernama.

Menurut Akhbar, penjenayah terbabit tahu hukuman yang menunggu mereka jika tertangkap dan disabitkan kesalahan, namun nafsu terhadap duit dan kemewahan mengatasi rasa takut dikenakan tindakan undang-undang. Beliau juga bersetuju selain mahu hidup mewah, dendam juga antara motif kes pembunuhan di negara ini termasuk menggunakan pembunuh upahan.-BERNAMA

Potensi kerjaya alaf teknologi

Monday, May 20, 2013 0 Komen

Potensi kerjaya alaf teknologi


Dengan puluhan ribu mendapat kelulusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (dan jumlah ini terus bertambah setiap tahun), bidang pengajian tradisional seperti kedoktoran, undang-undang dan perakaunan, masih kekal mewarnai pemikiran sebilangan pelajar, malah ada masanya menimbulkan kontroversi apabila jumlah yang layak tidak seimbang dengan tempat ditawarkan.

Bagi pelajar ini (dan semestinya ibu bapa mereka), bidang berkenaan dianggap sebagai mampu memberikan pendapatan lumayan dan menaikkan harga diri seperti apa dipersoalkan Nyonya Mansur kepada Kassim Selamat yang hanya bekerja sebagai pemuzik, tanpa menyedari di sebalik pilihan kerjaya yang sudah menjadi seperti institusi itu, sebenarnya terbuka luas pilihan ruang pekerjaan yang berupaya memberikan pulangan kewangan setimpal dan pada masa sama kepuasan.

Alaf 21 menyaksikan perubahan dalam keperluan massa dan dengan peningkatan dalam teknologi yang mana dengan 'sekelip mata' akan ada pembaharuan, gaya hidup turut mengalami proses sama. Sana sini kita melihat betapa 'sibuknya' anggota masyarakat (termasuk anak kecil) dengan telefon pintar, tablet dan alat playstation mudah alih (PSP), begitu juga di kalangan wanita yang menitik beratkan penampilan diri bercakap mengenai produk kecantikan terbaru di pasaran yang dihasilkan kesan penyelidikan melalui teknologi nano juga keghairahan sebilangan anak muda meneroka ruang angkasa.

Kerajaan sedia infrastruktur selaras ETP
Gaya hidup baru inilah yang menawarkan peluang kepada rakyat negara ini untuk meraihnya, sementelah kerajaan sudah menyediakan infrastruktur berpadanan bagi membuka ruang anak tempatan mengisinya selaras Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kerjaya yang memerlukan daya inovasi dan kemahiran teknologi tinggi ini selaras usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan sasaran Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM48,000 selain penciptaan 3.3 juta pekerjaan dan pelaburan sebanyak AS$444 bilion.

Walaupun semua bidang ini masih baru di negara ini, namun pembangunannya melihatkan peningkatan yang sangat ketara. Pelatih Seni Teknikal Codemasters Studios Sdn Bhd, Ivon Smith, yang bertanggungjawab melatih anak tempatan dalam membangunkan permainan video, berkata potensi industri ini sangat hebat kerana Malaysia dilihat sangat berminat memajukannya.

Jika dilihat secara global, sejak 20 tahun lalu bidang permainan video semakin berkembang dan pada masa ini perolehannya mengatasi pendapatan gabungan industri muzik dan hiburan dengan sasaran untuk tiga tahun akan datang adalah AS$83 bilion dengan 55 peratus daripadanya untuk permainan video mudah alih, katanya.

Katanya, apa yang penting untuk seseorang menceburi bidang ini adalah minat dan di Malaysia, kerajaan, badan penyedia dana serta institusi latihan dan institusi pengajian tinggi memberikan sokongan dengan mengembangkan bakat yang ada selain memberi dana untuk pelaksanaan projek berdaya maju juga meningkatkan kesedaran bahawa bidang ini sebagai kerjaya yang memberikan pendapatan lumayan dan diperakui.

Smith berkata, dengan pereka bertanggungjawab menyediakan rangka permainan - rupa bentuk, tahap kemahiran pemain, cara bermain dan bagaimana permainan itu beroperasi; Artis pula menyiapkan kandungan meliputi grafik 2d dan 3d serta model, ia seterusnya berpindah kepada Animator yang menyediakan animasi elemen-elemen permainan berkenaan dan watak.

Ini seterusnya menjadi kerja juru program yang mencipta kod untuk membolehkan enjin permainan berfungsi yang juga landasan untuk semua kandungan bersatu dan berinteraksi dalam permainan juga juru kod yang membekalkan perisian untuk artis, pereka dan juru animasi untuk meningkatkan keupayaan mereka melakukan tugas diberikan.

Pembahagian ini jelas Smith, menunjukkan potensi dan betapa luasnya bidang ini untuk diterokai yang mana ia adalah gabungan beberapa kemahiran yang disatukan untuk membentuk satu permainan dan dengan pengalaman yang berbeza ia menawarkan peluang yang berbeza.

Enjin pembangunan ekonomi

Sementara itu, Naib Presiden Bersekutu Perhubungan Awam NanoMalaysia Berhad, Adam Ramskay, badan yang diwujudkan bagi membangunkan program teknologi nano, berkata walaupun penerimaan industri untuk bidang ini masih baru, namun kerajaan mengimpikan ia menjadi antara enjin pembangunan ekonomi pada masa depan.

Pasaran global teknologi nano dianggarkan sebanyak AS$3 trilion menjelang 2020 dan Malaysia menyasarkan mencapai satu peratus daripadanya dalam tempoh berkenaan dan sebagai sebuah produk masa hadapan teknologi nano memberi kesan yang tidak terkira kepada industri, ekonomi dan masyarakat

Adam berkata, dengan menkomersialkan hasil pembangunan dan penyelidikan saintis Malaysia ia dilihat sebagai menjana dan mengiktiraf kerja-kerja mereka bagi menjadikan ia realiti dan di pihak NanoMalaysia Berhad pula ia berharap dapat menyediakan landasan kepada anak tempatan untuk berkembang dan sebagai jalan pintas untuk teknologi yang dimajukan diterima industri bagi mencapai GNI dan mencipta pekerjaan.

Memandangkan Malaysia mempunyai industri farmaseutikal dan elektronik yang kukuh, kedua-dua bidang ini akan mendapat faedah daripada kemajuan teknologi nano. Menjelang 2020 diunjurkan 30 peratus produk global disepadukan dengan teknologi nano dan Malaysia berada di kedudukan kemuncak untuk mengeksploitasi peluang ini.

Dalam perkembangan sama, kejayaan Program Angkasawan Negara serta inisiatif kerajaan seperti penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) dilihat sebagai pemangkin dalam menanam minda kejuruteraan aeroangkasa dalam kalangan masyarakat.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur, Profesor Dr Mazliham Mohd Su'ud, berkata kerjaya ini sedang berkembang pesat di seluruh dunia terutama di rantau Asia Pasifik dan negara masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini dan ia adalah kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Peneraju aeroangkasa

Kehadiran UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) yang juga satu-satunya institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia ditauliahkan Approved Training Organisation (ATO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mampu menjadi peneraju pendidikan aeroangkasa di Malaysia.

Kejayaan UniKL MIAT menjadi rakan industri kepada pemain utama dunia dalam bidang aeroangkasa seperti Eurocopter dan Dassault Aviation mengukuhkan lagi kedudukannya dan sedang merancang meluaskan lagi program ditawarkan bagi melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi 'higher supply chain' dalam industri penerbangan dan aeroangkasa.

Antara kejayaan diraih pelajar UniKL setakat ini adalah, tiga pelajar yang menamakan kumpulan mereka Malaysia on Mars dipilih antara 5 pasukan dari 5 benua yang memasuki Pertandingan Akhir Airbus Fly Your Ideas pada 2011. Mereka dipilih di kalangan 315 pasukan pelajar dari 75 negara dan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang dipilih ke peringkat Akhir.

 Oleh Azran Jaffar

BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

Monday, May 20, 2013 0 Komen

BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

PERDANA MENTERI: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)



JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Sharudin Ahmad, bekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia

Sunday, May 19, 2013 0 Komen

Bekas calon BN DUN Selinsing meninggal dunia
Bekas calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Sharudin Ahmad yang dirawat di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman sejak kelmarin, meninggal dunia hari ini.

Sharudin yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.30 malam ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai itu sebelum ini dirawat di Hospital Columbia Asia, dekat sini sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping selepas keadaannya semakin kritikal apabila jangkitan kuman sudah merebak ke bahagian jantung dan buah pinggang. - UTUSAN ONLINE

Singapura Sahkan Ghani Tidak Lakukan Kesalahan

Saturday, May 18, 2013 0 Komen

Singapura Sahkan Ghani Tidak Lakukan Kesalahan
Pihak berkuasa Singapura menjelaskan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak melakukan sebarang kesalahan semasa beliau melawat republik itu semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menjawab soalan media dan berhubung satu laporan polis dibuat terhadap Abdul Ghani yang didakwa merayu undi di Singapura pada 2 Mei, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berikut:

"Pasukan Polis Singapura mengesahkan satu laporan dibuat berhubung lawatan Encik Ghani ke Singapura pada 2 Mei, 2013. Penilaian polis ialah bahawa tiada kesalahan diperlihatkan daripada laporan itu.

"Tindakan yang dirujuk dalam laporan itu seperti tiba di Singapura, bersarapan atau bercakap kepada pemberita tidak menjadi satu kesalahan.

"Dalam kes Encik Ghani, didapati tidak berkempen, walaupun beberapa anggota pasukannya memakai kemeja kempen.

"Kementerian Luar telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura bahawa aktiviti berkempen oleh orang asing tidak dibenarkan di Singapura.

"Pastinya, memakai kemeja kempen oleh beberapa anggota pasukan Encik Ghani di Singapura semasa tempoh pilihan raya umum Malaysia boleh disalah anggap dan kes seumpama itu tidak harus berulang."

Abdul Ghani, calon Barisan Nasional (BN) kalah kepada ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU13, 5 Mei lepas. BERNAMA

8 Exco baru Kedah angkat sumpah jawatan

Wednesday, May 15, 2013 0 Komen

8 Exco baharu Kedah angkat sumpah jawatan

ALOR SETAR 15 Mei - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pukul 10 pagi.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Kesemua lapan ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Yang turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, BN memperoleh sebanyak 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan memerintah negeri ini. - UTUSAN


Kimma kecewa ahlinya dilabel pengundi hantu PRU-13

Sunday, May 12, 2013 0 Komen

Kimma kesal ahlinya dilabel pengundi hantu PRU-13

Masyarakat India Muslim turut menjadi mangsa apabila dituduh sebagai pengundi hantu oleh pihak pembangkang di beberapa pusat mengundi di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harisrajudin Alaudin berkata, pembangkang cuba menafikan hak mereka dengan menghalang daripada menunaikan tanggungjawab dengan menuduh golongan itu sebagai warga Bangladesh dan Myanmar.

Tambahnya, petugas daripada parti pembangkang termasuk DAP bertindak kasar, termasuk merampas kad pengenalan ahli-ahli Kimma, dengan menuduh mereka dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

"Kami sedang mengumpul maklumat daripada ahli-ahli Kimma dan masyarakat India Muslim yang lain sebelum membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

"Mentang-mentanglah kulit kami gelap dan muka seiras warga Bangladesh, mereka bukan sahaja cuba menghalang kami daripada menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara tetapi tindakan itu sangat biadap dan merupakan satu penghinaan kerana menjadikan warna kulit sebagai alasan untuk menidakkan hak kami," katanya. - Utusan

Nenek maut dibelasah cucu sendiri

Sunday, May 12, 2013 0 Komen

Masalah sakit mental semakin serius di kalangan masyarakat
Seorang warga emas berusia 84 tahun maut dalam keadaan menyayat hati selepas ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir dekat sini semalam.

Mangsa, Che Minah Che Hassan, yang sudah uzur meninggal dunia selepas cedera parah akibat dibelasah suspek berusia 35 tahun itu.

Lelaki terbabit turut bertindak ganas dengan menumbuk bertubi-tubi ibu kandungnya, Che Rahmah Che Will, 61, sehingga cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Difahamkan, suspek ‘naik angin’ secara tiba-tiba lalu menyerang nenek serta ibunya di dalam rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu.

Menurut menantu mangsa, Mohd. Ghani Zakaria, 46, dia menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan suspek yang tinggal bersebelahan rumahnya.

“Ketika itu saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Apabila mendengar jeritan itu saya terus bergegas ke rumah mereka.

“Bagaimanapun, suspek yang dalam keadaan berang menghalang saya masuk. Ketika itu saya ternampak ibu mertua saya terbaring kaku manakala Che Rahmah duduk dengan mukanya cedera,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Ghani, dia kemudian terus menghubungi pihak polis yang bertindak menahan anak saudaranya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, pemangku Superintendan Zaharudin Rasip berkata, suspek sebelum ini pernah dirawat sebagai pesakit mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak dan Wad Psikiatri HPRZ II.

“Suspek baru sahaja selesai menjalani rawatan mental di hospital tersebut sejak dua tahun lalu.

“Dia kini ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dia mengamuk,” katanya ketika ditemui di sini.

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Azmin Ali mahu dedah rahsia 15 tahun

Friday, May 10, 2013 0 Komen

Azmin mahu dedah rahsia 15 tahun
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergolak apabila Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dijangka membuat pengumuman mengejutkan hari ini termasuk kemungkinan melepaskan jawatan bersama beberapa penyokongnya.

Puncanya dipercayai kerana tidak berpuashati dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung beberapa isu, termasuk pemilihan Menteri Besar Selangor yang dijangka diberikan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sidang akhbar

Azmin yang menang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada pilihan raya umum Ahad lalu, akan mengadakan persidangan akhbar di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya, dekat sini pagi ini bagi menjelaskan isu berkenaan.

Antara isu yang akan didedahkannya ialah perkara yang sudah dipendamnya sejak 15 tahun, termasuk nepotisme dalam parti dan apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2008 ketika Anwar bertanding selepas isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi itu.

Pada PRU-13, BN memenangi 133 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan manakala pembangkang memperoleh 89 kerusi sekali gus menafikan cita-cita mereka untuk merampas Putrajaya.

Bagaimanapun, mereka mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tetapi hilang Kedah.

Pada pilihan raya kali ini juga beberapa tokoh PAS turut kalah termasuk Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din (Parlimen Arau); Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Parlimen Pendang); Naib Presiden, Salahuddin Ayub (Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya) dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa (Parlimen Putrajaya) tetapi menang di kerusi DUN Salor. Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tewas di DUN Jengka.

Harun menegaskan: Jangan kerana kita tidak menang, kita melakukan demonstrasi sedangkan pakatan menang di banyak kerusi lain termasuk di Terengganu. Jika mereka mahu berdemonstrasi, itu mereka punya pasal.

Terima keputusan

Saya yakin pilihan raya kali ini berjalan baik dan lebih suka semua pihak menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika benar dakwaan wujudnya penipuan kerana silap kita membenarkan penipuan itu berlaku.

Beliau diminta mengulas Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, malam kelmarin, yang turut dihadiri pimpinan PAS termasuk Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Harun yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata, jika SPR tidak telus, bagaimana beliau mampu menjadi wakil rakyat selama lima penggal berturut-turut, malah anaknya, Hilmi, juga menang di kawasan sama kali ini.

Ditanya sama ada beliau percaya atau tidak dengan kewujudan pengundi hantu, beliau berkata, kemungkinan dakwaan itu wujud tetapi beliau lebih menyalahkan jentera pilihan raya kerana membenarkan ia berlaku.

Saya bertanding lima penggal, saya menang sejak 1990, kalaulah SPR teruk dan tidak telus, tidak mungkin saya boleh menang, katanya.

Mengenai kehadiran Mat Sabu pada perhimpunan malam kelmarin, Harun meminta semua pemimpin bermuhasabah dan tidak menyalahkan orang lain jika kalah dalam pilihan raya.

Jangan selama-lamanya menyalahkan orang lain disebabkan kita gagal memenangi pilihan raya. Saya lebih berminat memperbetulkan diri dan yang penting mempertingkatkan kerja untuk rakyat yang kita wakili, katanya.

Khairy Jamaluddin sedia menyertai Kabinet

Friday, May 10, 2013 0 Komen

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katamua ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program 'Helo Malaysia' BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

"Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya," jelas beliau.

Khairy berkata, pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi. - Bernama

Gerai Ekonomi Mak Unggai, Taiping, Perak

Wednesday, May 08, 2013 0 Komen

Gerai Mak Unggai istimewa

Perusahaan gerai makanan harian atau lebih popular sebagai Gerai Ekonomi Mak Unggai diasaskan generasi kedua Saniah Md Noor di Kampung Saidin dan sudah bertapak sejak belasan tahun lamanya.

Bermula dengan hanya menjual nasi lemak di bawah pokok, kini ia beroperasi sepenuhnya sebagai gerai makanan paling popular di daerah Taiping dengan memberi tumpuan kepada makanan pagi dan tengah hari. Keistimewaan gerai ini adalah hidangan gulai ikan sembilang dan ulamulaman kampung bersama resipi turun temurun sambal belacan.

Menurut Saniah, disebabkan terletak dalam persekitaran kampung, harga makanan di gerai ini juga begitu murah. Disebabkan itu, tidak hairanlah ia sentiasa dipenuhi pelanggan terutama pada waktu tengah hari.

Gerai ini pernah menjadi persinggahan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Tajul Rosli dan baru-baru ini menerima kunjungan pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan dan Kartina Aziz untuk menjamu selera.

Selain memastikan kualiti dalam masakan, hidangan Gerai Mak Unggai mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggunakan bahan masakan semula jadi dari kampung. Sambal belacan begitu popular begitu juga gulai ikan sembilang yang sukar didapati di kedai lain pada harga yang murah. Selain itu, sikap ramah mesra ditunjukkan pekerja menjadi sebab ia menjadi lokasi popular di Taiping, ujarnya.

Di rumah yang lain pula, generasi kedua kampung Saidin mengusahakan perusahaan baulu secara tradisional dengan memukul telur tanpa menggunakan mesin bagi mengekalkan rasa gebu dan keasliannya.

Maznah Saidin atau lebih dikenali sebagai Mak Put dalam kalangan orang kampung mewarisi kepakaran membuat bancuhan baulu secara tradisional dan dikembangkan menjadi satu perusahaan yang bertapak sekian lama.

Menurut Mak Put, baulu dan kuih bangkit yang dihasilkannya berbeza berbanding kuih yang dijual di pasaran.

Oleh kerana menggunakan cara tradisional iaitu memukul telur di dalam bekas besar, ia menjadikan resipi baulu rangup di luar tetapi gebu dan lembut di dalam. Justeru, permintaan untuk baulu dan kuih bangkit sentiasa bertambah walaupun di luar musim perayaan, katanya.

Kreatif dalam menghasilkan pelbagai jenis baulu berbentuk objek tertentu, Mak Put sering menerima tempahan baulu ikan besar, baulu anak ikan, kuih kacang dibuat bentuk manggis, pisang atau strawberi serta kuih bangkit ros khas untuk hantaran perkahwinan.

Datuk Seri Azizan Bekas MB Kedah Kembali Stabil

Wednesday, May 08, 2013 0 Komen

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini dilaporkan tenat kini kembali stabil.

Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid mengesahkan tekanan darah Azizan kembali normal dan beliau sudah boleh menggerakkan anggota badannya.

Terdahulu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan Azizan telah jatuh koma dan sedang dirawat di CCU.



Difahamkan Azizan, 70, dimasukkan ke hospital selepas mendapat jangkitan kuman di kaki.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Helmi turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah

Groupon lancar aplikasi percuma untuk iPad

Wednesday, May 08, 2013 0 Komen

Pembelian dalam talian tanpa henti

Laman kupon popular, Groupon melancarkan aplikasi percuma untuk iPad kepada pengguna di Malaysia melalui Groupon HD yang membolehkan pengguna melayari dunia pembelian `online' tanpa henti.

Pengurus Besar Negara Groupon Malaysia, Rafiq Razali berkata, pengguna iPad boleh menggunakan perkakasan mereka untuk membeli-belah serta menebus diskaun daripada peruncit tersedia.

Pada masa sama, pengguna iPad boleh mendapatkan manfaat daripada Groupon Goods dan Groupon Getaways yang disediakan, katanya.

Groupon di Malaysia menawarkan harga berpatutan untuk pembeli dan terdapat tiga segmen produk ditawarkan kepada orang ramai iaitu makanan dan minuman, kecantikan dan perkhidmatan.

Ia beroperasi di 48 negara termasuk Malaysia mencatatkan 36.9 juta pengguna tahun lalu dan lebih 100,000 juta pekedai menawarkan pelbagai produk menerusi Groupon membantu untuk terus mengekalkan kedudukan bukan saja di Malaysia malah di peringkat global.

Sebagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan jualan secara online, Groupon mendapati penambahan bilangan pengguna setiap tahun menunjukkan orang ramai semakin gemar menggunakan sistem atas talian untuk membeli-belah.

PRU13: BN tubuh Kerajaan Persekutuan

Monday, May 06, 2013 0 Komen

Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti 133 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) malam tadi.

Keputusan muktamad PRU-13 bagi kesemua 222 kerusi Parlimen masih belum diumumkan sepenuhnya.

Setakat berita ini ditulis pada pukul 2.20 pagi, DAP berjaya memperoleh 36 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (24) dan Pas 20 kerusi Parlimen.

Kemenangan pada PRU-13 ini merupakan saat bersejarah bagi Najib dan negara apabila anak bekas perdana menteri itu berjaya menerajui 13 parti gabungan BN untuk memenangi PRU-13.

Najib mempertahankan kerusi Parlimen Pekan menewaskan Fariz Musa daripada PKR dengan majoriti 35,613 undi, manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh menewaskan Mohamad Rozali Jamil daripada Pas dengan majoriti 12,842 undi.

Lebih 80 peratus daripada 13.276 juta pemilih berdaftar keluar mengundi di seluruh negara semalam.

Najib, 60, telah berkempen tanpa mengenal penat di seluruh negara untuk meyakinkan pengundi mengenai transformasi yang dibawa BN.

Beliau juga berusaha gigih bersama Pasukan Transformasi BN untuk melaksanakan Aku Janji dalam manifesto BN yang mendahulukan rakyat sekali gus membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi di mata dunia.

Najib dan para pemimpin parti komponen BN berkumpul di Ibu Pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini untuk menunggu keputusan PRU-13 yang bersejarah itu.

BN juga berjaya merampas Kedah daripada penguasaan Pas yang dihukum oleh para pengundi yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

BN turut berjaya mengekalkan kerajaan negeri di Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Johor. BN juga berjaya membentuk kerajaan di Perak.

Bagaimanapun, Kelantan kekal di tangan pemerintahan Pas manakala DAP terus menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, begitu juga Selangor masih terus dikuasai pembangkang.

Keputusan pilihan raya DUN kali ini tidak membabitkan Sarawak yang telah mengadakan Pilihan Raya Negeri pada tahun 2011.

Pada sidang akhbarnya, Najib yang bimbang dengan trend pengundian berbentuk perkauman pada PRU kali ini bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera BN berikutan kejayaan membentuk kembali Kerajaan Persekutuan.

Beliau juga amat berharap semua pihak menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka kerana ia merupakan amalan demokrasi sebagaimana diamalkan sebelum ini.

“Demi kepentingan negara, semua pihak terutama pembangkang perlu menerima keputusan dengan hati terbuka dan membenarkan proses demokrasi berjalan dengan baik.

“Saya juga berjanji semua Aku Janji semasa kempen pilihan raya akan dilaksanakan oleh kerajaan BN,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga akan menubuhkan sebuah mekanisme khusus untuk memantau pelaksanaan janji berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai trend pengundian berbentuk perkauman yang menampakkan pemberontakkan pengundi Cina yang disifatkan Tsunami Cina, beliau berkata, ia perlu ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan perbalahan dalam negara.

“Perkara yang kita akan lakukan ialah mengadakan perundingan kefahaman supaya unsur-unsur perkauman yang tidak sihat dapat diketepikan dan terus kepada dasar yang berpaksikan kesederhanaan,” ujarnya. ~ Kosmo

Datuk Mukhriz Mahathir angkat sumpah MB Kedah 3 petang ini

Monday, May 06, 2013 0 Komen

Mukhriz angkat sumpah MB Kedah 3 petang ini
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu di Istana Anak Bukit di sini jam 3 petang ini.

Mukhriz berkata, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, akan menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.


"Watikah pelantikan dengan rasmi memaklumkan yang saya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu, Sinar Harian membawa laporan bahawa Mukhriz hampir pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana diumumkan oleh Najib kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah terlebih dahulu.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi.

Mukhriz yang sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun menewaskan penyandang kerusi Dun Ayer Hitam dari Pas, Abdul Ghani Ahmad.

BN berjaya merampas semula Kedah apabila memenangi 20 dari 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13. ~ SH

PRU13: Keputusan penuh kerusi Parlimen mengikut negeri

Monday, May 06, 2013 0 Komen

PRU-13: Keputusan penuh kerusi Parlimen mengikut negeri

Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri:

PERLIS (3): BN (3)

KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)

KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)

TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)

PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)

PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)

PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)

SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)

WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)

WP PUTRAJAYA (1): BN (1)

WP LABUAN (1): BN (1)

NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)

MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)

JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)

SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)

SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

* Keputusan ini boleh diikuti di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php:

- UTUSAN ONLINE


PRU-13: Hanya 80 % Keluar Mengundi

Sunday, May 05, 2013 0 Komen

Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pad Ahad, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya.

Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.

Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. -BERNAMA

Helikopter mendarat cemas: Hishammuddin bersama seorang juruterbang terselamat

Sunday, May 05, 2013 0 Komen

Helikopter mendarat cemas: Hishammuddin bersama seorang juruterbang terselamat


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi pada Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di sini, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari Ahad.

Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13. -BERNAMA

 

ZONFINITI